Ahad, 16 Disember 2012
Khamisku Madagaskar
Khamisku…Madagascar November 20, 2008 Hari ini seperti hari-hari yang lain, kehidupanku dipenuhi dengan jadual yang ketat,walaupun pada hakikatnya sebagai seorang guru aku masih didalam percutian akhir tahun yang panjang. Jam 10.55 pagi, aku memulakan kelas tambahan dan pulang kerumah pada jam 12.00 tengahari. Anis,anakku yang sedang bercuti semester sedang berada didapur manakala Aini, anak saudaraku pula sedang asyik menonton siaran kegemarannya di TV. Aku terus kedapur membantu anis menyiapkan makanan.
Sebelah petang, aku,anis,suami dan Aini menuju ke Shah Alam Aquatic, tetapi sesi renang pada petang ini terpaksa dibatalkan kerana hujan dan ribut petir yang kuat. Selepas maghrib kami makan ikan bakar,satay,sotong dan kerang rebus di restoran tepi laut, di Tanjung Harapan. Kami singgah seketika di tepi pantai untuk menikmati angin laut yang sepoi-sepoi bahasa sambil memerhatikan kapal dagang berlalu lalang.
“Mak, kita tengok mid night show nak tak”? sapa Anis. Kami pun terus ke Jaya Jusco, Bandar Kelang Utama untuk memenuhi hasrat Anis dan Aini yang kelihatan begitu teruja untuk menonton “Madagascar”
. Ha…ha…ha…ha…begitulah keadaannya ketika kami memandu pulang, dan begitulah Khamisku, yang diceriakan oleh Madagascar!!!
Ahad, 2 Disember 2012
AMALAN-AMALAN NABI PADA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN
Langgan:
Ulasan (Atom)
Apa. Khabar..
-
Assalamualaikum... Pertama nak ke klinik bangi... Masih bertanda tanya.. InsyaaAllah doakan... Aamiin
-
Alhamdulillah kami ke Grik pukul 7.00 am. Sampai terus isi beberapa maklumat yang patut untuk urusan kami... Kami berpisah dalam keadaan bai...
-
Keluar sekejap ja, ingat nak mesen rumput. Eh eh...Keluar Sekejap?...macam program Khairi Jamaluddin dengan Shahril Hamdan dalam (Potcast Ke...
-
Ya Allah Tutupkan aib aku dan amankan perasaanku...Kelaparan, kekurangan harta dan nyawa dan buah2an. Tapi Apa kata Allah( ni derita ...
-
Daku sakit sayangnya harini tak pose... Khamis 1 hb Dzulhijjah.. Moga besok boleh. Tak apa buat amalan lain... InsyaaAllah.





