Khamis, 4 Disember 2025
Mari kita dapatkan Syurga yang Biliknya See Through
Mari kita dapatkan Syurga yang Biliknya See Through di sana nanti
1) Bercakap baik semasa di dunia
2) Memberi org makan..masa di dunia
3) Puasa sentiasa dijaga...masa di dunia
4) Bangun solat malam masa di dunia
"Pengalaman yang bahaya bagi ku".Rabu, 18 Oktober 2023
Rabu, 18 Oktober 2023
Pengalaman yang bahaya bagi ku.
Assalamualaikum.
Hari ini Hari Rabu..Nak ke Kuala Kangsar sebab Shah nak ambil result sakitnya.
Kelmarin daku keluar mesen rumput. Selesai di halaman kecilku. Alhamdulillah Allah beri daku sihat. Syukur Ya Rabb. Aku bersyukur balik ke kampung dan tinggal di teratak kecilku ini kerana dapatlah sedikit memberi manfaat kepada mereka yang empunya tanah dan dipinjamkan Allah kepada ku ini untuk tinggal...Syukur tanah mak ini Eni manfaatkan untuk tinggal, bercucuk tanam pokok buah2an dll. Syukur jikapon tanaman di makan haiwan pasti tidak Allah kecewakan untuk mendapat pahala darinya. Pokok dokong yang mak tanam untukku dulu sangat manis buahnya. Tapi masa dia berbuah lebat dahulu daku tinggal di luar, jadinya tak merasa sangat buahnya, melainkan jika daku balik kampung. Sekarang pokok itu dan begitu tinggi...Daku akan potong separuh supaya ia kembali menjadi elok dan mudah diambil buahnya.
Tak akan daku tebang, kerana daku suka emak dapat pahala dengan pokok yang ditanamnya ini, meskipon dimakan burung2 atau haiwan lain. Hi hi...di tanah yang mak berikan padaku ini tempat terletaknya telaga2 yang keluarga ini gunakan. Disini struktur terendah tanah milik mak. Jadi mataair terdapat di sini dengan mudah. Hihi tanah ini dapat padaku, macam2 nostalgia masa kecil2ku di tanah ini.
Daku Noraini yang pernah jatuh kedalam telaga semasa mandi dengan adikku Maznah. Ha ha ha ...Orang lain tak pernah jatuh kedalam telaga (perigi) tetapi daku pulak ditakdirkan Allah jatuh kedalam perigi...Hihi. "Kakak!!!!!!!!! Eni jatuh telaga" meraong, Maznah adikku... Tapi umurku masih panjang, kerana ada akar pokok pinang yang terkeluar ke dalam telaga tu daku pegang akar tu..Apapon, lemas tetap lemas, kerana kami masih kecil masa tu. Rasaku masa tu umurku dan adikku baru 7 dan 6 tahun. Kami ditakdirkan rapat sangat. Nasib baik kakak dengar dan cepat2 datang menyelamatkan daku.
******(Umur panjang bukan kerana akar pokok pinang hihi)(akar pinang , sebab dan musabab umurku masih panjang) *****
Kami mandi bersama ,semua bersama. Hi hi...Kemana2 pon bersama. Pergi sekolah pon bersama. Satu hari bapak ku belikan payung untuk kami berdua untuk dibawa pergi kesekolah. Masa itu (SMDA ) Sekolah Menengah Datok Ahmad, Lenggong Perak.
Kami berjalan kaki. Masa itu ramai yang berjalan kaki kesekolah rasanya 2 km setengah jaraknya, tapi kami tidak merasa letihpon. Sampai separuh jalan, kawanku Norasiah Hj Nawang menunggu, bagitu juga Zainab Syukur. Seronok sangat. Berjalan kesekolah bersama2 dengan riang sambil bersembang2.
Pak beli payung merah hati dan merah jambu...Nah pilih dulu...adikku pilih payumh merah hati daku dapat payung pink....dah trend dah keluargaku, layan kami berdua macam tu. Daku sentiasa kecil hati. Tapi daku tak tunjuk. alasan kakak2 ku kerana daku kulit cerah pada adikku. Memang tak patut kan...Kalau baju pon jangan harap daku dapat pilihanku. Allah dah takdirkan begitu. Hi hi redho je lah. Kami memang baik . Sangat sangat sangat. Kami sentiasa bersembang santai telepon...jika daku ada masaalah Maznahlah yang ku cari. Dia pandai berinteraksi, mungkin dia dapat BM -A1 agaknya hihi. Daku pernah tanya nah. Nah , Hang ingat tak? (Bahasa kami berdua ialah Hang dan Aku) Adikku pandai Bahasa Melayu dan daku Bahasa Cikgu Maths aja. hihi...
Nah ingat tak mak kita pesan ni, kalu belajar tu jangan tengok mata cikgu, (khusus buat cikgu lelaki kot) Aku masih ingat sampai sekarang. Maznah kata tak pernah pon dengar mak kata macam tu. MaasyaAllah heran daku mak tak pesan macam tu pada Maznah...tapi mungkin maznah yang lupa. Mak mak ...macam mana nak belajar kalau tak tengok mata cikgu. Daku tengok ja mata cikgu...hihi. Tak ikutpon kata mak..hihihi. Daku pulak ajar muridku kalau Cikgu terangkan sesuatu , tengok mata cikgu baru paham. Mak.... Cikgu..Adoi mak mak...
Yang ku tahu daku agak lembek sikit pada orang lain. Bila main cepat jatuh, ada ja yang menyebabkan aku luka sampai berjahit. Masa kecil main rolled kayu sambil mengimbang badan atas nya, daku jatuh ..kena jahit dibibirku... Mandi di Empang daku terjun dan terluka di kakiku, tak nampak darahpon keluar, tapi nampak tulang dan mengalir2 darah pada urat2 kecil tulang kakiku (tulang kering). Masa tu empang banyak air, kedalaman airnya nya menghapusi daku yang pendek ni. Daku pandai jugak berenang skala mudah. Masa itu daku dalam darjah lima. Daku sedari sekarang daku nakal agaknya masa kecil.
Lihat 4 kalimah jika dibaca 3 kali ,berat timbangannya.
Lihat 4 kalimah jika dibaca 3 kali ,berat timbangannya.
Pada suatu pagi Rasullah SAW keluar dari rumahnya . Pada ketika itu Juwairiah isterinya berada di tempat solat. Sewaktu Nabi SAW kembali, matahari sudah tinggi, sedangkan Juwairiah masih berada di tempat solat. Rasullah bertanya ,kamu masih berada di tempat solat masa saya keluar tadi? Juwairiah menjawab "Ya." Rasullullah SAW memberitahunya yang bermaksud " "Sesungguhnya saya membaca empat kalimah ini sebanyak 3 kali ketika meninggalkan kamu. Kalau ia ditimbang dengan bacaan yang kamu baca pada hari ini, Timbangannya lebih berat lagi." Soheh Muslim 2726
Subhanallahhiwabihamdihi
Maha suci Allah dan aku memuji-Nya
A' da da khal khihi
Sebanyak Makhlok ciptaan-Nya
Wari dhoo nafsihi
Keredhoan diri-Nya
Wazienata Arshihi
Seberat timbangan Arash-Nya
Wamida dakalimatihi.
Dan sebanyak tinta kalimah-Nya.
"Aku jadi guru sudahnya"...Rabu, 23 Ogos 2023
Rabu, 23 Ogos 2023
Aku jadi guru sudahnya...
Tah!!..Kak kesian Eni! Bila Kak suruh dia kahwin dengan pilihan Kak, Dia ikut ,Tapi dia tak bahagia. , Bila Kak Suruh jadi Cikgu dia ikut...Walau dia tak minat... "Kak rasa bersalah pada dia" Itulah bicara Mak dengan bekas rakan sekerjanya dulu ,Arwah Ustazah Masitah yang telah menjadi rakan sekerjaku pula...Kak tahu dia tak minat jadi Guru. Masa panggilan interview dia balik dari KL untuk interview Guru di Ipoh. Pada masa tu dia tertinggal Sijil2 dia di KL sedangkan esok pagi pukul 9.00 interview. Dia kata kat Kak " Mak! dah tak ada rezeki la tu, tu sebab tertinggal Sijil tu." Kak kata..."Laaa tak boleh kata macam tu ..kita kena usaha." Tak pa lah mak, Eni pon bukan minat sangat jadi Guru. Laa kena usaha...hahaha Mak telefon Abang Manaf kat Ipoh...
Manap! Hang tolong bawa Eni balik gi KL mlm ni jugak sebab dia tertinggal sijil dia di sana. "Laa... macam mana jadi macam tu...Balik nak interview? " Mak nak jugak hang tolong dia. Mak tahu dia tak berapa minat Guru. Hang balik Lenggong ambik Eni, bawa gi KL ambik Sijil2 dia. Daku tak mo mak susahkan abang Manap... "Mak... dah tak dak rezeki dah tu". Daku ulang2 kata2 tu...
Abang Manaf balik ,senang ja dia, apa kata Mak terus dtg...Ok jom Cepat...Pukul 10mlm, bertolak KL sampai KL ambil Sijil2 ku dan bertolak balik terus ke Ipoh pukul 4.00 pagi kami sampai. Tak sempat tidur lama mana dah kena gi Interview... Di sebuah sekolah di Ipoh...Dah lupa dah daku sekolahnya. Abang Manap komplin ku lagi..."Eni hang ni, Abg Manap tengok tak sturdy apa pon... Tengok orang2 lain semua baca buku" Ha ha ha aku senyum ja...
Hihi...Abang Manap! ...Kalo ada rezeki dapat la...Kalo tak , tak laa...Budak2 lain semua masih muda lagi lepasan SPM dan STPM..daku masa tu agak tua sikit ,sebab dah pernah kerja. Ha ha sebab tu tak takut sangat sebab dah kerja...daku dah selesa kerja kerani dah masa tu...kerja di bawah bos yg mude2 dan baik pulak tu...paling baik, Mr Tan Swee Yong, selalu bagi aku kalender cantik2 bila ada meeting dgn delegasi dari Jepun..dia jugak pick karangan bunga2 hidup beri padaku lepas meeting selesai. Daku suka sangat...banyak gambar 4 musim yg daku dapat...marah orang lain...Masa ni aku mude, banyak yang datang melamar,daku tolak semuanya termasuk pupu2ku dan kenalan kepada sedara2ku...daku tak mau...tertutup hatiku...
Sehingga, tibalah satu masa aku mendapat panggilan daripada Maktab...hihi kena pegi jugak sbb mak nak sangat daku jadi Cikgu...mak...mak...akhirnya Eni jadi Guru dalam keterpaksaan...Minat mula bercambah beransur2...Sebenarnya daku dapat Hidayah dari Allah bilamana Ustaz Ali bagi ceramah bahawa Rasulullah pernah berkata bahawa Baginda adalah seorang Guru...Daku pegang itu dan tak lepas2 lagi dah.
Banyak lagi ceritaku...
Mak...Eni jugak buat rumah di tapak yang mak tunjukkan berkali2 itu ..Walaupon pada masa mak ulang2 suruh tu, Eni hanya gelak dlm hati.."mak ni!.... tak kan org nak buat rumah di sini " hihi...berkat doa makku...Daku buat rumah untuk jadikan "Rumah Bila Bercuti" tapi dah jadi tempat aku menginap sekarang...Besarnya doa ibu terhadapku...Daku jual rumah yang ku beli di Taman Jana Setia Taiping..Ha ha Rumah tu besar dan selesa. Daku orang pertama tinggal di Taman tu. Lengkap semuanya , tepi pagar Sekolah Taman Jana Sekolah ketigaku...Sekolah ni terima Guru2 yang terpilih sahaja masa tu. Sekolah Baru. Syukur....Daku diterima ngajar disekolah tu... hehe bila dah lama berpindah dan meninggalkan rumah tu ....daku dah tak minat nak tinggal di situ lagi...Selepas pencen, daku pindah di Teratak Kecilku Di Kampong Pechah Batu yang ku panggil " Hill View Jalan Pechah Batu"...Dapat jugak, tok nenekku pahala bila daku beribadat diatas tanah mereka tinggalkan.Syukur ya Rabb. Daku tanam pokok buah2an apa yang patut, meskipon dimakan haiwan pahala tetap mengalir kepada mereka juga.Aamiin! Aamiin! Aamiin! Ya Rabb.
Sebelum tu, masa mengajar di Sek Keb. Lenggong daku juga ada beli rumah di Taman Meor di tengah2 pekan Lenggong bersebelahan rumah Halim kawan sekelasku seorang polis. Rumah ini dibina oleh Pemaju yang membina rumah di Taman Bukit Raja Lenggong. Sama dapat CFnya... Daku jual juga rumah ini kepada En. Ismail Perancang Bandar yang bekerja di Majlis Daerah pada ketika itu. Masa tu daku dah berpindah ke Taiping. Anak ku Anis, memang lebih mengenali Taiping daripada Lenggong kerana masa membesar... dia di sana...
Assalamualaikum...Semoga sahabat semua sejahtera...Aamiin...
Tamat dulu ceritaku...
Continue:
Teringat jugak ku masa kami tinggal di Jalan Pechah Batu ini kami letakkan alamat kami, Quarry Road Lenggong...Semua surat2 sampai macam biasa ,dengan selamat...hihi...Bijak sungguh Postman Zaman dulu2...
3 Doa harian mudah jangan tinggal
Amalkan 3 doa penting ini setiap hari. Doa tersebut adalah
1) Allah humma inni as aluka khusnul khootimah
Ya Allah sesungguhnya aku meminta kepadamu
Khusnul Khootimah
2) Allah hummar zukoni Taubatan Nasuha Khablal maut
Ya Allah berilah aku rezeki Taubatan Nasuha sebelum wafat
3) Allah humma Ya muqallibal qhulub Salbit Qolbi ala di nik
Ya Allah wahai sang pembolak balik hati, tetapkanlah hatiku pada AgamaMu.
Apa. Khabar..
-
DUNIA MALAIKAT Segala puji hanya untuk Allah Ta’ala, shalawat serta salam semoga tercurah kepada Rasulallah Shalallahu ‘alaihi wa sallam. ...
-
Cantiknya lagit biru. Awan seputih kapas.. MaasyaaAllah putih bersih... Biru mengimbau masa mudaku....hihi.. . "Putih Bersih Sebers...
-
Sikap-sikap yang mendatangkan manisnya iman Rasulullah SAW pernah bersabda, "Tiga perkara yang apabila ada dalam diri seseorang nisca...
-
Saturday, 28 December 2013 MIMPI RASULLULLAH S.A.W 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW (Petikan dari facebook.com) selepas baca SILAKAN SHARE….. Dar...