Antara Peribadi dan Akhlak Rasulullah S.A.W

Baginda berdoa dengan penuh khusyuk dan airmatanya
sentiasa berlinangan

Wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata
memandangnya

Sangat elok dan sempurna wajahnya

Baginda memilik perasaan yang halus

Beliau mengambil wudhu' sebelum tidur dan berzikir
hingga lena

Suka makan beramai-ramai daripada berseorangan

Bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik
melambangkan kesombongan dan kemegahan

Beliau makan setelah lapar dan berhenti sebelum
kenyang

Tidak pernah mengumpat , mencerca atau menghina
orang lain

Baginda memelihara rambutnya dengan kemas

Baginda memakai serban di atas kopiahnya

Suka membalas hadiah

Baginda mengucapkan salam kepada ahli rumah ketika
hendak keluar atau masuk

Baginda sangat berlemah-lembut dengan isterinya dan
ahli keluarganya

Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang
ditemuinya

Baginda bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk
mereka ketika berjumpa

Ketika berjabat tangan ia tidak melepaskan tangannya sehinggalah orang dijabatnya itu melepaskan tangannya

Apabila melepasi kumpulan kanak-kanak , baginda
mengangkat tangannya tanda hormat kepada mereka

Tidak menatap atau merenung wajah orang lain
lama-lama

Sangat menghormati orang-orang tua dan mengasihani
orang-orang muda dan kanak-kanak

Tidak bangun dari sesuatu majlis makan sehingga
tetamu lain bangun

Tidak pernah menjulurkan kakinya di depan para
sahabat

Baginda suka bercakap lambat-lambat dan menyebut
perkataan dengan jelas

Sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang
bercakap dengannya

Tidak pernah ketawa terbahak-bahak tetapi hanya
tersenyum lembut

Sangat fasih dan manis dalam tutur bicara

Tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap
cabaran dan kesusahan

Amat kasih terhadap umatnya

Tidak pernah mengambil rezeki kurnian Allah melebihi keperluan makan minumnya

Rezeki yang melebihi keperluan akan ditaburkan untuk jihad Fisabilillah

Sentiasa membantu orang lain walaupun ia sendiri
dalam kesusahan
Tidak pernah menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan mereka

Suka menziarahi orang sakit

Amat pemurah hingga digambarkan seperti angin lalu
pemurahnya

Baginda tidak suka tidur di bilik gelap dan di bawah bumbung yang terbuka dan tidak beratap

Tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi

Bersikap tegas , pemaaf dan pengasih dalam
perjuangan
(dipetik daripada poster yang dikeluarkan oleh pustaka fikrah)
Ingatlah cintailah Rasulullah SAW kerana baginda sangat cinta pada kita
Sumber from nuhan from Forum myMasjid