Rabu, 15 Oktober 2025

Ianya pahala mudah yang kita raih tanpa kita sedari...Kau sahabatku dunia akhirat...

 Assalamualaikum...Sahabatku,

Tahukah kau mengapa Allah temukan kita sekali lagi  ke dunia ini.  Perkara ini tak pernah kita duga  berlaku tetapi allah bagi, jadikan , izinkan ianya berlaku kerana Allah nak duga kita.  Allah nak lihat hambanya sabar dan redho atau tidak dengan ujian Allah ini.  MaasyaaAllah ini adalah ujian Allah yang sangat2 kita kena sedar bahawa Allah nak berikan/anugerahkan  kita pahala.  Pahala jika kita redho/ sabar dan tak marah dengan ujian ini.  Bila daku terjaga daku terasa ini adalah pahala yang akan Allah beri kepada kita.   Sebenarnya ini adalah pahala  percuma yang kita akan dapat.    Pada mulanya daku rasakan ianya satu kebetulan semata2.  Tapi kita letakkan Alhamdulillah dengan keperitan ini...kita letakkan sabar kita dan kita letakkan  redho kita ,pasti kita akan Allah anugerahkan pahala di akhirat nanti.  Percayalah sahabatku.  Daku yakin sangat dengan dugaan Allah ini.

  Kau tahu...daku rasakan ianya yang sangat2 perit untuk daku jalani bersendirian, tiada seorang pon yang tahu...lainlah dikau penuh dengan kegembiraan hidup yang cukup segala2nya,sempurna sangat dengan kemewahan, dari segi wang ringgit, kaya dari segi kasih sayang keluarga, gembira dengan keriuhan kawan2, bahagia dengan adanya isteri sebagai sayap kananmu  serta anak2 yang ramai dan berjaya  sebagai sayap kirimu.   Daku termenung sendirian dan daku muhassabah diri.  Daku sedari ...Ini adalah anugerah bersar yang Allah berikan kepadamu.   Dalam diam daku happy melihat kau happy dengan hidupmu.

Kau tahu daku kagum dengan pencipta lagu ni.  Ianya tetap menyelitkan gembira bila aku mendengarnya.  Ciptaan  yang seni bagiku...Daku dengar. daku suka sangat...

Hey...by Julio Aglesius...