Ahad, 14 Januari 2024

KELEMAHAN INSTITUSI ULAMA MALAYSIA


Ulama. Seorang yang ahli dalam ilmu pengetahuan agama Islam. Dengan ilmu pengetahuan yang dimilikinya, seorang ulama memiliki rasa takwa, takut dan tunduk kepada Allah SWT. Ulama diakui masyarakat sebagai cendekiawan yang memegang autoriti dalam hal pengetahuan agama Islam. Hari ini, kita dapati berlakunya krisis yang melanda kepimpinan negara. Salah satunya disebabkan kurang berkesannya peranan dan fungsi ulama bagi menasihati umara’. Sebagai golongan yang dihormati dan dipandang tinggi dalam sebuah negara Islam, ulama’ sepatutnya memainkan peranan besar bagi menasihati pemimpin negara, ketika ia dilihat menyimpang dari jalan hakiki. Imam al-Ghazali menekankan pesan keadilan kepada para penguasa. Yang menakjubkan beliau lebih dahulu mengkritik para ulama sebagai biang kerusakan rakyat dan penguasa. Paling tidak dua kali beliau menyebutkannya dalam kitab Ihya’ Ulumuddin. Pertama, Ihya’ Juz 2 halaman 238: ما فسدت الرعية إلا بفساد الملوك وما فسدت الملوك إلا بفساد العلماء "Tidaklah terjadi kerusakan rakyat itu kecuali dengan kerusakan penguasa, dan tidaklah rusak para penguasa kecuali dengan kerusakan para ulama." Kedua, Ihya’ Juz 2 halaman 357: فساد الرعايا بفساد الملوك وفساد الملوك بفساد العلماء وفساد العلماء باستيلاء حب المال والجاه ومن استولى عليه حب الدنيا لم يقدر على الحسبة على الأراذل فكيف على الملوك والأكابر والله المستعان على كل حال “Maka kerosakan rakyat itu kerana kerosakan penguasa, dan rosaknya penguasa itu kerana rosaknya para ulama. Dan rosaknya para ulama itu kerana kecintaan pada harta dan kedudukan. Sesiapa yang terpedaya akan kecintaan terhadap dunia tidak akan kuasa mengawasi hal-hal kecil, bagaimana pula dia hendak melakukannya kepada penguasa dan perkara besar? Semoga Allah menolong kita dalam semua hal.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan