Memaparkan catatan dengan label Saya berdoa ini warkah terakhir penamat segala susah hati saya dan tuan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Saya berdoa ini warkah terakhir penamat segala susah hati saya dan tuan. Papar semua catatan

Isnin, 11 Ogos 2025

Saya berdoa ini warkah terakhir penamat segala susah hati saya dan tuan,

 Assalamualaikum sahabatku.

En. Em Key, dengan rendah diri saya  ingin memohon maaf kepda tuan  kerana dengan mudahnya saya  asyik melukakan hati tuan ,saya lahirkan perasaan yang terbuku di hati saya. Entah kenapa perasaan marah ini tersangat2 saya rasa.  Saya jadi marah, saya jadi dendam atas apa yang berlaku.  

Saya rasa apa yang saya tulis dan ucapkan kepada Encik hanya menambahkan dosa  kepada saya sahaja.  Dan saya nak stop semua ini agar saya tak mahu terus berdendam kepada Encik dan dapat saya tamatkan perasaan marah ini.   Saya sedar kita dah hampir dah ke penghujung hidup kita.  Jujur dari hati saya Encik memang arrogant.  Encik sombong dengan menceritakan kepada mereka tentang saya sedangkan saya tak pernahpon menceritakan kepada sesiapapon tentang Encik.  Melainkan kakak saya lama dahulu di saat saya susah hati.    

Saya tak mahu lagi terus berdosa dgn perasaan marah ini.  Saya tarik balik gelaran itu dan maafkan saya.   Segala yang saya tulis semalam itu, saya harap penamat segala rasa marah saya dan tidak puas hati saya terghadap tuan.  Semua yang berlaku dan segala urusan saya, saya serahkan kepada Allah dan saya harap segala2nya akan Allah uruskan dan beri pertolongan kepada saya tanpa Allah abaikan walaupon sekelip mata.   Ini sahaja cara yang paling baik untuk menawar dan meredakan perasaan saya ini.

Sebagai orang Islam, ini sahaja yang harus saya buat.  Harap tuan maafkan saya terhadap perkataan "arrogant"  yang tidak pernah saya ucapkan kepada sesiapa pon melainkan tuan.   Maafkan saya dan saya harap lupakan segala apa yang berlaku.  Saya doakan agar tuan terus bahagia bersama2 dengan keluarga bahagia tuan.  Tuan kena lupakan saya dan begitu juga saya.  Lupakan semua yang berlaku.  Semua yg saya ceritakan dan semua yg saya tulis.   Anggapkan itu semua lakonan semata2.

Moga kita masing2 dapat pergi mengadap Allah dengan hati yang lapang dan menjalani hidup dengan  dengan aman dan damai serta penuh redho dan syukur terhadap ketentuan Illahi.   Gementar rasa saya jika saya terpaksa  menunggu untuk bertemu Tuan untuk meminta maaf di Mahsyar Allah nanti.   Maafkan saya kerana Allah. Aamiin.

Sekian.

Terima Kasih.

     

Apa. Khabar..