Jumaat, 17 Januari 2025

Chicken Chop kawan Iwan semasa di Dublin. (Perempuan sahaja dibenarkan berbars menjelang solat)

 Hari ni anakku beli Chiocken Chop kawan Iwan masa di Dublin.  Chicken Chop ini dah diviral.  Jika nak beli pon jenuh berbaris panjang.  Semalam anis pergi nak beli untukku, tapi Chicken Chop dia dah habis.  Anis beli Fish Fillet untuknya  sahaja.   Daku memang tak makan fish fillet mana2pon.  Daku kan tak makan ikan besar.  Anis kata tadi orang berbaris juga hari ni, tapi perempuan semua kerana board kat situ tulis pada hari Jumaat pagi perempuan sahaja berbaris.  hihi...  Except one Chinese Man ada situ pagi ini..

 Ada satu orang lelaki Cina  yang baru habis main Golf berbaris sama .  Dia kata nasib baik saya non Muslim boleh masuk berbaris.  Dia order 6 Box Chicken Chop.  Katanya setiap hari selepas dia main Golf, mesti datang situ beli untuk anak2 dan isteri dia.  Baik sungguh dia kan.  Pada masa yang sama bila barisan panjang maka penjual , menglulurkan Fishn Fillet yang di potong  edar agar barisan tu ambil buat cicipan.  Tapi anis tak ambil.  Chinese man tu tanya kenapa tak makan?  Anis cakap semalam saya dah makan.  Tapi Chicken Chop habis  Emak saya nak Chicken Chop semalam.  Jadinya hari ni saya beli untuk mak saya. hihi..

.ha ha ha   Sketsa pagi Jumaat dalam 'Hanya Perempuan sahaja di benarkan berbaris '  Bagus ..Unique kan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan