Daku Bersama Anak Pin dan Bah(Haikal Dan Hairi)
Hari ni Haikal sampai dari Gombak mai jumpa Hairi.
Haikal baru 2 bulan bekerja.
Sayang aku pada anak2 Pin dan Bah ni.
Kalau di Lenggong daku dapat lihat mereka membesar dari kecil
Masa Haikal kecil Pah masih ada. Hakal membesar semasa ada Opah dan Opah sangat manjakan dia. Masa dia membesar Pah suruh masak makanan anak berasingan. Membesar dengan Opah menjadikan Haikal manja dan tak makan pedas seperti Hairi.
hihi!
Minggu2 kami balik akan bawa buah tangan buat mereka. Semua orang sayang depa ni. Mahupon yg balik dari KL, dari Ipoh dari Taiping semua
Ziarah depa 2 orang ini.
Mereka yang paling bongsu dalam banyak2 cucu Opah.
Haikal tak makan pedas, tapi Aie kata aie boleh pulak makan pedas. Ya lah masa Aie membesar Bah masak makan
pedas dan Aie boleh makan.
Tapi mereka berdua ni lama sangat bersahur makan
roti dengan susu aja tak makan nasi.
Mujurlah mereka tahan tak lapar.
Mak Cik masa duduk kat Lenggong happy ada depa ni. Jika Pin tak hantar makan , Bah hantar. Jika bukan Bah Hairi hantar makan Mak Cik..Hihi Jika bukan Hairie Haikal yang kena hantar.
Mak Cik pulak makanan jika mereka ada
mereka yang kena datang ambil.
Seronok betul tinggal kat kampong.
Dua beradik ni datang jumpa kat Rumah Kak Anis.
Daku suruh Anis buat Laksa hari ini. Daku tahu Aie suka makan Laksa. Masa kecil dia suka sangat makan Laksa Mak Cik pedas pon dia makan. Jadi Anis buat Laksa. Elok pulak tu tiba2 Haikal sampai. Hihii Haikal tak tahan pedas. Kesian Haikal anak Pin dan Bah ni...
Abang dan adik di rumah Mak Cik.
Abang baru kerja 2 bulan. Moga abang berjaya
dlm bidang kerja yang abang ceburi.
Rendahnya daku berbanding keponakanku berdua.
Adik dan Abang di rumah Kak Anis.
Daku masih boleh gembira lagi. kadang2 Dua beraduik ii datang rumah anakku. Dapat bertemu walau tak bertemu Pin dan Bah. Mereka berdua dapat hilangkan rinduku pada Pin dan Bah serta kampungku.
Pin selalu kata tanya padaku tentang Syah. Pin kata takkan Pin tak boleh tahu lansung tentang Abg Syah. Daku beri penjelasan bahawa daku dah tak mahu cakap apa2pon dengan Syah. Ianya dah Tamat. Cuma anis masih ada hubungan kekeluargaan dgn Syah. Mereka tak batal air sembahyang sampai bila2. Mereka tak putus itu sbb Syah minta jumpa , Anis pergi dengan Qurata Aini. Qurata Aini selalu kerumah kami dulu.
Daku cakap pada Anis hasrat PakCu. Anis berikan nombor
telefon Syah Pada Pin
Baru2 ni bila Anis jumpa Syah , Syah kata kalau boleh
nak jumpa daku sekali pon jadilah. Daku tak mahu dah berjumpa Syah. Biar hubungan ini tamat dalam
keadaan baik sebagaimana Allah takdirkan dulu.
Allah takdirkan Syah sakit dan terus ke hospital dan daku terus datang habiskan eddahku di Bangi
Kelmarin Syah kirim salam melalui Anis. Daku Jawab salamnya dengan baik. Daku tak mahu simpan perasaan marah dan daku maafkan Syah Dunia Akhirat. Aku sangat dambakan Istana Emas di Syurga yang Allah janjikan apabila memaafkan orang. Syukur. Daku Boleh.
Bila Maznah tanya, mahukah lagi daku jumpa Syah. Daku terus terang, daku tak mahu jumpa dia lagi mahupon bercakap dengan dia. Maznah bimbang!!! aku ketawa aja. Kataku..
Tak mungkin kawin lagi...melainkan dgn orang yang aku cinta sebagaimana daku ceritakan kepada Kak Hindon dulu.
Itu pendirianku. Tapi kita tak boleh bercakap tanpa letak kata InsyaaAllah. Takut Allah terbalikkan hati. MaasyaaAllah. Moga Allah selamatkan daku. Aamiin.
Sebenarnya, daku impikan ketenangan hari ini berpanjangan.
Daku akan balik ke Lenggong pada masa mereka akan pergi ke Perkampungan Sunnah nanti. Entah bila. Syukur Pin tolong siram pokok2ku.Terima kasih Pin dan Bah.
Bye!



























