"Ini Kisah isteri pejuang yang tidak sempat bersenang dengan kemenangan. Dia bersusah-susah ketika suaminya susah. Isteri, yang sangat dicintai"
Mengapa Muhammad Begitu Cintakan Khadijah?
Sedap kan tajuk buku ni ...Buat aku terpukau dan daku order untuk beri hadiahkepada mereka yg dekat dgnku.
Bayangkan Cinta Seorang Nabi yang di miliki oleh Khadijah.
MasyaaAllah. Bertuah betul Khadijah kan!
Allah pon pernah kirim salam kepada Khadijah
dan Khadijah Jawab salam dari Allah dgn
Allahhummaan tassalam waminkassalam, tabarak taya zaljalalilwal ikram..
Wanita terbaik pada Zaman itu.
Rasullullah tak berpoligami bersama Khadijah.
MaasyaaAllah. Bertuah sungguh Khadujah.
1. CINTA PERTAMA
Mungkin Rasullullah bukan cinta pertama Khadijah tapi Khadijah adalah cinta pertama Rasullullah SAW.
Baginda tidak pernah berkasih dengan sesiapapon sebelum ini. Baginda tidak pernah bermain cinta, bahkan berkahwin dengan sesiapapun.
Perasaan kasih dan cinta seorang pemuda itu belum pernah dirasai oleh Nabi Muhammad. Itulah kali pertama baginda merasainya.
Bahkan, curahan cinta pertama itu pula begitu membahagiakan. Cinta yang sempurna dan tulus.
Tidak boleh dimungkiri lagi bahawa memang cinta pertama sangat sulit untuk di lupakan.
Seorang penyair Arab bernama Abu Tamam bermadah:
Pindahkanlah hatimu kepada siapa saja yang engkau mahu, namun kecintaan (sejati) hanyalah untuk kekasih yang pertama.
Betapa banyak tempat di bumi yang sudah ditinggalkan seorang pemuda, namun selama-lamanya kerinduannya selalu kepada tempat yang pertama ia tiba.
Setelah wafatnya Khadijah , Kecintaan Nabi Tetap melekat di hati beliau. Beliau masih tetap sering menyebut2-nyebut kebaikan Khadijah.
Bahkan beliau memberi kan hadiah kepada sahabat2 Khadijah RA, sehingga seolah2 tidak ada wanita yang lebih baik di dunia ini melainkan Khadijah.
Aisyah tidak pernah cemburu kepada isteri2 Nabi yang lain sebagaimana kecemburuannya kepada Khadijah, padahal Khadijah telah meninggal dunia.
Seorang wanita cemburu kepada wanita yang telah meninggal dunia?
Tidak lain melainkan kerana begitu cintanya Nabi SAW kepada cinta pertamanya iaitu Khadijah - meskipon telah tiada.
Aiayah RA bertutur:
Nabi sallallahu álaihi wa sallam jika menyebut tentang khadijah maka ia memujinya dengan pujianyang sangat indah,. Pada suatu hari aku pon cemburukemudian aku berkata, "Terlalu sering engkau menyebut-nyebutnya,ia seorang wanita yang sudah tua. AllahAllah telah menggantikannya buatmu dengan wanita yang lebih baik darinya. ". Maka Nabi berkata"Allah tidak menggantikannya dengan seorang wanitapon yang lebih baik darinya. Ia telah beriman kepadaku ketikaorang2 kafir ...... kepadaku, iatelah membenarkan akuKetika orang2 mendustakan aku, ia telah membantuku dengan hartanya ketika orang-orang menahan hartanya tidak membantuku, dan Allahtelah meanugerahkan darinya anak-anak Ketika Allah tidak menganugerahkan kepadaku anak-anak dari wanita-wanita yang lain"
(HR Ahmad)
Hadith ini sebagai satu isyarat yang menunjukkan bahawa Aisyah itu sebagaimana wanita2 lainnya, bersifat pencemburu. Suatu hal yang wajar apabila seorang isteri cemburu dengan wanita lain.
Kisah kalung Khadijah yang di berikan kepada Zainab anaknyapon menyedihkan juga .
Zainab memberikan kalung yg diberioleh ibunda nya untuyk menebus suaminya Abul Ásh. Ketika Nabi SAW mrelihat kalung tersebut Nabi sangat bersedih mengingatkan keadaan anaknya Zainab yang bersendirian di Mekah. , dan juga sangat sedih kerana mengingat kembali cinta pertamanya Khadijah RA dan bagaiman kesetiaan isterinya tersebut.
Kerana kalung tersebut dahulu adalah milik Khadijah dan dipakai oleh Khadijah di lehernya.
Kalung tersebut mengingatkan beliau kepada Khadijah yang sangat dicintainya yang merupakan ibu dari anak-anaknya.
Tidak ada lelaki yang di suruh mencari wanita sesempurna khadijah. Demikianlah juga tidak ada wanita yang boleh dipaksa menjadi Khadijah kedua.
Tetapi setiap kita perlu bersikap sepertimana Khadijah. Meneladaninya dalam kehidupan dakwah dan rumahtangga.
Sehingga akhirnya , kita juga mendapat tempat serupa sepertimana Khadijah.
WallahuAlam.
Penulis: Syihabudin Ahmad
Kemaskini terakhir : 19 Disember 2019.












