Rabu, 21 Januari 2026

Prof Dato Dr MAZA - Hidayah: Dicari atau Diberi | Hidayah Datang Dengan ...

Tahniah kerana mereka suka view ini,

UPDATE 21/1/26  BERSAMAAN 2 SYAABAN 1447 H

 Assalamualaikum sahabat!

Sahabat...Saya ucapkan tahniah dengan seikhlas ikhlasnya  pada sahabat dan ahli2 Exco Perak kerana orang suka view ini...Hmmm Saya yakin mereka mesti orang Perak.  Tahniah ya!  Saya ingat sahabat yang view!    Sorry!

Sahabat,  

Jika apa yang saya tulis di sini, menyentuh hati sahabat, tolong maafkan saya ya!.  Syaaban ini saya ikhlas ingin minta maaf kepada sahabat seandai sahabat berkecil hati terhadap tulisan saya.

Moga sahabat tenang mendengar ceramah ustaz dan apa2 sahaja Slot2 Agama kat sini  Aamiin

Selamat beribadat di Syaaban Baroqah ini. 

Terima Kasih.

Tahniah buat Perak dan yakin tercapai target Perak Sejahtera 2030.. 

Friday, 10 October 2025

MGPerak: Belanjawan 2026 Kukuh Asas Kemajuan Negeri - MB Perak


Tahniah atas kerja kuat MB Perak dan Ahli2 Exco Semua.  Kami appreciate.  Kami doakan  "Maju Terus Maju" buat Perak .  Kami tetap anak Perak.  Kami sokong dan kami terus berdoa untuk Perak Negeri kami tercinta.    


 Perak Rekod Kutipan Hasil RM1.1 Bilion Setakat November 2025
Tahniah  !  Tahniah !  Tahniah !
Moga Perak Terus Maju di bawah pimpinan MB Guru.
Daku terus berdoa agar Allah jadikan Perak Negeri yang adil dan sama rata dalam mengagihkan harta kekayaan Rakyat.  Hidup bersama pemimpin2 yang beriman dan beramal soleh dan rajin solat malam.    Rasulullah bertahajud demi meringan kerja 2 yang berat yang akan di kerjakan esok hari.  TQ MB Perak dan ahli2 Exco semua.  Jujur dan ikhlas tangga kejayaan.  Tahniah.

Selamat beribadat sempena Syaaban Baroqah ini.

 



Hari ini 21 hb. Januari 2026 Bersamaan 2 Syaaban 1447 H.

Marhabban Ya Shaaban

Selamat menyambut Bulan Shaaban.

27 hari lagi menuju bulan yang penuh keberkatan, Ramadan!
Mari manfaatkan bulan Syaaban ini dengan amalan terbaik sebagai persediaan menyambut Ramadan.

📖 Doa Rasulullah SAW:
"Ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan."



Assalamualaikum sahabat semua!

Saya ingin mengambil kesempatan ini memohon maaf kepada sahabat  semua sempena  Bulan Syaaban  yang beroqah ini.  Seandaikan sahabat berkecil hati dengan kata2 dari sebarang tulisan saya, tolong maafkan saya kerana Allah.  

Selamat beribadat sempena Syaaban Baroqah ini. 


Saya yang ikhlas.

Noraini Mohd Said. 

KOMEN USTAZ KAZIM RAMAI TAK SANGKA !!


Besarnya pahala mendamaikan....

[LIVE] TADABBUR AL-QURAN 🚨🔊‼️. 21/1/2026 (Rabu) - Surah Al A'la : Ayat 16

Sya’ban Datang, Ini Amalan yang Dianjurkan | Ustadz Adi Hidayat


Bulan Sya’ban adalah bulan persiapan menuju Ramadhan yang penuh berkah. Dalam kajian ini, Ustadz Adi Hidayat menjelaskan amalan yang dianjurkan dilakukan pada malam 1 Sya’ban, sebagai bentuk muhasabah dan persiapan spiritual sebelum memasuki bulan suci Ramadhan. Amalan ini sederhana, namun memiliki makna besar dalam membersihkan hati, meluruskan niat, dan memperkuat hubungan kita dengan Alloh. Semoga kajian ini menjadi pengingat agar kita tidak menyia-nyiakan malam yang mulia, dan menjadikannya sebagai titik awal perubahan menuju pribadi yang lebih baik. Tonton hingga akhir agar pesan yang disampaikan dapat dipahami secara utuh dan diamalkan dalam kehidupan sehari-hari.

"Wahai orang yang berselimut...bangun malam..kecuali sedikit"

  


Yang pertama kita kena tahu bahawasanya Agama ini orang yg selamat di akhirat ...orang yg mempunyai 4 ciri.

Semua orang dlm kerugian. kecuali orang beriman beramal soleh, mereka berpesan2 kepada kebenaran dan berpesan2 dlm kesabaran.  
Dlm Islam banyak cara beribadat itu. Pelbagai .  Dlm hadith Iman At Tamirzi... Satu orang Badui dtg jumpa Nabi:....Nabi layan mereka lebih daripada org bandar.  "Betul Bendul" LURUS.
Mereka akan tanya solan yg memberi manfaat.  
Ya Rasulullah"  Syariaat Islam ni banyak...Aku pulak dah tua.   Tolong bagi tahu satu operkara yg aku boleh buat tapi jagn banyak sangat ...Nanti aku lupa"
Wahai Rasulullah pintu2 kebaikan tu banyak .,..bagi aku tahu yg aku boleh berputar di situ...tapi jangan banyak...aku akan lupa"
Nabi kata sentiasalah lidahmu basah dgn mengingati Allah.  Subha nallah, walhamdulillah, laillahaillah, Allah huakbar"
Perlu di ingat.  Jika kita sebut ingat Allah.  Jika kita solat ...kita mengingat Allah agar tercapai ertikata zikir.  'Wahai orang2 beriman...Ingat Allah"
Bila selesai solat Jumaat bertebaran di muka bumi dan ingat 
Allah banyak2 Moga kamu berjaya.
Wahai orang2 beriman Jika kamu berjumpa tentera musuh berjuang jangan lari"
Ingat Allah sebagaiman kamu ingat mak bapa kamu dulu, kamu bangga,
maka ingat Aku Lebih dpd itu."
Ingat bandingan orang yg ingat Tuhan dengan orang tidak ingat Tuhannya adalah seperti orang yg hidup dan orang mati"
Duduk saja itu basahkan lidahmu dgn sebut nama Allah.
Lepas solat zikir,
Subhanallah 33x
Alhamdulillah  33x
Laaillahaillallah  33x
Allahhuakbar"  33x

Dan zikirlah ketika kita baring, duduk2 santai...Ingat Allah.

Zikir...kita akan melihat keajaiban hidup.  Allah akan melimpahkan kurnia dan rezeki.
"Laaillahailla anta ...Subhanakainnikuntuminazzoolimin."
Laa haulawala khuwataillabillah."
Kita akan rasa nikmat kebahagiaannya.
Tak dapat siapa menceritakannya ,melainkan kita orang yg mengamalkannya.
Begitulah zikir...ada zauk...buat banyak2 1000 , 2000
tak apa ...disiplinkan diri kita...
kita akan melihat keajaiban hidup.
Dan ada orang...ketika dia baca dia memahaminya.
dia akan menikmatinya.
Bukan semua orang boleh pergi mekah ,
 boleh semua orang boleh bersedekah sentiasa
tapi dgn berzikir kita akan menang.
Hatta jika amalan banyak, tapi ingat Allah sedikit, rugi..

Nabi kata mahu tak aku beritahumu amalan yg lebih mulia di sisi Allah.  Sahabat berkata " Ya "   Ya! Rasulullah..
"Zikrullah"
Pilih zikir..Baca zikir2 Nabi hingga manis Zikir itu di sisinya.
Orang yang menzalimi Istighfar dia akan rasa keselesaan nya.

Nabi kata"Sentiasa lidahmu basah dengan mengingati Allah"
Allah janji siapa ingat Dia...Dia akan bagi...
Allah buatkan datangnya keajaiban, 
"Tuhan mendatangkan penyelesaiannya!  InsyaaAllah"

Ini akan memberatkan timbangan Amal kita.
MaasyaaAllah. Beratnya timbangan.



Masaalah yang kecil kita rasa besar...Allah akan selesaikan masaalahmu dgn Tawakkal doa, sujud Istighfar dan cerita pada Allah.  Mengadu pada Allah...Dia boleh menyelesaikannya dgn 
Solat..  Hai ya Alassolah..
Solat dgn ertikata yg benar.



Mari kita lihat kisah Mariam...Allah rakamkan perasaan 
Mariam dlm al Quran...Ianya biasa.  Perasaan sedih itu pasti ada

Rasulullah juga pernah sedeh...
Barangkali engkau ingin memusnahkan dirimu kerana mereka tidak beriman...(Masa dakwah Rasulullah di Thoif)
Pada masa itu Nabi tertekan...Allah kata Hal itu timbul dlm persaan manusia.
Manusia ini ada lintasan utuk mati bila dia dlm keadaan lemah...itu biasa sahaja... 
Jangan  sesorang kamu mahu mati kerana belum tentu mati itu baik bagi kamu...kerana adalah masa lebih kamu ingin beribadat...Jangan seseorang kamu bercerita untuk mati bila ada bala...jika tak boleh juga hendaklah kamu doa ...Ya allah hidupkan lah aku, jika hidup itu lebih baik bagi aku dan matikanlah aku jika mati itu lebih baik bagi aku.

"Wahai orang yang berselimut...bangun malam..kecuali sedikit" BANGUN UNTUK BUAT APA? BERDAILOG DGN ALLAH. 
BANGUN SOLAT.  SIANG ENGKAU SIBUK SANGAT TAPI WAKTU MALAM LEBIH TENANG  , LEBIH TERASA BERBICARA DGN ALLAH.  APA YG DI SEBUT ITU.   Itu Ubat Dia.
Doalah kepada Allah.  Berjumpa Allah... Hamba yang merengek sangat Allah suka.
Kita bangun malam ...kita merintih...kita doa...Rabb akan bagi di akhirat jika tidak di dunia.  
Bagi mereka paham berbicara dgn Tuhan.  Bangun malam lebih tenang, lebih terasa apa yg di sebut itu.  Itu ubat dia . 


 Tak perlu jumpa counselor. 
Sebab itu kalau jadi counselorpon kena ajar hal ini . Jangan lupa.
 

Apa. Khabar..