Menu kampong semua ini... Org Bandar tak makan ni... Hihi
Jumaat, 31 Januari 2025
Buka puasa hari ni...
Menu kampong semua ini... Org Bandar tak makan ni... Hihi
Surah Sad Ayat 45 || Ustaz Abd Muein Abd Rahman || 27 Jan 2025
Jan 2025
Semua ayat ni berkenaan kisah Nabi Ayub AS. Ayat kita dah belajar dan saya beri pengajarannya.
1) Allah memuji Nabi Ayub As di sebabkan sifat terpuji yang dimiliki oleh beliau dan paling utama ialah sabar dan redho dengan ujian Allah
2) Kadang2 orang yang timba musibah yang lebih teruk dan lama lebih mulia dpd orang yang sihat dan kaya yang di beri oleh Allah. Oleh itu allah perintah orang yang paling mulia jadikan Nabi Ayub sbg contoh dlm dakwah dan kesabaran
3) Para nabi dan rasul tidak memiliki apa munafaat dan mudarat untuk diri sendiri apatah lagi untuk orang lain. Sekiranya seorang Nabi boleh memberi manfaat atau mudarat sudah pasti nabi ayub boleh menolak mudarat yang menimpanya.
4) Semua para Nabi akan sentiasa kembali kepada Allah berharap dan berdoa kepada Nya khususnya apabila ditimpa musibah maka orang seperti kita lebih wajib kembali dan memohon pertolongan dpd Allah bukan melalui perantaraan.
5) Harus bertawassul kepada Allah dengan Hal Keadaan seseoranng sebagaimana Nabi Ayub bertawassul dengan dengan keadaannya yg di timpa Muusibah.
Tawassul yg boleh 7
1) Tawassul dgn Nama allah
2) Tawassul dgn sifat Allah..Birahmatika astaghish...
3) Tawassul dgn perbuatan Allah..
Allahhumasalli ala Muhammad wasalliala Ibrahim
4) Tawassul dengan hal keadaan kita..
Ya allah aku mennenganiaya diriku sendiri
5) Tawassul dgn orang soleh yg aqidahnya betul bukan yg ngarut
6) Tawassul kpd Allah dgn Iman...
Rabbana n Innana Faamanna ..Fagh firlana...
7) Tawassul dgn amal soleh...Kisah 3 orang yg terperangkap dlm gua dan amalan soleh
Istiqhasah...Orang yang mati dan tak boleh buat apa2...
6) Sesiapa yang berdoa dgn ikhlas klepada alah Allah akan kabulkan samaada segera atau lewat.
7) kekuasaan atau kebesaran Allah AZW yang mencutkan air dpd tanah dengan menghentakkan kaki.
8) Wajib mengambil sebab2 untuk melakukan Tujuan.
9) Kadsang2 Allah menjadikan sebab yang kecil memberi kesan kpd sebab yg besar...dan Allah menghalang sebab yg besar dari memberikan apa2 kesan..
10) Apa yg suci dpd tanah banyak memberi kebaikan dan kesembuhan kepada penyakit. Yg menyembuh dpd tanah...herba dpd pokok kayu dan menjadikan perubatan.
11) Sesungguhnya allah menganugerahkan kepada hambanya yang sabar dan ikhlas mengharapkan pahala lebih besar dpd apa yg di ambil...
12) Semua nikmat yang di perolehi oleh semua manusia adalah dgn rahmat allah bukan usaha manusia.
13) Hanya orang2 yang berakal waras dsahaja akan mentadabbur al Quran dan mengambil pelajaran dari setiap kisah yg disebut dari Al Quran.
14) Sifat yg paling mulia dan kedudukan yang paling terouji disisi allah adalah sabar.
15) Nabi ayub juga di puji oleh
allah kerana dia bersifat Awwab...ia itu sentiasa kembalinkepada Allah dlm semua keadaan.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Ayat seterusnya ayat baru Ibrahim AS
Dan Ingatlah hamba kami...( Allah suruh Nabi sebut dan ...2) ambil pengaran...1) Pasti mereka hebat...apa kehebatan pertama mereka...Title...Hamba2 kami...Pangkat paling tinggi manusia di sisa makin tinggi semakain bersifat kepada nafsu maka ..hina di sisi allah.
Allah sebut Hamba kami kami Muhammad
Ala Abdina...Mujahadah lawan nafsu...Biarlah kita hina disisi manusia jgn disisi allah.
Ibrahim, Ishak , Yakub.,Yusuf
Al karim u,,Ibnul Karim , Ibnul karimiOrang Mulia ,orang mulia , anak orang mulia, anak orang mulia. Mulianya manusaia hamba mengajak menyembah allah. Hamba yang paling hamba.
Nabi Ibrahim adalah contoh...Kita sebut namanya dalam solat Fardhu dan dalam solat Sunat...Fardhu 4X lima waktu...tambah solat sunat...tambah selawat hari Jumaat...
Dpd Ibrahim ada contoh...Sebutlah 1) Membenarkan semua janji Allah...Samikna Waatoqna..
Siddiqqa ...Berdakwah ...pertama dia berdakwah kepada ayahnya..."Wahaio bapa kesayanganku, mengapa kamu sembah benda yg tak boleh tolong ayah?"
2) Ya Abbati...seesungguh nya datang pada ku Ilmu maka ikutlah padaku.
i) knapa sembah kepada benda yg tak boleh bercakap..bisu pekak,
ii) Ilmu belum ada padamu ayah...
ii) Ya Abbati...Jangan sembah Syaitan...sebarang yg di sembah selain allah adalah sembah syaitan.... kerana syaitan syaitan sangat derhaka kepada Al Rahman...
syaitan sangat jahat kepada Al Rahman...dia tetap derhaka
iii) Maksiat pemutus rahmat allah. Siapa yang buat maksiat adal
iv) ) abbati...seseungguhnya aku takut di timpa kepada eng dpd Allah yg penyayang
v) Ya Ibrahin jika kau tak berhenti berdahkawah aku akan rejam engkau...pergi kamu jauh2 dlm tempoh yg lama akutak mahu lihat kamu...
Ya bunaiyya...wahai anakku (lelaki)
Ya bunaiyati; wahai anakku ( perempuanku...)
Bila berdakwah ...sabar..." aku akan mintrak ampun untuk kau kepada tuhanku
Jadikanlah Ibrahim sebagai contoh berdakwah...
Lepas Ibrahim berdakwah kepada bapanya dia berdakwah...
Adalah bagi kamu ikutan terbaik...dan bersama orang2 yang bersam Ibrahim ada ikutan untuk kita ...mereka berkata bila di tolak kita kena berlepas diri...
Ada satu benda tak boleh ikut Ibrahim...Kata Nabi Ibrahim.." Aku akan minta ampun untuk engkau" Tak boleh
Nabi Ibrahim berdakwah pula untuk kaumnya... dengan mengetuk pecah berhala dan mengatakan patung besar yg mengetauknya.
Akah patut kamu dsembah dselain dpd Alla yang tak boleh memudaraytkan kepada kamu...Kamu tak berakal kah.. Bakar terus. Nabi Ibrahim berdakwah juga..buat jugak...Jika kena Bakar pon Ibrahim sakut demi kerana Allah.
Bakarlah Ibrahim Allah kata kepada Api .." Wahai api .... jadilah kau..."
Selepas Nabi Ibrahim selamat...Nabi Ibrahin Hijrah kerana Dakwah...Nabi pertama Hijrah adalah Nabi Ibrahim...Permulaan Dakwah Nabi Ibrahim..(Iraq) dada pendapat mengatakan (Babylon)
Dia pergi kerana Allah...dan dia mintak Teman untuk bersamanya untuk Agam ...Anak yag Solihin...Kami gembirakan nya dengan sifat penyabar)(Bapa sembelihnya pon dia sabar)
Tatkala Ismail remaja ...Ibrahim...Wahai anakku sesungguhnya aku bermimpi...Aku lihat dlm mimpi aku sembelih engkau...apa pandangan engkau? Ibrahim ingin melihat anaknya soleh atau tidak...dan
Ya Abbati...Buatlah apa yang engkau di perintah dan aku akan bersabar Insyaalah.
Bila sabar Allah gan ti dgn kambing ( Bila dua2 mereka berdua tlah menunaikannya maka Allah balas dengan Muhsinin) Kesabaran di ganti kibas yang besar...
Allah bagi anak seorang lagi
Allah jadi Ibrahim di sebut2 Namanya berterusan...
Allah puji ..
Hebatnya Ibrahim Ishak dan Yaakub kerana kekuatan Taat dan Ilmu
Apa kekuatan taat dan Ilmu.....
Itulah kekuatan...Doa... pagi2 kita...warizkan toiban waamalan mutaqabbala..."
Kekuatan mentaati Allah berdasarkan Ilmu...
Kami sucikan mereka dengan suci bersih dpd segala kekuran riak syiriq ,cinta dunia (bersih) dengan suci bersih zikraa darr(
1) mereka bewrsifat hamba
2) mentaati Allah
3) mereka sentiasa ingat kewpada Akhirat. ( kami bersihkan hati mereka kepada cinta akhirat. "Hubbun dunia" kami cabut dan berdsakwah kepada Allah.
Darr menunjukkan akhirat ( Surah al ankabut ayat 64) Tidaklah kehidupan dunia itu melainkan senda gurau, melalaikan (anak dan harta : melalaikan)
(Negeri akhirat adalah kehidupan yang sebenar..kekal) Kita didik anak kepada cinta akhirat...Dini fana...jangan mudarat pada yang kekal...InsyaAllah
Okey...Sambung masa lain.
Khamis, 30 Januari 2025
Rabu, 29 Januari 2025
Dosa dan Azab Penipu dan Pembohong Menurut Islam
Bagaimana dosa dan azab penipu dan pembohong menurut Islam? Dalam semua agama pastinya mengajarkan agar tidak melakukan hal-hal yang kurang baik seperti menipu dan berbohong. Perbuatan yang kurang baik akan selalu mendatangkan sesuatu hal yang akan mempersulit dan merugikan diri sendiri. Apapun perbuatan yang dilakukan, termasuk menipu dan berbohong.
Perbuatan menipu.
Perbuatan menipu merupakan salah satu penyakit yang merusak hubungan antar manusia. Perbuatan ini akan mengakibatkan hilangnya rasa saling mempercayai antara satu sama lain.Jika hal ini terjadi kepercayaan memang sudah tidak ada lagi di antara masyarakat karena sudah diliputi rasa egois dan dendam antar masyarakat, bahkan rasa saling tolong menolong sudah tidak ada lagi akibat perbuatan bohong ini.
Ada salah satu riwayat yang mengatakan bahwa Rasulullah SAW pernah lewat di pasar lalu menjumpai tumpukan makanan disana. Beliau memasukkan tangannya ke dalam makanan tersebut, tiba-tiba terasa tangannya menyentuh sesuatu yang basah dalam tumpukan makanan tersebut.
Beliau lalu bertanya kepada pedagang makanan tersebut : “Apa yang basah-basah ini hai kau yang mempunyai makanan ini?”. Apa yang basah-basah ini hai kauu yang mempunyai makanan ini?”. Pedagang menjawab : “Wahai Rasulullah, makanan itu terkena air hujan”.
Untuk itu Rasulullah SAW bersabda :
“Agama adalah nasihat” (Hadits riwayat An-Nasa’i).
Rasulullah SAW bersabda :
“Kenapa engkau tidak meletakkannya di atas agar bisa dilihat oleh pembeli? Barang siapa yang menipu, ia bukan termasuk golonganku.”(Hadits riwayat Muslim dan Turmudzi)”
kita lihat sekarang bahkan pedgang banyak yang tidak jujur padahal kejujuran dapat meraih berkah, sedangkan menipu menjauhkan dari keberkahan pada harta yang dimiliki.
Selasa, 28 Januari 2025
28 Januari 2025 KITAB “INDAHNYA PESAN LUQMAN AL-HAKIM” Ustaz Ahmad Al-Qa...
Sambil menunggu giliran,
Razman apologises over mistake in Hannah ‘YTL daughter’ remark
Isnin, 27 Januari 2025
Adakah “Key Perfomance Index” KPI yang ditetapkan di dalam pekerjaan dikira tidak amanah sekiranya tidak dicapai ?
Adakah “Key Perfomance Index” KPI yang ditetapkan di dalam pekerjaan dikira tidak amanah sekiranya tidak dicapai ?
Jawapan
Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.
Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bermaksud satu sistem pengukuran yang mudah, berkesan dan membantu organisasi menjelaskan dan mengawal tahap kemajuan sesuatu proses perkhidmatan yang disampaikan kepada pelanggan selaras dengan misi dan visi sesebuah organisasi. Prinsip-prinsip KPI ialah meletakkan sasaran, boleh diukur dengan angka, diukur dalam keadaan normal dan selaras dengan misi dan visi organisasi. KPI adalah ukuran spesifik dalam bidang tertentu prestasi organisasi.[1]
Berdasarkan persoalan di atas, kami bahagikan kepada dua keadaan:
- Pertama: Pekerja telah berusaha dengan bersungguh-sungguh, namun tidak berjaya memenuhi KPI disebabkan KPI yang ditetapkan diluar kemampuannya. Dalam hal ini, pekerja tersebut tidak dikira berdosa. Allah SAW berfirman:
لَا يُكَلِّفُ اللَّـهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا
Maksudnya: “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.”
(Surah al-Baqarah: 286)
Al-Maraghi dalam tafsirnya menyatakan: Allah SWT tidak membebankan hamba-hamba-Nya dengan sesuatu yang tidak mampu mereka kerjakan. Bahkan sifat kemurahan-Nya memberikan kemudahan kepada mereka. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 2/672).
Demikian juga hadis Abu Hurairah R.A, Nabi SAW bersabda:
وَلاَ يُكَلَّفُ مِنَ الْعَمَلِ إِلاَّ مَا يُطِيقُ
Maksudnya: “Dan Tidak dibebankan kepada seseorang itu dari perbuatan kecuali apa yang dia mampu”
Riwayat Muslim (1662)
- Kedua: Pekerja tersebut dikira berdosa sekiranya tidak mencapai KPI yang ditetapkan disebabkan oleh sikap sambil lewa, tidak bersungguh-sungguh dan malas. Hal ini kerana pekerja tersebut mengabaikan tugasannya dengan sengaja. Firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَخُونُوا اللَّـهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُوا أَمَانَاتِكُمْ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).”
(Surah al-Anfal: 27)
Syeikh al-Maraghi menyatakan di dalam tafsirnya: “Janganlah kamu mengkhinati amanah yang ada di antara kamu dengan para pemimpin. Amanah yang dimaksudkan juga melibatkan aspek muamalah dan kemasyarakatan. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 5/2593).
Demikian juga hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A, Nabi SAW bersabda:
لاَ إِيمِانَ لِمَنْ لاَ أَمَانَةَ لَه وَلَا دينَ لِمَن لا عهدَ له
Maksudnya: “Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak amanah, dan tidak sempurna agama bagi orang yang tidak setia terhadap janjinya.”
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan, kami berpendapat bahawa “Petunjuk Prestasi Utama” (KPI) bukanlah satu amanah, namun ianya merupakan panduan bagi melaksanakan suatu tugasan yang telah diamanahkan. Oleh itu, sekiranya seorang pekerja dengan sengaja mengabaikan amanahnya dalam tugasan, maka dia dikira berdosa. Semoga dengan penjelasan yang diberikan ini memberi kita kefahaman yang lebih baik dalam menjalankan tugas-tugas kita sebagai pekerja.
Kami juga berpendapat agar kerjasama yang erat dapat dipupuk antara majikan atau ketua jabatan untuk sentiasa memantau dan memberi nasihat yang baik kepada pekerja di sambil membantu merungkai isu dna permasalahan yang menjadi penghalang kepada pekerja. Dengan itu, natijah mencapai KPI akan bertambah mudah dan berhasil dengan jayanya. Semoga usaha seperti ini menjadikan perkhidmatan awam dan swasta di Malaysia berada pada tahap yang terbaik. Amin.
Wallahua`lam.
-
Ramai orang di dunia yang mengalami kencing manis. Berikut adalah penawar mudah untuk kencing manis. Kacang Bendi adalah sayur-sayuran ...
-
Assalamualaikum...Dengar ceramahnya...Nota perlu di edit lagi... Ketua perompak Fudhail bin Iyyart yang membuat Transformasi...di jentik ol...