Khamis, 2 Oktober 2025

SHARIFAH AINI - Ku Pohon Keredhaan MU


Semua lagu2 update hari ni daku upload...sebagai hiburan kita bersama..
Salam sayang daku ku.
Aamiin...
Moga bahagia selalu...akan ku release one by one.  Tq 4 today.


SHARIFAH AINI - Ku Pohon Keredhaan MU




Daku tak suka dengar lagu2 yang menyakitkan hati.  Daku suka lagu2 yang boleh memerahkanhatiku aja.  Jangan dengar lagu2 yang akan menghitamkan hati kita .  Kita tak akan jadi happy,
 Please stop it. 



Terima kasih...


Syukur Ya Rabb...Sempat anakku buatkan makan sahur untukku...

Daku berdoa agar dapat berpuasa pada hari ini.  Moga Allah pelihara aku dalam keadaan kita berlapar berkemungkinan proses ambil darah dan pemulihan berjalan dgn baik dan tidak bermasaalah...Aamiin.  Rabbku ..Berjayakanlah aku..Hanya Engkau daku serahkan urusanku.  Berikanlah RahmatMu Berjayakanlah daku Ya Rabbku.   Ampunilah daku yang banyak berdosa ini.

Ya Haiyuya khaiyum  birah mati ka as taghi su ash lehli syakni kul lah wala  takilni illa nafsi tar fa ta ain.."

."Ya Allah Tuhan Yang Maha Hidup Maha Berdiri Sendiri daku serahkan Urusan ku kepadaMu  dan jangan Kau lepaskan padaku walaupon sekelip mata , tanpa mendapat pertolonganMu.  Aamiin.

"Hasbunallah hi wa nikmal wakil...Wala haula wala khuwataillah billah.  Aamiin

Kepada Allah daku wakilkan.Tiada daya dan upaya daku menolak sesuatu hanya dengan pertolongan Allah."  Aamiin

Sahabatku , doakan daku agar berjaya pada usahaku kali ini.

Assalamualaikum sahabatku...

Hari ini daku masuk fasa memulihkan lututku.  Daku benar2 berharap agar ianya berjaya.  Daku orang biasa2 sahaja.  Daku hanya mengharap peluang ini sahaja.  Daku orang biasa  tak punya banyak wang seperti orang lain yang pada bila2 masa mereka boleh mendapatkan rawatan dengan wang ringgit sendiri.  Doakanlah daku berjaya.  Kalau dulu daku buat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.  ianya bertahan agak lama  dan ku ulangi dengan memulihkan lututku ini di Hospital Tengku Ampuan Bainun Ipoh, ianya bertahan agak lama juga berbanding daripada kenalan kakakku yang pemulihan mereka cuma setahun sahaja.  Moga daku berjaya .

  Doakanlah daku.  Itu sahaja harapanku kerana peluang bagiku,  bukan datang banyak kali bagi orang sepertiku ini.  Daku cuma berhadap agar daku dapat solat dgn sempurna dan sihat dalam usahaku untuk mengerjakan Umrah pon satu hari nanti Mengerjakan Haji.    Moga  Allah pulihkan dengan penuh rasa syukur sebagai sebagai seorang yang hidup sederhana ini.  Ya Rabb moga daku berjaya.  Itu doaku.  Permudahkanlah urusanku hari ini. 

 Sahabatku , doakanlah daku nescaya daku doakan sahabat.   Meskipon siapa sahabat daku tetap doakan agar sahabat bahagia dunia akhirat dan dengan doaku itu daku pulak akan mendapat doa dari malaikat.  Aamiin.

Terima kasih.