Ahad, 18 Januari 2026
Update...Lagi 1 hari Syaaban menjelma.
Ahad 18/1.26 Bersamaan 28Rejab 1447 H
Khamis, 15 Januari 2026
Pengalamanku Dengan Bacaan Yasin 7 Mubin,
Daku seorang yang suka appreciate keistimewaan seseorang.
Suka daku dengar kemerduan manisnya suara Puan Sri ini.
Cantik dan manis suaranya.
Puan Sri Ini dahulunya Guru Seperti suaminya, MB Perak.
Mari daku sharekan pengalamanku semasa daku masih kecil. Daku juga pernah mengamalkan Yasin 7 mubin ini. Mereka pernah buat majlis ni di rumah Pak n Mak di ajar masa aku masih kecil dan pernah buat beramai begini di rumah mak oleh tuan Guru hebat juga balik dari Petani. Kehebatan dia hingga boleh mengubati orang gila...tapi setelah, berjalannya masa, Pak belajar tentang hukum di rumah Pak Long Sarip kami menyedari ianya tak ada dalam sunnah. ( Tak menepati Sunnah) Kami tinggalkan. Sebenarnya daku sedari masa daku masih kecil, di sekolah rendah bawa ke Menengah. Lama dah ...Tapi hairan daku Perak Masih Bawa Kegiatan ini. Tak ada orang yang berani dan hendak menegur. Kesian mereka. Baca Yassin biasa sudah lah . Tak payah buat 7 Mubin kan bagus. Tinggalkan !
.
Banyak Pak Long menyedarkan keluargaku dari segi Sunnah. Dulu pak tak izinkan anak2 pergi kenduri yang mana ada Muzik dan Keramaian yang berunsur modern. Pak dulu tak benarkan anak2 pergi kenduri yang di buat untuk Buka Kilang Pecah Batu tajaan Cina tapi di hadiri oleh orang Melayu. Mungkin kenduri tolak bala agaknya. Ada khilaf di situ. Kami Pak Tak benarkan hadir.
Masa daku kecil, kakak2 ku dah besar pernah ada buat Silat Nasrul Haq di belakang rumah. Oleh kerana Tanah Pak Mak besar dapat buat satu gelanggang silat yang besar. Aktiviti silat di ajar macam biasa sampai daku ingat lagi upacara penamat silat tersebut ada upacara mandi minyak. Masa tu huh hebat nampak guru silat tu ajar...ahli silat boleh sambut kelapa yang di baling dlm keadaan menutup mata. heran jugak tu.! Apapon anak2 murid silat benar2 pandai silat mahupon perempuan.
Tapi lama kelaman Pak tak teruskan kerana bimbang salah dengan bacaan ayat2 yang di amalkan. Syukur Pakku sedar kerana belajar dengan Pak Long Sarip Ustaz Sunnah masa tu balik dari Mekah. Pak Long balik tapi tak ambil Tauliah. Pak Long hanya mengajar Kuliah Agama di rumahnya sahaja.
Tentang Kelas Silat tersebut daku tak layak masuk kelas lagi, masih kecil masa tu. . Tapi kak Hindon merasa, dan kakak2 ku yang lain. Mereka nyata pandai silat masa itu. Kak Syaripah tukang masak Asrama RISDA denganku pon join. Dia pandai silat. Mereka sempat mengambil gambar beramai2 depan rumahku dulu semasa upacara Tamat Silat Nasrul Haq dulu. Hi..hi..akan ku cari gambar mereka nanti. Ada Gambar Pakku dan orang2 tua lain dgn Guru Silat . Aku , suka sangat tulis apa yang aku ingat. Pengalamanku. Lupa dah daku gambar silat mereka di mana daku letakkan. .Nanti aku cari.
Apapon daku benar2 harap adalah ustaz Ahli Sunnah Waljamaah memberitahu tentang Yassin 7 Mubin kepada orang Perak Kesayanganku. Apapon ku Lampirkan Sekikit Ceramah Ustaz Abu Anas Madanni. DR. ABDUL BASIT HAJI ABDUL RAHMAN
Pensyarah KIAS, Merangkap Musyrif Pondok Sungai Durian, Kuala Krai,
Kelantan
Amalan membaca Yassin 7 mubin, adakah dalilnya.
Ustaz adalah penyusunan buku kecil,
Zikir Pagi dan Petang & Selepas Solat
Panas !! Akmal Saleh Ucapan Pengulungan Pemuda Umno PAU 2025
Rumah ini tiangnya setia atapnya maruah dinding lelah ,
Serambinya Ikrar ,halamannya tanggungjawab,
Ini Rumah UMNO,
Rumah darah dan sumpah
Rumah keramat para ayah
Rumah Bakti
Rumah juang anak2 cucu
Yaag membela Bangsa
Di sini pernah berdiri anak kampong yang berjiwa tabah,
Yang mahu mengangkat martabat Melayu tanpa Menagih Upah,
Dulu kita berjalan satu saf,
Satu Langkah satu lafaz
Berpegang pada setia,
Dengan harga diri yang sangat tegas,
Hari ini kita melangkah dgn dada yang gelisah,
Sebab kita kasih akan rumah ini,
Bila melihat dindingnya retak,
Bukan kerana musuh di luar yang datang membawa bencana,
Tapi kerana kita terlalu pecah dalam sunyi.,
Biarlah kita pulang dgn akar yang waras,
Dengan Jiwa yang Ikhlas,
Dengan Perinsip yang keras,
Dengan budi yang tak terbalas,
Kerana Perjuangan Melayu bukan untuk di jual beli,
Bukan untuk di tukar dengan pangkat yang datang,
Dan bukan untuk di tawar dengan janji yang hilang,
Dan kalau ada perlu harga yang perlu di bayar
Biarlah ia di bayar dengan air mata yang benar,
dan kalau perlu ada korbannya jiwa,
Biarlah korbannya untuk marwah bangsa.
Ini Tanggungjawab kita yang wajib kita pulangkan kepada penciptanya,
Ini Rumah kita ,
Ini Rumah Islam,
Rumah Melayu,
Rumah UMNO,
Sampai mati di dalam Rumah ini.
Cantik sungguh Puisi Akmal ini.
Daku suka.
Tabik.
Kelmarin daku dengar dia baca Puisi Datuk Sri Zahid Hamidi.
Nanti aku cari puisi yg ku dgr dahulu.
Aku nak salin.
[Full Video] Johari Abdul Ghani's speech at the closing session of 2025 ...
Rumah Bangsa. Daku Sokong. Laksanakan agar Berjaya....Bersatulah
Langgan:
Ulasan (Atom)
Apa. Khabar..
-
Marhabban Ya Shaaban.. Update...Lagi 4 hari Syaaban menjelma.
-
Setia Alam Sari. Berblok blok dah Pangsapuri yang naik. Dahsyat. Ni dah sampai ke kawasan Bang...
-
Sunday, 4 January 2026 Khutbah jumat - Hidup Ini Ujian, Tapi Kenapa Kita Tidak Pernah Belajar? ...
