Rabu, 4 Februari 2026

Rindu Kampung...

Assalamualaikum.! 

Bila Bah hantar video ni ...daku rindu sangat kampong halaman tempat kami dibesarkan.  Tempat kami bermain.  Tu musim kemarau semua rumput tak ada...Bersih sangat. Rumput yang ku bela di jalan nak ke rumahku tu bersih tinggal tanah...mati semuanya.  Tak payah potong rumput dah.

Seronoknya tengok halaman yang bersih tu.  Rumah Pin sentiasa bersapu bersih halamannya.  Kami semasa kecil lagi selalu menyapu halaman.   Selalunya di situlah tempat kami main galah panjang, main adakah ?, main guli, main rounders, main pitter, main datok harimau, main police sentry, main tol, main aci sembunyi, main aci kejar,main mercun, main bunga api, main dangau, mandi hujan  termasuklah berkelah.  

Jika nak berkelah kena bentang tikar.  Masing2 bawa nasi,  makan ramai2,  berkelah dengan kawan2.  Seronok sangat.  Daku jadi rindu.  Jika pasang pelita dan panjut...betapa cantiknya di waktu malam. Malam pon masih boleh main lari2.  Bila tiba musim buah star, remia dan kundang kami akan menyicah ramai2, rajin jugak kami buat "kebebe"  kalau belah Pak sebut  "pincop" Sampai kami dah besar masih lagi menyicah dengan kawan2   Seronok nya tinggal di kampong, mengimbau masa kecil2,dengan kawan2. 

Menyicah nenas.  Biasanya keliling rumah Mak n Pak ada pokok nanas.  Warnanya masih hijau tapi dah manis , entahlah benih apa yang Pak tanam.  Subuh2 kutip mempelam luruh.  Di tanah, bahagian yang ku bina rumah biasanya penuh pokok buah2an, Pak tanam limau manis ,masyaaAllah banyak buah melampai hingga ketanah, pokok pulasan, mempelam, pokok durian ,(durian jantung) isi kuning sangat sedap. Pokok rambutan, lansat, pokok macang (bacang) pokok kerian,(buah kerian sedap sungguh) termasuk sepokok sakhlat. Anggurpon Pak Tanam ...merimbun sangat tapi tak tahu teknik bahawa anggur perlu di pruning ,baru boleh berbuah.  Pokok anggur Pak cantik sangat. Di situ juga ada telaga minum dan telaga mandi... Cukuplah ...Sebenarnya ...bila daku rindu...tanganku akan terus memetik2 "key boardku"  Rindu sangat.










Rinduuuuuuu...Rindu serindu rindunyaaaaa.



















Aku rindu kampongku.  Nanti ku kumpulkan lagu2 rindu...






































































Apa. Khabar..