Selasa, 15 November 2022

Asrama RISDA dalam Kenangan

 



Assalamualaikum Sahabatku.

Hari ini daku reverse ke 42 tahun dahulu.  Aku di Asrama Risda sebagai seorang Warden Asrama.  Namaku Noraini bt Mohd Said.  Di Majidee Camp Johore Baharu ,berada dirumah Abangku Mohd Radzi dan Kakak Iparku Zabidah bt Meor Amri.  Bercuti di rumah arwah abangku bersama Mak Cik ,mertua abangku.  Kami happy masa percutian itu dan masa ini kakak iparku, dan abg sedang bergembira dengan cahaya mata mereka yang pertama.   Daku mude lagi masa tu ...hihi seronok pulak ingat masa muda...Sebelum ni daku tak pernah rakamkan cerita "mase mude"  Masa mude kita suka sangat bila dipuji.  masa muda jugak kalaulah kita dikeji,  macam mana?...Ha ha ha ...kalau kita dikeji rasanya bagaikan "nak demam" 

Daku dapat panggilan dari kampung.  Emakku panggil balik sebab ada "kerja  sementara" buatku.    Daku pulang dari Johor dengan menaiki keretapi bersama dengan Mak Cik, mertua abgku.  Mak Cik baik orangnya.  Sebelum balik kami masak rendang ayam.   Rendang ayam ini resepi Mak Cik.  Mak Cik tambah kelapa parut yang ditumbuk dan dimasukkan kedalam rendang.  Ini pelajaran masak pertamaku membuat rendang cara Mak Cik.   Tabik Mak Cik , Eni belajar rendang ni dari Mak Cik.  Bezanya dengan rendang mak, adalah tambah kelapa parut yang ditumbuk. Sedap!!! 

Bersama  Mak Cik mak kak Za, daku pulang ke kampung.  Tamat percutianku dan bermulalah daku bekerja di Asrama RISDA Grik.   Seronok sangat.  Hari2 ku berlalu sangat seronok bersama anak2 pekebun kecil getah dari Daerah Hulu Perak. Grik.    Mereka semua baik2 belaka.  Budak kampung yang tertib dan daku sayang mereka.  Happy bersama kak Bibah, Eni  Mak ngah Hindon, Kiah anak saudaraku dan Kak Pah ,  Walaupon gaji tak seberapa tapi daku happy.   Teringat daku kadang2 arwah Mak Lang Som datang bawa jualan kain ela yang cantik2.  Kami beli  hutang kain2 tu.   Ada jugak mamak  India yang jual kain yang  diimport dari Singapura...Fesyen baru.  Masa tu daku belikan untuk Kak Kham Siah yang akan menghadiri upacara rasmi  di Universiti Malaya.  Di samping itu Kak Nab yang jual pekasam dan belacan juga  sering singgah berjualan ke situ.  Jika dia datang terdengarlah jeritan dia " Sharifah Aini" ha! ha! ha!  dia memanggil Kak Sharifah dan daku... Daku dengar khabar,Kak Nab dah mula lupa2 dan nyanyok dah sekarang...Moga2 Kak Nab selamat di bawah  jagaan anak lelakinya...Mak Lang Som pulak sudah lama  pergi mengadap Illahi.   Semoga rohnya  ditempatkan bersama orang2 yang solih.  Aamiin.  Aku Entahkan bila...Aku menunggu!!!

Tukang masak Asrama ialah Kak Bibah dan Eni Mak ngah Hendon Gelok...Kak Bibah bekas Cheff Masak kat Hotel. Eni Mak Ngah Hendon adalah tukang masak Abg Din di "Base Camp" Grik ..Kak Saripah pulak tukang masak yg di import dari Kampongku...Hmmm. Anakanda ku yang Comel Lote...Zakiah  bt Ramlee namanya juga tukang masak yg tak kurang hebat..Anak kakak ku Kak Hasiah. Petang2 jalan kaki pergi belajar menjahit...Akhirnya dapat mencari pendapatan dengan menjahit setelah berhenti dari memasak  di Kantin Asrama RISDA Grik...

Adinda No...Nun dua beradik...aku sangat sayang mereka ni, begitu juga adinda  Puziah, Maton, Masitah,Badariah,Norahun,Asma,Zainab,Waminah,Wan,Siti.  Teringat lagi bila Murid tingkatan 3, balik dari sekolah menyatakan soalan yang daku ajarkan mereka keluar peperiksaan. Daku memang suka ngajar mereka Maths.  Daku minat Maths..Hehehe tak sangka akhirnya daku jadi guru Option Maths.  Kenangan dgn no dan Nun ialah...daku dapati mereka beli tudung yang sebiji sama corak dan gambarnya walaupon pada masa yang berbeza ditempat/kedai yang berbedza dengan duit hadiah dariku...Heran bin ajaib..kataku...Daku tak pernah berjumpa lagi mereka ini...Mereka ni semuanya dah beranak pinak dah, dan mungkin dah bercucu...

Pada masa itu Kantin Asrama dipegang oleh Abg Din dan barang2 dapor dihantar oleh Ah Hua.  Kadang2 bila berlaku ketiadaan/ketidak cukupan  barang2 dapur, daku terpaksa panggil Abg Din hantar barang dari Lenggong.  Sekarang Abg Din pun telah tiada lagi...Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah.  Damailah dia di sana.   Aamiin.  

Kadang kadang bila daku keluar ke pejabat pos tiba2  ada pegawai RISDA yang berhenti kereta pelawa ku tumpang..malu2 alah nak tolak, "dakupun  tumpang"  Tengokkkk lah !!!!waktu petang ,  Abg Halid datang terus kata padaku di tingkap dapor asrama... " Eni! esok Abg Halid bawak basikal mari sini ya!"  daku kata "tak mahu"  daku tahu dia cemburu adik dia tumpang kereta orang...Daku dapat agak kawan2 dia beritahu dia...KELAKAR  sebenarnya wajar seorang abg nak jaga maruah adiknya.... Tabik Abg Halid!!!..aku kagum dgn dia.   Daku syukur kami anak2 perempuan mak tetap dijaga dan diperhatikan oleh abg2 kami.   Enam lelaki dan enam perempuan.   Itu kekuatan keluarga kami.  

Berhadapan Asrama Risda terdapat sebuah rumah papan besar kediaman ADO.   En. Mustafa Kamal dan kawannya tinggal di situ.  Petang2 basuh kereta...Rajin ADO ni...Budak2 ku kadang2 bising waktu petang masa riadah mereka.  Maafkan kami Encik Mustafa.  Waktu malam bulan Ramadhan mereka juga curi2 membakar mercun dan bunga api.  Tak terkawal daku, meskipon perempuan mereka jugak teringin main mercun macam budak lelaki, dan bermain bunga api ..hehehe.   "Maafkan kami!"  

Di sebelah kiri asrama ia itu sejajar dengan rumah ADO 2, terdapat sebuah banglow kediaman ADO 1, dihuni oleh Tuan Hj Abd Aziz dan Isteriya  Kak Jah serta anaknya Aza.   Aza dan Kak Jah rajin juga datang ke asramaku ,bersembang di waktu pagi.  Mereka juga baik. Di sekitar kawasan ini juga terdapat  kediaman Kakitangan RISDA tinggal.  Maka, tidaklah sukar bagiku untuk berhubung dgn mereka jika ada masaalah bersangkutan Asrama RISDA.

Sebenarnya perancangan Allah yang terbaik buatku.  Ketika itu daku masih muda dan tidak menutup aurat.  Free hair tak bertudung .  Bertudungnya daku  ketika pergi ceramah ugama di kampong sahaja.  Syukur daku mendapat kerja dan berpindah ke Kuala Lumpur.  Syukur daku Cepat Keluar dari situ    Maka, berlakulah  penghuijrahanku seterusnya.  Di Maktab Perguruan Teruntum Kuantan Pahang,  daku mula bertudung...Syukur Ya Rabb.

 Semasa daku di Asrama Risda, daku sebenarnya tidak lupa mengisi borang" Isi Penuh"  memohon pekerjaan dan daku jugak mengisi borang untuk kemasukan ke Maktab Perguruan.   Bila daku dipanggil mengisi Jawatan Kerani Am di Kementerian Kewangan, daku terpaksa pergi.....daku terasa sedih hendak meninggalkan pekan kecil Grik yang penuh dengan seribu kenangan manis dan indah.   Pada bulan Julai  daku telah menghantar surat perletakan jawatan sebagai Warden Asrama Risda dan berpisahlah daku dengan "Suria Grik" pada 18 Julai 1981 dengan deraian airmata kesedihan, daku mamai sekejap di perhentian itu. "Tamat Sudah Kisahku."


 




       





Jumaat, 11 November 2022

Tips supaya Istiqamah dlm beramal.

 



Assalamualaikum Sahabat Setiaku!

Ada beberapa tip yang telah lama daku catatkan dahulu, suka daku rakamkan di sini.  Andainya tidak lengkap...tak apalah ya...

1)   Catat.? Tulis (ianya tidak akan hilang)

2)   Segera buat/ Segera beramal

3)   Nak Istiqamah...Baca 100 ayat Al Quran dalam solat...InsyaaAllah Istiqamah...Jika hafal Surah Al

      Mulk, maka ianya dah 30 ayat. 

      Baca 10 ayat dlm solat maka tidak di tulis baginya orang yang lalai. 

   Contoh :   Qul ya aiyuhalkaafiruun... 6 ayat

                     Qulhuallah huahad            4 ayat

                      6 tambah 4  dah 10 ayat.....

      Qulhuallah huahad  10 x ,  Allah bina Istana dalam syurga.    

      Tawadhuk

4)   Kita menetapkan waktu beramal: 

       contoh:  Nabi pesan kepada Abu Hurairah

     i)   Puasa Isnin dan Khamis dan Puasa tengah bulan (hari putih) 13,14, dan 15 bulan Islam.

     ii)  2 rekaat Dhuha  (banyak lagi bagus)

     iii)  Solat witir sebelum tidur.  

        -   Nabi  kata nampak neraka itul ehernya keluar...patuk mematuk...

         -   Allah seru "Bangunlah orang2yang bertahajjud- maalaikat bawa mereka masuk syurga Allah.

             Jadilah ahli Tahajjud.

              Sehari bangkit buat 2 rakaat dulu.  Subuh 5.52 kita bangkit 5.40  witir dah buat sebelum tidur.

              Nabi kata...Baca dengan 10 ayat tidak ditulis bagi kita tergolong dlm orang2 yang lalai.

               Sesiapa baca 100 ayat terulis sebagai orang2 yang khusyuk kepada Allah.

KELEBIHAN SOLAT SUNAT BERSENDIRIAN.

    1)   Sembunyikan ibadat kita.

    2)Imam Muhammad Aslam bin Tursi..sangat menyembunyikan ibadatnya sampai dia berkata jika

       ada   tempat malaikat tak nampak dia- dia menangis banyak kerana rindukan Allah. Bila bangun di

      celakkan matanya supaya tidak nampak dia bermunajat dgn Allah.-

     - Seluruh Kota Baghdad mencintai dia dan waktu kematiannya Allah gerakkan  hati mereka datang

       dan berkelapangan masa untuk hadir.


Cukuplah dulu untuk hari ni...

Akan sambung lagi jika ada masa,,

Jumpa lagi.

Wassalalm.






Khamis, 10 November 2022

Solat Tahajjud, Amalan Kebiasaan Ahli Syurga Saat di Dunia




Assalamualaikum...

Salam sejahtera sahabatku sekalian...

Solat Tahajjud itu adalah amalan kebiasaan ahli syurga saat di dunia.

Mereka itu ahli ehsan saat di dunia.

Mereka itu di waktu malam  sedikit tidurnya.

Mari kita berniaga dengan ayat ini.

(Oleh Kerana tersangat tingginya ayat ini maka, Nabi membangunkan isterinya, membangunkan anaknya Fatimah Az-zahra dan menantunya Ali bin Abi Tolib agar bersolat malam.)

Orang2 yang rajin bangun malam itu orang2 yg mendapatkan pujian langsung dari Allah Subhanahuwataala.

Quran surah ke  32, ayat ke 16

As-Sajadah : ayat 16.

tatajaafaa junubuhum 'anil-madhooji'i yad'uunarobbahum khoufaw wa thoma'aw wa mimma rozaqnaahum yungfiqun

" Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur,kerana mengerjakan solat tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredhoanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang kami beri kepada mereka.


Moga kita mendekati orang2 yang begini...Jika kita ketemu orang yang begini, jadikan mereka sahabat semoga kita juga mendapat pujian langsung dari Allah.


"Allah  merahmati seseorang lelaki yang bangun bersolat tahajjud dan membangunkan isterinya agar bersolat tahajjud dan Allah merahmati seseorang isteri yang bangun bersolat tahajjud dan membangunkan suaminya agar bersolat tahajjud."


Ayuh bangunkan isterimu meskipon kamu  merenjiskan air kemukanya...


Keutamaan Solat Tahajjud

1)   Allah S.A.W menjamin dia sebagai ahli 

       syurga kerana kebiasaan tahajjudnya di

       dunia.

2)   Allah memuji orang ini.

3)   Tahajjud itu kebiasaannya amalan orang2

        soleh yang ditekankan oleh Allah...

        (Orang2 soleh itu sesyurga bersama Para

         Nabi, Para syuhadak, para ambiak...para

          siddiqqin...



      Sekian dahulu...






Salam Sejahtera 6






Assalamualaikum sahabat yang daku rindui...daku kasihi daku cintai kerana Allah,

Salam sahabat...Daku benar2 letih kerana daku mengerjakan urusanku di luar rumah...MaasyaaAllah daku terpaksa menggadaikan tenagaku 75% sekarang berbanding dahulu hanya 50%....Daku kena kuat.  Daku potong dahan kelapaku sejumlah 3 pelepah kerana ianya menutupi pokok durianku.  Ianya sangat memenatkan.  Daku gergaji menggunakan galah yang ku ikatkan dengan gergaji.   Boleh tahan juga makannya gergaji ini. Daku beli kat Shoppie...Selesai kupotong pelepah kelapa daku menyuci rumput2 di bawah pohon durianku...nasib baik cangkul kecilku membantu...kadangkala daku duduk di atas kerusi dan kekadang tidak...hehehe..".to be smart" daku korek 6 lubang di hujung julai pokok durianku ...daku letakkan baja anggaran radius 180% (hari ini)...lagi 180% akan ku sambung esok hari.   Daku bancuh baja sejumlah 45 ml , kedalam 5 liter air dan ku siram secangkir kedalam setiap lubang. Lebihannya kusiramkan ke bawah pokok durian yg kucuci dan kupotong rumputnya.

Cuaca hari ini agak redup...daku agak pukul 12.30  daku bajainya...memandangkan ini musim hujan, daku berani melawan syarat2 membaja...InsyaaAllah moga pokokku tidak rosak... Yang menjadikan daku ghairah untuk meletakkan baja kerana...ianya telah berusia 9 tahun...tapi masih belum berbuah...telah lama daku meninggalkan pokok2ku tanpa dilayan...hari hari daku hanya dapat ucapkan salam dan kekadang siram pon daku tak sempat...tu sebabnya daku tamak sgt dengan masa terluang begini...Syukur Alhamdulillah pada pukul 3.00 petang tadi hujan turun...MaasyaaAllah...Tabarakallah...

Kepadatan masaku jugak  membuatkan anggurku yang mengeluarkan tangkai buah mengecut kerana tak sempat daku nak layan...kesian dia...tak apa...daku akan cuba lagi menjaganya di lain masa...

Wassalam...

Bye dulu...

Rabu, 2 November 2022

Bagaimana Jika Tiba2 ada kematian di rumah kita..

 Wajib Baca! Bagaimana kalau tiba-tiba ada kematian di rumah kita?



Tak kira siapa, jika ada kematian mengejut di kalangan ahli keluarga, jangan panik.. Sebab ramai antara ahli qariah yang menelefonnya pada jam 3 atau 4 pagi untuk bagitau ada berlaku kematian, agak cemas tidak tahu apa yang harus dilakukan. Dek sering mendapat panggilan sedemikian maka bilal biasanya akan mintak si pemanggil bertenang dan mengambil beberapa langkah tertentu dalam menghadapi situasi sebegitu termasuklah:

■Jangan cemas
■Tunggu dua tiga jam lagi sebelum terbit pagi.. InsyaAllah orang masjid akan sampai dan akan membantu uruskan jenazah.
■Sementara itu sapu minyak di kelopak mata arwah untuk lembutkan kemudian cuba rapatkan mata arwah jika masih terbuka.
■Begitu juga dengan tangan, sapu2 sedikit minyak di kedua2 siku untuk lembutkan kemudian letakkan kedua-dua tangan di atas perut.
■Letak pisau/gunting besi atas perut, supaya tak masuk angin
■Kelopak mata kalau payah nak tutup,letakkan syiling
■Tangan diikat dengan perca kain.
■Kepala hingga dagu juga elok ikat dgn perca kain.
■Jika ada darah yang keluar dari hidung/telinga, sumbatkan dengan kapas untuk menahan darah dari terus menitik keluar
■Selimutkan arwah dengan kain yang dapat menutup seluruh jasad dari kepala hingga kaki.. boleh guna sebarang kain samada kain batik panjang dsb, asal saja dapat menutupi jenazah
■rehatlah dan cubalah untuk tidur dulu sementara menunggu subuh kalau kematian berlaku seawal jam 12 atau 1 pagi.
■Mesti ada pengesahan kematian dari doktor klinik/hospital.
■Bila dapat surat pengesahan tersebut baru buat laporan di balai polis berhampiran.
□Polis kemudiannya akan keluarkan Permit Pengkebumian/surat mati untuk urusan pengkebumian jenazah.

Menjadi ahli khariat kematian samada di surau berdekatan rumah/masjid.

Jika kita tiada khairat kematian, hanya perlu ada sejumlah RM520(mungkin jumlah RM berbeza di masjid lain) untuk pengurusan jenazah dari awal urusan dimandikan, dikafankan sehinggalah selamat dikebumikan(wang boleh serah kemudian, pihak masjid boleh dahulukan).

Pihak masjid yang akan menghubungi penggali kubur untuk menyediakan tempat, begitu juga urusan kain kapan dan sebagainya. waris simati tidak perlu bimbang tentang semua perkara itu.

Patut juga kita ambil tahu nama-nama ajk masjid, yang lebih baik lagi kenal dan cam wajah2 mereka.

Ramai yang tidak tahu dan tak terfikir tentang adanya kemungkinan perkara itu tiba-tiba terjadi dalam rumah masing2.

Harus bersedia menghadapi kematian. Mati yang pasti.
Share dgn semua orang.
.
TOLONG SEBARKAN WALAUPUN ANDA TELAH MEMBACANYA SEBELUM INI. SEBAGAI PERINGATAN

Wallahu’alam.

Sumber: Hisyamuddin Lg

Via : Berita Harian Online

Isnin, 31 Oktober 2022

Doa Khatam Quran

 



(Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam, pujian orang2 yang bersyukur dan kesudahan yang baik adalah bagi orang2 yang bertakwa. Dan selawat dan salam keatas Rasul kita Muhammad dan juga keluarganya dan sahabat-sahabatnya. Ya Tuhan kami terimalah doa dan amalan kami, sesungguhnya Engkaulah yang maha mendengar lagi yang maha mengetahui. Dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah yang maha penerima taubat lagi maha mengasihani. Tunjukkanlah dan bimbingkanlah kami kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus dengan berkat Al Quran. Ya Allah, kasihanilah kami dengan berkat Al Quran, dan jadikannya sebagai pimpinan,cahaya,petunjuk dan rahmat untuk kami. Ya Allah, ingatkanlah kami apa yang kami lupa dari Al Quran, dan ajarlah kami apa yang kami tidak tahu tentang isi Al Quran, dan kurniakanlah kami keupayaan untuk membaca sepanjang malam dan siang, dan jadikanlah Al Quran itu, sebagai cahaya untuk kami, wahai Tuhan pemelihara sekalian alam. Ya Allah, hiaskanlah diri kami dengan keindahan Al Quran, muliakanlah kami dengan kemuliaan Al Quran dan serikanlah kami dengan ketinggian martabat Al Quran dan pakaikanlah kami dengan pakaian permata Al Quran, masukkanlah kami kedalam syurga dengan syafaat Al Quran, selamatkanlah kami daripada segala bencana dunia dan azab hari akhirat dengan berkat kehormatan Al Quran. Ya Allah, Jadikanlah Al Quran semasa hidup kami didunia rakan dan didalam kubur sebagai kawan yang mesra, pada hari kiamat sebagai pemberi shafaat dan di atas titian sirat sebagai cahaya penyuluh, semasa menuju syurga sebagai teman, sebagai pendinding dari api neraka, dan jadikanlah Al Quran untuk kami sebagai panduan dan ikutan kepada segala kebaikan, dengan limpah kurnia, kemurahan dan kemuliaan jua Ya Allah, Tuhan yang maha pemurah. Ya Allah, tunjukkanlah kami dengan petunjuk Al Quran, selamatkanlah kami daripada api neraka dengan kemuliaan Al Quran, tinggikanlah darjat martabat kami dengan kelebihan Al Quran, dan hapuskanlah dosa kejahatan kami dengan membaca Al Quran, Ya Allah Tuhan yang memiliki segala kelebihan dan ihsan. Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Mahasuci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan dari apa yang mereka katakan dan selamat sejahtera kepada sekalian Rasul. Dan segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir seluruh alam. Posted in Agama dan nasihat|Tagged berkat Al Quran Quran, cahaya Al Quran, doa' khatam Al Quran, kelebihan Al Quran, kemuliaan Al Quran, pendinding neraka, petunjuk Al Qura

Sabtu, 29 Oktober 2022

Allah bagunkan manusia dlm 10 golongan






 Ya Muaz …

Allah akan bangunkan manusia dlm 10 gulungan


1. Macam kera (penyebar fitnah)
2. Manusia dibangunkan dalam bentuk babi yang kakinya di atas (gulungan yang makan harta
haram) Rasuah,tipu ,putar belit, riba,
3. Mata mereka semuanya buta.( orang yang tidak adil dalam pemerintahan mereka,tidak adil dalam hukuman,zalim dan tidak adil…
4. Keluar dpd mulut lidah sampai mencecah dada menghancurkan lidah2 mereka…mereka itu gulungan ulamak yanmg bercakap hokum agama dan tak jalankan hokum itu…
5 Ada yang pekak dan tuli ( gulungan yang ujub dalam pekerjaan mereka…dialah yang terbaik…
macam burung merak dia sahaja boleh memerintah…ujub…takabbur…
6. Ada lidah mereka terjelir mencecah dada dan keluar nanah bagai air keluar dari pancuran air
7. Yang lain tangan mereka terpotong dan terputus (orang timun tak da kaki tangan…orang yang
dalam hidup suka menyakiti jiran…hatta kalau nak beli umahpun kena tengok jiran dulu
tiap2 kali jibril jumpa aku, dia berpesan tengok jiran, jangan menyakiti jiran…kata nabi bukan
golongan aku orang yang boleh tidur lena jika jiran lapar.
8. Kaki pulak terpotong
9. Lain pula bangun dalam mereka tersula,lain
10. Bau mereka itu amat2 busuk…itu orang yang hidup dalam dunia mahu mengikut nafsu sahwat mereka saja. Orang yang tidak menunaikan zakat.
10 puak ini semua di sebut dalam Al Quran.

Gambar-gambar lama

                                
                                        

                                                  





















































                                                    Perjalanan  ke "Tobu World Square" 


"Melawat Tempat Kakakku Bertugas"

                                            " Bersama Nani dan Aini ke Tobu World Square"


                                          " Melawat  Taman Shinreen"

                                                Di Tokyo Bay "Statue of Liberty"  Jepun pon ada...

                                 Di "Hoen Kuen" Aini...bergambar semasa hampir nak pulang ke Malaysia..

                                          " Shinreen Kuen"   Taman Cantik  Hampir Musim Gugur

                                   Port Dickson..".Mandi Laut "  Excercise kakiku...

                                                 Taman Berhampiran Yoyogi Park...


Ahad, 16 Oktober 2022

Hadith Nabi SAW

 Rasullullah S.A.W bersabda maksudnya,

"Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (memuliakan dan menghormati) Penuntur Ilmu Agama"

(Hadith Riwayat Tarmizi &Abu Daud)


Rasullullah S.A.W bersabda maksudnya,

"Sesungguhnya Allah redho kepada seseorang hambayang makan sekali makanan lalu ia memuji kepada Allah atas makanan itu serta ia minum sekali minuman  lalu memuji kepada Allah atas minuman itu "

(Hadith Riwayat Muslim)





Khamis, 15 September 2022

Allah yg punya Segala

 Kita kagum dengan kebijaksaanaan seseorang,

Kita memuji ilmu seseorang...

Yang layak dipuji hanyalah Allah.


Guru2 di uji dengan ramainya pengikut,

Ada orang kita lihat masih cergas dan muda,sedangkan Allah 

yang maha kuasa  bagi kita kekuatan...


Jangan terus leka kerana  semua itu kita harus 

pulangkan kepada Allah Yang Maha Kaya...


Selasa, 30 Ogos 2022

Doa Khatam Quran

 Doa  Khatam Quran ini adalah di petik dpd mashaf yg di terbitkan oleh syarikat Dauwama Sdn Bhd dengan kerjasama oleh Kemajuan Islam Malaysia... 

            



Jumaat, 12 Ogos 2022

Kamunting Sekolah Kedua Ditempatkan...

         






      

Sekolah Keduaku adalah Sekolah Kebangsaan Kamunting.   Disini aku ditempatkan .   Bila daku ditempatkan dimana2  sekolah daku mesti pastikan rumahku berhampiran dengan sekolah.   Daku  memang suka memastikan daku boleh sampai awal kesekolah.  Daku bimbang jika tinggal berjauhan dengan sekolah akan berlaku kelewatan kerana daku tak boleh lari dari menjaga diriku agar sihat dan tidak berlaku apa2 masaalah semasa hari persekolahan. Ini adalah kerana daku ditakdirkan mengidap asma....maasyaaAlah...aku redho.  

                 He! he!.... di sini ditakdirkan oleh Allah daku dapat menyewa sebuah banglo besar di luar pagar sekolah.   Bersama seorang anak perempuanku kami tinggal disini.Pada ketika itu anak perempuanku baru menuntut ilmu di Darjah 5.Pada masa ini daku berulang kesekolah dengan motosikal Yamahaku .   Sekolah kamunting ini bangunan penempatan murid darjah Lima agak jauh dari bangunan besar tiga tingkat.  Daku bermotosikal di dalam kawasan sekolah kerana daku asma kan..terdapat seorang lagi guru lelaki yg bermotosikal didalam kawasan sekolah..kiranya kami  guru yang tepat mengikut waktu masuk ke kelas...Sukar bagi sesiapa yang ingin mengatakan daku lambat masuk ke kelas atau tidak tepat waktu....Syukur takdir Allah sebenarnya...Baru ku sedari.

                   Di sini daku mula mengajar Tahu Enam bilamana seorang Guru berbangsa Cina yang Bernama Mr Loh akan melanjutkan Pelajaran ke Universiti.  Pada mulanya aku bukanlah dipilih oleh Guru Besar untuk mengajar Darjah Enam...hehe...kurang percaya agaknya...beliau menyuruh  Guru BM ngajar maths...ha ha ha...cari punya cari...akhirnya daku kena ngajar tahun kerana  tiada guru maths ..Aku bersyukur kerana pada tahun pertama ni telah berjaya mencetuskan Prestasi A yang ramai di kelas pertama dan masih menghadiahkan A yang tak kurang ramai juga bagi murid di kelas kedua....Syukur...Bila aku terpilih untuk mendapat prestasi Cemerlang "perkataan GB ...Saya tidak mengenali Cikgu.     Hadiah Prestasi Cemerlang.Syukur...itulah cerita kejayaan kecilku di Sekolah Kebangsaan Kamunting.  Sebenarny itu semua adalah anugerah dari Allah...baru ku sedari.  MaasyaaAllah

Disekolah inilah daku dilantik  menjadi Jurulatih Utama, Kajian Tindakan , Jurulatih Utama Sukatan Pelajaran dan Jurulatih Utama KOSM.  Akhirnya daku dapat tahu, bahawa Guru Besar itulah yang mencadangkan /mencalonkan nama kepada Pegawai dari JPN.  Sekali lagi aku sedari ...semua apa yang berlaku itu adalah dari Allah.

Setelah beberapa tahun mengajar di Sekolah Kebangsaan Kamunting daku terpilih untuk mengajar di Sekolah Kebangsaan Taman Jana, Kamunting Taiping.  Daku masih lagi menyewa di Taman berhampiran dengan sekolah....

Daku jumpa gambar2 kenangan dengan Kawanku dari Sekolah Kebangsaan  Taman Jana..Daku muatkan gambar di sini...Daku terpaksa juga pergi berceramah di Sekolah Batu Hampar apabila Guru Besar nya menjemput daku untuk perkenalkan SPMN kepada Guru2 Batu Hampar...Masa ini daku memang tak sihat daku sakit tetapi "GB Batu Bampar" minta juga sesiapa saja menyampaikan programku itu Sudah tentu lah tidak sama kerana ianya "Programku"...Jadi walaupon tak sihat daku hadir juga dan bertemankan dua adik Lelaki Sekolah Taman Janaku...Terima Kasih Wan dan Mat Nor. Tolong Drive.  Hihi Masa ini Kak Ani pakai "Wira Aeroback, Special Edishion"  Hijau...hihi ...Anda berdua bergilir drive...Dan Dari Batu hampar kami terus ke Telok Batik sebab dah dekat dan belanja adik2ku makan di kedai yang sangat popular masa tu di Telok Batik...Tq tq adik2ku bertiga...Kamu adalah kenanganku...

Ketiga  adik ini tolong menemaniku Ke Sekolah Batu Hampar Kerana daku memberi Ceramah SPMN dalam Program Panitia Matematik Larut Matang Dan Selama.

                                                         Lina dan Kak Ani

                                                 Adinda Wan dan Adinda Mat Nor...
                                                      Hai Lina...Rindunya kat Lina....
                                                 Ketiga adikku yang banyak membantuku...Terima kasih Lina , Mat Nor Dan Wan...Sukar bagi Kak Ani melupakan dikau semua...Kak Ani sayang sangat Kenangan ini... Moga Allah membalas Jasa Baik Adik2 kak Ani pada Kak Ani...
   
                                                                     Telok Batik



                                                       Cenderahati Yang Di Jual di Telok Batik


                       Cukup dahulu tentang kerjaya ...Meh cerita tentang  pertukaran sekolah ketiga saya.   Sekolah ini jika  nak masukpon mesti  mempunyai ciri2 terpilih...Ada beberapa  kategosi yang di mahukan...dan aku juga termasuk dengan beberapa orang guru2 yang di pilih mengajar di sini... Aku bersyukur.   Bukan kerana hebat terpilih tapi terasa Allah yg pilih..Disini daku sekali lagi membeli rumah  keduaku di luar kawasan sekolah..hihi...Diluar pagar sekolah juga rumahku..Selesa...Tenang ...Damai....Daku orang pertama berpindah di taman ni...Dapat CF daku terus masuk.Pada masa daku berpindah disini anakku melanjutkan Pelajaran Ke Uniiversiti Malaysia Serawak. (UNIMAS)  Jurusan Pengurusan Sains Akuatik...Sebenarnya semua ini daku tulis sebagai Kenanganku.

 Cukuplah Kenanganku......

Aku akhirnya berpindah pula ke Kuala Lumpur...Shah Alam di Sekolah Kebangsaan  Seksyen 24, Shah Alam.   Sewa rumah yang berhampiran dengan sekolah juga.  Di sini daku bertemu pelbagai rakan...dan daku  bersara disini...Bye Bye...Guru....Selamat Tinggal Guru...

         



                   

NTAHLAH KENAPA...

 ASSALAMUALAIKUM SAHABATKU. SEIKHLASNYA,  AKU RESPECT KAU BOLEH BERTUGAS LAGI DI USIA TUAMU. ...SEBENARNYA ISLAM SUKA KITA TAK MEMBUANG MASA...