Assalamualaikum World.
Rabbku...Demi masa yang berlalu ternyata ianya dia. Kau kuatkan daku meniti hari2 yang bakal ku tempuhi ini. Penilaian daku untuk tahu siapa dan mengapa telah Kau tunjuk.
Kau Ampunkan lah daku dan sedarkan aku dalam menempuh hidup ini. Janganlah kejadian ini membuatkan aku meminta untuk cepat2 menemui Mu. Kau kuatkan daku dengan ibadat kepada-Mu. Daku Redho ianya berlaku dan semoga ianya juga dlm RedhoMu Rabbku.
Apabila daku buat satu hantaran untuk melihat adakah itu benar dia...ternyata daku mendapat jawapan. Sekarang senyap sunyi telah tiada lagi hantaran mengejut " Lagu Maut" melintasi layarku. Syukur Rabbku. Kau perlihatkan aku dengan jiwa ini. Aku faham Rabbku.
Rabbku... Janganlah dia mendapat musibah dari perbuatannya itu selamatkanlah dia dan keluarganya dari ketidakjujuran orang lain terhadapnya pula. Rabbu segala balasan hanyalah di tanganMU.
Jangan tuan ulangi lagi perbuatan begini kerana tuan mempunyai anak2 perempuan yang tuan perlu lindungi agar mereka selamat.
Walau perbuatan yang tidak sihat tuan persembahkan kepadaku daku berhak menegurmu tuan. Aku petik pula ini dari petikan ku yang kau ulang view.
Disini Engkau wajib berbicara, Rasullullah bersabda: Sesiapa melihat kemungkaran hendaklah dia merubah dengan tangannya....Tidak mampu maka dengan lisannya...Ini saatnya Engkau berbicara. tatkala melihat kermungkaran terjadi...megghibahi saudaranya...buruk sangka sama saudaranya...menuduh saudaranya melakukan perbuatan dosa...Apa yang harus dia lakukan...Di rungkap dengan lisannya. Kasi tahu..."Ketika ada manafaatnya bicara engkau bicara dan ketika tak ada engkau diam". Ketika engkau tak mampu menegur debgan lisanmu maka engkau membenci dgn hatimu...konsikuensinya kau harus tinggalkan tempat itu.
Daku tak akan diamkan sahaja jika kesilapan yang dikau lakukan. Daku wajib menegurmu. Jadinya ...inilah masanya aku harus menegurmu. Allah tak akan redho atas perbuatan tak berhemah yang cuba sahabat pamerkan. Meskipon orang lain tak melihatnya ,tapi Allah Azzawajalla melihat nya dengan terperinci, kerana Allahlah yang menjadikan kita. Seluruh yang di langit dan di bumi adalah kepunyan Allah.
Saat tuan mengajarku dengan ilmu Allah, daku terima dgn penuh berhemah dan kali ini daku ingin mengajarmu dengan berhemah juga dan tuan wajib menerimanya dgn penuh berhemah. Tuan tahu apa yang tuan lakukan itu nyata tak berhemah langsung..(Kerana kita di usia tua.)
Lintasan ( Lagu Maut Hattan ) ini berlaku beberapa kali...Dan daku letakkan petikanku yg boleh menggamatkan perasaan dan menamatkan perbuatan tuan itu.. Tuan kan tahu, daku tak akan memilih suami orang. (Lagu Maut Hattan) ini tak syak lagi dari...tuan. Setelah petikan itu tuan baca...Ia kembali sunyi, sepi , tenang, tiada lagi, mengganggu layarku, lantaran (Terkejutnya tuan yang teramat sangat terhadap pertanyaanku.? yang sudahku tahu tak akan terjadi.
Jika saya terima tuan , bolehkah tuan berlaku adil?
(Tuankan tahu saya tak mahu suami orang. Bukankah tuan suami orang?)
Tidakkah saya terlalu tua untuk meneruskan sisa hidup ini bersama tuan?
(Saya lebih muda pada tuan...jauh...)
Bahagiakah kita kerana saya tak secantik dulu lagi dan tak sesihat dahulu?
(Saya masih cantik dan masih sihat maafkan saya untuk statement ini...) InsyaaAllah.
Sebenarnya tidak. Cantik dan sihat pemberian Allah. Maafkan saya.
Adakah tuan ikhlas menerima saya kerana Allah?
Ini yang nak saya saya uji tuan bertahun...baru dapat jawapan. Syukur Ya Rabb.
Sebenarnya semua ini menjadi kebimbangan bagi saya.
(Benar ...sedari dahulu saya bimbang dan ingin tahu kejujuran tuan)
Jika tuan masih ada impian hidup bersama dgn saya , tuan WhatsApp saya
(Saya berani kerana saya ingin tahu dan mendapat kepastian, ianya adalah tuan)
Jika tidak abaikan ini.
(Ini kata kunci sebagai jawapan)
Ikhlas dari saya kerana Allah.
(Saya tak pernah tak jujur kerana Allah.)
Tuan lihat kejujuran saya menerima nasihat dan semuanya menjadi bekal akhirat saya. Harap tuan dapat menerima nasihat saya dengan hati terbuka seperti saya juga.
Saat tuan mengajarku dengan ilmu Allah daku terima dgn penuh berhemah dan kali ini daku ingin mengajarmu dengan berhemah juga dan tuan wajib menerimanya dgn penuh berhemah. Tuan tahu apa yang tuan lakukan itu nyata tak berhemah...Lintasan ini berlaku beberapa kali...Dan daku letakkan petikanku yg boleh menggamatkan perasaan dan menamatkan perbuatan tuan itu.. Setelah itu sunyi tiada lagi kedengaran Lagu Maut Hattan yang mencengkam perasaan.
Tuan, percayalah saya maafkan tuan kerana Allah. Tuan telah lama menjadi sahabat saya membuat pahala dengan mendengar ceramah2 dari Blog saya.
Syukur ya Rabb. Moga kami saling tegur menegur untuk mendapat kebaikan ke akhiratMU ...Ya Rabb. Moga Allah maaafkan kesilapan kami. Besarnya Rahmat Allah kepada kami dan kami yakin Allah sentiasa ada bersama. Moga segala kesilapan dan keterlupaan kami akan Allah padamkan dan Allah gantikan dengan yang baik.
Ya Rabbku... Jadikanlah aku bersyukur terhadap jawapan ketidak ikhlasan hati manusia yang aku tersalah tafsir selama beberapa tahun ini. Telah kau ajari aku bahawa bukan semua yang kita anggap jujur itu benar.
Syukur Rabbku. Jangan Kau jadikan Noraini ini dendam. Lembutkan lagi hati NorainiMu ini Rabbku. Moga musibah terhadapku ini dapat ku telan dengan penuh nikmat dalam mengingati-Mu Rabbku.
Syukur. percubaan untuk menilai dariku ternyata tepat. Alhamdulillah ala kullihal. Meskipon apa jua berlaku, Kau- kuatkanlah aku untuk berdoa agar "Ukhwah Persahabatan" di usia tua ini kekal membawa ke Jannah.
" Innimuhibbukum fillah" Tidak aku leraikan begitu sahaja. Itu syiar dari-Mu yang aku pelajari, selama ini. Moga2 mendapat pahala dari-Mu Rabbku.
"Subha nakallah humma wabiham dika..ash hadu ala illa ha illa anta..astagh firuka waatu bu illaik"
Sakit Rabbku... tapi ianya satu nikmat untuk kusemadikan hingga bertemu-MU Rabbku.