Isnin, 20 Januari 2025

Gambar 1... Rajab. Hari Anugerah Sekolah Al Amin...Kak Una.



Wow Hari ini Hari Anugerah Sekolah Kak Una.  Kak Una dapat 8A.  Tahniah!
Berkat Usaha Ummi juga didik Kak Uni.  Tahniah Buat Ummi Aini Dan Cucunda Una.
Pah Cik Kagum.  Tahfiz pulak tu...Moga Kak Una terus Maju dalam pelajaran berkat  bimbingan Guru2 Sekolah Al Amin Bangi serta sokongan dari Ibu tercinta,


Sekolah Kak Una yang telah Banyak Berjasa Melahirkan orang2 Berjaya dlm Bidang Akademik dan Jurusan Agama.  Banyak sudah Doktor yang lahir dari sekolah Agama ini.  Moga terus Maju doaku Buat Sekolah Agama Swasta ini.  Sekolah ini ada Asrama Lelaki bagi yang telah masuk ke alam Menengahnya.  Moga Sekolah Agama Al-Amin Bangi terus maju menghasilkan Pelajar2 Islam  YANG BERJAYA DAN BERMARUAH TINGGI.  AAMIIN.


Mak Anis kata apa tu Una?  Pah cik simpan Mask...Hihi Faridah kawan baikku komen...Lain anak hang pada Hang lah Eni.   Hang senyap dan malu dia tak ...hihi.  Rindunya aku  kat engkau Faridah.  Aku doakan kau bahagia dengan Pak Arab tu.  Aku tak sempat ambil tahu dia Pensyarah kat mana.  Kau pulak tak mahu sahabat2 kau tahu kau nikah dengan Fadhil.  Menurut facebook mu yang dah lama dulu aku tahu kehadiran, Fadhil  mendapat restu anak2mu semua.  Aku turut bersyukur.  Masa hang nikah dulu aku aja sahabatmu yang hadir.  Masatu berapa banyak air mata hang gugur membuat aku tak pernah lupa hingga sekarang.  Air mataku jugaj turut gugur... aku memang kawan sepermainanmu .  Waktu tengahari kau selalu datang kerumahku.  Mak dan Pak selalu berpesan jika kau datang ajak makan.  Mereka turut tahu apa yang ibu tirimu perlakukan padamu.   Kita baik sangat...Jauh jugak kau berjalan masa tu.   Kampung Senderlai ke Pecah Batu satu kilometer lebih...rasaku.  Faridah! memang aku sayang hang.   Moga kita akan berjumpa di Bangi satu masa nanti.   Aku tak tahu rumah kau di Bangi ini  terletak di mana.  Aku hormati rasa priversi yang kau mahu.   Lama kau bersabar dengan Nan kan!   Sepupu kau aja , tapi jika tak suka apa kita nak buat.  Sukar untuk kita paksa diri kan.  Lama juga kau sabar...Hingga hari daku kerumahmu di Bangi dulu kau masih dengan dia.  Aku tetap doakan kau Faridah.  Moga kau bahagia dengan Fadhil, hingga ke Jannah.  Aku syukur kau dapat orang yang kau suka akhirnya. .  Moga kau bahagia.  Aku berani mention namamu kerana aku tahu kawan kita tak ikut aku di sini.  Yaa Rabbku ....Bahagiakanlah Faridahku hingga ke JannahMu.



Good !    Atau tahun 6 dah habis...hihi...


"Peace" ..untuk orang2 Gaza ya Anis.
"Peace" sangat bermakna masa mak kecil dulu ...tunjuk peace pada tentera2 Melayu yang berpuluh2 Trak Tentera Melayu. pergi ke arah Grik untuk Melawan Komunis."  Perjuangan mereka tak dapat kami lupakan.   Bermandikan Keringat dan Darah mereka perjuangkan Tanah Air...


Senyum...Tapi Mak Anis sengeh ja....hihi..


Una dan Pah Cik.


Ummie , Una dan Pah Cik.


Mak Anis Una dan Pah Cik.


Ummie , Pah Cik n Una.


Ummie Aini  n  Pah Cik Aini.


Fire Chicken.
Menu Orang Indonesia. 
 Mereka buka di Bangunan Mc Donalt yang ditutup.

Resepi yang agak menarik juga.  Pedasnya kiraan tahap Gred 0 hingga  Gred 5..  Mak anis pilih  Gred 4.   Oooo  pedas tu, Pah cik pilih Gred 1, Una pilih Gred 2,  Ummie Una pilih Gred 3..  Pon Pedas.  Pah Cik pon rasa bukan main pedas lagi walaupon  Gred 1.


Menunya ialah Ayam Goreng Pedas Air sirap Bandung .  
Ais Cream Cheese...Mashed Potato and Coleslaw.
Macam Kentucky punya menu tetapi rasa tak sama.


Wau mula kurasa macam tak mewnarik..Eh Eh...sedap pulak...
Boleh makan lagi.  hihi.


Hmmm.  Sedap lah Una. Pah Cik suka...Nanti Hari jadi kita berdua esok kita 
makan ni nak tak.  Tarikh Harijadi Una dan Pah Cik..
.sama.Yey.  Kita rai bersama.


sedap nampaknya tu.


Bila nak mula makan?


Ambil ganmbar dulu,


Mak Anis dan Ais Creaamnya...hihi


Mari kita mula Bismillah.
Selamat makan.  Boleh datang lagi. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan