Assalamualaikum...
Semoga sahabat diberi Allah dalam kerahmatannya.
Sahabatku, daku rasa daku perlu menasihatimu pulak agar dikau jangan sekali2 menceritakan apa2 hal peribadi kau kepada sesiapa pon sebagaimana dahulu. Dulu daku dah pesan padamu jangan percaya kepada manusia dan hanya kepada Allah lah sahaja harus kita percayai. Mungkin ini nasihat yang ku ingin sampaikan. Jangan lagi ulangi kesilapan dahulu. Kita harus percaya kepada Allah sahaja. Daku yakin dikau telah dinasihati oleh rakan2. Di usia kita begini setiap perilaku kita akan menjadi canggung dimata masyarakat. Mari kita simpan apa2 rahsia peribadi dalam diri kita sendiri sahaja dan serah kepada Allah kerana hanya Dialah sahaja penyimpan rahsia yang terbaik.
Moga nasihatku ini menjadi pedoman buat sahabat dan daku doakan sahabat terpelihara daripada sebarang fitnah dan anggapan buruk sesiapa. Aamiin Ya Rabbal Alamin. Doaku buatmu.