Khamis, 12 Februari 2026

Prof Dato Dr MAZA - Isu Kuil : Siapa Sebenarnya Mangsa? Penceroboh Dilindungi, Pemilik Dihukum?


 

SS Dato Dr Asri-Cuba Masuk Kuliah Mereka2 Yg Pertikai Fatwa Perlis Tengok Ilmu dan Peelnya


 

SOALAN PANAS: BILE TUAN-TUAN KHATAM QUR'AN ?? DR ROZAIMI RAMLE


 

Rasullullah Menyinari Kegelapan Hidup 2 b read, eni...

 

Saturday, 2 March 2024

Rasullullah Menyinari Kegelapan Hidup

 


Rasullullah Menyinari Kegelapan Hidup


PRAKATA
Segala puji bagi Allah yang mengutuskan para Rasul-Nya dengan membawa
keterangan dan petunjuk. Tujuannya agar mereka mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya, dan menunjukkan kepada mereka jalan Allah Yang Maha Agung lagi Terpuji.

Selawat dan salam ke atas sebaik-baik Rasul dan semulia-mulia pendakwah; Saidina Muhammad s.a.w., penyudah segala rasul. Oleh itu Allah menjadikan sirahnya sebagai contoh teladan kepada setiap mukmin dalam semua aspek kehidupan mereka; kecil dan besar. Syariat yang dibawa Baginda juga adalah penyudah segala syariat. Oleh itu Allah menjadikan risalah Baginda sebagai risalah yang paling sempurna, memenuhi keperluan manusia di pelbagai suasana dan zaman. Selawat dan salam ke atas Baginda s.a.w. dan para sahabatnya yang membawa petunjuk lagi berbakti; golongan yang diketahui Allah kesejahteraan fitrah, kebenaran aqidah dan keagungan pengorbanan mereka. Lantaran itu Allah memuliakan mereka melalui tanggungjawab menyampaikan risalah Islam kepada seluruh manusia di muka bumi ini. Mereka sanggup mengalirkan darah dan meninggalkan tanah air demi memperjuangkan risalah Islam. Mereka melakukan semua itu sehingga berjaya menunaikan tanggungjuwab yang diamanahkan, menyampaikan risalah, memberikan nasihat kerana Allah dan Rasul-Nya. Mereka memiliki jasa kepada kemanusiaan yang tidak mampu digambarkan. 

Setiap orang Islam terhutang budi kepada mereka sehingga hari Kiamat. Semoga keredhaan Allah menjadi milik mereka dan milik sesiapa sahaja yang menyintai mereka serta memperjuangkan panji-panji dakwah selepas mereka sehingga hari kiamat. Catatan ini saya tulis secara tergesa-gesa dan ketika itu saya sedang sakit tenat. Iaitu selepas saya menyampaikannya dalam beberapa kuliah kepada mahasiswa tahun pertama Fakulti Syariah. Dalam catatan tersebut saya cungkilkan beberapa aspek qudwah yang terdapat dalam sirah Rasulullah s.a.w.. Setiap individu Islam, para pendakwah, ulama dan fuqaha hendaklah meneliti dan sentiasa meneliti sirah Baginda s.a.w.. Supaya mereka memiliki kemuliaan lantaran mengambil teladan daripada Rasulullah s.a.w.. Agar mereka
juga mampu membuka pintu kejayaan dakwah kepada manusia dan mendapat keredhaan Allah serta segala amalnya diterima. Mudah-mudahan mereka mendapat kemuliaan berada
bersama Rasulullah s.a.w. di dalam syurga yang kekal abadi. Sesungguhnya Allah berfirman:


"Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, akan dimasukkan oleh
Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai,
mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar." 
                                                                     (An-Nisa':  13)


Saya membahagikan perbincangan ini berdasarkan metodologi berikut;

A. Muqaddimah. Ia mengandungi dua perbincangan;
􀂃 Membincangkan keistimewaan sirah Rasulullah s.a.w. dan faedah mempelajarinya.
􀂃 Membincangkan sumber sirah dan rujukannya yang sahih.
www.dakwah.info 4

B. Fiqh sirah. la mengandungi 10 bahagian
• Kehidupan Baginda sebelum diutuskan menjadi Rasul
• Kehidupan Baginda selepas menjadi Rasul sehingga hijrah ke Habsyah
• Kehidupan Baginda selepas hijrah ke Habsyah sehingga hijrah ke Madinah.
• Penghijrahan Baginda sehingga kedudukan Baginda stabil di Madinah.
• Peperangan Baginda bermula dari peperangan Badar sehingga Pembukaan         Makkah.
• Perkembangan Islam di semenanjung tanah Arab selepas Pembukaan                   Makkah.1
• Kehidupan Baginda selepas Pembukaan Makkah sehingga kewafatan.
• Ciri-ciri perundangan Islam di Madinah.
• Akhlak Baginda serta fitnah orientalis dan missionaris.
• Pengaruh Baginda dan risalahnya kepada alam.
Saya memohon kepada Allah agar memberi taufiq kepada saya untuk meneliti dengan detil Sirah Nabi s.a.w. dalam tempoh masa yang singkat dan tergopoh-gapah ini. Supaya matlamat pengajaran subjek ini di Kuliah Syariah dapat dicapai. Pihak Kuliah Syariah sedang berusaha menanam minat kepada para mahasiswa dan mahasiswinya agar mempelajari pengajian Sirah Baginda yang bersih. Oleh itu mereka akan membawa nilai-nilai dan pengajaran sirah ke dalam jiwa mereka. Hasilnya, sikap istiqamah, perjalanan hidup yang bersih dan usaha-usaha pengislahan yang mereka lakukan akan menjadi teladan kepada orang
ramai. Hingga seolah-olah Rasulullah s.a.w. hidup dalam kehidupan umat Islam umpama sinaran mentari yang menyinari kegelapan kehidupan mereka. la membekalkan tenaga kepada hati, akal dan tingkah laku mereka. Lantaran itu kemurniaan, istiqamah dan idealisme masyarakat Islam dapat dikembalikan. Sekaligus bakal menempatkan mereka sekali lagi di persada kepimpinan dan peneraju bangsa-bangsa di dunia. 

Firman Allah Taala mengenai umat Islam dapat dicapai sekali lagi:  3 .   "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan
bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala
perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk
dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar
iman)."
                                                                           (Ali 'Imran: 110)

🔻LIVE🔻10 Feb26 Ustaz Dr.Mat.Rofa.Ismail


 

Ingat ...Sehari baca Quran satu juzuz...Khatamkan sebulan selaki minima...

 


Kalau bisa lagi  satu setengah juz...jika bisa lagi 2 juz...Khatam Quran selama sebulan...

TIGA PRINSIP HIDUP ORANG BERIMAN | USTADZ YAZID BIN ABDUL QODIR JAWAS رح...

  UPDATE :  KHAMIS 12/2/26 BERSAMAAN 24 SYAABAN 1447 H.

Wednesday, 20 August 2025



Ketika susah wajib kepada Allah.

2)Seorang muslim wajib bertawakkal kepada Allah .Menyerahkan semua urusannya kepada Allah.  Wajib menyandar hati dan harapan kpd Allah.   Allah berfirman dlam Surah Al Talaq ayat Surah 65 ayat 2 dan 3)
Wamanyattiqallah...
Barang siapa bertaqwa kepada Allah dan barang siapa bertawakkal kpd Allah..Jika bertawakkal kpd Allah dan baginya rezeki dpd  punca yg tidak kita ketahui.(tak di sangka2)
Hadidth Hassan Soheh....
Seandaikan tawakkal Allah beri rezeki  seperti burung keluar dlm lapar dan balik dlm keadaan kenyang.  Bersandar hati kpd Allah.
Serahkan urusan semua nya kpd Allah.  Perusahaan, dagang dan hasil di tentukan oleh Allah.
 Setiap kerluar rumah baca tawakkal  "  Bismillah hi tawakkalallallah walahaulawala qhuwwataillah billah"

3) Seseorang yg wajib cari mata pencarian...wajib..cari mata pencarian...dia mengatakan...Wajib  cari pencarian, walau daie dan siapa sahaja..."Wahai pembaca Al Quran...berlumba2lah mencari kebaikan jgn mengharapkan upah kpd manusia"

 Kata Saaid Ibn Musayyid
 Daii mengajak manusia kpd kebaikan
Ajar Al Quran ...jangan meminta2...
Abu Dardaq berkata dlm mencari mata pencarian...Harus berusaha mencari nafkah...ajak manusia mencari kebaikan tapi dakwah jalan terus...
Berdakwah masih tetap mencari nafkah.  Dakwah jalan terus. 

Tidak boleh kata saya tak mahu kerja menghap pemberian org  sahaja...tidak di lakukan di zaman dahulu...
Bahkan Umar berkata perkerjaan rendah tapi halal  lebih  dari mengharap pemberian manusia.

Wajib atas manusia tawakkal dan wajib kerja cari pencarian.
Umar kata..Wajib Daii bekerja tak boleh harapkan envelope...Tidak boleh daii bergantung kpd kartu ...Telah lama saya tuliss...Bertemuan para Daii wajib cari nafkan kerana itu satu penghinaan. 17 tahun lalu saya dah sampaiknya. Saya dah tulis 17 tahun yg lalu.  Daie wajib mencari nafkah...


Tidak boleh seseorang berharap sesuatu dari orang lain  dan dia wajib harap  hanya kpd  Allah sahaja..  

Sehiqul Islam, Ibnu Taimiah berkata : Orang yg mengharap sesuatu pd manusia pasti dia akan kecewa...Gantungjkan harapan pada Allah.

Sebaik2 apa yg di makan orang dia makan dari usaha sendiri yg halal dan tidak mintak2 dari orang lain.

Nabi Sabda:  "  Sesungguhnya sebaik2 apa kamu makan dari usaha kamu ..makan yang  baik Allah tak terima kecuali kebaikan ...Nabi sebutkan sesungguhnya sebaik2 yg kamu makan dari usahamu sendiri" Hadith soheh...

Nabi sebutkan  Nabi Daud ... Hasil usaha Nabi Daud makan dari hasil Tangan nya sendiri...Tiada kecuali dari kita sendiri...Jangan harap dari manusia...Kewajipan dakwah itu...Kerna setiap orang dapat Dakwah kita terus ngakir hingga hari kiamat.

Rasul tidak mengharap upah tapi rezeki itu pasti...jgn harap pada manusia...Allah tetap beri rezeki..."Jangan hareap sesuatu dari manusia"  Rezeki pasti...Allah berikan ...Semua allah beri.   Jangan harap sesuatu dari manusia. 

Nabi daud makan dari usahanya sendiri.

Nabi Zakaria tukang kayu mendapatkan rezeki nya sendiria...
Minta2 hukumnya haram dalam Islam .

Nabi ketika sebut orang yg boleh minta2 dalam Islam...

 Hanya 3 orng yg harus minta.
1) Orang yg tanggung hutang orang lain
2) Ornag musibah banjir kebakaran dll.
3) Si fulan betul fakir...ada saksian dari 3 orang saksi.
Meminta2 untuk 3 itu adalah haram...

Orang yg minta2 adalah orang yg mrenghinakan diri dari manusia.
Orang yg minta2 pada Allah maka bagus,Tak boleh menghinakan diri kpd manusia...kezoliman kpd diri kita,
Kepada Allah,Jangan menghinakan diri kepada manusia.
Jika kita tahu dia susah kita jangan harap dari manusia.  Kerana dia sedang di uji oleh Allah.  Musibah dgn sbb dosa kita..
Soal manusia susah , jangan cari donasi ...ngak perlu orang lain tahu...kita kena tolong dia...kita anjurkan dia beribadat kpd Allah. Kita tolong dia jika kita mampu.

Orang minta2 tidak punya rasa malu...Malu ini merupakan hukum dlm agama...Akhlak .  Akhlak Islam itu malu.

Setiap Agama punya akhlak ,akan buat apa saja tanpa rasa malu...Bagaimana nak jadi Daii...Tak punya rasa malu

"Orang yg minta2 akan dtg di hari kiamat tidak punya sekerat daging di muka nya."  ( Ada hadith Nabi)
Ustaz ini hebat sungguh. USTADZ YAZID BIN ABDUL QODIR JAWAS daku kagum dgn dia.  Dah arwah dh dia.

Boleh hutang..tapi wajib bayar...Saudara2 pon wajib bayar...Semua dosa di ampuni melainkan hutang...Hari kiamat kita kena bayar dan pahala puasa...akan di lemparkan ke neraka jika ada hutang kita,( dengan sebab itu)  Masaalah besar.Hukumnya haram tak bayar. Jual apa yg ada di rumah kita.  

Ustaz hutang rumah pada murid ...Wajib bayar...Hutang wajib bayar...Orang yg hutang tak punya hati...Dosanya...hutang tak bayar,...Sewa perlu bayar...Jangan lari...

Selanjutnya...
Orang2 yg minta2 pada akhirat mintak atau  makan bara api dlm perutnya.  Barang yg mintak2 makan bara api di perutnya
Yg minta2 menzalimi hak rubiah Allah.  Menzalimi hak dirinya...Menzalimi hak Orang lain...
Bahkan rezeki itu lebih sangat,mencari orang dpd kematian.  Kematian satu kepastian...
Ketika Allah menjadikan kita telah Allah jamin rezekinya.
Jika dia redho dia akan menjadi orang yang paling kaya di bumi ini.

Surah Hud Ayat 6.

Binatang di jamin rezekinya..
Kewajipannya mencari nafkah...kenapa mencari nafkah wajib ...Jika redho kita menjadi orang yg paling kaya di Muka Bumi ini...

Ohh...orang ini  memberi donasi...Minta padanya...Tak baik ni...menzalimi orang lain...Jangan zolim pada orang lain di akhirat...Dosa yg akan Allah cepatkan dosa menzolimi org lain dan menzalimi org tua sendiri.

14)  Harta dari hasil minta2 adalah harta yg tidak barkah...Boleh minta pada penguasa...setelah itu nabi ingatkan dia...
Hadith  Soheh: Nabi bersabda....
Ya Hakimmm..." sesungguh  harta itu indah dan manis ...barang siapa yg ambil dgn rakus ...tidak barokah...Ingat tangan yg memberi lebih mulia dpd tangan yg di bawah..."

Nabi membayar kpd sahabat....Hendak lah berbayar kpdku jgn syirik, ibadat kpdku, jgn syirik kpd Allah.  Dan taat pada ulul amri..."Jangan minta2 pada manusia"

16)  Jamin Syorga bagi orang tidak mintak2...
Barang siapa jamin untukku tidak minta2 kpd orang lain...aku akan jamin untuk Syurga Allah.  Hadith soheh Riwayat Ibn Daud. 

17)  Harta adalah fitnah...Nabi Sabda
Fitnah umatku adalah harta...harta darimana peroleh...usaha ..benar tak? ...halal atau haram...harta ini lalai tak...kewajipan ngaji...sedekah...kewajipan menuntut ilmu..

Harta menghancurkan manusia...

Nabi pernah pegang dinar...dan dirham...
ini yg akan menrosakkan  kalian.  Mengumpulkan harta untuk kaya boleh... Menunaikan kewajipan untuk Allah dan makhlok.
Kumpul untuk Haji dan Umrah...Cuma harta ini indah ,..tapi ianya fitnah...dgn harta kita agar kita bisa beli makan ,sedekah, pergi haji, umrah. zakat...memadai.

Banyak bakhil.kedekut ,kikir, bakhil.  Apa kita sedekah akan pasti ganti oleh Allah jika sedekah.  Firman 
Allah   Harta tidak akan kurang dgn sebab sedekah...Ganjaran besar nafkahi keluarga,ibu, tetangga derkat jauh ...baru fakir miskin yg lain kita perlu bantu. 

Mereka tanya kamu "sedekah itu kpd siapa
1) Orang tua
2) Para kerabat
3) Anak yatim
4) Ibnul sabil.

Harta itu fitnah...
Jika ngumpul donasi ,  berat tanggung jawab dunia dan akhirat...jika sapai termakan ..dia makan harta yg haram...
Ustaz2 kena takut ini (peringatan besar buat ustaz2)

Setiap daging tumbuh dari haram ...makan haram ...akan di tanya di akhirat...Tanggung jawab orang yg nyumbang...takut kan...Akan di tanya Allah nanti.

Hanya tolong..Jangan umum(Jangan minta derma)  donasinya.  Berat tanggung jwb itu...

Nabi kita,...tak ada makan ...sampai mengadaikan baju besi nabi untuk makan...mereka merasa di sempitkan rezeki oleh Allah dia redho...Donasi untuk buka puasa...cukup satu biji  kurma sahaja...jangan cari donasi...kita biasakan orang itu meminta2 ...rosak hati mereka...Ajarkan mereka...didik ..minta2 jgn dari manusia...minta pada Allah,.

Donasi merosakkan dakwah...yg tak amanah...ratusan orang...jangan cuba....Air dgn sebiji korma cukup...
  Merosak kehormatan Agama...Hanya minta pada Allah 

Sibuk dgn mintak2 ,donasi,  tidak boleh..  Merosakkan dakwah.  Tidak hairan banyak yang tidak amanah..
Ya Rabb jauhkanlah manusia ini dari meminta2.  Jangan minta2 makan...Merosakkan kehormatan Agama

19) Sibuk dgn minta2 atau donasi atau sumbangan..dari menuntut ilmu sharie...Sibuk dgn tak bermanfaat tak boleh...
Kebaikan seseorang meninggalkan yg tak bermanfaat bagi manusia.  
Lebih utama mengajar orang baca Quran dari pada minta donasi mana2.  Jika mampu kita bantu dgn duit kita sendiri.  Jangan minta donasi2.  

Fikirkan baca Quran..
Allah pilih kita untuk mendakwahkan jangan meminta2.   Menyimpang dari dakwah..

Semua panitia sekarang sibuk dengan donasi Itu tidak boleh! (Tak bermanfaat)

Tidak ada contoh mencari donasi dan sumbangan kecuali Ulul amri.  Nabi sampaikan kepada wanita2,  dalam khutbah di  solat Aidil Fitri
" Sedekahlah kalian!   kerana aku nampak kalian  paling banyak masuk Neraka"

Orang yang baru masuk Islam pakaiannya ,compang camping ...Nabi tanya sahabat semua,  siapa yg mahu bersedekah...kendisi dharurat sahaja Nabi  unsurkan...bukan selalu.

Surah AtTaubah...Ulul Amri Allah suruh Nabi Ambil agar mereka suci dgn harta mereka ...Hanya Ulul amri sahaja :  Rasulullullah UIlul Amri

Donasi2 dan sumbangan2 menghinakan manusia.  Di bukan minta2 saja malah sebarkan kepada orang( minta orang ) lain

Jangan ajarkan anak2 kita , murid2 kita untuk bergantung kpd orang lain.  Jangan mengajar mereka jadi pengemis. Antum sedekah dari duit antum kepada orang susah ...Jangan sampai anak kita kita minta permin.(rekomendasi)  dari orang lain.  Ajar anak kita minta pada Allah.
  Jangan kta minta2 ...jangan itu tidak bagus ...nanti seumur hidup jadi begini..Jangan ustaz2 Daie2 minta2...Takutlah kita pada hadith yg kita abaikan
Jangan minta2 ajarkan anak kita.

Sedekah Jumaat tidak ada contohnya dpd Nabi SAW ...Tidak boleh khususnya pada Hari Jumaat .  JANGAN AJARKAN MEREKA MINTA2 NASII BUNGKUS.

JANGAN JADI DAIE NASI BUNGKUS.  TIDAK AD IZZAH SAMA SEKALI.
  2)  Ustaznya ...Jangan mengharap pada manusia.   Dalam hal menghormati tetamu, mennghormati yang tidak dikenal ...Nabi Ibrahim menyediakan anak lembu panggang semasa kedatangan tetapu...Tapi malaikat tidak makan.

3) Bukan dari Nabi sedekah Jumaat.  Jika pon ada pendapoat ...pendapat pasti dari sahabat.
 Setiap hari 2 malaikat turun..."Ya Allah rahmati sedekah orang ini.  Tak ada sedekah Jumaat.  ' sahabat itu banyak sedekahnya .  Jangan kita pilih hari...Setiap hari, malaikat doa mencari manusia yg bersedekah.


Orang yg menunsurkan sesuatu yang Nabi tidak unsurkan itu adalah bidaah.  Jangan buat kerja2 bidaah. Jangan ajarkan anak2 kita mengharapkan pemberian orang.

24) Tidak boleh sekali2 menjadikan dahwah  donasi dan sumbangan..Rasulullah memberi dakwahnya dan harta2 sahabat yg bersedekah tidak di minta dari orang lain.

Rasullullah dan sahabat, berjihad dengan harta mereka dan diri mereka ,...mereka itu orang2 beruntung... Janji terhadap mereka Syurga di akhirat Allah.

Dakwah itu mereka makan dengan usaha mereka sendiri...
Bahkan orang miskin mahu berjihad... Diaminta  untuk kenderaan  berjihad:   

Surah At Taubah Ayat 92.
Tidak ada dosa Ya muhammad tidak perlu memberi apa2 kenderaan untuk mereka turut berperang...
Orang2 miskin zaman Rasulullah balik dengan bercucuran air mata kerana tidak dapat turut berjihad .  

Ketika mahu adakan kajian mintak donasi..."Bertapa orang2 Islam melanggar dakwah...Tak kasi wang tak mahu datang dakwah..." Daie...merosakkan kehormatan Dakwah.  Kenapa sibuk dengan donasi hingga Daie banyak yg menyalahgunakan wang..."

25)  Pada Daie hanya anjurkan pada muslimin sedekah secara umum bukan mengumpul donasi...hanya ajar mereka membantu isteri mereka, kepada  anak mereka .keluarga terdekat merekabukan kita meminta dari mereka donate...Ingat itu Daie.

26)  Orang ada wang harta dari sedekah orang...perlu hati2 kerana di akhirat akan di tanya di akhirat.  Kemana perginya sedekah tersebut.  

Akhir kata buat kita semua:

Takutlah hari akhirat.  sebesar zarrah pon kamu akan di hisab.  Aamiin Ya Rabb.

(🔴LIVE) 11-02-2026 Dato' Haji Shamsuri Haji Ahmad: Kelebihan Bulan Ramadan | Bahrul Mazi (Jilid 5)


 

10 Februari 2026, “DOA-DOA DI DALAM AL-QUR’AN” Ustaz Ahmad Al-Qarni


 

Perbahasan Ulama Sejak Dulu Tapi Disalahfami?! Ustaz Kazim Pertikai Orang tak Benar Tahlil Tapi Bulu



 

Single elderly woman decides to stay – her lonely past gradually revealed


 

“Betul Ke Bisnes Orang Islam Selalu Gagal?” OurNextGuest #1/3 : Tan Sri ...

 

Ahad, 29 Jun 2025

Hadiahku,

UPDATE: 11/2/26 BERSAMAAN 23 SYAABAN 1447 H

Tuesday, 10 June 2025

HADIAH DARIKU UNTUK SAHABATKU SEMUA,

  HADIAH DARIKU UNTUK SAHABATKU SEMUA,  



SAHABATKU...JADILAH PEMBANTU YANG BERKUALITI...MENGIKUT LUNAS2 ISLAM SEBENAR.  ORANG YANG TAKUT PADA ALLAH DAN SOLEH...MEMBERI PANDANGAN YANG BAIK DAN ADA KUALITI MEMEGANG JAWATAN DENGAN SEBAIK2NYA.  JADILAH ORANG YANG AMANAH DAN BERKEUPYAAN MENGURUSKAN PENTADBIRAN.  PERLU ADA  JATI DIRI.  JANGAN TAKUT PADA KETUA JIKA DIA SALAH ...BOLEH DI TEGUR..  TEGURLAH KERANA ALLAH.

CIRI2  SEORANG PEMERINTAH MESTI SOLEH BAIK PADA AGAMA ..BERKUALITI PADA PENGURUSAN.  SALAH SATU CARA SEORANG PEMERINTAH MENDAPAT PERTOLONGAN ALLAH IALAH "  JANGAN MEMINTA2 JAWATAN...JIKA DILANTIK TANPA MEMINTA2 ENGKAU AKAN DI TOLONG   MELAINKAN JIKA KITA TAK AMBIL AKAN JATUH KETANGAN ORANG YG TAK BAIK.  NABI YUSUF MEMINTA JAWATAN KERANA DIA TAHU DIA LAYAK. 

IMAM ITU  (PENGUASA YG UTAMA)  IMAM ITU ADA PELINDUNG,....DIA MELINDUGI RAKYATNYA.  DIA BERPERANG DAN MEMPERTAHANKAN DIRINYA DAN ORANG AKAN BERLINDUNG DGNNYA.   JIKA PERLU PERTOLONGAN KITA MENCARINAYA/ PRLUKANNYA.JIKA DIA ADIL DIA AKAN DAPAT PAHALA. JIKA TIDAK ADIL DIA AKAN MENDAPAT DOSA.

ISLAM MELIHAT PENTADBIRAN PEMERINTAH ITU SEBAGAI AMANAH BESAR DAN  AKAN DI BAWA DAN DI HUKUM PADA HARI KIAMAT NANTI.   JIKA DIA MENYELEWENGKAN KUASA DIA TIDAK LAYAK MAKA DIA AKAN DI PERSAKSIKAN DI HADAPAN ALLAH.   DIA BERTANGGUNG JAWAB BUKAN HANYA DI HADAPAN RAKYAT MALAH DI HADAPAN ALLAH DI AKHIRAT NANTI

AGAMA MENYURUH MEMILIH PEMBANTU2 YANG BAIK...YG MANA AKAN MENJADI INPAK POSITIF PADA NEGARA.
PENASIHAT YG BAIK BILA BERGABUNG DGN PEMIMPIN YG BAIK AKAN MEMBERI IMPAK YG BAIK PADA NEGARA..INSYAALAH.  RAJAQ BIN HAIWAH...ORANG MEMUJI KHALIFAH YANG BAIK ,,,MEREKA LUPA BAHAWA YANG DI BUAT OLEH INSAN PENASIHATNYA,  IA ITU RAJAQ BIN HAIWAH...RAJAK BIN HAIWAH TELAH DI MINTA OLEH SULAIMAN BIN ABD MALIK MENCALONKAN   HASIL DPD NASIHAT RAJAQ BIN HAIWAH.   JIKA PEMERINTAH LUPA MENTERINYA AKAN MEMBERI NASIHAT

WAZIRNYA (PEMBANTUNYA )BERPERANAN MENASIHATINYA.   PERANAN WAZIR...ENGKAU . KAN..!  AKU DOAKAN AGAR KAU SEORANG YG BAIK DAN HEBAT. .
RAJAQ BIN HAIWAH ...BILA SULAIMAN MELANTIK ATAS NASIHAT RAJAQ...OMAR BIN ABD AZIZ MENJADI BUAH MULUT SEPANJANG SEJARAH...SATU PERISTIWA...

RAJAQ BIN HAIWAH LAMA HUBUNGAN NYA OMAR...OMAR BIN ABD AZIZ JADI GABENOR...BILA OMAR MINTAK RAJAQ BIN HAIWAH BELI KAIN  UNTUKNYA.   RAJAQ   BELIKANKAN KAIN UNTUKNYA BERHARGA 5 DIRHAM. OMAR KATA  BAGUS...TAPI MAHAL NI.   RAJAQ BIN HAIWAH MENANGIS...KATA RAJAQ TERINGAT BAHAWA MASA OMAR MENJADI GABENOR DAHULU  DIA MEMBELINYA DGN HARGA 500 DIRHAM... SEKARANG AKU BELI YG 5 DIRHAM KAU KATA MAHAL ...KATA OMAR BIN ABD AZIZ  KEPADA RAJAQ...WAHAI RAJAQ  AKU INI ADA JIWA YANG SENTIASA NAIK KEATAS...AKU TIDAK MENCAPAI SESUATU BENDA MELAINKAN JIWA AKU NAK NAIK LEBIH DPD ITU...AKU DAHULU ...TERINGIN BERKAHWIN DGN FATIMAH BIN ABD MALIK. ANAK KHALIFAH ABD MALIK BIN MARWAN...ISTERI DIA ANAK KHALIFAH...KELUARGA DI RAJA.  SUAMI PON RAJA BAPAK KHALIFAH. ABANG KHALIFAH...AKU TERINGIN FATIMAH AKU TELAH KAWIN DGN NYA...DAN AKU INGIN JAWATAN ...AKU DAPAT ...KEMUDIAAN AKU INGIN JADI KHALIFAH...MAKA AKU TAK MEREBUTNYA KEMUDIAN AKU DAPAT JAWATAN ITU..SEKARANG INI WAHAI RAJAQ ...AKU TERINGIN KEPADA SYURGA ...AKU HARAP AKU DAPAT MENGAPAI SYURGA. 

 PEMERINTAH HENDAKHLAH MELANTIK PEMBANTUNYA ORANG YANG SOLEH.INI ADALAH AMANAH YG AKAN ALLAH TANYA DI AKHIRAT.    KITA DAPAT MERASAI ALLAH SUKA ATAU TIDAK KEPADA PEMERINTAH...AKU HARAP KAU SEORANG BAIK UNTUK  MENJADI PENASIHATNYA.  SAHABATKU..BAGUN MALAM  ( TAHAJJUD)  ADALAH PERSEDIAAN UNTUK  PENYELESAIAN MASAALAH/KESULITAN  ESOK HARI.  (NABI AJAR)

Dingin... Hetty Koes Endang

 

UPDATE: 11/2/26 BERSAMAAN 23 SYAABAN 1447 H

Wednesday, 17 September 2025

Dingin... Hetty Koes Endang

Elvis Presley - Let It Be Me (with lyrics)

 

UPDATE: 11/2/26 BERSAMAAN 23 SYAABAN 1447 H

Sunday, 18 January 2026

Elvis Presley - Let It Be Me (with lyrics)

Hey... Julio Aglesius...

 

UPDATE: 11/2/26 BERSAMAAN 23 SYAABAN 1447 H

Thursday, 2 October 2025

Wednesday, 17 September 2025

Hey... Julio Aglesius...

Rabu, 11 Februari 2026

Hadiah Lagu: Kau telah di sampingku 1974...

 

UPDATE: 11/2/26 BERSAMAAN 23 SYAABAN 1447 H


Monday, 29 September 2025

 

Lagu lamaku...hmmm sedapnya.
masa lepas sekolah.

Bintang2 yang di langit telah menjadi saksinya...
cinta yang sejati dari hatiku ini
chorus yg sedap...
janganlah kau pergi sayang 
dari sisiku
hatiku bahagia.
kau telah di sampingku.  


PANDANGAN TENTANG HIDUP

Tiada ku fikir akan berulang lagi,
Tak ku fikir terjadi,
Itu hanyalah cabaran bagiku,
Yang pasti aku hadapi,

Tak dapat untuk kita menafikan,
Hidup semuanya senang,
Tanpa dugaan juga kesabaran,
Hidupmu takkan berjaya.
Tetapkanlah iman menghadapi kesulitan,
Yakinlah pada dirimu sendiri,
Tiada siapa di dunia ,
Inginkan kesusahan,
Cubaan atasi dengan adilnya.

Itulah pandanganku tentang hidup
tak semudah yg di fikir...
akal menjadi punca yang utama,
Mengatasi segalanya.

Kita hidup di dunia nyata penuh rintangan
Lalui liku fitnah dan hasutan,
Untuk menguji sejauh mana teguh  imanmu,
Menghadapi penuh tenang dan sabar.

Itulah pandanganku tentang hidup,
Tak semudah yang di fikir,
Akal menjadi punca yang utama,
Mengatasi segalanya.