Memaparkan catatan dengan label Terdengar rakaman suara Zara dan ibunya. Saya terkesan.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Terdengar rakaman suara Zara dan ibunya. Saya terkesan.. Papar semua catatan

Rabu, 6 Ogos 2025

Terdengar rakaman suara Zara dan ibunya. Saya terkesan,

 



Terdengar rakaman suara Zara dan ibunya. Saya terkesan.


Dia berkongsi tentang situasi di asrama. "Mak..mak..jangan sebut mak kak M tu ada sini".

Dalam dia bercerita secara rahsia agar tidak didengar kawannya sekeliling. "Mak tau mak. Kan yang call..ngam..ngam yang malam tu..".

Dia ceritakan kawannya dipanggil. "Dia hampir nak kena touch. Nasib baik Zara tak kena panggil mak". Bunyinya lega dalam dia takut.

Sampai menangis kawannya itu. Sambil dia bercerita bersungguh-sungguh. Akrab hubungan mereka. Semua diluahkan oleh anak ini pada ibunya.

Dia ceritakan semua watak seperti ibunya cukup biasa mendengar kisahnya.

Sambil ibunya mendengar, sambil ibunya bertanya. Kelihatan cukup akrab dan jenis yang sentiasa berkongsi kisah.

Dia kata, puncanya kawannya itu difitnah. Katanya barangkali sebelum ini juga Zara pernah difitnah begitu. Entah insiden yang mana.

Tinggal kenangan rakaman-rakaman ini. Hanya suara, kenangan, kad dan nota-nota.

Saya scroll lagi, terlihat pula gambar kad yang dimuatnaik oleh page Marhamah Rosli. Tambah meruntun jiwa saya. Saya merasakan berat rasanya hidup melayari kenangan-kenangan indah apabila dia sudah tiada.

Ada orang tanya, rajin ibu Zara merakam.

Saya cukup faham perasaan ini. Anak saya seorang sahaja. Permata hati saya. Kalau kami video call waktu saya bekerja, saya rakam video call melalui screen recording.

Dalam seminggu entah berapa banyak video dan gambarnya saya ambil. Saya simpannya kerana memori hari ini tak akan saya dapat bila dia remaja nanti.

Saya jenis ibu yang begitu, habis semuanya saya ambil tahu. Hal sekolah. Hal kawan. Hampir semua nama rakan-rakannya saya hafal. Nama guru-gurunya saya kenal. Kawan di kelas lain juga saya ambil tahu.

Cerita yang dia tonton, wataknya juga saya tahu. Semuanya. Buat modal bila bersembang nanti.

Kenangan. Sesuatu yang saya simpan sebagai pengubat rindu 'moment' yang indah.

Gambar sumber Marhamah Rosli

Komen2....

Bonda Nurulamani
Ikhlas saya katakan saya sbg rakyat malaysia yg anti buli mmg menyokong sepenuhnya keadilan buat adik zara dan saya takkan berhenti utk berdoa solat hajat baca yassin setiap hari agar pembuli pembunuh adik zara ditemui dan keadilan akan tiba suatu hari nanti dgn berkat pertolongan dari allah dan hasil usaha siasatan dan semangat kita semua utk tegakkan keadilan kerana isu ini mmg serius melibatkan kematian jadi harus tidak dipandang isu yg kecil sebagaimana pengetua sek adik zara maklumkan isu ini isu yg kecil mmg saya tak dpt terima dgn akal fikiran saya yg waras, macam mana



Shayna
Kes macam ni pd sy memalukan sistem kehakiman Malaysia & PDRM. Kalau sy letak diri dipihak keluarga mangsa pun, memang sakit hati. Halai balai je buat kerja. Nak cepat tutup kes, claimed jelah suicide. Settled kerja. Tak ada kejujuran & integriti langsung. Sistem dunia kan. Begitulah

Leiyn Adams
Berpuluh report pun kami dah buat kat PDRM selalunya NFA melainkan yang merepot adalah VVIP. Nak kata apalagi. Dunia mereka lepas, tapi akhirat belum tentu sebab kes boleh pilih-pilih.


Nik Mohd Shahril Izwan
Hurm nampak agak cincai kerja yg dilakukan. Kes Zara tu pun nampaknya terjadi perkara yg serupa dgn takde post mortem etc.
  • Suka
  • Balas
167
Syahirah Mohd Arif 
Ikuti
Nik Mohd Shahril Izwan ni sy setuju.. msti kes zara jd cmni.. mmg mak zara xleh dok diam...
  • Suka
  • Balas
3
Teh Yusoff
Nik Mohd Shahril Izwan tunggu hasil siasatan kes Zara
  • Suka
  • Balas
Lihat semua 2 balasan
Lihat lebih banyak komen
6 daripada 316