Hmmmm....Anakandaku belum pulang lagi. Daku menunggu aja. Daku tak keluar hari. ini. Daku rehat dan ibadat apa yang patut. Tak masak apa pon .Hihi manalah anakku tak sampai lagi ni. Tak pa . Jika dia lewat daku makan apa yang patut.
Hah dah sampai...Tepat pukul 6.54pm...Dah hampir masa berbuka... Rabbku... Syukur..
Wau... Yg daku teringin... Best Seller. Alya yg pergi ke Pesta buku baru2 ni. Tq anakanda Alya, anakanda Aini, adinda Maznah... BESTNYA.... SYUKUR SYUKUR RABBKU... AAMIIN.
Buku besar tadabbur siap dgn gambar yg daku belum periksa lagi... Syukur Rabbku.
Mereka masing2 teringat kepada arwah kakak saudara mereka yg bernama Melor. Masing2 beli beg Melor Anis banyak kenangan dgn Melor masa di Serawak. Melorlah kakaknya.
Kami share tarikh yang sama. Una dan daku. Tadi masa sahur Anis mesej Kakak kata nak luar celebrate dgn Una. Tapi daku kata daku puasa esok . Tak jadi anis delete mesejnya...Tak ada rezeki...
Daku lebih suka ibadat dengan banyak puasa, Sebab masa terluang banyak. Tak perlu susah2 masak2. Buatlah apa2.
Sangat sedap untuk digunakan. TQ Syukur. Reach exactly on time.. Tepat pukul 11.50 pm... Hihi ni dah 12.25.am. ANIS BARU BALIK DARI MEETING. Rupa2nya hari ini hari jadi Cik Azid jugak. Anis nampak Cik Azid gelisah. Anis lupa hari jadi dia. Anak dan isteri dia menunggu untuk celebrate. Anis tetap order burger special untuk ku bila selesai meeting naik makan denganku. Mereka lain dah makan . Bila sampai rumah, Cik Azid tunjuk Si Bongsunya Nyanyikan Lagu Happy Birth Day Ayah"
Selamat ulang tahun Cik AZID. KAK MAS DAN ANAK2 MENUNGGU DIA. DGN PENUH SABAR. MEREKA BIASANYA BERSURAI JAM 10.00 PM TAPI HARI NI DAH 11LEBIH. KESIAN CIK AZID.
Selamat hari jadi Eni. Moga panjang umur dan di murahkan rezeki. Aku dah 67. Aku happy... Aku dah sampai umur ini.. Rambutku boleh tahan juga tumbuh uban nya slow dpd maznah... Kak Hindon pon slow macam aku. Uniknya aku bila uban bertambah ...aku suka sangat tengok rupaku. Special bila aku letakkan air pada rambut2ku ...hmmm...masih noraini....hihi...seronok jika kita pikirkan syukur yg Allah tanamkan di dalamm hati. Rabb daku kena banyak2 bersyukur ditua2 begini daku boleh menulis lagi meskipon bahasaku memang tak sesempurna mana. Sbbnya daku suka bahasa rojak2 macam ni. Bila mereka baca bahasaku ini. hush! mesti merka mengata...AKU TAK KISAHPON. HIHI.
.. Hihi. ..Aku kena banyak2 bersyukur kpd Allah ketana kulit muka ku tidak bermasalah. Anakku ingat aja bli produk "Skintific" utkku kerana ianya sesuai dgn kulit muka ku. Dulu daku pakai produk boikot . Jenuh anak ku mencari untuk sesuaikan dengan muka mak dia ni. Produk "Skintific " Produk ini agak murah. Kalau daku bandingkan dgn pruduk "Kose" yg ku pakai masa muda....huh, berganda2 dpd produk sekarang, Bagus produk ni lagi murah dpd produk dulu. Hihi... Syukur sungguh Allah sayang aku... Rabbku aku bersyukur padaMu atas semua yg ku lalui ini. KAU DAH sampaikan umur ENI ke 67 . SYUKUR ROBBKU. ... HIHI. TAPI AKU TETAP RASA AKU MUDA. PERASAAN MACAM DULU2 JUGAK. HAHAHA.. MACAM DUK BERSEKOLAH LAGI. DAH TU DPD SEKOLAH KE SEKOLAH BALIK.. ENI ENI HANG TETAP BERSEKOLAH SAMPAI HANG PENCEN. Jika hari jadi ku daku akan update pada blog ku ni...HAHA...MEH TENGOK
Hihi sajak anis Sabirin yg masih ada pada SETIAP hari jadi ku. Wow dpd 23 tahun umurku... Sajak tu istimewa sgt buatku. Ianya ubat buat ku... Mari kita tengok sajak tu... TQ ANIS SABIRIN. DAKU TAK PASTI ADAKAH ORG NYA MASIH ADA DI ALAM INI. Jika dia telah Tiada Daku Doakan UntuknYA. aGAR DI DI TEMPATKAN BERSAMA ORANG2 YANG SOLEH. . Lama Daku Peluk Sajakmu Anis Sabirin. TQ,...TQ TQ
Daku akan update kemudian hadiah dari Maznah ..Hadiah Quran (Katanya sedap sangat . InsyaaAllah
Hakikatnya ...rasa berdosa kerana gagal membunuhnya...Telah lama ku perbanyakkan pada Cinta Allah dan Rasul ...Tak tertanding hidup ini tanpa 2 CINTA SEJATI ....pasrah update 31 May 2023...2024...
Sekarang daku update 31 May 2025...
Bila daku baca airmataku tergenang kembali. Tapi daku syukur hidup dapatku teruskan juga dengan jayanya. Mengapa? Semuanya kerana adanya Allah dan Rasul dalam dada ini.
Cinta kadang2 ku fikirkan satu yg hitam, pekat suram muram..... tapi......daku rasa berdosa memikirkan demikian, kerana ianya dari Allah Azzawajalla. Daku telan balik dengan penuh rasa syukur perasaan tu, agar aku tidak jadi orang kufur nikmat Allah (tak bersyukur) , berdosa dan tak Redho. Ampunkan aku Rabbku. Moga aku gembira di hari-hari yg bakal ku teruskan ini. Aku maafkan semua kerana Allah. Aamiin.
Ya Allah Tutupkan aib aku dan amankan perasaanku...Kelaparan, kekurangan harta dan nyawa dan buah2an. Tapi Apa kata Allah( ni derita semua ni) Tapi Allah kata..." Wabashshiril soobirin.."Berikan Khabar Gembirakepada orang yang sabar. Padahal ini semua adalah himpunan derita, tapi dalam himpunan derita Allah suruh berikan khabar gembira,kepada siapa? Kepada orang yang sabar. Kemudian Allah describe siapa itu orang yang sabar? Allah bagi apperience orang yang sabar dulu sebelum pergi ke hati nuraninya dan akhirnya kita tahu apa yang diucapkan...Allah kata..."Orang2 yang apabila ditimpa musibah, ketakutan ,dihina , miskin, dimaki orang dianiaya orang dipukul orang dizalimi oleh orang lain..." Apabila di timpa musibah,mereka berkata,
Innalillahhiwainnailaihiroojiuun..
Kenapa kholu innalillahhiwainnailaihiroojiun...Kenapa penting? kerana manusia akan berkata habislah aku ,musnahlah aku, nayalah aku, tapi kalau manusia fikir hakikat kepada kehidupan...Kita tak ada apa2 disini sebenarnya...sementara sahaja... maka ...kita lafazkan innalillahhiwainnailaihiroojiuun...Tak apa kerana hakikat kehidupan bukan disini...hakikat kehidupan dari Allah azawjalla ...Kita ini asal kita ,tanah air asal kita syurga,' Kita bagaikan musafir...akan kembali tidak beberapa lama lagi... Tak apalah tak selesa pon kita akan kembali tak beberapa lama lagi...
Allah ajar kita ..Innalillah hiwainnailai hiroojiuun..."Kita datang dari pada Allah dan kepada nya kita akan kembali... So itu tidak adil dalam beberapa keadaan...Ada orang yang baik dia telah dizalimi...ada orang yg bekerja kuat dia tak dapat seperti bekerjanya yg sedikit...pendapatan ,berpuluh kali ganda orang yg susah...tidak kerana kerajinan kita melebihi dia...dan tidak juga kerana kebijaksanaan kita melebihi dia...ALLAH Jalawaaqla... telah mengaturkan kehidupan kepada sebahagian manusia untuk menguji kepada sebahagian yang lain. Sebab itu Quran menceritakan kepada Qarun kerana kesombongannya" aku diberi harta ini kerana kebijaksanaan ku" kerana kebolehanku...Allah rakamkan perkataan dia yang biadap ini...supaya ia tidak di ulangi oleh orang lain.
Maka kita sebut Innalillah hiwainnailaihiroojiuun." Dunia tidak pernah adil pada banyak keadaan...
Tapi apabila kita tahu kita akan balik, manusia berjuang 30 tahun, 40 tahun barangkali manusia mula senang, 50 tahun dia mula sakit, barangkali 20 hungga 30 tahun dia menikmati dunia...Apalah sangat di bandingkan dengan akhirat yang kekal abadi...
Islam tidak anti dunia...Tapi dia mengajar supaya manusia dapat bertahan dengan "' Inna lillahiwainnailaihiroojiuun."..jadi maksudnya apabila orang derita kita bagi kan khabar gembira, Tak apa kita akan balik kepada Allah. Tak pa, Allah ada...(Orang Melayu ungkap) nice word...
Allah boleh melakukan berbagai cara.
Allah bagikan dia kesihatan tapi Allah campakkan keresahan ke dalam hati sanubarinya yang tak berkesudahan...Allah yang melakukan apa yang dia mahu, kemudian Allah beritahu ini...orang yang ada perasaan ini
Ya Rabb daku Redhoo sebab aku akan balik padaMu...
Tak apa Allah ada. Allah boleh bagi kan dia sihat, dan Allah boleh melakukan ALLAH KATA MEREKA ITU SELAMAT DARIPADA TUHAN MEREKA DAN RAHMAT...MaasyaaAllah...Kita selawat kepada Nabi...Allah kata kau sabar...dunia ini kecik aja,dunia ini debu sahaja nak di bandingkan daripada cakarawala yang luas. tetapi jika Allah memberikan kepujian ...memberikan inayahNya kepada manusia...Allah jallawaaqla bukan untuk di bandingkan. tetapi bila Allah berikan perhatian yang khusus kepada hambanya yang soleh..APA NILAI RAHMAT ITU? yang nak dibandingkan dengan kehidupan yang ada.
...MaasyaAllahallah memberikan ucapan mulia kepada kita. Dunia ini debu sahaja. Apabila Allah memberikan ujian Allah letakkan jalan penyelesaiannya, .Allah jalla waaqla tidak ada yg lain untuk di bandingkan dengan segala nikmat itu. Ya Rabb syukur atas segalanya. Ya Rabb daku sedari bahawa sekejap sangat hidup ini kerana daku sedari telah sampai ke usia ini.
Indahnya isteri yang di nafkahi suami... MaashaaAllah... janganlah isteri2 tak bersyukur dan tidak taat kepada suami.
Jika mereka tidak bersyukur dan tidak taat kepada suami, di situ mereka tidak berhak mendapat nafkah. MaasyaaAllah. Seronoknya menjadi wanita yang disayangi dan di nafkahi dalam satu rumahtangga "mawardah warahmah..." Isteri...banyak2lah bersyukur. Naik saksilah jika suami menafkahimu , mereka adalah orang yang benar2 baik dalam Islam.
Wahai lelaki, jadilah lelaki yang gentleman dengan memberi nafkah kpd isteri. Sukanya aku lihat mereka2 yang di nafkahi suami dengan seadil2nya. Berilah kasih sayang mu kepada isteri denagn mengajar ilmu agama kepada mereka sebagai tanda sayang kita kepada mereka. MaasyaaAllah. Bertuahnya perempuan yang bernama isteri.
Di sebaliknya pulak, Jika lelaki yang bersyukur apabila isteri menolong/menafkahi/sedekah, mereka hendaklah bersyukur...Jika tidak bersyukur itu sebabnya Allah tarik kembali keindahan yang didapati. Kegagalan bersyukur menjadikan terputuslah rezeki dari Allah
Bukan semua isteri berkira...macam yg ditayang2 dan diwar-warkan di media sosial....Bukan semua perempuan begitu. Nafkah adalah ibadah (Jika dari pihak isteri ianya menjadi sedekah) Belas dan kasihan menjadikan perempuan sanggup ambil tanggungjawab disamping mendapat pahala dari Allah Azzawajalla.
Betapa ruginya lelaki yang dihidangkan makanan setiap hari,dihormati, setiap hari dimanjai dengan segala kerja mendapat tolak ansur dari isteri, tetapi mereka tidak dapat melahirkan sikap bersyukur , maka dengan sikap itulah Allah tarik kembali rezeki yg Allah beri. Suami sekali2, jauhkan dari sikap sombong kerana sombong itu pakaian Allah. Marilah kita hidup dengan merendah diri Sabar dan Redho serta Bersyukur kepada Allah. Aamiin. Moga benarlah apa yang daku coretkan ini. Dari pengalamanku sendiri. Harap ianya mendapat iktibar dari sesiapa sahaja perempuan dan lelaki yang membacanya.
Ya Rabb....Fahamilah kami Al Quran Kitab Allah...Letakkan Quran di depan dan di ikuti dan jangan letakkan Quran di belakang tanpa di ikuti kerana Quran itu ialah mukjizat boleh merubahkan manusia yang memahami Al Quran dan ikuti ajaran Al Quran. Marilah kita bersama Al Quran untuk kita ke Syurga Allah"
Kadang2 kita nampak orang itu bahagia tetapi tak bahagia. Kadang2 kita melihat orang itu tak bahagia tetapi dia bahagia ;
Kata Rasulukllah SAW
Jadi yang Allah tengok amalannya tu, kadang2 rumahnya kecil, Allah pandang dia walaupon dia miskin.,tapi orang kaya umahnya besar tapi Allah tak pandang dia ,maka Kebanyakan orang kadang2 jadi hamba orang, hamba nafsu, amalan akan sia 2 di sisi Allah. Walau rumah kecil. Quran kata " Yaa aiyuhaklazi ku an fusikum waahli naaraa." Waku yuhanna wal hijarrah.
Wahai orang beriman jagalah diri kamu ,anak2 kamu daripada api neraka, Allah tak kata,Allah tak kata jagalah diri kamu anak kamu dari kemiskinan...
Allah tak kata jagalah diri kamu dan keluarga kamu dpd penyakit,tapi Allah kata jagalah diri kamu dan anak2 kamu daripada api neraka, tak ada satu yang Allah kata jagalah diri kamu dan ahli2 kamu dari kemiskinan...kenapa Allah tak kata begitu?...sebab miskin bukan lah berdosa,,miskin bukan masaalah kalau miskin tak ada masaalah tapi kalau kaya ,dia tak solat dia berdosa jadi Allah kata kpd kita jagalah daripada musibah yang paling besar, apa musibah yang paling besar tersebut? bukan miskin tapi api neraka itu...Ramai orang takut miskin tapi tak takut api neraka. sebab itulah ramai orag yang banyak duit kejar dunia" akhirnya dia lupa Allah dia tak jaga dia dia akhirnya dia masuk neraka, jadi yang paling penting apa yang Allah pesan jagalah diri kita dan ahli kita dpd neraka Allah. Orang sibuk nak jaga kesihatan sampai tak solat, akhirnya dia dapat sihat ,tapi dia masuk neraka.Orang sibuk nak kaya tapi tak solat akhirnya dapat kaya tapi masuk neraka. Jadi "jagalah dirimu dan ahli mu daripada nerakaka, tak apa miskin pon sekejap aja, tapi masuk syurga...Jika kita kejar kaya , kaya sekejap ja , masuk neraka ,kekal selama2nya.
Sebab itu ada kisah dalam surah Al Kahfi kisah Musa dgn Khidir , Khidir bunuh budak kan, Kenapa dia bunuh budak, budak tu tak berdosapon sampai Nabi Musa sebut" Kenapa kamu bunuh budak yang tak berdosa, tanpa sebab, sebenarnya Khidir bubnuh itu atas arahan Allah..Jadi persoalan nya kenapa Allah suruh Khidir bunuh budak itu?...Sebab allah nak selamatkan budak itu daripada musibah besar, ...apa dia?...api neraka...mungkin mak bapak dia sedih sekejap, tapi bila tapi di akhirat bila dia tahu kenapa anaknya di bunuh ..dia akan bersyukur kepada Allah. Kenapa dia bersyukur ,walaupon hilang anak ? Sebab...anak di selamat dari neraka...dia akan jumpa anaknya dalam syurga. Jadi sabar sekejap saja...kalau kita sabar tak rugipon...dapat pahala tanpa jhad.Jadi nak sayang kepada kepada kita...Allah bukan bagi duit tapi allah bagi pahala sabar...Ramai orang duit banyak tapi pahala tak banyak...bila mati...dia mintak balik kedunia nak cari duit ke nak cari pahala? Allah bagi anak sakit dan allah bagi pahala "Sabar"
Dalam satu hadith Nabi SAW...yang membawa maksud: Nabi kata ...bila llah sayang pada seseorang , Allah uji ..apa makna uji?...Allah bagi susah. Tengok ya ...Bila allah sayang , Allah bagi susah. bukan allah sayang , Allah bagi duit. bukan allah sayang allah bagi sihat tak.....Allah bagi susah sebenarnya Allah nak bagi benda yang sangat mahal itu iaitu; Faizza Rajja....Kalau dia redho dgn susah tu dengan penyakit tu' DIA DAPAT REDHO ALLAH' Mana kita nak? kita sihat Allah tak redho dgn kita sakit tapi Allah tak redho. Mana kita nak?...Orang beriman dia fikir Allah.bukan fikir dia nak... tidak!!!! dia fikir apa yang Allah suka.
Allah nak ...bila aku sakit aku redho dan bila aku sabar Allah bagi ganjaran...Bila Jika kita tak dapat redho Allah...Jadi ini adalah satu tanda Allah sayang pada keluarga yang sakit ini, dan Allah datangkan kta semua dari jauh tandanya Allah sayang. kalau allah Kalau allah sayang pada seseorang Allah bagi tahu pada malaikat...Wahai malaikat Kau sayag pada Si Fulan. Maka malaikat bagi tahu pada malaikat semua agar sayang pada Si Fulan...si fulan ...maka malaikat akan mendoakan terhadap Si Fulan tersebut.
Rabbku...Daku tak tahu kenapa sakit perut. Moga daku dapat pose esok. Menurut anakku jka kita tak tidur atau terganggu tidur maka akan berlaku gastrik. Mungkin gastrik. Berkemungkinan kerana aku tak makan Yogurt pagi tadi. Sekarang daku dah makan ubat angin. Daku kena tidur awal agar esok boleh puasa. InsyaaAllah. Semuanya di tangan Allah. Moga ubat sakit perut itu berkesan untukku. InsyaaAllah.
Anis betulkan, bila daku cakap macam mana reaksi org dulu2 tentang pinangan..." Mana ada abah kudung mak?". ha ha ha... Aku terpaksa jawab... Ya tidak... Itu Pak Ngah usik mak aja... Hihi... Dah dinamakan anak memang lah begitu.. Siapapon ayah kita. Tu yg Aku ajar dia dari kecil.... Ayah tetap ayah siapapon dia...hihi...