Rabu, 11 Mac 2026

Eni...Penuhi hidup yang sementaramu dgn amalan kebajikan. Moga Allah Rahmati ...Aamiin

 

Selasa, 11 Julai 2023

Menginginkan Allah mencintai kita

 Jika mengingin Allah mencintai kita...

Diberi Nya ampunan kepada kita...

Cinta Allah itu jika diberikan tanpa mengira batas...

Nescaya Allah akan mengampuni sebanyak mana dosanya sekalipon...

MaasyaaAllah ..."katakan pada hambaku" ( AKU ITU DEKAT)

Bertaubat ...Dia akan mendapat ampunan dari dosa2nya...

Rabighfirli. 2X semasa bangun tidur

..Jika dia diampuni Allah apa yg diinginkan  DLM HIDUPNYA di berikanNya

UCAPKAN ISTIGHFAR...TERUS MENERUS...

*******************************************************************************

7 perkara yg akan mengalir pahalanya setelah mati...

1) Ilmu yang pernah diajarkan...

Dunia ini telah tidak lama...Dia sedang tenat dan jangan lah kalian leka...Jadilah orang yang baik disisi Allah...orang yg hatinya yang sentiasa mengharap rahmat Allah.  Jika mengaji ilmu Tauhid kita tidak yakin dengan ALLAH KITA ADALAH ORANG YG GAGAL...KALAU KITA TIDAK BERUBAH MENJADI ORANG YG BAIK. KITA GAGAL

" JIBRIL BERTANYA RASULULLAH...APAKAH DIA IKHSAN?

Kematian akan lebih mendekatkan kita dgn Allah Azawajal...

 Hari ini seorang hamba Allah pergi mengadap Allah Azzawajalla..

Daku dapat rasa kesedihan anak lelakinya yang berusia 18 tahun menangis terisak2 masih memeluk ibundanya tanpa henti.  anak ini masih belajar .  Mengambil STPM .  Itu yg ku tahu.  Mereka tinggal berdua sahaja.  Ibunda ini  mencari pendapatan dengan mengasuh anak2 jiran.  Meninggal kerana kompikasi jantung.

Anakku masuk bilik ..."Mak...Anis nak peluk maka lah ...sedih sangat"  Daku peluk dan kata anakku mereka tinggal berdua macam Anis dgn mak dan Una dengan kakak.  Moga Allah Rahmati.

  Daku hannya dpat meminta anakku dan anak saudaraku berbakti dengan menolong mengemaskan rumahnya.  kataku contact saudara nya yang baru sampai dari negeri 9,  katakan akak  datang untuk tolong mengemas rumah apa yang patut.  Dia mengatakan ok.  

Apa lagi yang harus anis dan kakak buat. 

Saku hanya katakan beli makanan untuk sahur mereka esok pagi...Itu sahaja.

Seterusnya daku mohon agar allah cucuri Rahmat ke atas Ibu Adik ni. Rabbku kesihanilah dia ...Tempatkan dia dia bersama orang2 yang soleh.  Aamiin.  Moga kau hilangkan kesedihan anak lelaki ini.  Berikan dia kelapangan hati Rabbku.

"Setiap yang hidup pasti akan mati"

Daku pasrah.  Daku entah bila.?


 

Khamis, 21 April 2016

AMALAN PEMBERI SYAFA’AT DIHARI KIAMAT



AMALAN PEMBERI SYAFA’AT DIHARI KIAMAT
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
“Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:
1- Di antara kelebihan ibadat puasa ialah ia akan memberi syafaat kepada orang yang berpuasa pada hari kiamat kelak apabila umat Islam menunaikannya secara sempurna dengan meninggalkan makan, minum, hawa nafsu, bercakap dengan percakapan yang diharamkan, melihat kepada benda yang diharamkan dan mencari rezeki melalui cara diharamkan.
2- Kelebihan bacaan Al-Quran di mana ia akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya pada hari kiamat kelak.

 

Rabu, 24 Februari 2016

Mudah dan Cepat melahirkan minat...

Assalamualaikum..
Semua orang ada kemahiran mengira masing2.  Baik murid pintar ,sederhana atau lemah. Masing masing membuat matematik dengan cara sendiri tetapi jika kita lihat mengapa ada murid yang secara tiba2 boleh mengatasi kepintaran murid lain...tentu ada cara dan ada sesuatu yg baru mengubah statusnya pada masa itu...Apa yang dapat kita rumuskan ialah mereka mendapat teknik yang lebih mudah mengira dan cepat yg menyebabkan mereka berminat kepada pelajaran ini.  Murid lemah jika terdedah dengan teknik yg mudah mereka akan lebih berminat dgn maths.....sambung lagi nanti

 

Ahad, 30 Julai 2023

Amalan Untuk dibawa selepas kematian

 Amalann yang mengalir selepas kematian.

1)  Tanam pokok korma atau keadaan sekarang tanamlah pokok buah2an
Biarlah pokok itu dinikmati oleh orang sekeliling...mereka menikmati buah2an tersebut. Sekarang nak tanam pokok dah susah...kalau ada duit kita beri makan orang.  Kalau kita tak nak lapar di padang mahsyar..esok...Cari orang miskin...sedekahlah walau hanya sebelah korma.

2)  Kita menyampaikan satu hajat saudara kita yang Islam...Allah akan sampaikan seribu hajat kita di akhirat...Beri sedekah, berilah pertolongan semampu kita.  


3)  Jangan hendak tinggalkan sisa2 kesalahan kita di dunia ini.  Cepat2 lah meminta maaf dan carilah orang yang pernah kita sakiti, selesaikan di dunia ini sesegera yang mungkin, jangan sampai ramai orang yang cari kita.  Semua orang cari kita,orang yang kita umpat,orang yang kita maki,orang yang kita marah.  Jangan kita bawa segala kesalahan kita kesana. Cepat2 kita minta maaf kepada mereka. Seboleh2nya...

4)  Tanamkan perasaan kita hidup semata2 untuk Allah dan Rasul...Jika orang buat masjid berlumba2 berderma...Jika ada yang nak wakaf Quran beusaha memberi,bersedekahlah semasa hidup janganlah kita meminta untuk dihidupkan kembali, untuk memberi sedekah.

5)   Berbuat baik kepada anak2 kita... Untung yang ada anak, yang selalu meminta ampun untuk kita, Kita doakan mereka selalu dan maafkan mereka selalu nescaya mereka akan mengingati kita. MaasyaAllah moga kita grab semua ini masa kita hidup di dunia yang menjadi pentas sementara ini.   Aamiin. 

6) Mengajar ilmu kepada sesiapa sahaja di dunia ini.  Betapa bertuahnya mengajar orang membaca Quran, mengajar ilmu 2 Fardhu Ain fardhu Kifayah, Ilmu Tauhid ,Ilmu Tasauf dan......

 

Isnin, 2 Mac 2026

I'm Okay But I'm Not - Rhy Elliot ( Official Lyric Video )

 

Khamis, 9 November 2023

Rafeah Buang - Kalau Rindu

Letih tengok perang kita dengar lagu...

Apa. Khabar..