Selasa, 30 September 2025

kenali pilar-pilar dalam ibadah - ustadz Yazid bin Abdul Qodir Jawas rah...

 



KIITA HENDAKLAH BERSUNGGUH2  DENGAN IKHLAS.
BERUSAHA BERSUNGGUH2 AYAT2 DARI AL QURAN...MENDENGAR DAN DIAM...AGAR KAMU FAHAM DAN BERUSAHA UNTUK FAHAM...KEFAHAMAN ITU DI BERIKAN OLEH ALLAH KEPADA ORANG2 YANG DI BERIKAN KEBAIKAN.

BARANG SIAPA YANG ALLAH MAHU MEMBERIKAN KEBAIKAN , MAKA DI BERIKAN KEBAIKAN DLM FAHAMAN BERAGAMA
NABI SURUH KITA MENCATAT,  ILMU ITU DI CATAT.  DICATAT DAN KITA BISA MUROJAHAH.   MENGULANG KERANA ADA MENFAATNYA ...ILMU ITU  UNTUK DI AMALKAN.
BELAJARLAH KALIAN...BELAJARLAH KALIAN.  KITA LANJUTKAN KAJIAN KITA POINT YG KE 9.

MANUSIA DI CIPTAKAN UNTUK BERIBADAH   DENGAN MEMURNIKAN KETAATAN KPD ALLAH DAN MEMAHAMI SUNNAH NABI DENGAN SEBENARNYA.

DIFINISI IBADAH.
MERENDAHKAN DIRI KEPADA ALLAH.
IBADAH DLM BAHASA ..TUNDUK SEPENUHNYA.  MELAKSANAKAN PERINTAH .   OLEH PRANTARAA RASULNYA.  IBADAT ITU MENUNDUKKAN DIRI KEPADA ALLAH.
IBADAT ITU MERENDAHKAN DIRI KPD ALLAH DENGAN  TINGKATAN  KETUNDUKAN PALING TINGGI DI SERTAI RASA CINTA  YG PALING TINGGI.

LAFAZ IBADAN MENGANDUNG KEHINAAN DRI KEPADA ALLAH P.PUNCAK KJETUNDUKAN YG PALING TINGGI KPD ALLAH.,  PUNCAK KECINTAAN YG [PALING TINGGI KPD ALLAH.

IBADAH SATU NAMA YG MENCAKUP APA YG DICINTAI ALLAH.  YANG TAMPAK MAHUPON YG TERSEMBUNYI..ZAHIR ATAU BATIN.
SETIAP APA2 YG DI CINTAI OLEH ALLAH ..
IBADAH HATI, LISAN DAN ANGGOTA BADAN, TTAKUT M,ENGHARAP ,CINTA KEBERANTUNGAN.

1`)IBADAH HATI 2 IBADAH LISAN 3 IBADAH ANGGOTA BADAN

iAKHLAS ...IBADAH KALBU ATAU HATI, IBADAH HATI PENTING.  IKHLAS...TERGANTUNG NIAT SAMAADA IBADAH ITU IKHLAS TERMASUK POERBU8ATAN HATI LISAN DAN ANGGOTA TUBUH

TASBIH ...IBADAH LISAN DAN HATI INGAT KPS ALLAH.  LISAN NYA BERZIKIR DAN HATINYA MEMHGINGAT ALLAH...INGATKAN AKU AKU AKAN INGAT KALIAN, BERSYUKUR KPDKU AKU AKAN BMENGINGAT KAMU.

MEMBACA QURAN JUGA IBADAT..BERDFIKIR TADABUR ISINYA DAN FDIKIR SEMUA AKAN DI LIHAT ALLAH.

TIDAK AKU VCCIPTA JIN DAN MANUSIA HANYA UNYTTUK IBADAT KEPADAKU.

ALLAH MENCIPTAKAN JIN FDAN MANUSIA UNTUK IBADAT...BUKAN UNTUK MAIN2 ..LUANGKAN SEPENUHNYA MASA KITA UNTUK IBASDAH SEPERTI DSLASM HADITH KURSI YG SOHIH..
"WAHAI ANAK ADAM ,LUANGKAN MASAMU SEPENUHNYA UNTUK IBADAT KEPADAKU.  AKU AKAN PENUHI HATIMU DENGAN KECUKUPAN.DAN AKU AKAN TUITUPI KEFAKIRANMU,KALAU ENGKAU TIDAK MELAKUKAN YG DEMIKIAN , AKU AKAN SIBUIKKAN DIRIMU, TERUSAKU BERIKAN KESIBUKAN TIADA HENTI2NYA SIANG DAN MALAM,DAN AKU TIDAK AKAN MENUTUPI KEFAKIRANMU.  

JADI "MENGHARAPKAN TERUS BERIBADAH...HADITH INI HGADITH KURSI,AKU MEMINTA MEREKA IBADAH...AKU MEMINTATA MEREKA MAKAN.,..IBADAH INI MURNI DARI MANUSIA KEPADA ALLAH. jADI TAK BUTUHKAN MANUSIA TAPI ALLAH CIPTAKAN IBADAHNYA UNTUK KEPENTINGAN MANUSIA .  MEREKA AKAN MENDAPATKAN KENIKMATAN KESENANGAN KEBAHAGIAANPAHALA DAN SYORGA DENGAN SEBAB MEREKA IBADAT KEPADA ALLAH. ALLAH TAK BUTUHKANNYA TAPI YANG BUTUHKAN NYA ADALAH MANUSIA.SEMUA MANUSIA ,MAKHLOK INI BUTUH KEPADA ALLAH.ALLAH ITU ,MAHA KAYA..TAK BUTUHKAN KEPADA MAKHLOK INI.

ALLAH MAHA KAYA.  SEBELUM ALLAH MENCIPTAKAN MAKHLOKINI SEMNUANYA ALLAH NMAHA KAYA. ALLAH MAHA MULIA ,ALLAH MAHA GAGAH,ALLAH MAHA SEGALANYA.SETELAH ALLAH MENCIPTAKAN SELURUH MAKHLOK ALLAH TETAP DEMIKIAN TIADA PERUBAHAN. JIKA SELURUH MAKHLOK INI BERIBADAH KEPADA ALLAH TIDAH MENAMBAH KEKUASAAN ALLAH ATAU JIKA SELURUH UMAT INI DERHAKA KEPADA ALLAH ALLAH SEDIKIT PON TIDAK TERKURANG PON KEKUASAANNYA.  ALLAH TETAP MULIA AZALI DAN ABADI.

IBADAH INI MURNIUNTUK KEPENTINGAN MAKHLOK SAHAJA KEPADA ALLAH TAALA.UNTUK KEHIDUPAN MEREKA KEBAHAGIAAN MEREKA , DUNIA DAN AKHIRAT.   DALAM SURAH FATHIR AYAT 15 AYAH MENYEBUT...
YAAN  AIYUNNAS...

ALLAH YANG MEMBERI REZEKI SYORGA KEPADA MANUSIA.  ALLAH MAHA KAYA MAHA MULIA MAHA GAGAH MAHA SEGALANYA.IBADAH INI UNTUK KEPOENTINGAN MAKHLOK.  

WAHAI MAHUSIA, KALIAN SEMUANYA FAKIR BUTUK KEPADA ALLAH..
ALLAH YG MEMBERI REZEKI, ALLAH YG MAHA KUAT, AKUILAH KEMAHASEMPURNAANNYA ALLAH.

ALLAHMAHA KAYA TIDAK BUTUHKAN IBADAT  MANUSIA TETAPI MANUSIALAH YG MEMERLUKAN ALLAH.
ORANNG YG TIDAK BERIBADAT KPD ALLAH ...DIA ORH YG SOMBONG.  ALLA BERFIRMAN
"HENDAKLAH KAMU SEMUA BERDOA KEPADAKU AKU MAKBULKAN...SESIAPA YG TIDAK BERIBADAT MAKA  DIA ADALAH SOMBONG...

BARANG SIA YG BERIDAH TIDAK DLM SYARIAT ALLAH MAKA DIA ADALAH MUSHRIK.  SESUNGGUHNYA RUKUN IBADAH 3
1) CINTA
2) TAKUT 3) HARAPAN.

KECINTAAN, TAKUT,  DAN HARAPAN.
ALLAH BERFIRMAN ..ALLAH MENCINTAI MEREKA DAN MEREKA MENCINTAI ALLAH.   
SESUNGGUH MEREKA BERSEGERA MENGERJAKAN KEBAIKAN...
ALLAH MENYEBUTKAN...DAN BERDOA KEPADA KAMUI DGN RASA HARAP DAN TAKUT.  MEEKA DI JAMIN DGN SYURGA PALING TINGGI.  PARA SAHABAT2 ADA NABI MENENTUKAN MASUK SYORGA...MEREKA BERLUMBA2 DLM MEMBUAT KEBAIKAN.  SEGERA KEBAIKAN ITU...

PANGGILAN UNTUK MENUNTUT ILMU.  MESTI SEGERA.  BAWA BUKUNYA UNTUK CATAT..SEGERA JANGAN DI TUNDA...TUNTU ILMU ITU TERUS...MENUNTUTN  NILMU BERBUAT BAIK KPD ORANG TUA.  GGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG

HIHI   AKU TERLENA
ULAMAK MENYATAKAN BARANG SIAPA IBADAH DGN RASA CINTA.  MAKA MEREKA MEREKA ITU.   

MENGANTUK DAH.

(4K) 28-09-2025 Ustaz Rizal Azizan : Hadis-Hadis Pilihan

kenali pilar-pilar dalam ibadah - ustadz Yazid bin Abdul Qodir Jawas rah...

Repeat this 55 Times Daily, And Whatever you ask Allah will Give You | U...

Aamiin Ya Rabb...

 


Kematian adalah kepastian, siapkah kita? - ustadz Yazid bin Abdul Qodir ...

Sharifah Aini - Semuanya Kerana Hadirmu (Lirik Lagu)

Soal Jawab: Wahai Azhar Idrus! Sedarlah Diri, Mulut Jangan Celupar! | Us...

BATAS AURAT WANITA TUA | Dr Maza

APA HUKUM WANITA PAKAI TUDUNG DI ATAS BAHU | Dr Maza

HUKUM MEMAKAI SARUNG KAKI BAGI WANITA | Dr Maza

MENGADULAH PADA ALLAH DISEPERTIGA MALAM | TAHAJJUD Dr Maza

Jumpa gambar ni ...tengah gila nak nmenaip...hihi...

 

Jumaat, 10 Mac 2017

Tersedar bahawa masa dah lama berlalu...

Daku suka sejuk.  Anakku pula suka panas.  Berbezanya kami berdua.  Bilikku sentiasa ada airconditions.  Tapi anis tidur tanpa kipas anginpon hairankan.  Itu sebab daku suka pusat peranginan tanah tinggi.. tapi anis suka sangat di tepi2 pantai...hihi...Anis pelajar Aquatik jadinya dia berjinak/biasa  dengan laut dan sungai.  sukanya dia pada Laut dan Sungai...
Daku pulak suka pada tempat sejuk.  Daku boleh tahan sikit  tidaklah gemar sejuk sangat macam Kak Hindon .  MaasyaaAllah sejuknya .  Pi rumah dia Airconnya sejuk sungguh hingga daku kadang2 kena pakai baju panas....   Daku rindu tempat ni.  Tak mungkin sampai lagi.


Masa itu juga makhlok...


Dengan Nani  di Jepun.  Pelajar yang belajar di Jepun.  baik Nani ni.  Sekarang mesti sudah beranak pinak.  



Daku dan Qurata aini di Shinrin Kuen.  Taman Shinrin.  Seronok ...Lapang dan menyamankan. 
 Ini hari raya haji daku ajak Kak Hindon jalan.
Kak Hindon ikut aja. 

Ini  Kenangan pergi ke Pusat Penyiaran Tokyo. NHK 
Tempat kerja Kak Hindon.  Damai dan tenang.tambahan pulak cuaca sejuk dan damai.


Qurata Aini dah dewasa sekarang .  Dah Habis Belajar. Aini hebat Bahasa Inggeris, Kak Hindon Bahasa Melayu dan Dua beranak ni hebat Bahasa...
 daku pulak .tak hebat Bahasa...hihi.
Daku bolehlah Maths...Daku ikut Pak ...Kak Hindon ikut mak. Hmmmm. 

PC ku dah sampai dan anis dah pasang , TQ anakku.


Syukur YaRabb... Anakku telah menyampaikan hasratku untuk kembali beraktiviti dgn Blogku.  

Di mulai dgn Syukur kepada Allah dan Tq kepada anakku.  Dengan izin Allah jua. 

Tq Anis Lengkapkan PC buat mak.  Syukur.  Mak Boleh beraktiviti seperti biasa. 

Ternyata ianya lebih laju dpd yang lama mak ...hihi..seronok.  Tapi yang dulupon dah mak suka...yang ini laju lagi mak suka.  TQ,

Syukur Rabbku.

Daku harap daku boleh kembali menaip nota2 Agama.


Syukur Rabbku,


SHARIFAH AINI - Video Files Album KAU TELAH DI SAMPING KU (1974)


Lagu lamaku...hmmm sedapnya.
masa lepas sekolah.

Bintang2 yang di langit telah menjadi saksinya...
cinta yang sejati dari hatiku ini
chorus yg sedap...
janganlah kau pergi sayang 
dari sisiku
hatiku bahagia.
kau telah di sampingku.  


PANDANGAN TENTANG HIDUP

Tiada ku fikir akan berulang lagi,
Tak ku fikir terjadi,
Itu hanyalah cabaran bagiku,
Yang pasti aku hadapi,

Tak dapat untuk kita menafikan,
Hidup semuanya senang,
Tanpa dugaan juga kesabaran,
Hidupmu takkan berjaya.
Tetapkanlah iman menghadapi kesulitan,
Yakinl;ah pada dirimu sendiri,
Tiada siapa di dunia ,
Inginkan kesusahan,
Cubaan atasi dengan adilnya.

Itulah pandanganku tentang hidup
tak semudah yg di fikir...
akal menjadi punca yang utama,
Mengatasi segalanya.

Kita hidup di dunia nyata penuh rintangan
Lalui liku fitnah dan hasutan,
Untuk menguji sejauh mana teguh  imanmu,
Menghadapi penuh tenang dan sabar.

Itulah pandanganku tentang hidup,
Tak semudah yang di fikir,
Akal menjadi punca yang utama,
Mengatasi segalanya.




SUNNAH Mewarnakan Rambut dengan Warna HITAM atau Warna Asalnya - Maulana...


Wow ...Boleh dye rambut.  Termasuk wanita...
Wow..... Daku suka bila daku dye ianya betul menguatkan jiwa ...Aku bertambah cantik sebab aku dye rambutku dgn warna hitam....  Rupa2nya ianya sunnah Nabi...ada asasnya.   Syoknya.  Baru seronok kita tengok cermin.  Daku suka sangat.  Daku bertambah cantik. Baru rasa mahu hidup lama lagi...Ya Rabb bertuahnya.  Sunnah yang di tinggalkan ini.   Syukur Ya Rabb.

Isnin, 29 September 2025

25-09-2025 SS Prof. Dato Dr MAZA: Sifat Solat Nabi - Jamak Bagi Keperlua...

Boleh Kerja Kilang Arak? Dr. MAZA Respon Mufti Wilayah

Hukum Warnakan Rambut. Boleh Ke... Atau Tak Boleh ?

(🔴LIVE) 28-09-2025 Ustaz Adli Mohd Saad: Tanda-Tanda Kiamat Kecil | Tand...

Rabbku cucurilah Rahmat ke atas Rohnya Aamiin...

 Salam..

T adi ada satu kematian  dj BB Bangi.  Kematian seorang lelaki jemaah Surau Assobah yg berusia 88 tahun.. Arwah adalah Jemaah Surau daripada beliau pencen hinggalah sekarang ini.  Arwah tinggal berhampiran dengan Surau Assobah.  Cantiknya kematian arwah hampir dgn Surau dan dimasukkan kedalam surau dan di mandikan di Surau Assobah dan akan di Kebumikan di Tanah perkuburan yang berhampiran.semoga rohnya dicucuri Rahmat Allah dan di kumpul an bersama dengan orang2 yang soleh... Aamiin

Arwah meninggalkan seorang isteri yang yg telah tua juga dan dahulunya, juga ahli jemaah Surau Assobah.  Marilah kita sama2 meningkatkan ibadat kita lagi di akhir usia kita.  Insyaa Allah.   Marilah kita sama2 melupakan kelazatan dunia.  Kita pon telah hampir ke sana.  Lupakan lah angan2 dan impian kita untuk hidup lama lagi dan mari kita fikirkan akhirat segalanya. 

Jom terus habiskan doa petang kita dan kita tambah kan lagi dengan membaca Al Quran atau mendengar ceramah Agama sbg menuntut ilmu untuk ke akhirat Allah... Selagi kita menuntut ilmu tak kiralah apa carapon kita boleh dikira dlm nati dalam menuntut ilmu akhirat. Syukur Rabb ku... Kau sedarkan aku agar mulupakan kenikmatan dunia yg sia2 ini... Aamiin. 

Iklaskanlah kami dlm beribadat kepadaMu dan istiqamah kanlah kami Rabb Yg Maha Agung. 


Assalamualaikum hari...


 

Salam...

 Assalamualaikum... 

Esok Isnin... 

Jom posa jom

Rumus untuk mententeramkan hati ketika ujian dtg...


 

Ketika Allah menguji u dgn ujian perasaan,


 

Ahad, 28 September 2025

Moga ok...

 Anis khabarkan padaku.  Dia telah order pc baru buatku

 Tq anis. Syok atau tidak  yg baru daku tak pasti... Asal ada.  Daku suka dgr ceramah sambil tulis nota... Itu hobi ku.  Dulu aku tulis nota pada buku ledger yg besar bila dengar ceramah.  Banyak habis... Kalo lama2 simpan buku nota itu akan  ada hama juga Kena bakar.  Akhir daku terpikir untuk buat nota kat  Blogku.. Daku jadi happy. 

Moga ok.



Salam...


 

Keabadian neraka.


 

Gambaran syurga...


 


 

Ketetapan Allah... Sabar dan redho...


 

Sabtu, 27 September 2025

Selamat jalan dan selamat kembali harapan

 Assalamualaikum...

Rabbku selamatkan lah kami sampai ke destinasi kami. 

Moga kami sentiasa mengingatiMu. 

Tenang dan lapangkanlah jiwa kami. Gembira kanlah kami.  Aamiin


The night.. Al lail


 

The Morning hours... Ad dhuha...


 

Apa berlaku di langit pertama hingga ke 7


 

Kenapa Lafaz Selawat tak boleh direka2


 

Imam Dah rukuk tspi makmum masih baca fatihah


 

Pengajaran dari Surah Al Maun


 

Tafsir Al Quran Surah Al Maun


 

Tadabur Surah Al - Maun...


 

Surah Ai Maun...


 

Jumaat, 26 September 2025

Berat memaafkan orang yg....


 

Memahami Bacaan Solat...



 Assalamualaikum... 

Saya up load dan dengar kembali tadabbur Ustaz sampai habis...
Saya jadi insaf.  Terima kasih kepada yg view.
 Saya banyak bersalah
 pada sahabat.   Bila mendengar tadabbur ini, menyebabkan saya rasa betapa rendahnya akhlak saya. Saya takut kerana sah sah saya tergolong dlm gulungan yg disebut itu. 
So... Sebelum saya mati samaada. Malam ni  atau bila2 masa, maka saya wajib mohon maaf dari tuan.  Bila saya fikir2 kembali, perkara yg berlaku di Grik  dulu itupon, rasanya bukan salah tuan.  Maafkan saya. Bukan tuan yg mengata saya.  Saya mengaku mungkin saya yg cepat melatah ketika itu.   Entah lah... Tanpa segan dan malu saya marah tuan.
Saya berharap agar saya dimaafkan dan saya berjanji tak akan  sentuh apa2 perkara mengenai tuan lagi.  Maafkan saya ya.  Sebenarnya semua itu, hal peribadi masing2.  Saya tak patut turut campur hanya kerana saya sayang tuan kerana Allah.  Maafkan saya.  

Sekian. 
Terima kasih. 



Khamis, 25 September 2025

Kekuatan doa...


 

Hadith Harian...


 

Intropeksi


 

Daku doakan dikau dan dikau doakanlah aku...

 Anis ingatkan ku bahawa next week tarikh jumpa Doktor.  Harap jadi dan berhasil.   Prof kawan Kak Hindon tu kata, dia cucuk kaki tahan setahun aja.   Daku benar2 berharap agar bertahan hingga 5 tahun macam dulu... Moga Tuhan makbulkan doaku... Sahabat doakan aku.  Doa dari org yg tak kita kenali akan Allah Ijabahkanlah.    Doakan aku.. Moga berhasil.  Che Azid cucuk aja terus dpt kerja macam biasa.  Ya la dia baru 40an Daku Dah 60an...hihi jauh tu...

Aku kadang2 hairan pada sahabat2 dan  rakanku yg masih bekerja umur mereka tua padaku tapi masih sihat... Allah sayang mereka... MaasyaaAllah... Untung mereka.  Moga mereka terus sihat kerana mereka nak bertugas.  Daku doakan mereka sihat dan moga daku pula mendapat doa Malaikat. Jika kita mendoakan orang lain kita akan mendapat doa Malaikat... InsyaaAllah. 

Salam... Petang Khamis 3 Rabiul Akhir... Wow... Kejap je

Assalamualaikum...

Daku terdengar bunyi  guruh berdentum.. Keadaan beginilah yg menjadi orang2 Melayu dahula membina perumpamaan Melayu... "MENDENGAR GURUH DI LANGIT AIR TEMPATAN DICURAHKAN" Ternyata pandai sungguh mereka bina perumpamaan Melayu tersebut.  Ianya mengaitkan bahawa hidup perlulah berhati kerana apa yg kita dengar dan harap tak semestinya ia berlaku.  Apabila air di tempayan sudah di curahkan tiba2 hujan tak jadi... Kan. 

Begitulah juga  perumpamaan Melayu yg menyatakan "BURUNG YG TERBANG DIPIPISKAN LADA". Burung yg  masih terbang belum tentu dapat kita miliki tetapi lada telah kita tumbuk untuk menumis daging burung tersebut.   Manis sungguh Perumpamaan Melayu tersebut kan... Besarnya kuasa pembina kata orang tua2 dahulu. 

Bagiku seni membuat perumpamaan ini, bukan semua orang  miliki, ianya hanya oleh para karyawan ia itu penulis2 samaada yg menulis novel  lirik lagu dan lain2.  Ianya sangat menakjubkan.  Aku selalu terkasima dgn bait2 lagu yg mereka bina.  MasyaAllah... Bukan semua orang yg memiliki keistimewaan begini.  Aku memang kagum.  Itu sebab aku suka dengar lagu.  Baik lagu2 Melayu, mahupon lagu Inggeris.   Manis sungguh susunan bahasa mereka.  Aku tak miliki semua tu.. Daku memang miskin bahasa.    Haha Eni... Eni... Bukan semua kita boleh memiliki segala.   Kakakku  kaya Bahasanya. Bidang Penulisan Kreatif dan Diskriptif, aku kagum dia, aku tabik dia. 

Dulu daku Guru Pendidikan Am.  Semua mata pelajaran kami boleh ajarkan. Baik Bahasa Melayu, Matematik. B. Inggeris pon boleh dan termasuklah mengajar Agama pon boleh.. Tu keistimewaan Guru Pendidikan. Am... Tapi bilamana daku dah Convert ke Guru Maths... Banyak yg dah kurang.  Hanya maths aja yg aku tahu. 

Tahu tak kenapa aku menulis hari ni?   Sebenarnya aku mendengar dentuman guruh di langit.. Ianya membuatkan daku sedeh sekejap.  Masa beginilah di rumah mak kami teruja sangat mahu hujan jadi lebat. Bila hujan lebat.  Kami ramai2 senyum antara satu sama lain.  Kami dah janji akan mandi hujan.  Tapi kalau ada kilat sabung menyabung sudah tentulah mak tak benarkan.  Mak pon akan lihat saat dan ketika untuk dia benarkan kami mandi hujan.  Seronok sangat.

Daku pernah dengar ceramah Ustaz Kazim cerita air hujan boleh menjadi ubat... Lama dah ceramah tu daku dengar.  Tapi ada juga orang yg tak boleh kena hujan.   Apabila hujan rintik kecil kena pada badan mereka, terus selsema dan demam.   Hihi... Daku tengok Abg Amin anak Pak Cu macam tu.  Hihi...Lemahkan. Sepatutnya perempuan macam tu...sebenarnya,  masing2  miliki kelemahan sendiri yg orang lain tak ada.  Terima aja lah. 

Daku jugak dapat tahu seseorang yang terkena Demam Pelentung.. Chickenpox... Betul ke tak ejaan tu daku check nanti... Sini tak boleh check jika tgh taip... Susah kan Eni tak ada PC... Daku tak pernah tak ada... Tak pa.. Kat kampong ada dua Lap Top... Lama sangat dah boleh bagi kat kedai mana. At least dapat juga mereka guna apa yg patut.

Ooo... Masuk pada Chickenpox tadi seandainya baru sembuh... Baru kering dari penyakit ini... Jangan sekali-kali didedahkan kepada air hujan.. Ia akan menjadi parut yg besar, sebesar duit syiling 10 sen. MaasyaaAllah.   Ini adalah apa yang berlaku kepada anak muridku.   Ibu dia ceritakan... Kesian lihat parut pada badan dia.  Jadi perlulah kita hati2 jika anak atau cucu kita yg kena chickenpox.  Jangan sekali - kali dedahkan kepada air hujan. Sebenarnya cerita ini daku dapat tahu bilamana  pelajar ku tersebut lari pulang  dari ujian untuk Menjawat Jawatan Beruniform kerana  terpaksa membuka baju. Pelajar tu terus meninggalkan tempat pemilihan.  Itulah yg menyebabkan daku tahu chickenpox boleh separah itu jika terkena hujan.

Terkejut juga daku.. Berdentum guruh di langit tadi... Rupa2nya hujan tak jadi.  Itu satu pengajaran buat kita.. Hmmm. Daku mati2, fikir hujan akan turun... Tidak rupanya.  Begitulah suratan takdir kita.  Tidak semestinya apa yg kita harapkan berlaku.  Semuanya di tangan Allah.   Allah ajar kita sabar dan redho... Ianya tangga kesyukuran. Bila kita banyak bersyukur, Allah akan melimpahkan rezekiNya samaada dari langit dan dari bumi. 

Sekian dulu "Guruh Berdentum Hujan Tak Jadi"...  Di BB Bangi. 

Sebagai Hiasan daku hadiahkan satu lagu "Hujan:Sudirman Hj Arshad" 





Salam


 

Kata ikut sunnah kenapa Naik Kereta, Awat tak naik unta? ,


 

Salam... Solat

 Assalamualaikum...

Eni... 

Sebelum ajal mu menjemput... Perbaiki lah SOLATmu

Panduan Haji Mudah.. Jom bawa aku kesini...


 Assalamualaikum... 

Daku akan dtg... 

Dikau tak mahu bawa aku kesini? 

Rabbku panggil lah aku dgn org yg ku kasih... 

Kuatkanlah kakiku.. 

Berjayakanlah fisioterafiku Rabbku.. 

Permudahkanlah...

Ijabahkanlah doaku... 

Aku hambaMu yg hina... 

Aamiin


Menjaga Amal Hingga Akhir... Rahsua istiqamah...


 

Salam eni... Nak bye terus ka mcm....

 Assalalamualaikum...

Oleh kerana daku tak beraktiviti... Maka YouTube ku pon akan di remove mereka... Daku tak kisah Begitu juga facebook aku kena delete segera dan Blogni pon kalo daku nak delete sekelip mata out. Tapi... Dia macam dgn diary Aku... At least Ada pembaca pi you tube ustaz... Rasa mcm sayang jugak.Hihi... 

Rasanya. Delete jgn... Tinggalkan gitu aja macam dulu... Boleh jugak org baca... Ceramah agama... Pk dulu. 

Klo pk balik tinggal terus social media itu.... ja caranya.   Delete.   Tak rugi masa kamu... 

Solat istiqarah dulu baru ambil keputusan.. 

Nak tulis?

Macam letih ja... Guna Hp...

Aku pk balik... Dah tua dah... Dah kena... Tinggal nii semua kot... Hihi eni... Dairi hang kot... Pk dulu... 

Rabu, 24 September 2025

Merawat jiwa yg terluka...


 

Cinta pada Allah dan Rasul...

#############################

 Ceramah Ustaz.... 

Sebut nama Allah banyaknya 2

Selawat pada Rasul

Terus Istiqamah

Cinta pada Allah

Cinta pada Rasul

Moga Selamat  di Akhirat Allah. 

###########################

Ceramah Ustazah.. 

Bila bersolat.. Ingat Allah. Maha Besar... 

Jika teringat lain. Tarik kan Allah maha Besar... 

Wahai Allah janganlah ada hari2 dlm hidup kami terlepas baca Quran... 

Jika terlepas baca Quran minta banyak2 jgn tak baca Quran... 

Letak KPI Masing2... 

Jika satu muka sehari pon tak apa..jika  4 helai sehari.. 8muka surat...dapat satu juzuk sehari. 

Dalam bulan Ramadhan dapat habis  Satu juzuk sehari... 

Hari2 biasa jika lepas solat.. Ambil 4 ms... Dpt habis Satu juzuk sehari... 

Jika tak bahagia maknanya kita jauh dari Allah. 

Kembalilah ke jalan Tuhanmu dlm keadaan redho dlm keadaan tak bersuara... 

Terima dgn sebulat hati... Sebulat perasaan. 

Ya Allah aku minta RedhoMu dan SyurgaMu... 

Surah Attahrim... 

Asiah berdoa kpd Alllah... 

Ya Allah bina kan disisiMu sebuah rumah di syorga mu..

Kita akan merawat sakit kita sendirian jika kita susah kita akan mencari Allah.. 

Belajar untuk taubat dan belajar Redho setiap hari... Solat Sunat taubat 2 rakaat... Sambil duduk.. 

Jaga Quran jaga sunat taubat. 

Walau hidup sendirian sahaja nanti jika kita mati kita akan mati sendirian juga... Minta mati dgn 

 Husnul khatimah... 

Maafkan orang tanpa syarat masa nak tidur.ingat cerita Saidina ABU Bakar... Jika maafkan kami ampunkan dosa... 

Baiki hubungan kita dgn keluarga..

             ###############.

Maafkanlah aku sahabatku.  Banyaknya aku komen kau.. Maafkan aku dgn sebenar maaf sebelum daku pergi.. Betapa aku buat begitu sbb aku sayang engkau kerana Allah... Jahat nya aku. Kan...

Aku doakan engkau... Kau doakanlah aku... 

                   ##############

Surah ArRum ayat 54...

Allah ciptakan kita dlm keadaan lemah sampai masa kita kuat dan sampai satu masa kita akan lemah kembali dtg bersama rambut yg beruban.. Jangan sombong dgn nikmat yg kita miliki... 

Bersedia akan sampai tahap selemah2nya dan tak berdaya. 

Waktu kita sihat mari kita berbuat kebaikan dgn keupayaan yg kita ada. 

1) terlalu banyak kesilapan... Tangan masih boleh selak al quran.. Mari kita belajar tak perlu bergantung kepada org lain... Allah nak kita lebih memanjangkan sujud doa dan meninggalkan dlm keadaan baik... 

Aku lihat macam mak yg berulit dgn Al Quran.. Ingatkan aku  utuk berdoakpdnya... 

Mari kita cari terus redho Allah... 

Rabbbku tolonglah kami di dunia yg akan melangkah ke Akhirat mu... 



############################

Daku terpaksa catat sambil dgr YouTube di TV... Susah... Sikit... Jika ada pc senangnya... Hihi tapi kita kena Redho dan Syukur... 


Bila kita kata Nabi tak buat... Dia kata...


 

Ubat mengawal hawa nafsu..


Tiada kaitan dgn ceramah ustaz... 

Muslim yg baik... 

 Rela... Redho... Hidup di atur oleh Allah... 

Allah tak tengok putih Allah tak tengok gelap, Allah tak tengok rupa... Allah tengok hati... 


Ya Rasulullah...


 Assalamualaikum... 

Susah jika pc rosak... Tak pa lah...


Assalamualaikum..

Hmmm... Susahnya bila pc ku ROSAK.  Skrinnya yg rosak mahal juga .. Kena tunggu 6 bulan... .. Daku sayang sangat pc ni... Ianya dah lama dah daku beli... Masa kes2 yg berlaku  di lowyat dulu tu. Hihi... Mula dapatkan dari orang Melayu. Masa jenis Ultra thin baru keluar.. Dah lama dah..MASA DEPA BUKA DIGITAL MALL . Menang memakai dah sebab dah berusia 10 tahun... Mana skrin tak rosak... Skrin JENIS TU...mereka kena order... Hmmm tak pa lah... 


Assalamualaikum Ya Rasullullah...


 Assalamualaikum... 

1)  Sebarkan Salam
2)  Berilah makan
3).?  Lupa lah.. 

Hey... Julio Aglisias


 Assalamualaikum... 



Selasa, 23 September 2025

Di pinggir kayangan


 

Switzerland Countryside Lufe


 Kalo nak pi sini... Tunggu aku mati dulu... Hihi... 


Aku nak gi sini... Nanti di syorga ja...


 Kawanku balik dari Negeri ini.  Mereka di kurniakan rezeki lebih padaku.. Allah tlh letakkan rezeki hambanya... Ya Rabb tu pon dah aku panjatkan syukur ku padamu...Rezeki yg aku ada ini.. Aamiinn

Ustaz Kazim Alias

 Assalamualaikum...



Pagi ku.. Menunggu subuh

 Salam.

Allahhumma inni as alukailman nafian wrizqan toiban waamalan mu taqabbalan...

Baca terus menjelang subuh.. 

Daku kena ambil susu dan nestum waktu mlm menjelang subuh.. Haha teringat mak masa daku kecil dulu daku tahi penyakit suka terjaga mlm... Nampak mak n pak solat mlm... Mlepas solat mereka minum air kopi cicah roti kepala kera... Daku pulak minum nestum n susu.. Anakku tak lupa sediakan takut mak kosong perut.. Gastrik... Bagus anakku tq.. Nak ngan pak mengadap pelita minyak tanah... Bersembang berdua... Aku jadi saksi mereka sembang.. Yg lain2 lena... Ada sebut nama ku dan maznah... Hihi... Mereka sebut.. Nak belikan rantai pada daku dan maznah jika kelapangan... Semua org tak tahu... Hanya aku yg tahu... Tiap2 mlm aku terjaga..

Mak n pak... Daku rindu sgt pada mereka... 

Rindu... 



Lagu sedap hiasan pagi ku... Sedap lagu anak ni...


 Lagu ni sedap sangat... Telinga ku masih suka dgr lagu sampai bila...? Pagi ni tak sempat dgr pon... Baru jaga dan aku jangan lalai dgn masa.  Masa tak menunggu kita.  Waspada dengan masa.  Rabbku...hindari aku dpd terus lalai..

Esok... Tak posa.   Semalam ada Nasi tomato yg daku belum makan.  Hope masih elok.  Baiknya Che Azid sedekahkan nasi tersebut.   Anis tak dpt posa habis.. Anis mengah... Hari ni daku tak yah masak tuk  breakfastku.  Share aja nasi tu dgn anis.  Biasanya banyak daku memang tak abis.   Dah 7 minit berlalu... Rugi masa... So bye dulu.. Pagi semakin pagi... Jangan Kau ketinggalan lagi.  Hari ni sempat tiga surah berangkai...InsyaaAllah

Teringat surah ni.  Surah ni mengingatkan daku pada Pak Ngah Usup... Adik mak... Hmmm dia cakap padaku... Eni.. Baca Surah tu berangkai... Ar Rahman, Al Waqiah dan Al Hadid... Pak ngah dengar Pak Su kata bagus sgt... Hari demi hari lupa daku nak explore apa fazilat nya...daku hanya baca agar dpt 100 ayat dlm solat ku utk dpt kan "istiqamah" yg Nabi sebut jika 10 ayat "tak lagho", 100 ayat "istiqamah" dan 1000 ayat... Daku lupa.  Nanti daku cari balik... Pak Ngah, jemput Pak Su dtg Mengajar kat rumahnya di Kampong Boyan Taiping. Masa itu ramai org kampong datang.  Mak pulak copy stail pak ngah jemput tuan guru dtg mengajar kat rumah... Dua beradik ni anak cikgu juga.   Atuk Muhammad berpencen di Sekolah Keb Bukit Sapi... Long ago... Daku tak penah sampai sekolah tu... 

Adik mak ni hansome tinggi macam Pak Arab.. Setiap cuti sekolah balik kampong dari anak2 masih kecil.. Hihi.  Pak Ngah Guru juga macam  mak... Mengajar  di Sekolah Air Kuning Taiping.  Dan berpencen di Sekolah Air Kuning.  Daku pernah dijemput beri motivasi teknik menjawab soalan UPSR di situ... Cantik juga sekolah tu... Hihi kenangan... Tetiba.. Ingat Pak Ngah. Moga Pak Ngah di cucuri Rahmat dan damai di kumpulkan bersama org org yg soleh... Mak sayang adik lelaki mak ni...

Hish... Dah lah Eni... Rugi masa 

.. Jom solat... 

Bye dulu, pagi ku... Moga Allah rahmati pembaca yg sama2 bagun solat dgnku... Jom... 


Isnin, 22 September 2025

Menu buka puasaku... Bye hari...


Menu buka puasaku... 

Kambing perap. Pak Mat Western...

Ni kali ketiga... 


Daku memang suka sayur... Salad sangat mustahak bagiku... Hingga hijau pinggan tu... Memang habis daku makan... 


Kambingnya sedap... Tak sesedap selalu... Lepas ni kena trai jenama lain pulak.. Hihi... Manis sgt... Daku tK suka manis... Macam menu org Kelantan dan Ganu kite... 
Next time Cari jenis lain kataku... 


Kalau di nilai hari ni Black pepper source dia... Tak ummm sangat... Hihi lagi ummm yg kita buat lagi...
Sebenarnya Nabi tak suka komen pasal makanan... Kan.. Kita tak berapa elok buat review mcm... Bukan apa next time trai jenama org lain pulak.. Just review... Bukan hina makanan... Makan tetap habis... Apapon syukur Ya Rabb.. Cume manis terlebih... 


Kentang bila di bakar... Ternyata lemak manis... Jagung manis... Hihi pon manis.. Hanya timun n tomato. Tak manis... 







Good bye night...

 Salam...

Yes... 

Ianya Good Bye Night... Bukan Good Night...





Jangan bersedih...


 

Wahai org Melayu sekalian...


 MaasyaaAllah... Solat Sunat Berjemaah... 


 Padi... Emas... Binatang Ternakan... 
Diantara yg kena Bayar Zakat.. 

Jaga Jemaah... 

Ayat Al Quran...


 

Aku lelah.. Aku pasrah...


 

Jom posa...

 Salam...

Esok Isnin... 

Jom posa Eni... 

Ajak Anis... 

Moga Terlaksana... 

InsyaaAllah Rabbku...


Ahad, 21 September 2025

Kunci ketenangan,


 

Mee soup mudah dan sedap... 

Mee telur berlada... Jika tak cuba rugi.   Makan tghari... Daku suka sgt.. 

Halia bwg putih bawang merah di tumis dan masukkan soup powder dan Letakkan air serta garam masukkan sayur sawi dan tauge... 

Pecahkan telur. Masukkan mee garam... Serbuk perasa hmmmm Yummy... 









Mee kari udang... Sedap

Kelmarin... Mee kari..  Yummy sedap sgt... Memang mee kegemaranku.  Mee kari udang... Makan tghari.. Cukup... 





 

Kembara wahyu..Menyusur Umrah di laluan 23 tahun Sirahm Nabi Muhammad


 

Tempat menarik di Madinah..


 

Sabtu, 20 September 2025

Terimbau Kenangan lama sebentar...

 Assalamualaikum...

Harini rinduku kembali terubat... Bercakap dengan Kak Ani Pak Long Sarip.  Teringat Pak Long yang mengajar ugama puluhan tahun dahulu.   Belajar waktu malam. Mak dan Pak pergi pasti bawa anak2 mak sama... Mula pukul 9.00pm hingga lewat pagi.   Pak Long dlm ingatan ku.. Guru Agama Hebat tapi tak ada tauliah ketika itu mengajar di rumahnya sahaja.  Mak tak kisah dtg juga tak apa terlena pon... Ngaji waktu mlm.  Asal dengar terlena pon tak apa.  Berjalan kaki kerumah Pak Long Sarip ketika itu jauh juga... Kami  mula mengenal hukum hakam atas paksaan mak n pak... Hihi... Kenkadang pi dengar sekelelok aja lena... Tak pa kata mak... Masa balik elok ja mata bulat bulat tak ngantuk pon... Hihi.. Masa tu masih  sekolah rendah rasanya... Kelakar...

Tadi call kakak dirumah kak ani, dapat cakap dgn Kak Ani.  Dia demam..

Cakap dengan ku.  Dia ceritakan tentang anak saudaranya sebut namaku dan oooo rupa2nya maridku masih ingat padaku... Ramai anak arwah Abg Ann adik kak Ani yg daku ngajar... Bila di sebut nama mereka daku kenal...sorang demi sorang. MaasyaaAllah... Daku kembali terimbau masa ngajar mereka masa kecil mereka dulu.  Mereka sayang sangat padaku... Daku sayang mereka juga.. Daku kata pada kak Ani daku sentiasa doakan muridku agar mereka sihat dan dilindungi Allah sentiasa.. Kak Ani masa muda putih selepuk dan lawa.. Anak dara Pak Long memang lawa2.. Dia boleh tanya Aku.. Eni mesti masih lawa lagi la ni ya... Aku jawab... "Tak lah eni dah tua tak lawa dah sbb orang tua...". Daku kata Kak Ani sihat ke..dia jawab dah solat atas kerusi dah... ". 

Seingat daku keluarga ni ada Arwah Abg An... Yg anaknya dekat 5 org bawah didikan daku... Sorang lagi anak Pak Long yg lelaki masa daku kecil daku recall, namanya Abg Own día bantu Pak Ngah Abu Buat rumak Pak Rasanya.. Tukang Rumah... Buat rumah siap tahun 1960...daku lihat pada tangga rumah Pak...   Pak Ngah Abu... Orang Kampong Kota/ Kg Lahar. Tak pasti.. Dia tukang rumah yg pakar... Hebat org dulu2... 

Rupa2nya bila orang sebut nama kita kita terpanggil untuk mengingati ya... MaasyaaAllah... Anak saudara Kak Ani sebut namaku dan dapat  pulak daku bercakap dgn ya.  Semua dari Allah kan..aku tak mahu lupa kenangan... Daku suka pada kenangan.. Akhir pi percakapan...phone terputus... Mungkin mereka kehabisan bateri agaknya... Kak Ani sedang rancak bersembang dgnku... Jika ada rezeki nanti mungkin boleh bertemu... Kak ani titipkan salam buat Kak Hindon dan adikku Maznah.. InsyaaAllah akan aku sampaikan... 

Aku teringat Pak Long... Masa dulu jadi kontroversi Masjid Jamek kerana ada tercampur duit........... Guru agama teguh dgn ajaran sunah... Tak mudah org nak lawan... Controversi tu lama juga, hinggalah ianya di bersihkan oleh majlis Agama...  Syukur Ya Robb... Dahulu.. Nasib baik ada orang yg tegas pendirian macam Arwah Pak Long.. Mungkin sama sezaman Pak Hamka...ustaz Ahli Sunah yg pada awal kemunculan mereka mendapat tentangan ramai... Arwah Ustaz Abd Kadir Jawas yg tegas yg baru meninggal itu daku suka sangat... Cara P&P nya sangat mengagumkan.. 

Sekian dulu diariku hari ini... Moga daku hilang rindu meskipon di kejauhan ini... Syukur Ya Rabb. 


(Surah al-Mu'min 40:1-3)


 

   SAAT CINTAKU BERTASBIH LAGI... 

(Surah Al Baqarah 2: 284,285)


 


BILA RINDUKU KEMBALI BERTASBIH... 
 

(Surah al-Baqarah 2:286)


 


BILA RINDUKU BERTASBIH KEMBALI... 

Jumaat, 19 September 2025

Ajari aku melupakan mu...

 Salam.. Sebelum daku pergi daku nak hadiahkan satu lagu buat semua...




Bye bye world...

 Assalamualaikum World,

Hari ini saya ingin menyatakan bahawa saya ingin berehat buat sementara dpd menulis, download you tube, download Lagu,penyanyi2 lama dalam dan luar negara dan update perkara baru saya dlm dairy saya ini.  Izinkan Noraini ini berehat buat beberapa ketika kerana ada beberapa perkara yg perlu saya bereskan... Saya ingin berehat dpd menulis kerana ianya sangat menyusahkan saya apabila pc saya rosak.   Untuk menulis dlm dengan menggunakan telefon amat menyukarkan.. Izinkan saya berehat untuk beberapa ketika, beberapa minggu dpd menulis dlm Blog saya ini atau pon Saya harap sahabat setia menunggu saya  kembali berkarya di sini lagi.sSaya hadiahkan satu gambar buat semua...dgn ucapan semoga bertemu lagi.. 

 
Daku dan 2 kakak iparku... Salam Sayang semua... Bye bye...

Terima Kasih buat semua.

Hi bye bye world...

Selamat menanti kepulangan saya.

Semoga di Rahmati Allah kepada semua pelayar saya.. Tq tq... Jumpa lagi... Terima kasih dunia... Tq world... Bye bye





Terima Kasih world

TQ world... 


Apa. Khabar..