Mari ku tuliskan Tarikh18 Julai Hari Sabtu Tahun 1981. Apa aku buat ketika itu. Pada masa itu daku pulang ke kampung dari Asrama RISDA Grik. Aku kan tiada apa2 baru masuk 23 tahun 1 Bulan dan 14 hari ketika itu. Aku kena naik Bas. Biasalah muda lagi...belum bekerja tetap. Kerja di situ pon kerja sambilan.
Tapi, dalam usia yang begitu muda daku dah dihimpit dengan kekecewaan yang amat mendalam. Kecewa yang teramat sangat. Lukaku dapat ku katakan, begitu dalam sekali. Daku rasa orang lain semuda itu baru berseronok2 hendak menempuh hidup yang penuh keceriaan. Saat itu aku masih cantik. Aku akui, aku banyak peminat ketika itu.
Malangnya daku dihancurkan hatinya oleh seseorang yang lebih dewasa pada ku. Ketika itu dia telah memiliki segalanya. Dia punya nama. Punya kerjaya dan punya masa depan . Punya kenderaan sudah barang tentu. Aku apa ada?. Dia mainkan aku. Masa itu juga dia telah bertunang. Dia mainkan aku. Betapa sedihnya aku ketika itu. Masa aku menulis ini sebak di dadaku kembali terasa. Cuma lagi aku boleh bendungkan airmata ku yang tergenang. Kau memang tidak ada perasaan dan belas kasihan.
Ada beberapa minggu sebelum itu daku diberitahu oleh rakanku bahawa dia pergi ke Taiping membeli peralatan pertunangannya. Dia berkata bahawa dia pergi membeli peralatan pertunangan kakaknya. Bila hari demi hari dia cuba menunjukkan suka padaku, maka hati seorang gadis yang muda terpengaruh dan aku terjatuh cinta padanya.
Aku jugak tahu yang dia juga dalam diam suka padaku. Dia tersilap besar nak mainkan aku tetapi dia terjatuh cinta juga pada gadis muda itu. Aku jadi mangsa keadaan. Setiap langkahku ketika itu penuh derita. Memang aku tersilap letak hati pada orang yang salah. Padahal ketika itu ramai orang yang suka padaku. Bila sekali lagi, sekarang ini, peristiwa yang sama berlaku. Peritnya tak dapat aku lawan. Dia hampir lupa dia mempunyai anak perempuan.
Dulu, dia pernah mintak transfer ke kota, dan dapat. Daku dapat tahu. Betapa sedihnya aku dengar perkhabaran itu. Memang jika kita yang masih berada di tempat yang peristiwa itu berlaku, akan tersiksa dan orang yang akan pergi meninggalkan tempat itu pastilah akan terubat hatinya. Tuhanku ...Betapa dia begitu gembira sekali meletakkan kotak2 di varendah rumahnye sebagai persediaan perpindahannya
Ketika itu hati aku hancur teramat sangat. Tapi aku masih ada Allah. Malam demi malam daku bangun bersolat hajat agar daku dapat keluar dari tempat itu lebih dahulu daripadanya walau sehari. Tanpa rasa takut dan bimbangkan keselamatanku daku keluar setiap malam mengambil wuduk untuk bersolat hajat.
Pada masa yang sama daku dengar khabar bahawa pertukarannya ke Bandar dibatalkan. MaasyaaAllah . Allah kasihan padaku selang beberapa minggu daku dapat Surat Tawaran Kerja sebagai "Kerani Am" di Pejabat Kementerian Kewangan Perbendaharaan Malaysia Kuala Lumpur." Daku terima dengan rasa gembira dan daku "Sujud Syukur" Pada masa yang sama daku terasa betapa keberadaan Allah terhadapku. Syukur Rabbku.
Daku catat dalam dalam Diaryku, pada tarikh 18 hb, Julai 1981, daku balik ke Lenggong dan kakakku akan menghantar aku menaiki bas. Aku tak pasti bagaimana dia tahu bahawa daku akan balik ke Lenggong. Sebenarnya daku akan balik ke Lenggong untuk membuat "Surat Sumpah" cop dari ADO Lenggong. Padahal jika daku mahu dia pon boleh membuatnya kan. Tapi bukan dia aku pergi tadah surat tawaran kerjaku dan Cop, daku buat di Pejabat Daerah Lenggong.
Sebenarnya daku tahu bahawa dia telah tahu daku akan pergi meninggalkan Pekan Grik tersebut. Bagaimana aku tahu ? Ianya daku dapat tahu dari anakandaku Zakiah yang pulang dari menghadiri Kelas Jahitannya setiap petang. Kiah beritahuku" Mak Cik, En. Em Key ada didepan rumah Tuan Syed atas Titi Simen di luar pagar rumah Tuan Syed. Mangapa dia disitu? Ya dia pasti tahu kerana pada tengahari itu daku ke Pejabat RISDA menyerahkan surat perletakan jawatan ku.
Pagi 18 Julai 1981 , Kakakku menghantarku dengan keretanya ke Bas Station Pekan G. Daku memang telah menyangka dia akan mengikut dengan keretanya kesitu. Ya Benar. Dia ikut dan hanya memandanggggggg sahaja daku tanpa sepatah kata. Sepatutnya jika dia berani , tegurlah daku.
Berdiri seorang diri, daku termangu sebentar dan tanpa daku sedari daku naik sebuah bas kosong yang ada disitu. Daku naik bas tersebut dan daku meletakkan kedua tanganku diatas besi penyandar kusyen hadapan, lantas daku menangis. Ya Rabb bodoh dan peritnya daku masa itu.
Daku pulang ke Lenggong. Daku dengar khabar dikau juga turut pulang ke Bandar Ipoh mu. Mereka ceritakan padaku kau jugak menangis di sepanjang jalan menuju rumahmu. Mengapa berita itu daku dapat dengar, daku tak tahu...Dikau tak tahu bahawa pada hari Isnin daku kembali ke bandar Grik. Daku masih ada di situ hinggalah pada hari Khamis baru daku bergerak pulang ke Lenggong.
Nak Tahu apa daku catatkan?
"Hari Penghabisan aku di Grik. Selamat Tinggal Segala Kenangan. Selamat Tinggal Kakak dan Adik2 asrama. Aza, Kak Jah dan Kak Leha. Sebelum pulang ke kampung aku ke Malayan Banking Grik. Inilah kali terakhir aku di Malayan Banking Grik. Akhir di Pejabat RISDA dan akhir melihat mu Suria Grik. Pertemuan, pasti ada perpisahannya. Sekarang aku dipisahkan oleh Allah Semoga sentiasa di dalam KerahmatanNya selalu."
Dan pada hari kelmarin 5/8/25 pada pukul 1.00pm sekali lagi kau tinggalkan daku . Tidak hadir lagi ke Blogku Annegold 58. Selamat Jalan kata2 terakhir dariku. Ya memang betullah telahan ku , kau hadir sekali lagi untuk terus menggores jiwaku yang memang telah kau hancurkan dulu. Terima kasih sahabatku. Sedangkan dalam hatiku masih ada secebis lagi harapan.
Walau apapon yang berlaku, daku masih menganggap kau sahabat. Semoga bila daku bertemu Allah nanti dapatlah dikau membaca Al Fatihah dan mendoakan untuk ku. Tak mungkin kau tidak doakan kepada orang yg kau pernah rosakkan hatinya kan! Kau ulang sekali lagi kan. Kau Memang Berjaya kataku. Begitu sekali kau Nekad. Kau hebat, sahabatku.
Memang daku menunggu penuh sabar, ini berlaku. Ya betul. Ianya telahpon berlaku. Daku akan letakkan di Blog "Ambil Tahu" agar kau dapat membacanya dan tak mahu daku menggores hati isterimu di Blog "Nasihat Buat Kita" kerana daku bimbang ada Isteri dan anak2mu di situ.
Kau memang berjaya dalam segala bidang, kau berjaya berkuasa, kau berjaya mengukir nama, kau berjaya menata kekayaan dan kau berjaya jugak"mengguris hatiku" Sampai akhir kau tetap kau yang dulu jugak, tak tegurpon daku.
Moga Kau Terus Berjaya YB.
Aku mohon maaf kerana coretan ini adalah dari hatiku.