Ahad, 3 September 2023

Doa Selepas Tasyahhud Akhir Sebelum Memberi Salam

 Sunnah Yang Ditinggalkan 


Di antara waktu doa paling mustajab dalam solat selain daripada semasa kita bersujud adalah ketika duduk Tawaruk (duduk dengan kaki kiri dihamparkan ke sisi kanan dan punggung di atas lantai) iaitu selepas bacaan Tasyahhud Akhir (Tahiyyat Akhir) dan sebelum memberi salam. Inilah waktu yang tidak pernah ditinggalkan dan sering Nabi Muhammad saw amalkan untuk permohonan doa.

Berdoa ketika ini adalah masyruk dan sunnah dengan disepakati oleh majoriti ulama. Malahan ada kalangan salaf dan khalaf menganggapnya wajib. Sebagaimana Tawus bin Kaisan mengarahkan sesiapa yang tidak membaca doa sebelum salam supaya mengulangi solatnya.

Daripada Ibn Masud: “Kemudian (selepas tasyahhud akhir) hendaklah memilih daripada doa-doa yang paling dikaguminya.”
-HR Bukhari dan Muslim

Di antara doa2 lain selepas bacaan Tasyahhud Akhir sebelum memberi salam yang khusus dan terbaik serta sering diamalkan oleh Rasullullah saw adalah dengan membaca doa berikut :

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ
“Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari siksaan kubur, siksa neraka Jahanam, fitnah kehidupan dan setelah mati, serta dari kejahatan fitnah Almasih Dajjal.”
-HR. Bukhari dan Muslim


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، وَعَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ ، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : “إِذَا تَشَهَّدَ أَحَدُكُمْ ، فَلْيَسْتَعِذْ بِاللَّهِ مِنْ أَرْبَعٍ ، يَقُولُ : اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِالدَّجَّالِ ”
Daripada Abu Hurairah Radliyallaahu’anhu, beliau berkata: “Rasulullah ﷺ bersabda: “Apabila salah seorang kamu telah bertasyahud (akhir), hendaklah dia memohon perlindungan Allah daripada empat perkara.” Iaitu dengan membaca (doa di atas).
-Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
.
Dari Abu Hurairah Radliyallaahu’anhu, Rasulullah saw bersabda:

إِذَا فَرَغَ أَحَدُكُمْ مِنَ التَّشَهُّدِ الآخِرِ فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ أَرْبَعٍ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
“Jika salah seorang di antara kamu selesai tasyahud akhir (sebelum salam), mintalah perlindungan kepada Allah dari empat perkara:
(1) azab neraka jahannam,
(2) azab kubur,
(3) penyimpangan ketika hidup dan mati,
(4) keburukan Al masih Ad Dajjal.”
-HR Muslim

Mari kita berusaha menghafal, menghayati dan mengamalkan doa selepas bacaan Tasyahhud Akhir (Tahiyyat Akhir) ini untuk memohon perlindungan daripada Allah سبحانه وتعالى daripada 4 jenis perkara / fitnah besar tersebut.

Doa2 diatas dibaca semasa masih lagi didalam Solat iaitu sewaktu duduk didalam keadaan Tahiyat Akhir selepas selesai membaca kesemua bacaan tahiyat akhir solat SEBELUM Memberikan Salam dan menamatkan Solat.
 
Manakala Sewaktu Solat berjemaah, walaupun pada waktu itu mustajab dan disunatkan berdoa, TETAPI jika sebagai MAKMUM, kitaWAJIB MENGIKUTI IMAM. Jadi sekiranya sempat bolehlah membaca doa tersebut tetapi Jika Imam Telah Memberikan Salam iaitu Mengakhiri Solat Berjemaah Tersebut maka antum WAJIB Mengikut Imam memberi salam dan Menyelesaikan Solat Tersebut.

Maknanya Dijelaskan Lagi Jika Didalam Solat Berjemaah Setelah Kita Selesai membaca Tahiyat Akhir itu, Sementara Imam BELUM MEMBERIKAN SALAM Untuk Mengakhiri Solat jemaah maka selagi itu dibolehkan membaca Doa2 Tersebut Akan TETAPI jika sewaktu membecanya Imam Sudah Memberikan Salam untuk menamatkan Solat Tersebut maka Antum semua WAJIB Berhenti membaca Doa itu dan memberikan Salam Kerana Kewajipan mengikut imam Itu Lebih utama Seperti disebutkan didalam Hadis, Rasulullah saw bersabda:

إِنَّمَا جُعِلَ الْإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ فَإِذَا كَبَّرَ فَكَبِّرُوا وَإِذَا رَكَعَ فَارْكَعُوا وَإِذَا سَجَدَ فَاسْجُدُوا وَإِنْ صَلَّى قَائِمًا فَصَلُّوا قِيَامًا وَنَزَلَ لِتِسْعٍ وَعِشْرِينَ فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّكَ آلَيْتَ شَهْرًا فَقَالَ إِنَّ الشَّهْرَ تِسْعٌ وَعِشْرُونَ
“Sesungguhnya imam itu dijadikan untuk diikuti. Maka jika dia bertakbir, maka bertakbirlah kamu. Jika dia rukuk, maka rukuklah kamu. Jika dia sujud, maka sujudlah kamu. Jika dia solat dengan berdiri, maka solatlah kamu dengan berdiri.”
-HR Bukhari dan Muslim

Maka Doa ini Sangat Dituntut untuk membacanya dikala Kita semua Bersolat sunat sendirian, Jangan Lepaskan Peluang ini.. InshaALLAH..

Wallahualam

Nasihat Kubur

 Nasihat Kubur: 

 1). Aku adalah tempat yg paling gelap di           antara yg gelap, maka terangilah .. aku       dengan TAHAJUD

 2). Aku adalah tempat paling sempit, maka         luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM .
 
 3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka       ramaikanlah aku dengan banyak membaca         AL-QUR'AN.

 4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang           menjijikan maka racunilah ia dengan Amal       SEDEKAH.

 5). Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana       tidak Solat, bebaskan sempitan itu             dengan SOLAT. 

 6). Aku adalah tempat utk merendammu dg           cairan yg sangat amat sakit,bebaskan           rendaman itu dgn PUASA.
 
 7). Aku adalah Munkar & Nakir bertanya, maka       Persiapkanlah jawapanmu dengan banyak         mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH" 
     Kirim ini semampumu dan seikhlasmu             kepada sesama Muslim, sampaikanlah walau       hanya pada 1 org..Ketika anda ingin           menyebarkan ini, lagi2 syaitan pun             mencegahnya. Syaitan berbisik;                 "Sudahlaaaaaah tak payah di SEBARKAN,         tak penting pun, BUANG MASA saja, tak         mungkin akan di baca "... Sekecil apapun       amal ibadah, Allah SWT menghargainya           puluhan kali ganda .. InsyaAllah.

     Syaitan!  Engkau kalah!!!

Jumaat, 1 September 2023

Syurga Bilik See Through

 Dapat Syurga yang Biliknya  See     

            Through Dalam Syurga

1)    Bercakap baik semasa di dunia

2)    Memberi org makan..masa di dunia

3)    Puasa sentiasa dijaga...masa di dunia

4)    Bangun solat malam masa di dunia


Khamis, 31 Ogos 2023

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan



                                                                                                                                               Assalamualaikum...

                                                 Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan.

                                                             Merdeka! Merdeka! Merdeka!

                             Semoga Rakyat Malaysia dalam keselamatan Allah semuanya                                                                                        

                                                                               Aamiin...


Rabu, 30 Ogos 2023

Aku di Taman Tasik

 Assalamualaikum sahabatku.

Semoga semuanya dalam Rahmat Allah.  Daku di Lake Garden Taiping.  Daku parking kereta di sini sementara menunggu Shah  mendapat rawatan Pakar di Hospital Taiping.  Daku menunggu ni ntahkan sampai bila.   Sambil rehat daku memerhati gelagat mereka yg ke Taman ni.  Ada yg berpasangan suami isteri, Ada Yang mengheret anak2, Ada Yang berlari2 anak, warm up nak ambil excercise di Taman Tasik ini.  

Aku...dok santai sementara menunggu Shah.  Shah pesan jangan call dia...Sbb busy dengan appointment Doktor ,dia tak boleh jwb call...daku ok ja.  Tunggu ja lah Eni.  Hari ni 30hb Ogos...esok Hari Kemerdekaan...daku tak nampak ada aktiviti untuk sambutan di sini, mungkin mereka buat secara tertutup.  Jika ada perbarisan mestilah Ada rehersalnya...nampak macam tiada.  

Dari tempat daku parking ini...nampak jelas ke model bola golf besar di dlm Taman..Model Bola Golf besar ini  menunjukkan Taiping Padang Golf pertama terbina di Malaysia ...Padang Golf ini telah di tutup setelah pernah berlaku kemalangan pukulan bola terkena /termasuk kawasan sekolah...Sekolah Kebangsaan Convent Klian Pauh.  

Daku...Baru bersarapan roti berinti jagung...dahaga la pulak...nak minum Milo kejap..stop sat...drink first  hihi..pekatnya Milo dalam tin ni...Kalau pekat macam ni elok di minum dengan ice cube.. Daku  dapat panggilan Shah dan bertolak ke Hospital ambil Shah di tempat dia turun tadi.  Daku dapati  majlis Sambutan Hari bebangsaan esok diadakan di depan Majlis Bandaran Taiping.  Ada beberapa kemah telah didirikan...Semoga yang menjalankan tugas mendapat berkat Illahi.  Jika kita bekerja ,niat ja kerana Allah ...Kayalah kita dengan keberkatan...Moga semua sahabatku sentiasa mengingati Allah semasa bertugas...Betapa mudah nya mengaut keuntungan daripada Kekayaan Allah ini ...MaasyaaAllah...Tabarakallah..InsyaaAllah ...Aamiin.  Semoga yang bertugas di mana2 mendapat Restu Allah dan KeberkatanNya jua ...

Kami balik ikut Jalan Batu Kurau...Atas Gunung..Air terjun...Nampak indah...Anugerah Allah... 

Sekian.



Selasa, 29 Ogos 2023

Tiba2 daku teringat Mak dan Pak

Assalamualaikum...

Daku tiba2 teringat kepada mak dan pak.  Daku anak mak yang mak pernah bawa pergi ke sekolah seawal 6 tahun.

Daku dah boleh baca masa tu.  Mak letakku di belakang kelas.  Mak sediakan kerusi dan meja macam kawan2 lain.   Masa tu mak mengajar di Sekolah Kebangsaan Temelong.  Mak bukan naik kereta,  motosikal pon tidak, tapi mak hanya naik basikal kesekolah.  Mak berbasikal kesekolah bersama dengan Ustazah Masitah.  Pagi2 mak akan menghuli roti canai 1 kilo  tinggalkan kepada anak2 mak.  Mak tak pernah biarkan anak2 mak lapar meskipon dlm kesibukan mak rushing nak ke sekolah.Mak anak ramai.  Kesian mak.  Kami dapat melihat kesusahan mak 'shruggle' cari duit dari kami kecil lagi.  Apabila mak  nak pergi ke majlis kenduri, mak masak siap2 gulai ayam  kegemaran anak2.  Mak memang tak suka anak2 mak yang kecil2 ikut mak dan mengganggu majlis orang lain.  Hebat mak!. 

Masa daku mengajar dulu ada Guru Besar bawa anaknya 6 tahun ke kelas daku.  Anak GB itu hingga pandai membaca dan mengira .  Arwah dah GB tu.  Daku belajar prinsip mak, letak meja dan kerusi di belakang dan keutamaan tetap murid2 ku supaya tidak terlibat dengan salah guna masa mengajar. Takut berdosa. InsyaAllah murid  6  tahun tu tetap dapat juga layanan.  Setiap kali Gb ni beri ceramah di luar asyik ceritakan anaknya bijak, anak didik Cik Gu Noraini. Mak jugak mentor ku ...hah ha ...cara mengajar tulisan pada murid Tahun satu...mula2 ajar mereka buat bulatan terlebih dahulu, kemudian huruf c....bulatan tak bersambung di sebelah kanan....dan huruf terjadi dari huruf c tersebut dengan menutup bulatan dengan garisan di hadapan c...Mak! mak! ..praktikal betul mak....Cuma Eni yang tahu orang lain tak tahu...Sebab dalam 12 orang anak mak, Eni sorang Guru.

Kami tak kaya.  Kami keluarga besar.  Masa ni  Pak dah bersara.  Pak bersara awal sebagaimana daku.  Hi hi...Sebenarnya daku yang ikut Pak bersara awal sebab sakit.  Pak Bersara Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gelok  (Ambil Options jugak macamku)  Pak seorang yang rajin dan Kreatif.  Pada masa kami kecil kami hanya menggunakan telaga sahaja.  Sumber air dari alam yang bersih kami gunakan...Masa ni Masih lampu minyak tanah.  Jika orang2 bandar mereka dah menggunakan pair air dan lampu elektrik.. tapi tidak kami masa kecil.  Kami pernah merasa susah mengangkut air, membeli manyak tanah, dan memasang lampu Gaslin.  Anak2 kami semuanya hanya dengar sahaja cerita tetapi mereka tidak tahu bagaimana lampu gaslin dipasang. Bersumbukan kain, letak minyak spirit  ianya terbakar dan tabung yang telah di isi dengan minyak tanah itu di pum berkali2 menghasilkan gas...,maka lantas ia akan menyala menjadi lampu yang terang benderang seperti lampu elektrik.   Inipon dikira teknologi jugak sebenarnya.  Kami tetap bersyukur Ya Rabb.

Mak dan Pak sangat partikular dalam menyediakan air minuman mereka.  Mak pak mesti ada dua telaga di rumah ini.  Satu "telaga minum" kami panggil dan satu lagi  "telaga mandi."  Anak2 kami mana tahu semua ni.   Telaga minum bersih tak boleh mandi disini.   Mak sangat geli bila telaga bercampur.  Maksudnya minum dan mandi bersama.   Telaga minum Pak kami yang kreatif tu, jadikan air yang disaring dengan mengunakan pasir yang berbagai gred.   Dari yang kasar sehinggalah yang sehalus2nya.  Pak buatkan takungan penapis air ini tinggi dan ada ruang seorang lagi berdiri di tingkat atas.   Apabila seorang mencebok air dari dalam telaga maka pass air itu kepada mereka yg berdiri di atas. Hihi , ini untuk kami yang masih kecik, maksudku pendek tidak tinggi lagi...tetapi jika anak yang dah dewasa, bersaorangan pon boleh timba dan takung air sendiri, pada tapisan yg pak sediakan.  Canggih teknologi pak masa tu.  Air tu Pak alirkan terus ketempayan Besar di dapur buat air minuman.  Pak..Pak... Kreatif betul pak...

Pak  adalah  Guru Intake pertama di SITC.  "Sultan Idris Teknical Colleage"  Pak sebenarnya  menjalani Latihan Di Kolej Perguruan Melayu di Matang pada  ketika itu. Kolej di Matang di tutup dan bertukar ke Tanjung Malim, Sekarang Universiti Perguruan Sultan Isris.    Masa intake pertama tu , Pengetua Colleage adalah " OT Dossec"  Pengetuanya Seorang Inggeris didatangkan dari luar negeri . Pak Pulak dari muda pemain Bola Sepak yang hebat.   Kawan2 Pak kata, pak adalah"  Sriker" bola sepak.  Hebatnya Pak, waktu itu , Tentera British dari Singapore  datang ambil Pak sebagai "Pemain import mereka"  Mana sangka zaman pak pon dah ada pemain import.  hihi... Pernah satu hari Cikguku, Cikgu Zakaria yang mengajar matematikku berkata " Pak dia sepak bola sampai pecah" hi hi...   Pak memang pemain bola hebat macam Mokhtar Dahari.hihi senenarnya Mokhtar dari yg macam pak.

Masa daku di SK Lenggong, ramai2 bersembang masa rehat , Cikgu Jabbar kata pada ku.  Noraini apok kamu, (cikgu ni orang hilir perak,loghat peraknya amat pekat)  " Saya dengo cheghita apok kamu dulu beli keghete koyok kegheteh,  Pak Ayouh ceghite kat saya."   Koyok kegheteh tu " Koyak kertas"bawa maksud' Kereta Baru"  Katanya orang pertama ada kereta baru disini.  Banyak yg daku  ingat  hanyalah masa mata pak dah rabun, masa pak dah tak boleh drive lagi...Usia mak dengan Pak adalah 20 tahun jarak masa.   Jauh sangat jarak usia mak dengan pak.   Macam Siti Norhaliza dan Datok K,  Mak anak yatim, kawin mak pon dipaksa oleh waris mak...Kesian mak.   Mak anak orang kaya kat Gelok. Ayah mak sangat kaya.  Orang yang pertama ada peti nyanyi Zaman dulu2 dirumahnya.  Tempat orang2 kampong ,jika nak dengar lagu, mereka pergi dengar rumah mak. Bila emak mak meninggal mak di bela oleh ayah mak dan mak pulah kehilangan ayah selepas tu, Mak 3 beradik pon dipelihara oleh waris mereka. Kesian dengar cerita mak yang lagi lagi...

cukup dulu kenangan mak dan pakku...akan ku sambung lagi...

Wassallam.

 




Isnin, 28 Ogos 2023