Rabu, 25 Jun 2025
Ampun...! Maafku pinta sahabatku !
2) Yang lebih memberatkan timbangan di akhirat nanti adalah ...akhlak yg mulia. Akhlak baik. Ia diukur pada mulutnya. Nabi kata Allah sangat benci pada orang yg jelik ucapannya. Hadith RiwayatAbu Daud dan Imam Ahmad.
Salam sahabatku semua...Jika saya salah maafkan saya. Janganlah kesilapan saya menulis sesuatu yang salah atau salah tafsiran saya meringankan timbangan amal saya. Maafkan saya. Takutnya saya kesilapan terhadap sahabat semua...Ampun...! Maafku pinta sahabatku !
Bye dulu: Tangguh 3.13 am...
Fadzilat kalimah "Laaillahaillallah"
Fadzilat kalimah "Laaillahaillallah"
1) Laaillahaillallah..
(Nabi Musa pernah mintak Ya Rabb...ajarkan daku satu kalimat saya boleh baca dan daku ingat
padaMU..Allah menyebut kalimat itu ialah "Laaillahaillallah"
. Wahai Tuhan kalimat itu semua oranng tahu... Allah Jawab...Wahai Musa Kalau 7 petala langit
dan penghuninya dan 7 petala buminya dan penghuninya dikumpulkan dalam satu timbangan
dan di letakkan "Laaillahaillallah" di timbangan yg sebelah berat lagi "Laaillahailllallah".
Hadith Riwayat .Ibnu Hibban
2) Yang lebih memberatkan timbangan di akhirat nanti adalah ...akhlak yg mulia. Akhlak baik. Ia diukur pada mulutnya. Nabi kata Allah sangat benci pada orang yg jelik ucapannya. Hadith RiwayatAbu Daud dan Imam Ahmad. Taat undang2 tak menyusahkan orang. Berperangai baik...Berlapang dada. Memandu perlu sopan dan taat kepada undang2. Tak menyusahkan orang..
Nabi nasihati Fatimah Al Zahra...
Assalamualaikum...
Sepatutnya boleh lena...
Kenapa tak lena.
Rabbku..
Tidurkanlah daku.
Daku dah ambil Nabuliser...
Sepatut lena sangat
Selena lenanya...
Ntah...
Tak pa cari kuliah yang daku tak habis tentang
Nabi nasihati Fatimah Al Zahra...
Jom Eni...
Dapat dah...Syukur...
Selasa, 24 Jun 2025
Maal Hijrah | Hijrahlah Wahai Hati - Dr Zulkifli Mohamad al Bakri
Allahhuakbar...
Laaillahaillallahhuwahdahulaasyaarikallahlahulmulkulwallahulhamduwaahuwaaalaqullisyaiingkhadir... Allahummalamania'limaa'thoutawalamuqlikalimaaqthoitawalayanfaulzaljatdimingkhaljatt...
YaahaiyuyakhaiyumbirahmatikaashtaghisuashlekhnisyaknikullahuwLatakilniillanaffsantarfataain...
Laahaulawalakhuwwataillabillah...
Radhitubillahirabbalwabilislamidinawabimuhammadinwanabiya.
Yaa muqhallibalkhulubsabbitqalbialadinik...( Nabi banyak baca)
Allahhummahauwinalainafiisakaraltilmaut...
Allahuummaantassalamwaminkassalamwailaikayauudussalamtabaraktarabbanawaataaalaitayazaljalalilwalikram
Allahhummaajirrniminannar
Allahhummaajirrniminannar
Allahhumma ajirni minannar
Allahhumma ajirni minannar
Allahhummaajirrniminannar
Allahummaajirrniminannarr
Allahummaajirniminannarr...
Walhamdulillahirabbilaa'lamin
Aamiin yaarabbala'laminn...
Penting sekali Ikhlas.
Isnin, 23 Jun 2025
Kuliah Subuh Madrasah Al Bakri
Baby yg selalu cemburu bila anis masuk ke bilikku... Hihi
Ahad, 22 Jun 2025
bacaan harini
diary kesihatanku arini...bp '131/80
gula dlm darah; : 5.7mmol/L
elok ja.... tapi aku sakit urat belakang...tegang...
kena buat streching kot...
rasa nak termuntah pon ada.
Aku dah dekat ke ni. Rabbku panjangkan umur ku sikit lagi..
agar aku senpat gi sana.
Rabbku...matikanlah aku di sana.
Kau yg maha pengatur.
Jika kita di bayar gaji tak boleh mendapat hadiah kerana akan berlaku Rasuah...
Tutuplah pintu rasuah...,
PENGAJARAN dari Kisah Bani Israel || 22 Jun 2025 ~ Ustaz Abd Muein
Sabtu, 21 Jun 2025
Anak Yatim.
Bila sebut pasal anak Yatim . Pada mereka ada rahmat. Bantulah anak Yatim agar kita mendapat rahmat Allah.
Nabi pernah menunjukkan dua jarinya rapat antara jari telunjuk dan jari hantu dan menyatakan ...aku dan anak yatim adalah seperti ini. Nabi sangat menyantuni anak yatim. Marilah kita semua menyantuni anak yatim untuk mendapat rahmat Allah.
Bila ustazah Masitah berkata kepadaku tentang anak Yatim , maka daku sangat2 teruja dengan kata2 Eni ...Eni bertuah kerana dalam kelas Eni ada 4 orang anak Yatim...MaasyaaAllah daku bersyukur sangat kkerana daku dapati dengan adanya anak yatim daku dapat buat bakti kepada mereka. Daku dapat selidik juga dan bertanya murid ku status mereka samaada kematian ibu atau ayah mereka.
Daku pernah dengar satu hadith bahawa setiap helai rambut anak yatim itu mempunyai ubat. Sentuhlah ia. Setiap helai rambut anak yatim adah pengubat bagi melembutkan hati...hati kita yang keras akan menjadi lembut jika kita menyentuh rambut anak2 Yatim. Dengan hadith itu daku mesti ambil peluang menyentuh rambut mereka dengan menyapu dan mengusap kepala mereka. Daku akan lakukan ini dan jika daku ingin bersedekah daku cari mereka pada Jumaatku. Ketahuilah anak2 murid ku semua, jika kau sedang mendidik mereka dikau ambillah peluang ini agar hati kerasmu menjadi lembut. Itu lah aku yang sentiasa akan mengeluarkan air mata pada hal dlm masaalah yang kecil sekalipon.
Rasaku mengamalkan menyentuh rambut anak2 yatim telah membuatkan hatiku yang keras ini bertambah lembut. Rabb aku bersyukur kepadamu kerana ditemukan dengan peristiwa2 sedeh sepanjang daku bertugas sebagai seorang guru...Banyak kali airmataku mengalir terhadap masaalah muridku. Moga semua murid ku Kau rahmati tanpa seorang pon terlepas untuk mendapat Doaku Rabbku.
Bila daku pencen daku dah kehilangan mereka tetapi di beberapa tahun awal pencenku daku masih mencari Helmi rakan guruku yang Mengajar di Sek Sek.24, untuk ku kirim duit agar helmi menyedekahkan kepada murid YatimNya di setiap Ramadhan..." Mie bagi mereka untuk mereka beli2 di pasar Ramadhan 24 hampir Sekolah terakhirku itu. Aku sayang sekolahku itu dlm kenangan yang teramat indah...
Kadang2 sesuatu yg kita lakukan akan menimbulkan controversi. Pernah daku sedang mengajar dan Tuan Guru Sedang memantau ku dengan izin ku... Daku sangat terbiasa dgn murid ku jika lelaki akan ku panggil abang dan perempuan sudah tentu kakak... Dalam daku memantau mereka sambil berlegar mana murid yang daku letakkan perhatian daku akan menyentuh kepala mereka dgn kasih sayang sambil daku bertanya samaada kakak atau abg itu paham atau tidak. " hmmm macam mana abg boleh buat tak?" sambil menyentuh bahu atau gosok kepala. Perkara itu menjadi. Controversi bilamana Guru Besar pernah menyebut semasa perjumpaan dgn guru2 lain... Mungkin dia berniat utk guru2 lain buat contoh... Mungkin... . Mereka jadi tak senang hati.. Dgnku... Tapi aku sabar sehingga satu masa daku dapat tahu... Hmmm. Mereka lupa nilai murni menunjukkan kasih sayang menjadikan murid bertambah2 rajin belajar. Daku lebih suka saikologi kemanusiaan yg daku belajar... Tak daku buat kalau tak kerana Allah. Setiap niat baik kita dpt pahala. Memang... Macam2 hidup ni...tapi daku tetap positif thinking dgn harapan mereka akan berubah kearah yg lebih baik tanpa rasa cuak dan cemburu terhadap sesuatu perilaku org lain... Berlaku jujurlah wahai sahabat seislamku... Mari kita berhusnuzon... Terhadap sesuatu... Mari ku tamatkan sekejap...dlm perjalananku ke Bangi Velley.
.. Sebelum ku sambung lagi...Daku sedang kerumah kak Hindon untuk makan tghari bersama adikku Maznah. Kita sedang menuju ke Baker's Cottage beli ayam black pepper sekejap... Moga sampai dgn selamat... Aamiin.. .
2 B continue..
Moga yg tersisa ini dapat daku tutupi yg terkurang...
Bateri jamku dah hampir habis dia dah hampir padam... Stop... Pon begitulah aku ini Robbku...
Alhamdulillah ala kullihal...
Kepadanya lah pertanyaan kita adukan...
MaasyaaAllah...
Apakah yg berlaku dua jam yg lalu?
Rabbku berilah jawapan...
Daku yg ingin tahu...
Moga semuanya selamat.
Alhamdulillah ala kullihal...
KPD Allah jua tempat kita
bertanya...
Adakahu aku sedar dan amalkan ini mungkin aku alpa,
Eni... Berdamai lah dgn masa dan peristiwa...
Assalamualaikum hari..
YaanRobbku..Damaikanlah aku dgn masa dan peristiwa... Moga daku dapat pahala. Maafkan daku dan Doakan aku sahabat..
Aamiin
Aku rindu Jepun...
Aku rindu Jepun. Kat Syibuya...Jom kita gi Jepun. Tapi aku kena gi Mekah dulu...
Ahad, 5 Januari 2025
Jumaat, 20 Jun 2025
Terkejut betul daku...
UPDATE HARINI...
GULA DALAM DARAH....6.7...KIRA NAIK SIKIT
BLOOD PRESSURE 139/83 MASIH PARAS NORMAL. SYUKUR...
DUA DUA KIRA NAIK SIKIT.
INSAYAALLAH ENI...TADI KAU MAKAN JAMBU DGN KUAH ROJAK. IANYA AGAK MANIS
SEMALAM MAKAN KEK YANG LINDA BERI AGAK MANIS JUGAK
INSYAAALLAH HARI JANGAN.
Kuliah Maghrib
Kenanganku dengan kakakku bekas Pengarah RTM...hihi...
Khamis, 27 April 2023
Coretan kakakku tentang aku...
Eni dan Maths Sekolah Rendah
Posted by camy2008 in Uncategorized. Leave a Comment
Adikku Eni, seorang guru maths sekolah rendah yang boleh dikatakan hebat dalam bidang maths dah ada blog. Bloknya anda boleh tengok di sebelah kanan page ini, https://wwwcikgumaths.blogspot.com
Aku tabek Eni adikku ini. Dia memang hebat dalam bidangnya. Seorang guru yang dedikasi dan sanggup berjaga malam setiap hari hingga jam 2 atau 3 pagi untuk memeriksa buku murid dan membuat kerja-kerja sekolah.
Dari segi mengajar maths, dia memang hebat. Ramai anak muridnya yang lemah maths berjaya mendapat skor terbaik kerana dedikasinya itu. Dia selalu dipanggil memberi ceramah dan motivasi kepada murid-murid dan guru yang akan menghadapi peperiksaan dan yang mengajar maths di sekitar negeri Perak. Mentornya hebat-hebat belaka, mereka yang berkekulusan PHD dalam bidang masing-masing.
Eni rajin mengkaji dan mengkaji mencari kaedah terbaik untuk anak-anak muridnya. Selalu juga aku telefon dia untuk minta panduan mengajar maths anakku. Sejak anakku balik dari Jepun Eni menjadi sasaran aku bertanya cara-cara nak selesaikan soalan maths melalui telefon. Kadang-kadang aku rasa nak menangis kerana tak pandai mengajar Aini maths. Eni beri semangat. Berbekalkan kertas dan pen, Eni menceritakan dan mengajar aku macam mana nak selesaikan soalan maths itu. Maths darjah 4 hingga 6 bagi aku dah cukup susah. Eni dapat memberi penerangan dan jalan mengira dengan mudah. Akhirnya Aini dapat selesaikan homework dengan jayanya.
Di Kemunting, ibu bapa yang mengalamai masalah tak pandai maths macam aku ini akan call Aini. Aku call dari KL ke Perak tempat Eni mengajar. Ketika aku di Pulau Pinang, Eni juga jadi sasaran. Sekarang Eni dah pindah ke Shah Alam. Ibu bapa Shah Alam pula buat call.
Aku ini maths paling lemah. Eni pula cakap bahasa Melayu dia lemah kerana asyik mengajar maths…Bila mengajar maths aku selalu nak nangis. Aini anakku selalu cakap “Mami tak pandai maths. Malas nak tanya mami.” Akhirnya aku serahkan gagang telefon kepada Aini untuk bercakap dengan makcik Aninya. Selesai masalah. Terima kasih Eni.
Moto Eni, semua orang boleh mengusai maths…
Apa. Khabar..
-
Bila sebut pasal anak Yatim . Pada mereka ada rahmat. Bantulah anak Yatim agar kita mendapat rahmat Allah. Nabi pernah menunjukkan dua ja...