Rabu, 18 Mac 2026
Selasa, 17 Mac 2026
Hari ni Azali pi sambung kerja2 servis air condku.
Hari ni Azali pi sambung kerja2 servis air condku. Azali kata semalam terpaksa spray semut masuk. Hihi jahat betul semut tu. Tak pa li sambung balik. Moga selesai kerja li hari ni dgn baik. Tq li.
Daku kena plan tuk potong pokok rambutan yg dekat dgn porch ketaku. InsyaaAllah. Cuti nanti daku buat. Daku kena tunggu ja balik nanti.
Banyak daku perlu semak... Pokok avokadoku cam mana... La ni... Pokok limau tepi pagar tu patut di pendekkan.. Pokok limau belakang rumah dah nati di lilit oleh pokok selaput tunggul.. Ntah lah. Anggur ku satu dah mati... Berapa tinggal tak tahu... Tak pa lah.
Tanaman2 tu... Perlu penjagaan. Jika daku tak ada mcm ni tak boleh buat apa. Ikut pd keadaan aja.
Jika taip dgn phone ni... Tak boleh alih... Laa tunggu la eni... Anis ambil pc ku.
Moga daku boleh guna lepas ni. Daku suka upload ceramah baru sedap dlm bln puasa ni... InsyaaAllah bila daku dah tiada nanti org boleh datang tengok. Daku tak pandai berdakwah. Daku share sikit2 ni pon jadi lah. Moga. Sahabat2 datang juga lihat ya. Daku dah terima kasih jika sahabat2 dtg dgr ceramah ustaz sini. Trims kasih banyak2. Dlm Blogku ni banyak... Link nya... Annegold53, Nasihat Buat Kita, Ambil Tahu, Wellaku, Wellaku4u, Selera Melayu Umm... Sahabat masuk lah yg mana2 pon... Ianya menyajikan ceramah untuk kita dgr dalam santai kita. Sahabat as kan jumpa cerita2ku yg kadang peribadi sikit... Abaikan lah ya... Ianya hanya penghias Blog sahaja.
Sahabat doakanlah daku agar dapat Lailatulkadar ya... Daku doakan sahabat dapat mlm Lailatulkadar juga ya. Semua sahabat2 dari seluruh dunia ni saya anggap kawan saya sehidup semat... Moga sentiasa di rahmati Allah... Mari kita saling mendoakan agar kita dpt doa Malaikat.
Saya tak dpt copy tulisan ini ke Blog lain... InsyaaAllah jika ada pc saya boleh copy n paste ja. Mudah kerja. Moga sahabat semua maafkan saya kerana Allah. Sahabat tak pernah bersalah dgn saya... Tapi saya banyak bersalah dgn sahabat.
Mungkin sahabat tak suka saya share politik... Saya sehari... Bila saya nak dgr says letak kejap lepas tu... Saya dgr san delete... Kenkadang terlepas pandang ianya jadi berdosa pulak.. Ok sahabat maafkan saya.
Saya pulak ambil pendapat nyanyian di haruskah jadi saya hiaskan dgn Lagu2 di blog saya. Jika sahabat ambil pengapat tak boleh... Sahabat skip ya.
Sekian dahulu saya mohon maaf sempena Ramadhan Mubarak ini dan Selamat Menyambut Hari Raya bersama keluarga sahabat tercinta. Moga Allah berikan Rahmat di atas perjuangan kita terap menaikkan islam dlm negara kita yg bertuah ini. Aamiin.
"Inni muhibbukum fillah"
" Saya sayang anda kerana Allah"
Aamiin.
Syukur Alhamdulillah PC saya dah dapat
Assalamualaikum sahabat.
Syukur Alhamdulillah PC saya dah dapat dan ianya memudahkan lagi kerja saya memuatlah maklumat2 Agama disini. Syukur berkat doa kita bersama. Bila saya perhatikan dripada profail saya saya dapati hanya satu sahaja"Blog"saya yang boleh di lihat. Entah kenapa dia jadi macam tu . Hanya Blog yang boleh kita view hanya " Bahasa Arab 4 U" hihi ...Blog ni ...hanya untuk saya . Tak sempat nak murnikan.
Saya ucapkan terima kasih kepada sahabat yang masih sudi datang dan saya rasa gembira dan syukur kerana ada juga sahabat yang boleh masuk ke Blog2 saya yang lain. Syukur saya. Saya janji akan cuba letakkan banyak lagi Ceramah Ustaz untuk kita Pelajari Bersama.
Ya . Untuk pengetahuan sahabat saya tidak letakkan iklan2 pada Blog saya kerana saya hanya mahu sahabat2 datang dengar ceramah dan ustazah dgn mudah, tanpa gangguan. Kalau dulu ada iklan2 di sini dah saya keluarkan iklan2 itu. Ia boleh di siar setelah kita monitized. Saya juga ada Ad Sense yang berusia puluhan tahun. Tapi itu tak perlu saya hanya perlu tuan2 /saudara saudari datang untuk dengar ceramah ustaz. Moga kita semua mendapat manafaat disini. Saya gembira sangat.
Sempena menyambut hari Raya Aidilfitri ini saya ingin mengucapkan selamat Hatri Raya kepada sahabat semua. Semoga sahabat semua bergembira berhariraya bersama keluarga sahabat tercinta. Saya juga berdoa agar kita semua dapat mengimarahkan Ramadhan kita dengan jayanya. Semoga kita semua dapat meraih malam Lailatuqadar bersama. Itu saya.
Sahabat ...Tak lupa juga disini saya ingin memohon maaf atas kesalahan saya di Ramadhan ini. Maafkan saya. Moga sahabat sudi memaafkan saya. Dan ini pesan saya, Seandainya saya dah tiada, sahabat semua datanglah juga mencari topik2 Ceramah ustaz untuk di ulangkaji dan didengar di sini.
Terima kasih.
Moga Kita semua dalam Rahmat Allah
" Inni muhibbukum fillah"
" Saya sayang anda kerana Allah"
Isnin, 16 Mac 2026
Apa. Khabar..
-
Mari kita jadi orang beriman yang sentiasa Berwuduk dan Sentiasa Menjaga wuduk.
-
Telephone .... Konspirasi Dajjal Allah puji orang yang membaca kitab Allah dan mereka mendirikan solat. Tadabbur Al Quran dan Solat. Sesungg...
-
Selasa, 11 Julai 2023 Menginginkan Allah mencintai kita Jika mengingin Allah mencintai kita... Diberi Nya ampunan kepada kita... Cinta Al...
-
Hari ni Azali pi sambung kerja2 servis air condku. Azali kata semalam terpaksa spray semut masuk. Hihi jahat betul semut tu. Tak pa li ...


