Khamis, 14 September 2023
Prof Dr MAZA - Salah Satu Dari 3 Perkara Akan Terjadi Ketika Kita Berdoa
Rabu, 13 September 2023
6 Julai 2020 || Tadabbur Surah Ad Dhuha ayat 1-3 || Ustaz Abd Muein Abd ...
Selasa, 12 September 2023
Doa Nabi Yusuf 'Alaihissalam.
Doa Nabi Yusuf "Alaihissalam,
"Surah Yusuf ayat 101."
Ya Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kepadaku sebahagian kerajaan dan telah mengajarkan kepadaku sebahagian takwil mimpi (Ya Tuhan) pencipta langit dan bumi, Engkau pelindungku di dunia dan di akhirat, wafatkan aku dalam keadaan Islam dan gabungkanlah aku dengan orang2 yang soleh.
Juz 13, "Surah Yusuf ayat ke 56 dan 57"
56. Dan demikianlah Kami memberi kedudukan kepada Yusuf di Negeri Mesir;Dia berkuasa penuh)bebas tinggal dimana mana dia kehendaki di bumi Mesir itu. Kami melimpahkan rahmat Kami kepada siapa yang Kami kehendaki dan kami tidak mensia2kan pahala orang yang berbuat baik.
57. Dan sesungguhnya pahala akhirat itu lebih baik bagi orang yang beriman dan sentiasa bertakwa.
Pertemuan Nabi Yusuf 'Alaihissalam dengan kedua orang tuanya.(Surah Yusuf ayat 93,94 dan 95,96)
93. "Pergilah kamu dengan membawa baju gamisku ini, lalu meletakkan ke wajah ayahku nanti dia akan melihat kembali, dan bawalah seluruh keluarga kamu kepadaku."
94. Tatkala kafilah itu keluar (dari Negeri Mesir),ayah mereka berkata" Sesungguhnya aku mencium bau Yusuf, sekiranya kamu tidak menuduhku nyanyuk (tentu kamu membenarkan aku)."
95. Keluarganya berkata : "Demi Allah sesungguhnya kamu masih dalam kekeliruan yang dahulu"
96. Maka ketika telah tiba pembawa khabar gembira itu,maka di letakkannya baju gamis itu ke wajahnya (Yaakub), lalu dia dapat melihat kembali. Dia (Yaakub)berkata: "Bukankah telah aku katakan kepadamu bahawa aku mengetahui daripada Allah apa yang kamu tidak mengetahuinya".
99. Maka tatkala mereka masuk (ketempat) Yusuf merangkul kedua ibubapanya dan dia berkata "Masuklah kamu ke Negeri Mesir insya'Allah dalam keadaan Aman."
100. Dan dia menaikkan kedua ibubapanya keatas singgahsana. Dan mereka semuanya merebah diri dan bersujud kepada Yusuf, dan Yusuf berkata " Wahai ayahku! inilah takwil mimpiku yang dahulu itu; sesungguhnya Tuhanku telah menjadikannya suatu kenyataan , Dan sesungguhnya Tuhanku telah berbuat baik kepadaku,ketika Dia membebaskan aku dari penjara dan ketika membawa kamu dari pendalaman padang pasir, setelah syaitan merosakkan (hubungan) antaraku dan saudara2ku, Sesungguhnya Tuhanku maha lembut atas apa sahaja yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Pelajaran yang dapat diambil daripada kisah Nabi Yusuf 'Alaihissalam.
102. Demikian itu (adalah) diantara berita ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): padahal kamu tidak berada disisi mereka, ketika mereka memutuskan rancangan ( untuk memasukkan Yusuf kedalam perigi dan mereka sedang mengatur tipudaya.
103. Dan sebahagian manusia tidak akan beriman walaupon kamu sangat menginginkannya.
Isnin, 11 September 2023
Kita kena ada Allah untuk kita bersandar...
Ahad, 10 September 2023
20 Julai 2020 || Tadabbur Surah Adh Dhuha ayat 9-11 || Ustaz Abd Muein A...
Sabtu, 9 September 2023
WASIAT RASULLULLAH KEPADA ABI DZAR AL GIFFARY
WASIAT RASULLULLAH KEPADA ABI DZAR AL GIFFARY
Abi Dzar Al-Gifarry adalah seorang sahabat Rasullullah SAW yang terdekat dan amat mesradengan beliau. Ia menyebut Rasullullah lain dari sahabat lain, menyebut beliau dengan sebutan "khalilie" (sahabatku yang akrab). Abi Dzar menonjol dlaam keikhlasannya berjuang, dan sangat cinta dan sayang kepada kaumfakir miskin, dan kerana itu ia sering disebut Bapak kaum fakir-miskin, dan ada pula ia gelari orang sebagai Bapak sosialis Islam. Ia tidak kenal kompromi dalam membela kebenaran dan menghancurkan kebatilan dari manapun juga datangnya. Ia beroposisi kepada Khalifah Usman bin Affan kerana dipandangnya pemerintah di kala itu royal dengan wang negara untuk kepentingan klient dan famili golongan yang berkuasa. Kepada Khalifah Usman ia berkata; " Beri khabarlah orang2 yang menumpuk harta benda ini dengan api neraka yang membakar!" dan kemudian dia susuli dengan membaca firman Allah: " Dan orang -orang yang menumpuk emas dan perak dan ia tidak nafkahkan dijalan Allah, maka peringatkanlah, bahawa mereka akan menderita azab yang sangat pedih! ( Al-Quran, Surat At-Taubat ayat 34 )Kerana sikapnya yang redikal dan tidak kenal kompromi itu, pemerintahan Usman takut kepadanya kerana pengaruhnya yang besar kepada umat sebagai sahabat Nabi yang terpecaya. Usman membuangnya ke Syria yang waktu itu diperintah oleh Gabenor Muawiah yang terkenal korup itu. Di sana sikap Abi Dzar tetap seperti sedia kala, menyampaikan dakwahnya dengan peringatan-peringatan yang keras . Ayat-ayat yang dibacanya kepada Usman dibacanya pula terhadap Muawiah bin Abi Sufyan itu. Gabenor Muawiah menyogoknya dengan wang nya, tetapi Abi Dzar tidak mempan untuk diperlakukan demikian itu. Ia tetap berbicara di depan umum sesuai dengan fungsinya sebagai Ulama, yakni menyatakan kebenaran dimana sahaja,kapan saja tanpa terpengaruh dengan kondisi dan situasi. Dan sebagai waratsatul Anbiya', dengan segala keberanian dan kejujurannya yang menonjol, Abi Dzar berkata pada penguasa waktu itu:" Sekiranya kamu meletakkan pedang terhunus di leherku untuk mencegah aku dari mengucapkan kata-kata yang pernah aku terima dari Nabi SAW nescaya aku akan terus juga bicara walaupun leherku akan putus.|
-
Ramai orang di dunia yang mengalami kencing manis. Berikut adalah penawar mudah untuk kencing manis. Kacang Bendi adalah sayur-sayuran ...
-
Assalamualaikum...Dengar ceramahnya...Nota perlu di edit lagi... Ketua perompak Fudhail bin Iyyart yang membuat Transformasi...di jentik ol...