Assalamualaikum sahabat.
Daku dah sampai kerumah jam 2.00ptg. Masih belum mendapat lagi rawatan kakiku , rupanya hari ini pon masih lagi buat appointment dengan Doktor Pakar. Walaupon begitu , hari ini daku telah mendapat appointment untuk rawatan pada bulan November nanti. Menghairankan rupa2nya mereka tidak dapat membuat rawatan secepat Hospital2 Kerajaan. Jika di Hospital Kerajaan ianya sangat mudah sahaja kerana ,disitulah juga darah di ambil dan dicampur dengan liquid untuk dicucukkan kelutut. Kalau di Hospital Tengku Ampuan Rahimah sangat mudah kerana harini jumpa ...next Appointment ...cucuk..hihi..
Pada hari yang sama ambil darah dan terus cucuk. Begitu juga di Hospital Raja Permaisuri Bainun...(selalu daku silap taip nama Hospital kat Perak ni) sangat cepat dan mudah aja. Liquid yang di mintapon daku beli sendiri difarmasi. Kemudian boleh claim..Tapi rawatan di sini akan dibuat di Ward Untuk Operatian..(Operation Teater) Macam2 menurut doktor tadi ianya lebih selesa dan nyaman di bilik pembedahan. Untuk mendapatkan keberkesanan, Liquid dalam bentuk gel yg dicampurkan dengan darah....Mungkin ada baiknya ...Mereka lagi tahu... Ikut kata mereka aja lah Noraini.
Daku pasrah. apapon terima kasih banyak2 atas doa dari sahabat2 buat saya. Saya tahu setiap sesuatu yang berlaku tentu ada baiknya. Di tangan Allahlah tercatatnya peristiwa. Ianya telah tertulis sejak di Loh al Mahfuz. Jadi kesimpulannyan Redho dan Sabar. Daku Redho dan daku Sabar ...Rabbku.
Terima kasih atas doa sahabat. Aamiin.