Isnin, 31 Julai 2023
Siapakah Saad Bin Muadz?
Siapakah Saad bin Muadz.
Susuk tubuh hebat yang dipuji oleh Rasullullah...Mengapa beliau hebat sangat? Beliau jugak tetap mendapat himpitan kubur... Seringan ringannya himpitan kubur adalah terhadap Saad bin Muadz. Beliau adalah Ketua suku kaum Bani Al Ashhal yang berada di Yathrib, sekarang Madinah
Nabi hantar Musaad bin Umair,anak tunggal orang yg paling kaya yg masuk islam yang meninggalkan kekayaan ibunya, hijrah ke Madinah Yathrib ketika itu, untuk berdakwah.
Pada masa itu Saad Bin Muadz, Ketua suku kaum Bani Al Ashhal hantar orang kanannya berjumpa Musaad bin Umai. Pada ketika itu yang menjadi pengikut Musaad adalah sepupu kepada Saad bin Muadz yang bernama...Asaa'd bin Zurarah. (telah masuk Islam)
Saat bin Muadz hantar orang kanannya Hussain supaya bertanya apakah yang dia mahu datang ke sini...Maka pergi Hussain sampai depan Musaad bin Umair...Musad yg mempunyai gigi yang jarang bila dia berbicara ternampak kejujuran keluar di celah2 giginya...memang tepat orang yang di hantar Rasullullah. Musaad menjawab dengan penuh teratur dan bernas menjadikan orang kanan Saad bin Muadz, Hussain (terpegun dan berkata kalau saya hendak masuk islam bagaimana? Satu sessi sahaja mereka masuk islam. Dengan mudah beliau berkata mandi pakai baju bersih , ambil shahadah dan solat 2 rakaat.
Seterusnya Saad bin Muadz pergi sendiri berjumpa Mussad bin Umair dan kejadan berlaku seperti biasa..Masuk islam seperti orang suruhannya dalam satu sessi perjumpaan sahaja. Beliau balik kepada kaumnya dan keseluruhan kaumnya masuk Islam tanpa tersisa seorang pun...MaasyaaAllah.
Ini lah susuk tubuh yang menjadi kesayangan Rasullullah sehinggakan pada satu kisah Rasullullah dihadiahkan sehelai Jubah Sutera yang cantik di sentuh2 dan di puji oleh semua, dan Rasulullah berkata Kain Sutera tidak boleh dipakai oleh lelaki , Nabi lantas berkata "Sapu tangan Saad bin Muadz di syurga lebih baik daripada Jubah Sutera ini" Betapa Nabi sangat sayangkan Saad bin Muadz sehingga membandingkan sapu tangan Saad bin Muadz dengan jubah sutera yang di kagumi tersebut.
Kitab petikan Bahrul Al-Madzi karya Ustaz Idris Al Marbawi, yang mendapat Tokoh Maal Hijrah yang Pertama. Kitab beliau ini berjumlah 22 Jilid . Pusara beliau terletak di Kampong Lubuk Merbau, Kuala Kangsar Perak.
Selamat Membaca...Moga dalam Rahmat Allah ...Aamiin.