Rabu, 11 Mac 2026
Hebatkan anak bujang ibu ini....
Daku dapati... Bertuahnya ibu ini kerana anak bujang nya yg menyolatkan jenazah ibunya. Hebatnya ibu yg anaknya disekolahkan di sekolah agama. MaasyaaAllah... Bertuahnya sang ibu. Sukakan kita dengar ni. Anak bujang nii akan duduk di asrama sekolahnya di Kajang. Daku yg rasa sedehnya sbb dia di tinggalkan sorang... Rasa gembira bila dgr dia akan tinggal di Asrama. Syukur... Aku tolong sedeh pd anak ni.
Menurut anakku... Chek Azid kata. Sekarang mungkin tak sedeh lagi... Tapi bila menjelang raya akan bertambah rasa kekosongan nya... Itu pengalaman nya dulu...
Bekas Muallimah Sekolah Al Amin.
Assalamualaikum.
Arwah ibu kepada adik 19 tahun itu adalah bekas Muallimah ( Guru Perempuan) Sekolah Al Amin. Offer membeli makanan sahur dari anakku mereka tolak anakku dan kakak hanya tolong mengemas rumah bersama keluarga arwah. Arwah baik orangnya. Sebelum ini arwah mengajar di Sekolah Al Amin lain dan bila anaknya akan ke Sekolah Menegah mereka berpindah ke sini. Arwah mengajar mengaji dan mengasuh anak setelah berhenti dari mengajar di Sekolah Al Amin Bangi selepas PKP dulu. Anaknya sedang ambil STPM di Sekolah di Kajang. Adik ini juga adalah anak yatim.
Jenazah ibu ini di bawa ke Surau untuk di mandikan dan di solat di sana. Setelah solat...Jenazah akan di bawa balik ke Kampungnya di Negeri Sembilan untuk dikebumikan. Daku terfikir betapa sedihnya apa yang akan dilaluinya sendiri selepas ini nanti. Banyak anak2 yang hadapi masaalah begini setelah kematian ibu yang masih si sekolah rendah. Tak dapat kita bayangkan. Nasib , adik telah dewasa daku doakan agar dia tenang. Aamiin
"Semoga Arwah di Cucuri Rahmat Allah ke atas Rohnya dan dinkumpulkan bersama orang2 yang soleh. Aamiin.
"InsyaAllah"
Ayoh kita sama2 ingat mati...
Mengejar Lailatul Qadar 10 Malam Terakhir | Awani Pagi | Ustaz Azlan Shah NK,
Mengejar Lailatul Qadar 10 Malam Terakhir | Awani Pagi | Ustaz Azlan Shah NK
Apa. Khabar..
-
Alhamdulillah kami ke Grik pukul 7.00 am. Sampai terus isi beberapa maklumat yang patut untuk urusan kami... Kami berpisah dalam keadaan bai...
-
Khamis, 9 November 2023 Rafeah Buang - Kalau Rindu Letih tengok perang kita dengar lagu...