Selasa, 12 September 2023

Doa Nabi Yusuf 'Alaihissalam.

 Doa Nabi Yusuf "Alaihissalam,

"Surah Yusuf ayat 101."

Ya Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kepadaku sebahagian kerajaan dan telah mengajarkan kepadaku sebahagian takwil mimpi (Ya Tuhan)  pencipta langit dan bumi, Engkau pelindungku di dunia dan di akhirat, wafatkan aku dalam keadaan Islam dan gabungkanlah aku dengan orang2 yang soleh.


Juz 13, "Surah Yusuf ayat ke 56 dan 57"

56. Dan demikianlah Kami memberi kedudukan kepada Yusuf di Negeri Mesir;Dia berkuasa penuh)bebas tinggal dimana mana dia kehendaki di bumi Mesir itu.  Kami melimpahkan rahmat Kami kepada siapa yang Kami kehendaki dan kami tidak mensia2kan pahala orang yang berbuat baik.

57.  Dan sesungguhnya pahala akhirat itu lebih baik bagi orang yang beriman dan sentiasa bertakwa.

Pertemuan Nabi Yusuf 'Alaihissalam dengan kedua orang tuanya.(Surah Yusuf ayat 93,94 dan 95,96)

93.  "Pergilah kamu dengan membawa baju gamisku ini, lalu meletakkan ke wajah ayahku nanti dia akan melihat kembali, dan bawalah seluruh keluarga kamu kepadaku."

94.  Tatkala kafilah itu keluar (dari Negeri Mesir),ayah mereka berkata" Sesungguhnya aku mencium bau Yusuf, sekiranya kamu tidak menuduhku nyanyuk (tentu kamu membenarkan aku)."

95.  Keluarganya berkata : "Demi Allah sesungguhnya kamu masih dalam kekeliruan yang dahulu"

96.  Maka ketika telah tiba pembawa khabar gembira itu,maka di letakkannya baju gamis itu ke wajahnya (Yaakub), lalu dia dapat melihat kembali. Dia (Yaakub)berkata: "Bukankah telah aku katakan kepadamu bahawa aku mengetahui daripada Allah apa yang kamu tidak mengetahuinya".

99.  Maka tatkala mereka masuk (ketempat) Yusuf merangkul kedua ibubapanya dan dia berkata "Masuklah kamu ke Negeri Mesir insya'Allah dalam keadaan Aman."

100.  Dan dia menaikkan kedua ibubapanya keatas singgahsana.  Dan mereka semuanya merebah diri dan bersujud kepada Yusuf, dan Yusuf berkata " Wahai ayahku! inilah takwil mimpiku yang dahulu itu; sesungguhnya Tuhanku telah menjadikannya suatu kenyataan , Dan sesungguhnya Tuhanku telah berbuat baik kepadaku,ketika Dia membebaskan aku dari penjara dan ketika membawa kamu dari pendalaman padang pasir, setelah syaitan merosakkan (hubungan) antaraku dan saudara2ku, Sesungguhnya Tuhanku maha lembut atas apa sahaja yang Dia kehendaki.  Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.


Pelajaran yang dapat diambil daripada kisah Nabi Yusuf 'Alaihissalam.

102.  Demikian itu (adalah) diantara berita ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): padahal kamu tidak berada disisi mereka, ketika mereka memutuskan rancangan ( untuk memasukkan Yusuf kedalam perigi dan mereka sedang mengatur tipudaya.

103.  Dan sebahagian manusia tidak akan beriman walaupon kamu sangat menginginkannya.





Isnin, 11 September 2023

Kita kena ada Allah untuk kita bersandar...

Assalamualaikum sahabatku,
Jika kita niat untuk meninggalkan sesuatu kerana Allah  silakan, kerana sebarang yang kerana Allah adalah yang terbaik buat kita.  Kita akan happy, InsyaAllah.  Tapi daku tetap doakan agar dikau dan keluargamu sentiasa diberi Allah dalam kesejahteraanNya.  ...Doakan daku sama ya! Jangan lupa... 
Salam Silaturrahim dariku...
Sedeh rasanya...


Ahad, 10 September 2023

20 Julai 2020 || Tadabbur Surah Adh Dhuha ayat 9-11 || Ustaz Abd Muein A...



TOLONG DENGAR CERAMAH..NOTA SAYA NAK EDIT...UNTUK SAYA INGAT...BELUM EDIT!

Dalam hartamu terdapat harta orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tak meminta2...
Yang meminta jangan di herdik dan yang tidak meminta itu perlu dicari...

Kenapa penting anak2 yatim, bersyukur lah dengan jaga pula anak yatim yang lain...peduli pada anak yatim...
Tak jaga anak yatim, tak peduli anak yatim adalah tidak peduli anak Yatin dan tak beri makan pada orang miskin.

Pertama anak yatim ke dua, orang miskin yang meminta..

Sebab tidak mendorong bagi makan orang2 miskin...maka kata Allah balasan masuk neraka.  Di dunia ramai tapi di akhirat tiada kawan, di sana balasan darah bercampur dgn nanah... Mintak di jauhkan dari Allah...
Surah Al Maun.
A raaai itallazi ykazzibubiddin Waraaikallazi yahuddu

Lihat Muhammad, disekeliling kamu pendusta agama, mereka ialah orang yang mengherdik anak yatim,walaupon solat ,umrah atau haji...mereka pendusta agama...Besarnya pelihara  anak yatim dan beri makan org miskin...Dia tidak menjadi pendorong memberi makan org2 miskin  yg lapar ...

Kebaikan orang yg menjaga anak yatim...bagi makan ,pendidikan dan kasih sayang," seperti ini dgn ku."..seperti jari telunjuk dan hantu. nabi tunjuk..pedulikan anak yatim..

Ayat 9,  Allah dapati engkau anak yatim...
ayat 10,  selari Allah mendapati engkau tidak berilmu dan Allah beri ilmu petunjuk
Ayat 11  selari dgn Allah dapati engkau miskin Allah beri nikmat kecukupan,dan  untuk Engkau yang paling besar nikmat Ilmu,Islam...Aku telah sempurnakan Agama Kamu dan Aku telah lengkapkan kepada kamu nikmat kamu dan aku Redhoo Islam itu Agama kamu...cerita kan kapada orang tentang nikmatnya Islam... kena tidak kufur nikmat...Islam nikmat paling besar.
Kalau kamu muliakan anak yatim dan kamu muliakan orang miskin...pedulilah anak yatim dan orang miskin hubungan dgn anak yatim dan yang miskin...Hubungan orang miskin adalah kemuliaan.

Perbanyakkan doa di arafah ...daripada bacaan Al Quran...
Mari kita sampaikan ilmu walaupon hanya sepotong ayat...MaashaaAllah walau kita bukan pendakwah...sampaikan walau dgn satu ayat atau satu Hadith...Mari mari....kita amalkan...

Pelajar yg belajar agama kita dapat pahala Fii sabillillah....
Penyebab masuk neraka adalah sembunyikan Ilmu Agama....


Sabtu, 9 September 2023

WASIAT RASULLULLAH KEPADA ABI DZAR AL GIFFARY

 WASIAT RASULLULLAH KEPADA ABI DZAR AL GIFFARY

Abi Dzar Al-Gifarry adalah seorang sahabat Rasullullah SAW yang terdekat dan amat mesradengan beliau. Ia menyebut Rasullullah lain dari sahabat lain, menyebut beliau dengan sebutan "khalilie" (sahabatku yang akrab). Abi Dzar menonjol dlaam keikhlasannya berjuang, dan sangat cinta dan sayang kepada kaumfakir miskin, dan kerana itu ia sering disebut Bapak kaum fakir-miskin, dan ada pula ia gelari orang sebagai Bapak sosialis Islam. Ia tidak kenal kompromi dalam membela kebenaran dan menghancurkan kebatilan dari manapun juga datangnya. Ia beroposisi kepada Khalifah Usman bin Affan kerana dipandangnya pemerintah di kala itu royal dengan wang negara untuk kepentingan klient dan famili golongan yang berkuasa. Kepada Khalifah Usman ia berkata; " Beri khabarlah orang2 yang menumpuk harta benda ini dengan api neraka yang membakar!" dan kemudian dia susuli dengan membaca firman Allah: " Dan orang -orang yang menumpuk emas dan perak dan ia tidak nafkahkan dijalan Allah, maka peringatkanlah, bahawa mereka akan menderita azab yang sangat pedih! ( Al-Quran, Surat At-Taubat ayat 34 )

Kerana sikapnya yang redikal dan tidak kenal kompromi itu, pemerintahan Usman takut kepadanya kerana pengaruhnya yang besar kepada umat sebagai sahabat Nabi yang terpecaya. Usman membuangnya ke Syria yang waktu itu diperintah oleh Gabenor Muawiah yang terkenal korup itu. Di sana sikap Abi Dzar tetap seperti sedia kala, menyampaikan dakwahnya dengan peringatan-peringatan yang keras . Ayat-ayat yang dibacanya kepada Usman dibacanya pula terhadap Muawiah bin Abi Sufyan itu. Gabenor Muawiah menyogoknya dengan wang nya, tetapi Abi Dzar tidak mempan untuk diperlakukan demikian itu.  Ia tetap berbicara di depan umum sesuai dengan fungsinya sebagai Ulama, yakni menyatakan kebenaran dimana sahaja,kapan saja tanpa terpengaruh dengan kondisi dan situasi.  Dan sebagai waratsatul Anbiya', dengan segala keberanian dan kejujurannya yang menonjol, Abi Dzar berkata pada penguasa waktu itu:" Sekiranya kamu meletakkan pedang terhunus di leherku untuk mencegah aku dari mengucapkan kata-kata yang pernah aku terima dari Nabi SAW nescaya aku akan terus juga bicara walaupun leherku akan putus.|

Rambutan, ada rezeki tahun ni...Langit Jumaat 12.00 Tengahari....














 

13 Julai 2020 || Tadabbur Surah Adh Dhuha ayat 4-8 || Ustaz Abd Muein Ab...


Jika ada masaalah ...jangan tidak sabar...Pegang Quran dan Hadith.  Bila ada masaalah jangan tangan orang tidak berilmu dan sumbernya tidak soheh..