Memaparkan catatan dengan label politik Perak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label politik Perak. Papar semua catatan

Selasa, 22 April 2025

Daku dah jemu melihat kempen2 tentang pilihanraya kecil, politik Perak


 Assalamualaikum pelayar Blogku...

Daku dah jemu melihat kempen2 tentang pilihanraya kecil (bab2 politik.)  Macam2 cerita yang sangat menggores hati.  Sebenarnya, itulah dunia politik.  Dunia politik ini hanyalah untuk orang kaya2 sahaja.   Kami yang miskin ini sebenarnya tak layak ambil tahupon, apa yang berlaku.  Apa yang mereka lakukan penuh dengan kepincangan sana sini.  Jika tidak ada pilihanraya kecil di satu2 tempat maka kita tak akan tahu apa yang berlaku di sebalik keindahan kemajuan yang di war warkan oleh pihak kerajaan.  Bila kami rakyat marhaen  ini mendengar, kami terasa ingin komen apa yang berlaku  tetapi daku harap apa yang kami komen ini benar.    Kadang2 kami rasa baiklah kami serahkan sahaja kepada pengadilan Allah tanpa ditegur.  Adakah benar untuk berbuat demikian?   Sebenarnya  salah jika tidak ditegur kerana sebagai orang Islam kami rasa ingin menegur semata2  kepada Allah dengan harapan ianya boleh diperbaiki/berubah.   

Daku hairan mengapa ada ketidakadilan dlm mentadbir.  Kisah tentang Ladang Penternakan  Babi dalam kawasan Majoriti 90% Melayu masih ada dalam Perak.  Mengapa Kerajaan Perak tidak menjaga kesejahteraan orang2 Melayu.  Tidakkah rasa berdosa dengan mengabaikan perasaan rakyat.  Takutnya saya bila memikirkan tentang hukuman yang bakal  Allah kenakan kepada pemerintah di akhirat nanti.  Percayalah Allah akan tanya nanti di akhirat telah adilkan kamu menjaga kebajikan masyarakat kampong yang tersiksa dengan bau najis babi.   

Daging babi ini adalah makanan orang2 Cina.   Mengapa mesti ladangnya berada di kawasan orang2 Melayu?   Bau busuk dari ladang babi ini sudah tentu mengganggu masyarakat setempat terutama sekali menurut mereka , apabila selepas hujan lebat.  Baunya  sangat menusuk hidung dan mengganggu mereka sedang  beribadat.   Pencemaran bau ini sudah tentu  mengganggu kesihatan penduduk .    

 Persoalannya, mengapa mesti diternak dikawasan Melayu.   Ladang Penternakan ini berada di dalam kawasan  90% penduduknya berbangsa Melayu..   Saya hairan kenapa tidak ada langkah yang diambil meskipon telah 50 tahun ianya beroperasi.   Ladang2 itu pulak katanya halal/  berlesen.   MaasyaaAllah.   Saya benar2 berharap jika BN menang MB perlu ambil tindakan segera agar rakyatnya ( Orang Melayu) disitu tidak di aniaya. 

Saya sebenarnya malas nak kutip hadith Nabi tentang pemerintah.   Carilah sendiri dan letakkanlah rasa takut pada Allah kerana tidak mengamalkannya. 

Saya Noraini yang tak puas hati.