Khamis, 4 April 2013

Di mana ada usaha di situ ada jalan.

Assalamualaikum. Susahnya kerana semuanya dengan cubajaya. Alhamdulillah selamat. Layarilah http://www.latihanmaths.com Semoga pelanggan eBook mendapat manfaat daripada ebook ini. Sebenarnya jika ada usaha ...disitu tentulah ada jalannya. Gembira kerana ada yang telah berjaya dengan SPMN saya. Asas perlu kukuh barulah segalanya menjadi mudah. Selamat berjaya pengguna SPMN semua. Saya berdoa bagi kejayaan semua. Terima kasih.

Kitab Shalat

5. Kitab Shalat Bab 1. Permulaan azan ( HR.MUSLIM No:568 ) Hadis riwayat Abdullah bin Umar ra., ia berkata: Dahulu, orang-orang Islam ketika tiba di Madinah, mereka berkumpul lalu memperkirakan waktu salat. Tidak ada seorang pun yang menyeru untuk salat. Pada suatu hari mereka membicarakan hal itu. Sebagian mereka berkata: Gunakanlah lonceng seperti lonceng orang Kristen. Sebagian yang lain berkata: Gunakanlah terompet seperti terompet orang Yahudi. Kemudian Umar berkata: Mengapa kalian tidak menyuruh seseorang agar berseru untuk salat? Rasulullah saw. bersabda: Hai Bilal, bangunlah dan serulah untuk salat. Bab 2. Perintah menggenapkan azan dan mengganjilkan iqamat ( HR.MUSLIM No:569 ) Hadis riwayat Anas ra., ia berkata: Bilal diperintahkan agar menggenapkan azan dan mengganjilkan iqamat. Bab 3. Sunat menunjuk dua orang muazin untuk satu mesjid ( HR.MUSLIM No:573 ) Hadis riwayat Ibnu Umar ra., ia berkata: Rasulullah saw. mempunyai dua muazin, Bilal dan Ibnu Ummu Maktum yang buta. Bab 4. Sunat membaca seperti yang dikumandangkan muazin bagi yang mendengar azan kemudian membaca selawat untuk Nabi saw. dan memohon wasilah untuknya ( HR.MUSLIM No:576 ) Hadis riwayat Abu Said Al-Khudri ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Apabila engkau mendengar azan, maka bacalah seperti yang dikumandangkan muazin. Bab 5. Keutamaan azan dan larinya setan ketika mendengar azan ( HR.MUSLIM No:582 ) Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: Dari Nabi saw., Beliau bersabda: Sesungguhnya setan, apabila mendengar azan untuk salat, ia berlari sambil terkentut-kentut sampai tidak mendengarnya lagi. Ketika azan telah berhenti, ia kembali menghasut. Apabila mendengar iqamat, ia pergi sampai tidak mendengarnya. Ketika iqamat telah berhenti, ia kembali menghasut lagi.

Selasa, 2 April 2013

Hai apa khabar...




Assalamualaikum.
Hai apa khabar...

Hari ini hujan turun.   Syukur Ya Rabb

Aku teringat lagu Sudirman.

Hai apa khabar?

Hai apa khabar?
Sudah lama tidak bersua... Assalamualaikum kepada rakan-rakan semua.

Selasa, 8 Januari 2013

Wasiat Rasullullah kepada Abu Dzar


WASIAT RASULLULLAH KEPADA ABI DZAR AL GIFFARY
Abi Dzar Al-Gifarry adalah seorang sahabat Rasullullah SAW yang terdekat dan amat mesradengan beliau. Ia menyebut Rasullullah lain dari sahabat lain, menyebut beliau dengan sebutan "khalilie" (sahabatku yang akrab). Abi Dzar menonjol dlaam keikhlasannya berjuang, dan sangat cinta dan sayang kepada kaumfakir miskin, dan kerana itu ia sering disebut Bapak kaum fakir-miskin, dan ada pula ia gelari orang sebagai Bapak sosialis Islam. Ia tidak kenal kompromi dalam membela kebenaran dan menghancurkan kebatilandari manapun juga datangnya. Ia beroposisi kepada Khalifah Usman bin Affan kerana dipandangnya pemerintah di kala itu royal dengan wang negara untuk kepentingan klient dan famili golongan yang berkuasa. Kepada Khalifah Usman ia berkata; " Beri khabarlah orang2 yang menumpuk harta benda ini dengan api neraka yang membakar!" dan kemudian dia susuli dengan membaca firman Allah: " Dan orang -orang yang menumpuk emas dan perak dan ia tidak nafkahkan dijalan Allah, maka peringatkanlah, bahawa mereka akan menderita azab yang sangat pedih! ( Al-Quran, Surat At-Taubat ayat 34 )
Kerana sikapnya yang redikal dan tidak kenal kompromi itu, pemerintahan Usman takut kepadanya kerana pengaruhnya yang besar kepada umat sebagai sahabat Nabi yang terpecaya. Usman membuangnya ke Syria yang waktu itu diperintah oleh Gab enor Muawiah yang terkenal korup itu. Di sana sikap Abi Dzar tetap seperti sedia kala, menyampaikan dakwahnya dengan peringatan-peringatan yang keras . Ayat-ayat yang dibacanya kepada Usman dibacanya pula terhadap Muawiah bin Abi Sufyan itu. Gabenor Muawiah menyogoknya dengan wang nya, tetapi Abi Dzar tidak mempan untukdiperlakukan demikian itu. Ia tetap berbicara di depan umum sesuai dengan fungsinya sebagai Ulama, yakni menyatakan kebenaran dimana sahaja,kapan saja tanpa terpengaruh dengan kondisi dan situasi. Dan sebagai waratsatul Anbiya', dengan segala keberanian dan kejujurannya yang menonjol, Abi Dzar berkata pada penguasa waktu itu:" Sekiranya kamu meletakkan pedang terhunus di leherku untuk mencegah aku dari mengucapkan kata-kata yang pernah aku terima dari Nabi SAW nescaya aku akan terus juga bicara walaupun leherku akan putus.|
2


ABU HURAIRAH
Abu Hurairah adalah sahabat terdekat dengan baginda Rasullullah SAW. Beliau adalah ahlussuffah orang-orang yang diasramakan di samping Masjid Nabi untuk dibina dan gembeling secara khusus untuk melanjutkan perjuangan Rasullullah SAW dalam segala bidang perjuangan. Abu Hurairah sangat menonjol sebagai ahli hadis yang banyak hafal hadisRasullullah sebanyak tidak kurang dari 5364 buah hadis. Abu Hurairahlah diantara sahabat Nabi yang paling banyak hafal hadis Nabi itu. Adalah keistimewaan Abu Hurairah, bahawa ia menerima hadis tanpa catatan kerana hatinya terang dan otaknya gemilang berkat didoakan oleh Rasullullah, maka Nabi sering memberikan pesan-pesan nasihat yang berharga kepadanya seperti yang akan dapat dibaca nanti.
1

1

Ahad, 16 Disember 2012

Khamisku Madagaskar


Khamisku…Madagascar November 20, 2008 Hari ini seperti hari-hari yang lain, kehidupanku dipenuhi dengan jadual yang ketat,walaupun pada hakikatnya sebagai seorang guru aku masih didalam percutian akhir tahun yang panjang. Jam 10.55 pagi, aku memulakan kelas tambahan dan pulang kerumah pada jam 12.00 tengahari. Anis,anakku yang sedang bercuti semester sedang berada didapur manakala Aini, anak saudaraku pula sedang asyik menonton siaran kegemarannya di TV. Aku terus kedapur membantu anis menyiapkan makanan.


Sebelah petang, aku,anis,suami dan Aini menuju ke Shah Alam Aquatic, tetapi sesi renang pada petang ini terpaksa dibatalkan kerana hujan dan ribut petir yang kuat. Selepas maghrib kami makan ikan bakar,satay,sotong dan kerang rebus di restoran tepi laut, di Tanjung Harapan. Kami singgah seketika di tepi pantai untuk menikmati angin laut yang sepoi-sepoi bahasa sambil memerhatikan kapal dagang berlalu lalang.

“Mak, kita tengok mid night show nak tak”? sapa Anis. Kami pun terus ke Jaya Jusco, Bandar Kelang Utama untuk memenuhi hasrat Anis dan Aini yang kelihatan begitu teruja untuk menonton “Madagascar”


. Ha…ha…ha…ha…begitulah keadaannya ketika kami memandu pulang, dan begitulah Khamisku, yang diceriakan oleh Madagascar!!!

Suratan Atau Kebetulan

Sedap sungguh lagu2 di playlist org ni...hmmmm tq. .