Assalamualaikum,
Hari ini saya cuba menulis lagi setelah sekian lama menyepi. Ramai yang mencari cari Kajian Tindakan dan saya Ianya telah mati bersama matinya account WordPress saya.
Alhamdulillah saya akan kembali menulis demi membantu apa yang patut bagi saya untuk memudahkan adik-adik gurusemua yang sentiasa melawati halaman saya untuk menjenguk Kajian Tindakan yang pernah saya coretkan dahulu.
Disini saya ingin memaklumkan kepada semua bahawa saya telah dengan rasminya bersara dari bidang perguruan bermula dua haribulan Januari 2012. Saya kembali menulis apabila saya masih lagi mendapat panggilan daripada adik2 yang bertanyakan mengenai Kajian Tindakan. Ikhlas kerana Allah saya kembali menulis. Guru yang baik adalah guru yang sentiasa ingin mengkaji untuk memperbaiki lagi pengajaran masing2 demi kebajikan anak-anak murid tercinta.
Ingin Saya nyatakan betapa bagusnya jika guru-guru membuat kajian tindakan dalam menjalani kerjaya kita sebagai seorang guru. Saya nyatakan demikian kerana betapa bermaknanya Kajian Tindakan bagi saya sebagai seorang guru dan pengalaman menjadi Jurulatih Utama Kajian Tindakan Negeri menjadikan saya lebih berjaya dalan P&P.
Saya sekali lagi akan mencoretkan kisah-kisah dan pengalaman saya dalam kajian Tindakan. Cadangan saya untuk mengeluarkan buku mengenai “Nori’s Quick Score” tergendala buat beberapa ketika kerana saya sakit. Banyak masa saya tumpukan kepada sakit saya. Hari ini saya masih boleh bersyukur kerana ramai murid saya membuat matematik dengan menggunakan teknik saya, malah saya melihat semasa kelas tambahan ada juga murid lain diajar oleh guru mereka dengan menggunakan teknik saya. Syukur kepada Allah. Moga dengan adanya teknik ini murid yang lemah dapat memahami(menangkap) pelajaran dengan pantas dn murid yang cerdas bertambah cemerlang jadinya.
Helmi…Saya kagum dengan anda kerana mengajar teknik ini kepada murid2 anda. Saya nampak murid anda dapat membuat matematik menggunakan teknik ” Skor Pantas Nori ” semasa kelas tambahan yang saya bantu sebelum saya pencen. Terima Kasih dari saya.
Helmi. Jika Helmi membaca artikel saya saya harap Helmi teruskan mengajar teknik ini dan bersemangat untuk menulis Kajian Tindakan seterusnya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Raja Nor Ema kerana berminat untuk belajar teknik. Dengan ini saya berharap agar semoga Raja Ema juga berjaya juga mengajar dengan menggunakan kaedah mudah ini.
Saya kurang faham dengan keadaan di sini. Jika di Perak ” Satu sekolah satu kajian Tindakan menjadikan Guru Besar sangat lebih dekat dan arif dengan Kajian Tindakan tetapi di sini ianya tidak dihighlight sebegitu rupa. Mungkin satu hari nanti ianya akan diwajibkan juga …siapa tahu???. Masa berubah.