Selasa, 30 Ogos 2022

Doa Khatam Quran

 Doa  Khatam Quran ini adalah di petik dpd mashaf yg di terbitkan oleh syarikat Dauwama Sdn Bhd dengan kerjasama oleh Kemajuan Islam Malaysia... 

            



Jumaat, 12 Ogos 2022

Kamunting Sekolah Kedua Ditempatkan...

         






      

Sekolah Keduaku adalah Sekolah Kebangsaan Kamunting.   Disini aku ditempatkan .   Bila daku ditempatkan dimana2  sekolah daku mesti pastikan rumahku berhampiran dengan sekolah.   Daku  memang suka memastikan daku boleh sampai awal kesekolah.  Daku bimbang jika tinggal berjauhan dengan sekolah akan berlaku kelewatan kerana daku tak boleh lari dari menjaga diriku agar sihat dan tidak berlaku apa2 masaalah semasa hari persekolahan. Ini adalah kerana daku ditakdirkan mengidap asma....maasyaaAlah...aku redho.  

                 He! he!.... di sini ditakdirkan oleh Allah daku dapat menyewa sebuah banglo besar di luar pagar sekolah.   Bersama seorang anak perempuanku kami tinggal disini.Pada ketika itu anak perempuanku baru menuntut ilmu di Darjah 5.Pada masa ini daku berulang kesekolah dengan motosikal Yamahaku .   Sekolah kamunting ini bangunan penempatan murid darjah Lima agak jauh dari bangunan besar tiga tingkat.  Daku bermotosikal di dalam kawasan sekolah kerana daku asma kan..terdapat seorang lagi guru lelaki yg bermotosikal didalam kawasan sekolah..kiranya kami  guru yang tepat mengikut waktu masuk ke kelas...Sukar bagi sesiapa yang ingin mengatakan daku lambat masuk ke kelas atau tidak tepat waktu....Syukur takdir Allah sebenarnya...Baru ku sedari.

                   Di sini daku mula mengajar Tahu Enam bilamana seorang Guru berbangsa Cina yang Bernama Mr Loh akan melanjutkan Pelajaran ke Universiti.  Pada mulanya aku bukanlah dipilih oleh Guru Besar untuk mengajar Darjah Enam...hehe...kurang percaya agaknya...beliau menyuruh  Guru BM ngajar maths...ha ha ha...cari punya cari...akhirnya daku kena ngajar tahun kerana  tiada guru maths ..Aku bersyukur kerana pada tahun pertama ni telah berjaya mencetuskan Prestasi A yang ramai di kelas pertama dan masih menghadiahkan A yang tak kurang ramai juga bagi murid di kelas kedua....Syukur...Bila aku terpilih untuk mendapat prestasi Cemerlang "perkataan GB ...Saya tidak mengenali Cikgu.     Hadiah Prestasi Cemerlang.Syukur...itulah cerita kejayaan kecilku di Sekolah Kebangsaan Kamunting.  Sebenarny itu semua adalah anugerah dari Allah...baru ku sedari.  MaasyaaAllah

Disekolah inilah daku dilantik  menjadi Jurulatih Utama, Kajian Tindakan , Jurulatih Utama Sukatan Pelajaran dan Jurulatih Utama KOSM.  Akhirnya daku dapat tahu, bahawa Guru Besar itulah yang mencadangkan /mencalonkan nama kepada Pegawai dari JPN.  Sekali lagi aku sedari ...semua apa yang berlaku itu adalah dari Allah.

Setelah beberapa tahun mengajar di Sekolah Kebangsaan Kamunting daku terpilih untuk mengajar di Sekolah Kebangsaan Taman Jana, Kamunting Taiping.  Daku masih lagi menyewa di Taman berhampiran dengan sekolah....

Daku jumpa gambar2 kenangan dengan Kawanku dari Sekolah Kebangsaan  Taman Jana..Daku muatkan gambar di sini...Daku terpaksa juga pergi berceramah di Sekolah Batu Hampar apabila Guru Besar nya menjemput daku untuk perkenalkan SPMN kepada Guru2 Batu Hampar...Masa ini daku memang tak sihat daku sakit tetapi "GB Batu Bampar" minta juga sesiapa saja menyampaikan programku itu Sudah tentu lah tidak sama kerana ianya "Programku"...Jadi walaupon tak sihat daku hadir juga dan bertemankan dua adik Lelaki Sekolah Taman Janaku...Terima Kasih Wan dan Mat Nor. Tolong Drive.  Hihi Masa ini Kak Ani pakai "Wira Aeroback, Special Edishion"  Hijau...hihi ...Anda berdua bergilir drive...Dan Dari Batu hampar kami terus ke Telok Batik sebab dah dekat dan belanja adik2ku makan di kedai yang sangat popular masa tu di Telok Batik...Tq tq adik2ku bertiga...Kamu adalah kenanganku...

Ketiga  adik ini tolong menemaniku Ke Sekolah Batu Hampar Kerana daku memberi Ceramah SPMN dalam Program Panitia Matematik Larut Matang Dan Selama.

                                                         Lina dan Kak Ani

                                                 Adinda Wan dan Adinda Mat Nor...
                                                      Hai Lina...Rindunya kat Lina....
                                                 Ketiga adikku yang banyak membantuku...Terima kasih Lina , Mat Nor Dan Wan...Sukar bagi Kak Ani melupakan dikau semua...Kak Ani sayang sangat Kenangan ini... Moga Allah membalas Jasa Baik Adik2 kak Ani pada Kak Ani...
   
                                                                     Telok Batik



                                                       Cenderahati Yang Di Jual di Telok Batik


                       Cukup dahulu tentang kerjaya ...Meh cerita tentang  pertukaran sekolah ketiga saya.   Sekolah ini jika  nak masukpon mesti  mempunyai ciri2 terpilih...Ada beberapa  kategosi yang di mahukan...dan aku juga termasuk dengan beberapa orang guru2 yang di pilih mengajar di sini... Aku bersyukur.   Bukan kerana hebat terpilih tapi terasa Allah yg pilih..Disini daku sekali lagi membeli rumah  keduaku di luar kawasan sekolah..hihi...Diluar pagar sekolah juga rumahku..Selesa...Tenang ...Damai....Daku orang pertama berpindah di taman ni...Dapat CF daku terus masuk.Pada masa daku berpindah disini anakku melanjutkan Pelajaran Ke Uniiversiti Malaysia Serawak. (UNIMAS)  Jurusan Pengurusan Sains Akuatik...Sebenarnya semua ini daku tulis sebagai Kenanganku.

 Cukuplah Kenanganku......

Aku akhirnya berpindah pula ke Kuala Lumpur...Shah Alam di Sekolah Kebangsaan  Seksyen 24, Shah Alam.   Sewa rumah yang berhampiran dengan sekolah juga.  Di sini daku bertemu pelbagai rakan...dan daku  bersara disini...Bye Bye...Guru....Selamat Tinggal Guru...

         



                   

Rabu, 3 Ogos 2022

Pengalaman Penempatan Di Kampung Sendiri...

          Setelah keluar dari Maktab, pada tahu 1985 daku ditempatkan mengajar di Kampung Halamanku sendiri.   Pada ketika itu ada sahabat2 ku yang bertanya kepadaku samada daku ada kabel besar untuk dapat kembali ke kampong halamanku...Sebenarnya tidak,.. ini adalah polisi Kementerian Pendidikan pada masa itu.  Daku di tempatkan mengajar di sekolah Kebangsaan Lenggong, Perak.  Sekolah ini adalah sekolah dimana aku belajar semasa kecilku.   Di sekolah rendah inilah aku mengenal A,B,C...1,2,3...  hehe seronoknya kenangan...Daku murid tua di sekolah ini....

          Pada masa ini daku mengenal erti dewasa...aku mengenal teman2 ibuku serta bapaku.   Jika dahulu daku tak pernah sekali kali mengenali mereka meskipon teman ibu dan bapaku  pernah datang kerumah ibu.   Akhirnya daku Allah ketemukan dengan mereka disini.   Mereka yang belum bersara menjadi rakan sekerjaku.  Berganding bahu bersamaku , mendidik anak2 Lenggong tercinta.


          Pada masa ini daku mengenali Cikgu Aziz,Cikgu Bahari, Ustazah Masitah dan ramai lagi kawan2 ibu yang mengajar di sekolah yang berlainan denganku tatkala berjumpa ketika kursus atau sebarang perayaan sekolah.  Semoga kawan ibuku yang telah pulang ke rahmatullah dicucuri Rahmat ke Atas Rohnya disana.  Aamiin.... 


          Semasa mengajar di sini daku membeli Rumah di Taman Meor berhampiran dengan Taman Bukit Raja Lenggong.   Tiba masa daku berpindah ke Taiping...daku jual rumah ini...Daku malas menyelenggarakannya untuk disewa.   Dengan itu rumah yangku sewakan itu kujual. 





Selasa, 5 Julai 2022

Korban...mai ambil tahu...

 

Sihat hari ini?

Kami doakan anda semua dikurniakan kesihatan, lebih-lebih lagi dengan cuaca Malaysia yang sekejap sejuk, sekejap panas.

Tak lama lagi kita akan memasuki bulan Zulhijjah. Bulan di mana orang Islam melaksanakan ibadah korban. Tapi adakah semua orang wajib untuk buat korban?

Mari semak semula syarat korban supaya tiada kekeliruan lagi.

Hukum Korban

Perlaksanaan korban adalah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat dituntut. Bagi mereka yang melepasi syarat-syarat untuk berkorban mereka boleh melaksanakannya.

Syarat-syarat untuk berkorban adalah:

  • Beragama Islam
  • Baligh
  • Berakal
  • Berkemampuan
  • Merdeka

Imam al-Khatib al-Syarbini menjelaskan syarat ini dengan berkata:

وَالْمُخَاطَبُ بِهَا الْمُسْلِمُ الْحُرُّ الْبَالِغُ الْعَاقِلُ الْمُسْتَطِيعُ

Maksudnya: Golongan yang ditujukan perintah untuk melaksanakan korban itu ialah orang Islam, merdeka, baligh, berakal dan berkemampuan.

 Rujuk Mughni al-Muhtaj, 6:123

Banyak fadilat bagi orang melaksanakan ibadah korban. Tidak hairanlah ramai orang berebut-rebut untuk melaksanakan korban.

Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah RAnha, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا

Maksudnya: Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).

Riwayat al-Tirmidzi: 1493

Hukum Korban Bagi Orang Yang Tidak Berkemampuan Untuk Berkorban

Seseorang itu dikira berkemampuan sekiranya dia mempunyai lebihan harta daripada keperluan diri dan tanggungannya bagi Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah) dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah).

Jika ada yang tidak mempunyai keperluan cukup untuk hari-hari yang dinyatakan, dia dikira sebagai tidak berkemampuan dan tidak diperintahkan untuk melaksanakan korban yang sunat tersebut.

Juga tidak dituntut untuk dia menjual hartanya yang dikategorikan sebagai keperluan hidup seperti rumah berteduh, kenderaan yang dia gunakan dan seumpanya.

Imam Ibn Hajar al-Haitami ada menulis di dalam kitab Tuhfat al-Muhtaj:

قَالَ الزَّرْكَشِيُّ وَلَا بُدَّ أَنْ تَكُونَ فَاضِلَةً عَنْ حَاجَتِهِ وَحَاجَةِ مَنْ يُمَوِّنُهُ عَلَى مَا سَبَقَ فِي صَدَقَةِ التَّطَوُّعِ لِأَنَّهَا نَوْعُ صَدَقَةٍ انْتَهَى وَظَاهِرُ هَذَا أَنَّهُ يَكْفِي أَنْ تَكُونَ فَاضِلَةً عَمَّا يَحْتَاجُهُ فِي يَوْمِهِ وَلَيْلَتِهِ وَكِسْوَةِ فَصْلِهِ كَمَا مَرَّ وَيَنْبَغِي أَنْ تَكُونَ فَاضِلَةً عَنْ يَوْمِ الْعِيدِ وَأَيَّامِ التَّشْرِيقِ فَإِنَّهَا وَقْتَهَا كَمَا أَنَّ يَوْمَ الْعِيدِ وَلَيْلَةَ الْعِيدِ وَقْتُ زَكَاةِ الْفِطْرِ وَاشْتَرَطُوا فِيهَا أَنْ تَكُونَ فَاضِلَةً عَنْ ذَلِكَ اهـ

Maksudnya: Imam al-Zarkasyi berkata mestilah orang yang ingin melakukan korban itu mempunyai lebihan bagi keperluan diri dan tanggungannya sepertimana syarat yang telah disebutkan dalam sedekah sunat kerana ia juga dikira sebagai sedekah. Apa yang zahir daripada pandangan ini ialah cukup bagi seseorang itu mempunyai lebihan bagi keperluannya sehari semalam dan pakaiannya mengikut musim sepertimana yang telah disebutkan. Begitu juga hendaklah mempunyai lebihan daripada keperluannya pada Hari Raya Aidiladha dan hari-hari Tasyriq ini kerana itulah waktu untuk berkorban. Hal ini sama keadaan seperti siang dan malam Hari Raya Aidilfitri yang menjadi waktu diwajibkan menunaikan zakat fitrah dan para ulama mensyaratkan wujudnya lebihan daripada keperluan mereka pada waktu tersebut.

Rujuk Tuhfat al-Muhtaj, 9:334

Hikmah Berkorban

Korban sebenarnya adalah salah satu cara untuk menzahirkan kesyukuran kepada Allah SWT dengan menyumbang semula kepada yang memerlukan.

 Firman Allah SWT:

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

Maksudnya: Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).

Surah Al-Kautsar : 2

Mari lihat pula sunnah pemberian daging korban mengikut mazhab Shafi’e:

  • ⅓ dimakan oleh orang yang berkorban dan ahli keluarganya
  • ⅓ untuk disedekahkan kepada fakir miskin
  • ⅓ untuk diberikan kepada sahabat handai termasuk orang kaya dan jiran
  • Daging korban nazar oleh orang yang bernazar, pemberian dagingnya pula adalah; memberikan daging-daging tersebut golongan fakir dan miskin.

Firman Allah SWT

فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ

Maksudnya: Dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.

Surah al-Hajj: 28

Jika termakan, dia cuma perlu mengeluarkan sejumlah wang mengikut kadar yang telah dimakannya. Selain itu, dia tidak perlu lagi untuk menyembelih lagi haiwan lain sebagai ganti kepada bahagian yang dimakan.

Kembali kepada persoalan adakah semua orang diwajibkan untuk buat korban?

Jawapannya adalah tidak. 

Ibadah korban adalah sunat muakkad. Jika seseorang itu ingin berkorban pula, harus rujuk semula syarat untuk orang yang berkorban.

Sekian sahaja perkongsian pada hari ini. Semoga artikel ini membawa manfaat kepada anda.

Bermula dengan hanya RM320/bahagian, jangan lepaskan peluang untuk zahirkan kesyukuran dengan melaksanakan ibadah korban tahun ini bersama EZ Qurban.

Dagingnya akan diagih kepada saudara kita yang memerlukan di 38 buah negara. Pendaftaran akan ditutup pada Hari Raya Kedua*

Klik butang di bawah untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.

Talian Bebas Toll: 1-800-885-885

 *Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

Rabu, 16 Mac 2022

Keutamaan Bulan Syaaban.

              Petikan daripada buku Penenang Jiwa.Terjemahan Kitab 'Mukashafah Al Qulub" 

                                                         karya Imam Ghazali

                                          

Keutamaan Bulan Syaaban.

Dirawikan dari Umamah al-Bahili ra dia berkata," Rasullullah SAW bersabda "Manakala masuk bulan Syaaban, sucikan dirimu dan perbaiki niatmu"

Dari Aisyah ra, dia berkata, " RasullullahSAW berpuasa sehingga kami mengatakan, "Tidak berbuka dan berbuka sehingga kami katakan tidak puasa dan kebanyakan puasanya adalah di bulan Syaaban."

Dalam Kitab  An-Nasai dari Hadith Usamah ra," Aku berkata, "Wahai Rasullullah, aku tidak melihat engkau berpuasa pada bulan-bulan lain sebagaimana  engkau berpuasa di bulan Syaaban," 

Baginda bersabda:

      Kerana itu bulan di mana manusia lupa darinya antara Rejab dan Ramadhan. Itulah bulan di mana amal dinaikkan kepada Tuhan Rabbul 'Alamin.  Maka aku suka amalku dinaikkan dalam keadaan aku berpuasa."


Dalam Hadith Bukhari muslim, dari Aishah ra,dia berkata, "Aku tidak melihat sama sekali RasulullahSAW menyempurnakan puasanya sebulan kecuali Bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda lebih  banyak puasanya daripada bulan Syaaban."

Dalam satu riwayat, "Rasulullah SAW berpuasa dalam bulan Ramadhan seluruhnya."  Dalam riwayat Muslim, "Rasulullah SAW berpuasa dalam bulan Syaaban kecuali sedikit,"

Dikatakan , untuk malaikat di langit ada dua malam raya dan kaum muslimin di bumi ada dua hari raya.  Malam malaikat itu adalah malam Nisfu Syaaban dan malam Lailatul Qadar.  Sedangkan hariraya kaum muslimin Aidil Fitri dan Aidil Adha.

Malam Nisfu Syaaban, kadang-kadang disebut Malam Bara'ah kerana malam itu dapat menghapus dosa setahun.  Sedangkan malam Jumaat boleh menghapuskan dosa seminggu dan malam Al Qadar, dapat menghapuskan dosa seumur hidup. Ertinya bahawa menyambut malam-malam itu dengan beribadah, merupakan sebab penghapusan dosa.

Malam Nisfu Syaaban kadang-kadang di sebut malam Tafkir atau malam Ihya'. Dimana dalam hadith Marfuk disebutkan bahawa siapa menghidupkan dua malam raya dan malam Nisfu Syaaban, tidak akan mati hatinya pada hari dimana  hati-hati mati.

Disamping itu juga disebut sebagai malam Syafaat. Dalam suatu hadith disebut bahawa Rasulullah SAW pada tanggal tiga belas, mohon kepada Allah syafaat pada umatnya.  Allah memberi sepertiga, kemudian baginda memohon pada tanggal empat belas, lalu diberi dua pertiga.  Nabi SAW mohon lagi pada tanggal lima belas dan diberi seluruhnya kecuali orang yang lari dari Allah dengan membiasakan maksiat.

Malam itu juga dinamakan malam Makrifah.  Imam Ahmad merawikan bahawa rasullullah SAW bersabda, " Pada malam Nisfu Syaaban, Allah meneliti kepada hamba-Nya, kemudian Dia mengampuni seluruh penghuni bumi kecuali dua orang; orang mushrik dan orang yang memberati dengan dosa.  Kadang-kadang disebut malam pembebasan.

Ibnu Ishak merawikan dari Anas bin Malik, dia berkata," Aku disuruh oleh Nabi SAW kerumah Aisyah untik satu keperluan.  Aku berkata, "Cepatlah aku meninggalkan Nabi SAW sedang berbicara  kepada seseorang tentang malam Nisfu Syaaban. " Aisyah berkata , Hai Unais, duduklah! akan ku ceritakan kepadamu Hadis tentang malam Nisfu Syaaban.  Malam itu adalah satu malam di mana Rasullullah SAW sedang memenuhi giliranku.  Dia masuk bersamaku dalam selimutku.  Di tengah malam aku terbangun.  Tiba-tiba baginda tiada disisiku.  Aku berkata, "Mungkin baginda pergi kepada jariahnya al-Qibtiah."  segera aku keluar dan aku melalui masjid.  Aku langkahkan kakiku padanya.  Ternyata baginda bersabda, "Aku telah bersujud,hatiku telah beriman dan inilah kedua tanganku, Wahai Zat Yang Maha Agung, Ampunilah segala dosaku. Mukaku telah bersujud kepada Zat yang menciptakan  dan membentuknya,menyebek telinga dan matanya."

Kemudian baginda mengangkat kepalanya.  Lalu aku berkata, " Engkau di suatu jurang dan aku di jurang yang lain. "  Baginda berkata, Wahai Humaira',tidak tahukah engkau, ini malam Nisfu Syaaban?  Sesungguhnya pada malam ini Allah membebaskan manusia dari Neraka sebanyak bilangan bulu kambing. Kecuali enam orang; orang yang membiasakan minum arak,yang menderhakai kedua orang tuanya,yang membiasakan zina,yang keras kepala,tukang pukul dan tukang fitnah."

Lain daripada itu, malam Nisfu Syaaban juga kadang-kadang disebut  malam Qiamah dan Takdir.  Sebab satu hadith yang dirawikan oleh Atha bin Yassar" Pada malam Nisfu Syaaban, dihapuskan oleh Malaikat Maut, setiap orang yang meninggal dunia dari Syaaban ke Syaaban yang lain.  Dan seseorang menanam tanaman,  menikah isteri serta membangun rumah, di mana namanya telah dihapuskan sebagai orang mati.  Tetapi Malaikat Maut tidak melihatnya. Kecuali ketika dia diperintahkan, maka kemudian mencabutnya."

Puasa Ayyamuul Bidh Syaaban( Hari Putih):

*   Rabu, 16 Mac 2022 bersamaan 13 Syaaban 1443H

*   Khamis, 17 Mac 2022 bersamaan 14 Syaaban 1443H

*   Jumaat, 18 Mac 2022 bersamaan 15 Syaaban 1443H






             

Isnin, 14 Mac 2022

Ku Bunuh Cinta

 


Ku bunuh cinta dalam hatiku,

Pisau tajam berkilau,

darah pecut merah, aku menjerit

Ketawa dalam kepedihan.

Cintaku terkulai merah

Gigil kian lemah

dan pisau tajam berdarah

kulempar jauh-jauh

Hilang di balik malam


Sudah ku bunuh cintaku merah

Darah mendidih pekat

Aku senyum

Aku tidak lagi cekan 

Di bunuh oleh cintaku.


 Titian Zaman ....   "Anis Sabirin"


Hakikatnya ...rasa berdosa kerana gagal membunuhnya...Telah lama ku perbanyakkan pada Cinta Allah dan Rasul ...Tak tertanding   hidup ini tanpa 2 CINTA SEJATI ....pasrah update 31 May 2023...



Rabu, 9 Mac 2022

"Malu"

 



Api dari matamu dara
Menikam menembus membakar serasa,
Dan belantara maluku terbakar
Ucapan cinta telah kau dengar kini.


Sakit Namun nikmat itulah rindu.  
Ingat padamu terlantun duka nestapaku.

Imam Ghazali. : Kualiti Puasa,

  Ahad, 10 Disember 2023 Imam Ghazali. : Kualiti Puasa Penyampai:Hajjah Norhafizah.  Imam Ghazali kata ada enam perkara untuk tolong kita pu...