Khamis, 15 Januari 2026

Up balik artikel: :" Hari ni Makan rumah Pin n Bah... Yummy..."

 Bila berjumpa artikel ni, daku baca balik.  Hmm...mungkin pada tarikh  macam ginilah daku balik Lenggong lagi nanti.   Rasanya Aini, Anis, Alia Husna dan Aleesya akan pergi ke Perkemahan Sunnah di Perlis.  InsyaaAllah Bulan Mei jugak ,kot.  Bahasa kami org Lenggong.  (Bulan Mei jugak...brangkali) Bahasa Bapakku.  

Sebenarnya daku rindu sangat. kepada pokok2 dan tanam tanamanku.  Hari ni...Pin Poskan Rambutan Gadingku yang rangup itu.  Sedap Rambutanku itu.  Daku suka sangat buah rambutan itu di kopek kulitnya dan di letakkan ke dalam  peti sejuk.  Sedap sangat jika di buat begitu.  Daku pesan pada Pin jika Kak Yah datang Joloklah buah tu dan  bawa pada anak2 kat KL.  Daku jugak pesan agar  siapa juga datang  ambil buahnya tapi tak menyusahkan Bah dan Ariffin utk menjolokkan buat mereka.  Daku tahu Bah dan Ariffin sebok.   Baru2 ini , semasa Hairi balik kesini kembali untuk teruskan pengajiannya, dia bawakan daku buah dokong pokok Ariffin.  

Menurut Bah pokok dokong berbuah juga tapi terlalu tinggi sukar untuk menjolokkannya.  Tidak ada orang untuk mengambilkan nya macam dahulu.  Daku akan usahakan juga untuk memotongnya separuh dpd pokok itu, agar pokok itu rendah dan  mudah untuk mengambil buahnya.  InsyaaAllah.  Daku sayang pokok itu.  Pokok itu Mak  tolong tanamkan untukku.  Mak pula  tanamkan pokok Duku Terengganu untuk Kak Hindon di tanahnya.  Sedap juga buahnya.  Rasa berbeza .  kedua2 jenis pon sedap rasanya.  Daku tak akan tebang pokok tu...biar mak dapat pahala meskipon burung, tupai , monyet, kera pergi memakan buahnya.  

Petikan bawah itu daku tulis masa daku di Lenggong.  Daku tulis dgn menggunakan handphone.  Banyak perkataan yang melompat2.  Ada yang daku tak paham...hihi...Eni...Eni...


Januari 15, 2026

May 8, 2025

Hari ni Makan rumah Pin n Bah... Yummy...

Hmmm. Hari ini daku. Pergi makan rumah  Pin n Bah.. Hmmm sedap bah masak.   Daku hanya makan. dgn mengupah bah n pin saja.  Upah bah masak sambil bah masakkan untuk haikal dan hairi.  Daku terlupa pulak hari pertama pi makan rumah bah. Kari ikan tongkol taruk kacang bendi, cili hijau besar dan tomato.  Eh apa lagi tu.. Hmm sedap adik iparku masak.  Kami  sampai terus masuk menyediakan tempat Baby.   Tempat baby makan, minum dan dan buang najis.. Hmm ok baby dah mula selesa.  Baby tak pernah bising macam masa tinggal di sana.  Baby mengiau bising amat mintak di garu dan di temankan dia.  WOW disini baby tidur nampak selesa sangat... Syukur.

Hari pertama tu Si Maznah dah transfer duit kat cu minta masakkan nasi dan gulai untuk kami.  Nah memang suka bersedekah.. Sedap kami makan kari. Ikan tongkol dan Ayam masak petani.  Hm sedap dengan ikan masin dan sayur.

Hari kedua pin hantar makan  hari ketiga daging masak petani dengan sayur kubis putik jagung dan  lobak merah.. Sayur campur.

Hari in daku pergi makan dirumah pin n bah.  Hmmm sedap Pajeri nanas, sambal kering ikan cencaru  telur masin, 

Daku balik solat... Sambil tu tunggu asar. 

Sesi mengemas lepas ini,buat apa yg patut.. InsyaaAllah...

O lupa la pulak.  Tadi sambil2,  daku kemaskan rumahku.  . Bah dan  anis pon ada sama di situ.  Anis dah nak  nak bertolak pergi ke Perlis.   Sampai rumah Cu,  anis makan sama.

Anis dlm perjalanan ke Perlis... Moga anis sampai dengan selamat doaku...Aini, Alya, Aleesya serta husna Nik ETS... Mereka bertolak dari Kl Central  pagi tadi pukul 10.00am... Hihi Kakak aini hantar mesej kpd ais  bahawa. Ustaz Adli pon dlm train yg sama.  Haha. 


Daku dah selesai ketip2... taip kat handphone ni...Cekal daku.


Apa. Khabar..