Rabu, 6 Ogos 2025

Kenapa Rasulullah SAW larang tampar muka?


Kenapa Rasulullah SAW larang tampar muka?

Tahukah anda, pada muka manusia ada saraf halus yang sangat penting, dikenali sebagai saraf kranial ketujuh atau saraf muka? Saraf ni uruskan macam-macam — senyum, menangis, rasa makanan, menelan, dan ekspresi wajah kita.

📌 Yang menariknya, bentuk saraf ni seakan-akan tapak tangan, lengkap dengan ‘jari-jari’. Bayangkan kalau kena tampar tepat di situ!

Kesan tamparan pada muka bukan main-main. Ia boleh menyebabkan:

Lumpuh otot muka (Bell’s palsy).

Sukar untuk kunyah atau telan.

Hilang deria rasa dan bau.

Masalah mata berair dan pergerakan mata terganggu.

☝️ Sebab itulah Islam dah ajar lebih awal. Rasulullah SAW pernah bersabda:

"Jika salah seorang daripada kamu memukul saudaranya, maka jauhilah muka."
— Riwayat Muslim

💡 Lihat betapa Islam mendahului zaman! Larangan ini wujud jauh sebelum perubatan moden faham betapa bahayanya tamparan ke muka.

Jadi ingat ya — jangan sesekali tampar muka sesiapa, lebih-lebih lagi kanak-kanak. Hargai wajah mereka, lindungi maruah dan kesihatan mereka. 
Lihat Sedikit
SemKom