Khamis, 16 Oktober 2025

Keajaiban Sholawat #quotes #storyharian #sad #storytime #motivation #tre...


Ya Allah betapa indahnya daku bertemu ceramah Uztaz Hannan Attaqi... Daku dah mula mengajar muridku berselawat,  3 kali apabila memulakan pelajaran...MaasyhaaAllah syukurnya daku.  Daku juga mengajar muridku jika lupa dalam peperiksaan agar berselawat.  Muridku, bila keluar dari Dewan Peperiksaan, menceritakan kepadaku bahawa dia lupa lalu teringat pesanan Cikgu Noraini agar selawat.  Saya berselawat Cikgu  terus saya dapat menjawab soalan tersebut.  MaasyaaAllah.

Daku sentiasa memberi motivasi ku kepada murid agar  berselawat atas  Nabi dalam ceramahku.   Maasyaallah.  Aku bertemu kembali cerita selawat, malam ini...Pada murid2 yang lemah, daku akan belikan tasbih dan hadiahkan kepada mereka dan meminta mereka berselawat sebanyak mungkin.  Mereka suka sangat mendapat tasbih dari Cikgu.  Mereka balik, lalu amalkan.  hmmmm.

Pernah daku lupa nombor pin kad auto tellerku, saat mahu mengeluarkan wang  di auto teller bank,  lantaran diganggu oleh anakku untuk menekan nombor2 tersebut,  Daku  terlupa mati saat itu.  Pada masa itu tiada seorang pon di situ..Jika ada orang menunggu mungkin anak ku tidak ku benarkan  dia menganggu.  Daku cuba , tapi salah dan daku berhenti menekan nombor2 tersebut kerana telah 2 kali mengulang nombor yang salah. Daku pulang.

Daku pulang dan bercakap. pada kawanku "Mungkin Kak Ani lama tak berselawat atas Nabi agaknya.  Terus daku selawat dan ...macam magik daku terus boleh ingat kembali nombor pin tersebut hinggalah kehari ini.  MaasyaaAllah besarnya kuasa Selawat Keatas Nabi...Aamiiin shareku pada malam ini ...kerana Ustaz Hannan Attaqi ceritakan pengalamannya.   Syukur Robbku...

Daku dahulu suka  beli buku Agama.  Salah satu dpd nya ialah tentang  kekutan selawat atas Nabi...MaasyaaAllah  Allah anugerahkan daku dengan buku itu....Syukur   Itu semua dari Allah Azzawajalla.  Syukur aku pada mlm ini aku dengar ceramah Ustaz Hannan Attaqi, membuat aku teruja.

Rabu, 15 Oktober 2025

RAHASIA HIDUP: Buya Hamka Bongkar Kenapa Kita "Lalai" dan Mati Adalah Aw...

 

Monday, October 6, 2025

Bersabar.. Doamu pasti di kabulkan Allah..

 

Sunday, September 21, 2025

MEMAHAMI BACAAN DALAM SOLAT - Siri 3 🚨🔊‼️,

 

Monday, 2 September 2024

MEMAHAMI BACAAN DALAM SOLAT - Siri 3 🚨🔊‼️

Cili Tuna Bebimbap n dimsam









 

Air kesihatan Doktor berbangsa Cina..
















Dapat daku buat air sihat macam Doktor berbangsa Cina yg berusia 95 tahun tu.. Hihi... Rasanya tak sedap macam Air Nabis yg Rasulullah ajarkan tu...Apa pon... Lalu jugak daku minum... daku akan habiskan  air ni, sampai 3 kali daku minum.   Daku ni, suka ambil apa yg di view oleh pembaca Blogku.  Hihi... Apapon habiskan air ni hari ini dan lihat kesannya... InsyaAllah... 
Terima kasih pelayar Blogku yg tlg view sampai daku ingat kembali.. Dan buat... Hihi. 
 

Surah Ibrahim 24-25