Memaparkan catatan dengan label Tak B... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tak B... Papar semua catatan

Rabu, 6 Ogos 2025

Doa Turun Anwar - 3 Mufti Tegur MP Jasin. Bercanggah Dengan Agama, Tak B...


Penggunaan Khunut Nazilah tidak boleh dibaca dan ditujukan kepada sesama Islam.  
Apa pon percanggahan , pandangan politik,   kita tetap  tidak boleh mendoakan yang tidak baik kepada rakan seagama.

Pertembungan yang tidak darurat.  Pertembungan Politik sahaja.
Tolong Beri Perhatian terhadap perkara ini.

Dr Maza. Mufti Perlis
Jangan  salah gunakan Khunut Nazilah.   Khunut Nazilah dalam Solat Fardhu sahaja.  Itu Amalan Nabi.
Itu amalan Nabi dan ditegaskan oleh Imam An Nawawi. 

Mufti Wilayah Persekutuan, Ustaz Fawas Yusuf Noor.
Jangan doakan kerana percanggahan dan perbezaan  politik tetapi kita menggunakan Khunut Nazilah dalam perkara Darurat sahaja.

Kita  boleh tertipu kerana kurang pengetahuan Agama kita.  Marilah kita baca hadith Nabi yang Hasan dan Soheh sahaja
Kita Timbang berdasarkan Hadith dan Jangan melampau dalam Agama kerana hancurnya Umat disebabkan kemelampauan.

****************************************************
Sebelum daku pergi, daku mohon maaf dunia dan akhirat atas ketelanjuranku, kesilapanku dalam penulisanku.  Daku banyak buat silap dan permohonan maaf daku ini kerana Allah. 

Sahabat semua tetap sahabat saya hingga ke akhir hayat saya.   Terima kasih dan bertemu lagi hingga ke satu masa yang Allah tentukan. 

Salam Silaturrahim dari saya.  Moga Sentiasa dalam Rahmat Allah.  Aamiin.