Sabtu, 28 Februari 2026

🎶 Jika Esok Nafasku Terhenti – Slow Rock 2025 | SHAHZROUX Official Version


 

DI UJUNG USIAKU - Lagu Sedih Menyayat Hati / Lagu Pop Minang / Slow Melayu Terbaru 2025🎶


 

Selamat berpuasa dan beibadat hingga ke "10 malam2 terakhir Ramadhan amalan Rasulullah."

  

Assalamualaikum Sahabat semua...

Dengan Topik " AMALAN-AMALAN NABI PADA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN"
maka saya  akhirkan dulu Topik2 ibadah untuk Ramadhan di Blog saya ini.   Saya tak akan Upload Video2 youtube Ceramah Agama lagi buat masa sekarang.    Memang benar ini adalah Topik yang penting sekali buat kita dan "SELAMAT MENGERJAKAN IBADAT DI BULAN RAMADHAN PADA TAHUN HIJRAH 1447 INI. 

Mari kita penuhi ibadat kita di 2/3  bulan yang terakhir ini dengan penuh rasa Gembira, Redho dan Sabar dalam melaksanakan Ibadat kita pada Ramadhan Tahun ini.   Kita saling perlu banyak berdoa dan hidupkan malam kita  dengan lebih bersungguh2 di pertengahan Ramadhan dan di 10 malam terakhir Ramadhan kita.  

Saya sebagai manusia biasa memang banyak melakukan dosa kerana saya sahaja yang berbicara disini.  Dengan itu saya mohon maaf kerana Allah Taala daripada sahabat semua Moga sahabat semua dapat memaafkan saya kerana Allah.  Saya tahu kita telah mula sibuk dengan ibadat kita di pertengahan Ramadhan ini dan akan meneruskannya hingga 10 Malam Terakhir Ramadhan Kita Semoga kita dapat beribadat dengan tenang dan dapat memenuhkan harian kita dengan Ibadat yang bermanfaat.   Selamat berjumpa lagi di lain masa...InsyaaAllah. 

"Subha nakallah humma wabiham dika ash hadu ala illa ha illa anta..astagh firuka waatu bu illaik"
 
Sekian,

Wassalam

AMALAN-AMALAN NABI PADA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN

 Saturday 28 February 2026 

Wednesday, 25 February 2026

Rabu, 3 Julai 2013

AMALAN-AMALAN NABI PADA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN





AMALAN-AMALAN NABI PADA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN.

 Bismillahirrahmaanirrahiim. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. Sahabat Fillah yang dirahmati Allah, Dari Abu Hurairah dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Barang siapa yang mendirikan Lailatul Qadar dengan iman dan ketakwaan, maka Allah akan menghapuskan semua dosanya yang berlalu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Mendirikan malam al-Qadar bermakna mengisi malam itu dengan pelbagai ibadat dan menjauhkannya daripada semua perbuatan maksiat hingga ia benar-benar menjadi malam yang penuh kebaikan dan keberkatan.

 Ada beberapa amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan sahabat pada malam-malam akhir Ramadan untuk mengisi Lailatul Qadar.

 Antaranya: Pertama : Mandi, berpakaian indah dan berharum-haruman. Diriwayatkan oleh Ibnu Abi ‘Asim bahawa Huzaifah pernah mengerjakan qiyam Ramadan bersama Rasulullah SAW dan melihat bahawa baginda mandi pada malam itu. Ibnu Jarir pula berkata bahawa sahabat menyukai mandi pada malam-malam akhir Ramadan. Demikian pula beberapa riwayat daripada sahabat seperti Anas bin Malik dan ulama pada masa Tabi’in menyatakan bahawa mereka akan mandi, memakai baju indah dan berharum-haruman apabila berada pada akhir Ramadan. Apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW, sahabat dan tabi’in ini adalah satu upaya untuk menyambut dan meraikan kedatangan Lailatul Qadar, sambil berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu.

 Kedua : Melaksanakan solat sunat, iktikaf dan membaca al-Quran. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Aishah, bermaksud : “Adalah Rasulullah apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadan, maka baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan keluarganya dan mengikat pinggangnya.” Sahabat dan ulama berbeza pendapat dalam memberi penafsiran terhadap hadis di atas. Tetapi mereka bersepakat bahawa Rasulullah SAW melebihkan ibadahnya pada 10 malam yang terakhir Ramadan.

 Ibadah yang biasa dilakukan pada malam Ramadan adalah solat Tarawih dan Witir serta membaca al-Quran. Dalam salah satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Amru bin ‘Ash bermaksud : “Barang siapa yang solat pada malam Ramadan dan membaca 10 ayat daripada al-Quran maka dia tidaklah dicatat sebagai orang yang lalai.” Mengerjakan solat dan membaca al-Quran pada pada malam yang akhir ini sangat penting sehingga dalam salah satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah SAW melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib. Baginda tidak akan melalui ayat-ayat rahmat terkecuali berharap agar Allah SWT memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat-ayat azab terkecuali bermohon perlindungan daripada Allah SWT daripada azab itu.

Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam akhir bulan Ramadan sehingga Imam Malik dan Imam Syafie berkata : “Siapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah pada malam al-Qadar, dia telah mengambil bahagiannya daripada malam itu.” Ertinya orang yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh saja dianggap telah mendapat sebahagian daripada Lailatul Qadar, apalagi mereka mengisinya dengan amalan lain sepanjang malam itu.

 Selain solat dan membaca al-Quran, 10 akhir Ramadan ini biasanya diisi oleh Rasullah SAW dengan beriktikaf di masjid dan tidak tidur bersama isteri-isterinya. Ini berdasarkan hadis Aishah yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan al-Muslim, bermaksud :”Bahawa Rasulullah beriktikaf pada 10 hari akhir sampai Baginda wafat.”

 Ketiga : Memperbanyak doa. Rasulullah SAW bersabda doa adalah otak segala ibadah. Doa juga kunci daripada semua ibadah. Aishah diperintahkan oleh Rasulullah SAW untuk memperbanyak doa pada 10 malam terakhir Ramadan. Dalam satu hadis daripada Aishah diriwayatkan at-Tirmizi, Aishah diajar oleh Rasulullah membaca doa pada malam al-Qadar. Ulama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar itu adalah doa yang meminta keampunan dan kemaafan daripada Allah sebagaimana doa yang diajarkan Rasulullah SAW kepada Aishah. Doanya berbunyi : “Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa’ fu anni (maksudnya, Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah aku ini). Pada malam itu Allah akan mengabulkan semua permohonan dan doa, terkecuali terhadap empat golongan manusia. Ibnu Abbas berkata: "Semua doa pada malam itu diterima terkecuali doa 
1. orang meminum arak,
 2. anak yang derhaka kepada ibu bapa, 
3. orang yang selalu bertengkar dan
 4. ” Pentingnya doa pada malam al-Qadar sehingga Syofyan al-Sauri berkata: “Doa lebih aku sukai pada malam itu daripada solat.” Demikianlah amalan sebaiknya dilakukan pada malam itu. Semoga kita termasuk orang yang mendapat keberkatan malam itu hingga selepas Ramadan, seakan-akan anak yang baru lahir dari rahim ibunya, bersih daripada segala dosa.

Sahabat yang dimuliakan, Marilah kita amalkan amalan-amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW di 10 malam terakhir Ramadan semoga persediaan jiwa kita untuk memperolehi Lailatul Qadar akan dikabulkan oleh Allah SWT dan jadilah kita mukmin yang bersih dari segala kotoran dosa dan maksiat.

Ingat pesanan Ibnu Abbas empat golongan doa mereka tidak diterima oleh Allah SWT dimalam Lailatul Qadar. 
Muhasabahlah diri kita, jika kita ada berdosa dengan ibu bapa segeralah minta ampun kepada merekajauhilah mereka yang suka bertengkar dan suka timbulkan perbalahan dan perpecahan dan juga hubungkanlah semula ikatan silaturahim jika kita ada memutuskan silaturahim dengan ahli keluarga atau saudara seagama. 

~ Semoga bermanfaat & Selamat Beramal ~ 

I miss you

 



UPDATE  27/2/26 BERSAMAAN 9 RAMADHAN 1447 H.


I miss you




Saya dapati ini view tuan...


SEDEH SAYA: Ulangkaji : Diam, Biarkan Allah Yang Selesaikan Masalahmu - Ust. Hanan Attaki, Lc

 

Ulangkaji : Diam, Biarkan Allah Yang Selesaikan Masalahmu - Ust. Hanan Attaki, Lc

 UPDATE 28/2/2026 BERSAMAAN 10 RAMADHAN 1447 H

UPDATE 14/2/2026 BERSAMAAN 26 SYAABAN 1447 H

Saturday, 11 October 2025


MaasyaaAllah
 Allah hantar Engkau mengajarku,Sahabatku. 
Terima kasih.  Diam adalah pembela diri.  Syukur Robbku .
Sahabat , dikau memang hebat banyak daku belajar dari kealpaanku.  TQ


Amazingnya diam itu dalam Al Quran..
Diam kalau kita lakukan tepat maka diam akan jadi jalan munculnya keajaiban. Jadi jalan munculnya keajaiban.  Kalau Allah bela kita ada berbagai cara, maka cukup diam biar Allah yg bela kita perlu sedar bahawa Allah yang menggenggam hati manusia.
Dalam Al Quran Allah ajar kita diam akan menyelesaikan masaalah lewat diam.
Ada orang yang mahu mennyelesaikan masaalah kita dengan diam dan  jadi  smart  dengan diam.  Mari kita bahas dari sudut kejadian harian.   Narasinya sama...kata Nabi yang paling banyak orang masuk Neraka ...mulutnya dan kemaluannya. atau nafsunya.

Saya yakin kita dapat selesaikan masaalah kita dengan diam...Nabi tidak menyelesaikan masaalah dgn isteri dengan hadith...hihi...
Nabi ngomong sama Allah dgn Jiobril dan Allah.
Akhirnya turunkah ayat2 menegur isteri2 nabi

Diam itu solusi.  Jangan libatkan media sosial .   Saya akan update untuk mereka  baca.  saya offkan komen agar tidak menyenyebabkan kontroversi.   Diam itu  solusi,bela diri yg affectif...ternyata diam...
Kita baca diam dlm surat Mariam
Adigan diamnya Nabi Zakaria.  Diam nya Surat Mariam(19) Ayat 10. . 


Zakaria, kamu diam dan jangan cakap dengan manusia kecuali zikir.  Allah mahu Zakaria  diam dan zikir.  Mengingat Allah pada waktu pagi dan malam.  Boleh zikir membaca ayat2 Allah tetapi tak boleh bercakap setelah 3 hari maka Zakaria mendapat jawapan dia akan mendapat zuriat.
Allah akan berikan rezeki ,kemudahan reward yang berlipat2.  Jadilah ayat al Quran sebagai  pedoman.  Pilihlah sikap diam demi Allah makbulkan hajat kita. 
"Sombong kepada orang yang sombong adalah sedekah Ustaz Abd Somad...
 Saya pula ...udahlah diamin aja  Saya percaya bangat, dengan diam...maka  saya sabar untuk diam...Hebatnya Ustaz Hannan Attaqi ini...ya betul dikau jadi lebih muda.  Hebat...Mari kita tidak diam...
Saya tak hirau komen di media sosial.  Baca komennya...tapi saya abaikan...2 hari baru khatam...mencuba lagi belajar...Kerana Allah kisah kan kisah Zakaria dll.   Bela diri dengan diam.  Mencoba lagi belajar. Yakin diam itu keajaiban kerana kisah Zaklaria dan Mariam...

Kisah Saidah Maryam ada di ayat 26,




                                                             
                                                                    
                                                            Hebatnya Nabi..
Hafsah daku rujuk...Allah turunkan ayat agar Rasullullah merujuk Hafsah... Maka Turun ayat di Surah Talaq.   Semua itu adalah kerana dengan diamnya Hafsah. 
Ya Abu Bakar...Baca ayat2 ini...Maka Abu Bakar bercakap dengan Rasul ...Rasulpon tak Ngomongnya dgn Abu Bakar..  Hafsah tolongin dong...Kalian...Ni yang Omar marah..
2 kali kata2 Umar yang di ulang allah...
Kalau kalian tak minta maaf kepada Nabi nescaya Allah akan suruh Rasullullah ceraikan kalian...  Kesemua Isteri2 Rasullullah meminta maaf kepada Rasullullah.  Ya Rasullullah.  Bicara dong...Apakah Engkau ceraikan mereka semua.....Allah huakbar...Allahhuakkbar...Semua Isteri2 Nabi sujud Syukur.
Hafsah jemput Nabi untuk makan2...Mereka pon Hidup pahagia selamanya.  Nabi bagi pelajaran yg paling berharga.


 UPDATE 28/2/2026 BERSAMAAN 10 RAMADHAN 1447 H
Saya  tahu ...Encik memang Allah bagi kuat, sebab Encik ada segalanya.  Selamat bahagia hingga ke Jannah.  Aamiin.
Encik  jangan takut. Encik akan selamat dgn  berubahnya saya untuk  "Diam "  InsyaaAllah,   Aamiin.

Jumaat, 27 Februari 2026

Apa. Khabar..