Isnin, 2 Februari 2026

Breakfast bubur gandum lambuk dgn sambal.


Ini bubur gamdum lambuk... Masak macam nasi lambuk Terengganu... Sedap sangat bagiku... Jika tidak tak tahu nak makan  gandum ni selain bubur manis.   Ni jadi masakan masin gandum lambuk... Versi kita sendiri. 
Ini cara nak viarasikan masak  gandum.  Basuh gandum rebus diatas api.  Masukkan keledek dipotong halus.  Jika tiada carrot pon tak pa atau kentang pon tak pa.  Gandum pon boleh... Rebus hingga kembang.  Tumbuk seulas bawang putih tumbuk dengan sedikit ikan bilis jgn banyak utk kesihatan.. Letakkan lada hitam satu sudu kecil tumbuk hingga hancur bilis, bilis dan lada hitam... Hmmm masukkan dlm bubur yg dah kembang tadi.. Jika ada apa2 sayur potong dan masukkan... Jika sayur pucuk ubi pucuk kadok, yg paling sedap... Pucuk Kadok jgn banyak sgt.. Ambil bau ala kadar aja. Letakkan garam.  Letakkan sedikit stock bilis atau ayam...



Ini adalah sambal untuk di makan dgn bubur gandum lambuk.  Ianya adalah hirisan  bawang hirisan cili hijau kecil, 
Goreng, hampir masak, just garing masukkan... Masukkan cili flake... Letakkan garam dan goreng belacan... Nak makan baru di ambil dari sambal... 









GANDINGAN 2 INI HANYALAH MASAKAN YG DAKU NAK LENGKAPKAN MAKAN GANDUMKU.  JIKA KU BUAT MANIS BANYAK HARI AKAN JEMU DAN BAHAYA BAGI DAKU YG DIABETIK.  HMMM KENA REKA...HASILNYA BUBUR LAMBUK GANDUM.

SEDAP.  DAKU TAMBAH TERLAGI LAGI.. SYUKUR RABB.  MASUK CITA RASAKU.


AKHIR KATA YUMMY BAGIKU...HIHI

 

Apa. Khabar..