Rabu, 11 Februari 2026

DrMAZA-Isteri nusyuz adakah hentikan terus nafkah?

 

Monday 9 February 2026

Tuesday, 2 September 2025 

Wednesday, May 28, 2025

DrMAZA-Isteri nusyuz adakah hentikan terus nafkah?


Indahnya isteri yang di nafkahi suami...  MaashaaAllah... janganlah isteri2 tak bersyukur dan tidak taat kepada suami.
Jika mereka tidak bersyukur dan tidak taat kepada suami, di situ mereka tidak berhak mendapat nafkah.   MaasyaaAllah.  Seronoknya menjadi wanita yang disayangi dan di nafkahi dalam satu rumahtangga "mawardah warahmah..." Isteri...banyak2lah bersyukur. Naik saksilah jika suami menafkahimu , mereka adalah orang yang benar2 baik dalam Islam.   

Wahai lelaki,  jadilah lelaki yang gentleman dengan memberi nafkah kpd isteri.   Sukanya aku lihat mereka2 yang di nafkahi suami dengan seadil2nya. Berilah kasih sayang mu kepada isteri denagn mengajar ilmu agama kepada mereka sebagai tanda sayang kita kepada mereka.   MaasyaaAllah.   Bertuahnya perempuan yang bernama isteri.

Di sebaliknya pulak,  Jika lelaki yang bersyukur apabila isteri menolong/menafkahi/sedekah, mereka  hendaklah bersyukur...Jika tidak bersyukur itu sebabnya Allah tarik kembali keindahan yang didapati.  Kegagalan bersyukur menjadikan terputuslah rezeki dari Allah

Bukan semua isteri berkira...macam yg ditayang2 dan diwar-warkan di media sosial....Bukan semua perempuan begitu.  Nafkah adalah ibadah (Jika dari pihak isteri ianya menjadi sedekah)  Belas dan kasihan menjadikan perempuan sanggup ambil tanggungjawab disamping mendapat pahala dari Allah Azzawajalla.

Betapa ruginya lelaki yang dihidangkan makanan setiap hari,  dihormati, setiap hari dimanjai dengan segala kerja mendapat tolak ansur dari isteri, tetapi mereka tidak  dapat melahirkan sikap bersyukur , maka dengan sikap itulah Allah tarik kembali rezeki yg Allah beri.  Suami sekali2, jauhkan dari sikap sombong kerana sombong itu pakaian Allah.    Marilah kita hidup dengan merendah diri Sabar dan Redho  serta Bersyukur kepada Allah.     Aamiin.  Moga benarlah apa yang daku coretkan ini.  Dari pengalamanku sendiri.   Harap ianya mendapat iktibar dari sesiapa sahaja perempuan dan lelaki yang membacanya.

Selasa, 10 Februari 2026

anak yg soleh...


 

Ramadhan Tinggal Hitungan Hari… Amal Kita Sudah Siap? - Ustadz Syafiq Riza Basalamah


 

Road to Ramadan 1447H


 

Selamatkanlah Aku untuk Ramadhan | Dr Zulkifli Mohamad al Bakri


 

Solat Tahajjud, Amalan Kebiasaan Ahli Syurga Saat di Dunia

Selasa 10/2/26 Bersamaan 22 Syaaban 1447 H

Ahad 18/1/26 Bersamaan 28 Rejab 1447 H

Khamis, 10 November 2022



Assalamualaikum...

Salam sejahtera sahabatku sekalian...

Solat Tahajjud itu adalah amalan kebiasaan ahli syurga saat di dunia.

Mereka itu ahli ehsan saat di dunia.

Mereka itu di waktu malam  sedikit tidurnya.

Mari kita berniaga dengan ayat ini.

(Oleh Kerana tersangat tingginya ayat ini maka, Nabi membangunkan isterinya, membangunkan anaknya Fatimah Az-zahra dan menantunya Ali bin Abi Tolib agar bersolat malam.)

Orang2 yang rajin bangun malam itu orang2 yg mendapatkan pujian langsung dari Allah Subhanahuwataala.

Quran surah ke  32, ayat ke 16

As-Sajadah : ayat 16.

tatajaafaa junubuhum 'anil-madhooji'i yad'uunarobbahum khoufaw wa thoma'aw wa mimma rozaqnaahum yungfiqun

" Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur,kerana mengerjakan solat tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredhoanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang kami beri kepada mereka.


Moga kita mendekati orang2 yang begini...Jika kita ketemu orang yang begini, jadikan mereka sahabat semoga kita juga mendapat pujian langsung dari Allah.


"Allah  merahmati seseorang lelaki yang bangun bersolat tahajjud dan membangunkan isterinya agar bersolat tahajjud dan Allah merahmati seseorang isteri yang bangun bersolat tahajjud dan membangunkan suaminya agar bersolat tahajjud."


Ayuh bangunkan isterimu meskipon kamu  merenjiskan air kemukanya...


Keutamaan Solat Tahajjud

1)   Allah S.A.W menjamin dia sebagai ahli 

       syurga kerana kebiasaan tahajjudnya di

       dunia.

2)   Allah memuji orang ini.

3)   Tahajjud itu kebiasaannya amalan orang2

        soleh yang ditekankan oleh Allah...

        (Orang2 soleh itu sesyurga bersama Para

         Nabi, Para syuhadak, para ambiak...para

          siddiqqin...



      Sekian dahulu...


CAHAYA DIATAS CAHAYA