Selasa, 7 Januari 2025

Aku terlena sampai mimpi belum habis wiridku..... Rupa2nya daku dapati Kak Hendon pon sama kadang2 macamtu...hihi...

 Assalamualaikum.

Dalam wiridku aku terlena...Aku bermimpi...Aku bersama dengan seorang anak buah RISDA ku...Asiah ketika itu,   Aku rasakan dia adalah  Waminah ...Aku sebut namanya Waminah...sambil mengusap rambutnya.  Dia melihatku mengeluarkan air mata.  Aku rasa aku rindu padanya mungkin.   Aku tersedar...Israq belum...Hari ini Israq 7.40   Syuruq 7. 20 tambah 20 minit lagi ...Ianya pukul 7.40... Selepas Syuruk perlu tunggu 20 minit lagi tak boleh solat lagi (kerana pada masa itu syaitan menyembah matahari)   Mana aku dengar ni...semua dari ustaz2 jugak.  Moga betul hadith ni...Nanti aku kena check balik...

Rabbku aku merindu Waminah berkulit gelap dia tapi  aku sayang mereka semua .  Aku tak pernah jumpa lagi setelah Hijrahku Ke KL melainkan Sabariah dan siapa lagi seorang yang datang semasa hari perkahwinanku dulu.   Entahlah bagaimana Sabariah tahu majlis aku itu...OOO mungkin kakak yg beritahu dan jemput dia syukur... Rabbku  aku teringat mereka.  Aku didik mereka dengan sedikit sahaja ilmu agama yg aku ada pada masa itu.  Tapi aku telah belajar Aku baru 20 + tahun ketika tu.  Aku hanya attend kelas Pak Cik Muhammad setiap minggu di Masjid Lama Lenggong.  Mak  paksa kami  pi Masjid setiap minggu.

Ada satu hari tu...Mak tak ada sama masa  tu...Pak Cik Muhammad ( Ustaz yang sangat baik dan berhemah tinggi) tunjuk jari padaku... Tah !!!!...Itu bukan ke anak Kak?...Dia bertanya kepada Ustazah Masitah...Ustazah Masitah masa itu buat Ceramah Praktikal dengan Pak Cik tentang Solat...Ya Rabb aku teringat kembali.  Pak Cik lihat aku....Raut wajahku macam raut wajah Mak...Mak Long Tah kata ...Ya ...Itu anak Kak...Masa tu Mak Long Tah, tak tahu pon namaku...Cuma tahu aku anak Cikgu Aminah.   Rupa2nya ...aku akhirnya menjadi kawan Mak Long Tah mengajar sama dengannya di Sekolah Kebangsaan Lenggong...Rabbku rindunya aku pada Mak Long  Tah...Ustazah Masitah..Kawan baik Mak.  Moga Arwah Mak , Arwah Mak Long Tah dan Arwah Pak Cik Muhammad di sana di dalam Pelukan Rahmat Allah Azzawajalla.  Aamiin.

Rindu membuat aku tersenyum...wirid belum habis......lagi 5 minit sampai waktu Israq...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan