Khamis, 5 Februari 2026
HADIS INI MENAKUTKAN, 80 PERATUS TERLIBAT 🔻 Ustaz Dr.Mat.Rofa.Ismail
Dairiku 4/2/26 hingga 5/2/26
Hari ini janjinya Abg Haikal nak dtg kerumah. Daku masak siap2 mee goreng masa pagi. Rupa2nya dia batal tak pa. Daku masak untuk anis tengahari . aleh2 abang jadi datang... Haha tak pa. Mak Cik suruh abg makan nasi dgn kak Anis. Mak cik posa. Hihi abg kata dia makan mee aja. Abg kan perut kecil ja. hihi, Abg! Abg!.
Abang jadi ambil adik untuk bli baju raya jam 4.00 ptg. Abang gi lepas Asar. Kak Anis betapa la banyak pesan kat Abg beli kat sana siap2. Nanti Abg letih nak hantar adik balik. Eh eh ...Kak anis pesan lagi... Balik awal sikit jalan sana tak elok ada lopak2 sebab lori banyak. Abang tetiba balik bawa Adik. Loo kak Anis marah abang. Nanti Abg letih nak hantar adik esok hari..
Mak Cik keluar bilik terkejut Eh. Ingat kak Anis balik...Tiba2 tengok Abg dgn Adik ...Looo. Kata beli baju kat sana . Abang nak bli kat BBB jugak? Bangi... Ya macam2 pasaraya ada. Abang Faiz tengok status Abg...terus cadang abg bawa Aie kat Bintang. Boleh jugak kata Abg. Tapi kak Anis kata Cik Azid cakap dia beli baju raya kat Jakel. OOO tak apa, kak Anis tolong teman gi Jakel. Kak Anis ajak mak ikut. Tak maulah mak nak rehat lepas buka puasa letih lepas tunggu isyak mak mesti terus tido.
Mereka keluar. Mak tak sedar apa pon. Ni kali pertama Abg nak beli baju Raya Adik. Mereka keluar. Hmm.. Jakel. Dapat baju Raya Lawa tu. Ayah punya baju Abg dah beli dah hantar pon. Abang beli baju adik aja dgn baju Abang. Depa ni mesti beli baju warna sedondon. Mereka biasa begitu satu keluarga. Tapi daku dan anak kadang2 benar sama colour tu pon kot nasib. Daku dari muda baju tak pernah sedondon dgn Anis. Hihi... tak seni langsung daku ni... Baru ku ingat. Daku dari kecil asyik serupa ja dgn Maznah cuma warna ja lain." Patut daku tak suka sedondon"...agaknya..hihi. Pulak tu daku tak pilih dulu.,..ha ha ha,...kelakar masa kecil ..tak suka betul serupa.
Mereka berfoto sekeluarga...sedondon..hebat. lawa daku tengok. Ya lah daku memang "Low Profail" ...ha hah...Orang Raya daku raya aja. Itu pun daku dah happy. Daku asal nama baju raya baru aja. "Enough" Ambil sunat berbaju baru di hari raya.
Bila datang ke Bangi ni ...Anak ku pulak yang mastered semua belian baju2...barang2...dan lain... jadi nya dia yang aturkan semua. Daku turut aja. hihi ,...baru lah jadi sedondon tu. Kalau tidak daku ni tak kisah sangat. Daku ikut aja.
Malam tadi mereka balik. Anis kejut daku . Mak nak tengok baju raya dia orang? Esok lah. Mak ngantuk sangat dan pagi2 dah pi tengok ...Huh Cantik baju adik abg dan tudung mak. Abg Haikal beli tudung untuk harijadi mak dia. Bagus keponakan ku yang baru dapat gaji. Daku senyum. Syukur ku lihat . Dia gembira kali pertama beli baju adik, baju ayah dan baju raya sendiri, tudung hari jadi mak dia juga dengan gaji sendiri. Happy sangat abg, "Ni kali pertama Aie dapat baju raya berjenama". Kata Aie. Hah tu tak ucap terima kasih pada Abg lagi. Kata Kak Anis, " Terima kasih Abang" hihi daku suka tengok gelagat mereka. Mereka Happy. Tadi pagi Abang dah hantar Aie Balik ke Kolej. Hairi ada kelas Pukul 10..00 am. Letih tu Haikal. Rehat sekejap nanti akan balik kerana kerja malam pukul 6.00pm mula. Hai...kataku...Anak Pin ...Anak Bah. Dah kerja dah. Dah mula tunjukkan tanggungjawab dah. Daku hanya kata syukur Rabb. Mereka ingat Mak dan Ayah.
Sharifah Aini - Terkenang
Assalamualaikum.!
Bila Bah hantar video ni ...daku rindu sangat kampong halaman tempat kami dibesarkan. Tempat kami bermain. Tu musim kemarau semua rumput tak ada...Bersih sangat. Rumput yang ku bela di jalan nak ke rumahku tu bersih tinggal tanah...mati semuanya. Tak payah potong rumput dah.
Seronoknya tengok halaman yang bersih tu. Rumah Pin sentiasa bersapu bersih halamannya. Kami semasa kecil lagi selalu menyapu halaman. Selalunya di situlah tempat kami main galah panjang, main adakah ?, main guli, main rounders, main pitter, main datok harimau, main police sentry, main tol, main aci sembunyi, main aci kejar,main mercun, main bunga api, main dangau, mandi hujan termasuklah berkelah.
Jika nak berkelah kena bentang tikar. Masing2 bawa nasi, makan ramai2, berkelah dengan kawan2. Seronok sangat. Daku jadi rindu. Jika pasang pelita dan panjut...betapa cantiknya di waktu malam. Malam pon masih boleh main lari2. Bila tiba musim buah star, remia dan kundang kami akan menyicah ramai2, rajin jugak kami buat "kebebe" kalau belah Pak sebut "pincop" Sampai kami dah besar masih lagi menyicah dengan kawan2 Seronok nya tinggal di kampong, mengimbau masa kecil2,dengan kawan2.
Menyicah nenas. Biasanya keliling rumah Mak n Pak ada pokok nanas. Warnanya masih hijau tapi dah manis , entahlah benih apa yang Pak tanam. Subuh2 kutip mempelam luruh. Di tanah, bahagian yang ku bina rumah biasanya penuh pokok buah2an, Pak tanam limau manis ,masyaaAllah banyak buah melampai hingga ketanah, pokok pulasan, mempelam, pokok durian ,(durian jantung) isi kuning sangat sedap. Pokok rambutan, lansat, pokok macang (bacang) pokok kerian,(buah kerian sedap sungguh) termasuk sepokok sakhlat. Anggurpon Pak Tanam ...merimbun sangat tapi tak tahu teknik bahawa anggur perlu di pruning ,baru boleh berbuah. Pokok anggur Pak cantik sangat. Di situ juga ada telaga minum dan telaga mandi... Cukuplah ...Sebenarnya ...bila daku rindu...tanganku akan terus memetik2 "key boardku" Rindu sangat.
Apa. Khabar..
-
Selamat Hari Guru buat semua Guru. Semoga gembira semasa menjalankan tugas.
-
Selamat Hari Ibu Buat Semua Wanita di Seluruh Dunia.
-
LIVE] Ramadhan: Bulan Membentuk Pejuang, Menuju Kemenangan Sebenar || 31 Jan 2026 @GhulamAlDakwah Program Ramadan Akademi Ghulam Al Dakwa...
-
Petikan daripada buku Penenang Jiwa.Terjemahan Kitab 'Mukashafah Al Qulub" ...
-
NABI FIKIRKAN SETELAH 10 HARI PENAT BERHIJRAH...BAGAIMANA NAK SELAMATKAN ORANG. Anjuran Rasullah Salallahu alaihi Wasalam ﷺ 1. Sebarkan Sal...






