Sabtu, 7 Julai 2012

Manusia


Di dalam tubuh terletak hati,di dalam hati terletak nyawa, di dalam nyawa terletak rahsia,di sebalik rahsia itulah Allah, sehingga di dalam hadis Qudsi Allah berfirman yang bermaksud:

Terjemahan:
"Manusia adalah rahsiaKu dan Aku adalah rahsia manusia berserta sifat-sifatKu"

Jadi 17 rakaat solat fardhu tambah 3 rakaat solat sunat witir, jadilah sifat 20.  Itulah sifat 20 Allah.  Dengan sengaja Allah menjadikan lembaga yang indah itu manusia ataupun insan untuk menutupi rahsiaNya.  Jadi sengaja Allah mencipta manusia untuk memperkenalkan kekuasaanNya,  kebesaranNya, dan kejayaanNya.  Sesuai dengan Firman Allah s.w.t. yang membawa maksud:

" Sengaja Ku jadikan Jin dan manusia untuk beribadah kepadaKu"

 Inilah yang sebenarnya hakikat solat( sembahyang) .  Kemudian marilah kita renungkan sejenak Surah al-Ma'uun ayat 4 hingga ayat 5 yang bermaksud:

Terjemahan:
"Celakalah mereka yang sembahyang(solat) tetapi dalam fikirannya berjalan ke mana-mana"

Sedangkan orang solat tetapi fikirannya berjalan kemana-mana masih celaka dan Neraka Whail tempatnya.  Apalah pula orang yang tidak bersembahyang atau sembahyangnya tidak sempurna.
Marilahkita sama-sama renungkan sejenak karya hasil ciptaan al-Marhum Prof. Dr Hamka.

'Kain basahan dibawa mandi,
Setelah mandi dibawa pulang
 Amal ibadah dibawa mati
Harta yang banyak di ambil orang"
"Kayu ara ditepi laut
Jatuh sebiji dimakan ikan
Kalau datang Malaikat Maut
Kemana nak disembunyikan"
'Burung layang terbang melayang
Hinggapnya di kayu jati,
Untungnya orang yang bersembahyang,
Mukanyajernih hatinya suci"
"Solatlah engkau sebelum disolatkan
Menangis kamu sebelum kamu ditangisi
Mandikan dirimu sebelum dimandikan
Hisablah dirimu selagi diatas dunia
Sebelum dihisab Allah dipadang Mahsyar nanti"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan