Jumaat, 14 Ogos 2026

Daku tak akan jemu menjalani fisioterafi ku kerana daku bukan yg suka berputus asa.

 Nak baca apa yg aku tulis ni..Ya..

Updateku. hari ini. 15/8/26..Baru2 ini bertemu doktorku.. Daku tak akan jemu  menjalani  fisioterafi ku kerana daku bukan yg suka berputus asa.  Daku kena kuat.  Daku tak pernah putus asa  InsyaaAllah..  Moga Allah merahmati daku.  Jika daku berjaya stabil baru cita2ku tercapai.  Daku perlu kuat untuk UMRAH mahupon HAJI.  Menurut anakku emak Umi kawannya dah kuat berjalan seperti biasa setelah di operasi.   Daku berharap lututku kuat kembali dgn apa cara sekalipon.  Apapon SERAH KEPADA ALLAH.   InsyaaAllah .   Usaha terus dan berani, jangan jemu Eni.   Ini masa depanmu...Ianya belum terlambat. 

Wednesday, 1 October 2025

Sahabatku , doakan daku agar berjaya pada usahaku kali ini.

Assalamualaikum sahabatku...

Hari ini daku masuk fasa memulihkan lututku.  Daku benar2 berharap agar ianya berjaya.  Daku orang biasa2 sahaja.  Daku hanya mengharap peluang ini sahaja.  Daku orang biasa  tak punya banyak wang seperti orang lain yang pada bila2 masa mereka boleh mendapatkan rawatan dengan wang ringgit sendiri.  Doakanlah daku berjaya.  Kalau dulu daku buat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.  ianya bertahan agak lama  dan ku ulangi dengan memulihkan lututku ini di Hospital Tengku Ampuan Bainun Ipoh, ianya bertahan agak lama juga berbanding daripada kenalan kakakku yang pemulihan mereka cuma setahun sahaja.  Moga daku berjaya .

  Doakanlah daku.  Itu sahaja harapanku kerana peluang bagiku,  bukan datang banyak kali bagi orang sepertiku ini.  Daku cuma berhadap agar daku dapat solat dgn sempurna dan sihat dalam usahaku untuk mengerjakan Umrah pon satu hari nanti Mengerjakan Haji.    Moga  Allah pulihkan dengan penuh rasa syukur sebagai sebagai seorang yang hidup sederhana ini.  Ya Rabb moga daku berjaya.  Itu doaku.  Permudahkanlah urusanku hari ini. 

 Sahabatku , doakanlah daku nescaya daku doakan sahabat.   Meskipon siapa sahabat daku tetap doakan agar sahabat bahagia dunia akhirat dan dengan doaku itu daku pulak akan mendapat doa dari malaikat.  Aamiin.

Terima kasih.