Khamis, 15 Oktober 2026

 


 

Isnin, 13 Mei 2024

Doa agar mendapat rezeki yg halal,


lawanya tajah...

 Salam...Daku nak ambilaura positif ja.  Itu macam doa... 

Ahad, 14 Disember 2025

 

Maher Zain - for the rest of my life || Lirik & terjemahan

Jamál Abdillah, Di Sudut Kamar Hatiku...


 

 

Sabtu, 26 Julai 2025

Ada rindu untukmu - PANCE PONDAAG ( cover & lirik ) Bertuahnya dia...

 

Sunday, 7 July 2024

Ada rindu untukmu - PANCE PONDAAG ( cover & lirik )

Khamis, 18 April 2024

Selesai segala urusan...


Sabtu, 28 Jun 2025

Eni ... Santai itu indah...

Doaku dipagi ini..


Ya Rabb ...Janganlah tulisanku menyakitkan hati sesiapa  kerana Nabi suruh insan menjaga lidah agar tiada yang tergores hatinya...Aamiin.

Jika aku tak mampu menjaga hati insan lain maka wajib atas aku berhenti terus dari mencoret apa2 di sini.

Rabbku aku insan yang lemah...Peliharalah lidahku.  Jari jemariku adalah lidahku dalam Blogku yang kaku ini.

Rabbku jika daku tak mampu menjaga lidahku, Kau yang berhak memutuskan aku dari berbicara di dalam Blogku ini.

Ya Rabbku...Aku dah terlalu tua, pon kakakku dan adikku, pada bila2 masa sahaja Kau akan menjemput kami....Jemputlah kami dalam keadaan yang baik dalam situasi kami saling menjaga hati semua.

Nampak senang sahaja untuk berjalan di muka bumiMu ini  kenyataannya ,ianya sukar.  Dari dulu ...daku suka bersendirian agar daku tidak mengumpat mencela dan mengelakkan diri dari melakukan kerja2 haram dan lagho  itu..." memakan daging manusia"  daku tak mahu  Moga daku sentiasa mengawasinya.

Kau pulangkan kembali Noraini ini sebagai dahulu...pagiku bersama kitab2 mu, pagiku bersama tumbuhan2, alam ciptaan Mu yang daku cinta.   Akrabnya daku dengan alam milikMu ini Rabbku hinggalah  sebulanku berjalan dengan penuh manfaatnya.  Sebenarnya daku rindu saat itu...tapi adikku , kakak ku anakku kata ...saat itu yang perlu aku lupakan...InsyaaAllah sekali sekala daku rasa boleh ...jika aku pulang.   

Rabbku...bukan daku putuskan Silaturrahim dgn sahabat2ku jika daku terus disini.  aku mengaku daku lari terus dari mereka. .cumanya daku ingin mengelakkan diri dari dunia luar yg penuh dgn cabaran.  Daku ingin lari dari sebarang yang melibatkan rosaknya hatiku daripada fungsi mataku , lidah yang tak benar...Betulkanlah bicaraku.  Facebook , Instagram  dan media sosial lain dah daku bye bye2 ..harapnya  "forever"  lah.   Daku tak mahu lagi melihat kepura-puraan hidup yg penuh dgn perlumbaan mencari harga diri di situ.  Tak perlu sebenarnya.  

Kalau para sahabat yang kaya raya itu  sangat zuhud dengan mengamalkan ajaran Islam dgn sebaik2 amalan dari mereka...kita ini tak dapat nak berbuat demikian ...memang tak mampu...sahabat dgn kekayaan mereka mereka boleh meninggalkan nikmat dunia ini...Robbku....Insafkan kami...

Jika daku bicara diluar sedar daku akan berusaha menyedarkandiriku sendiri......Jika orang yang menyentuh hati dan perasaan kau lari terus jauh2 dengan mengucapkan     "Alhamdulillah ala kullihal"  Redakan perasaan marah...Daku teringat beberapa bulan daku di Negeri orang tiada satu pon yang lagho berlaku dengan lidah ini...  Jadi pelajaran itu daku bawa hingga kini...Bagus sungguh untuk bersendiri rupa2nya kan......tanpa bimbangkan lidah yg berbicara..daku sebenarnya damai jika tidak menyentuh perkara2 yang menyakitkan hati...

Kadang2 bila daku ulang baca kembali apa yang daku tulis , daku merasakan tentu ada yang kecilhati...Eni...Eni...taubat segera.  Minta maaf segera.  Kau berdosa jika itu yang berlaku.   Terlanjur cakap pasal ini  sahabatku semua...Maafkan Noraini ini jika daku tersilap bicara tersalah kata  dalam berbicara dengan jari jemariku ini. Maafkanku...Maafkanku...Maafkanku...

Daku tak risau jika kembali kepada keluargaku kerana topik perbincangan kami hanya berlegar dgn perkara biasa2 sahaja..santai dan menyeronokkan.  Kami makan2 untuk  lebih merasai kembali, keakraban masa kecil bersama Mak dan Pak.  Seronok sangat!  Dalam masa berbincang kami masing2 menjaga hati masing2 dan jika ada perkara yang akan membawa ke arah melibatkan dosa kami masing2 "ingat mengingati "  Itulah sebabnya seronok jika kita berkumpul bersama dalam keadaan terkawal lidah masing2.

Semalam means kelmarin bahasa kami..daku ramai2 di rumah Kak Hindon..."shell out" famili.   Ianya menyeronokkan.  Makan2 tanpa fikir perkara2 berat...santai sahaja macam kecil2 dulu bersama Mak dan Pak.  Hihi...Kak Hindon makan cepat masa kecil...Pak selalu pesan ...mamah tu lama sikit...hihi.   Kak Hindon secepat dia buat kerja secepat itulah dia makan.   Hihi. Rasanya daku paling akhir siap.  hihi.  Eni Kau lambat.  Anakku agak cepat juga...Quratapon rasanya macamku....  

Hihi.  Daku dan Maznah agak slow.  Kami memang kawan baik dari kecil...berdua kesana berdua kesini...  Kawan paling baik dlm keluarga.  Maznah sekarang agak tak berapa sihat macam dulu.  Rasanya macam daku lebih sihat padanya.   Kesian adikku sayang.  

Ya Rabb daku toleh ke kiri ..."   Ha???  Nak pukul 9.00 dah?   MaasyaaAllah ...begitulah hari2ku yg... berlalu.









Selasa, 24 Oktober 2023

Mengurus pertukaran nama kereta Kancil.

 Pergi buat "Thumb Print" untuk tukar nama Kereta Kancil ;

Geran dah Teha Jumpa.  Alhamdulillah.

Balik, letih....tapi  cuba juga bongkar mana tahu kalau2 

daku ni mimpi ja kot, beri pada  Abg Halid Geran.

Rupanya , akhirnya terjawab juga bila call Teha..Dia kata "call Makcik tak jawab2"..

 Kakak dah pegang dah fail ni berkali2 tapi kakak tak buka"

Hi..hi.. Alhamdulillah jumpa.  Syukur Ya Rabb.

Mak Cik akan uruskan.  Apa pon daku telah letih bongkar fail2 dlm almariku...

Hi hi ...Allah suruh buat semua nya baik.  Lap habuk2...

Daku anggap baik semuanya yang berlaku...

 Ya Rabb.  Sabarkanlah daku...

Petang...

Pergi RIMV,   Tak selesai kerja lagi...ada yg perlu di buat lagi.

Balik kerumah Abg Halid ambil Teha ziarah Kubur Abg Halid.

Alhamdulillah Moga Abg Halid damai di persemadiannya ya Rabb.



Isnin, 22 Julai 2024

Kak Lilis dtg buka lampu baby...


 


Isnin, 27 November 2023

Ke Grik

 MOGA ALLAH BERI RAHMAT ATAS APA SAHAJA YG BERLAKU.  DAKU AKAN GO WITH THE FLOW...TERUS MELANGKAH ENI... KAU KENA KUAT...