Khamis, 19 Jun 2025

Saidah call Meen dapat IPG Lembah Pantai dgn ucapan tahniah cucundaku sayang,

Assalamualaikum sahabat...

Hari ini ...hmmmm rasa nak tulis la pulak.  Tadi anak saudaraku Saidah call daku.  Daku sedamng wirid lepas maghrib dan jika boleh tak mahu putus dpd waktu maghrib hingga mengadap Isyak..  Lupa dah aku pahala menunggu antara satu solat ke solat seterusnya.  Nanti daku cari balik.  hihi.  Oh.  Berita baik dari anakanda Saidah tadi.  Saidah ceritakan padaku Meen dapat IPG.  Kursus sebagai Guru  Pemulihan.  Hmm. Daku setuju sangat jika Pemulihan kerana bagus sangat pemulihan ni kerana ianya ianya macam Doktor yang dalam proses memulihkan orang yang sakit.  Hihi.   Kata Saidah...Meen dari kecil suka sangat mengajar sambil menulis kat white board.   Tahniah Meen ...Tolak ke UITM. dan panggilan ke lain kerana minat  Meen menjadi Guru.  Saidah happy sangat.

Dulu Saidah ceritakan kepadaku bahawa Meen akan Interview Guru..Minta Mak Cik Doakan agar Meen dapat Guru.  Daku doakan cucundaku tersebut ...makanya dia dapat guru...aku gembira.  Baru tadi berita Meen dapat Saidah terus call Mak Cik dia.   Daku ucapkan tahniah buat Meen Saidah dan Zahir suaminya.  Meen tak ikut bidang mak dan ayahnya.  Saidah dan Zahir Enginear...Meen   pilih Guru.  Aku suka sangat.  Hihi  Meen akan masuk ke IPGM Lembah Pantai .  dekatnya kursus dia .  Mak di Perdana Putera aja...Laaa....Tahniah!  Meen.

Seonok benar Saidah sebab Meen dapat apa yg Meen suka. hihi.  Saidah suka sangat tengok Mak Cik masa jadi guru di Lenggong dulu.  Kelas Mak Cik cantik. Dapat keceriaaan selama 10 bulan berturut2 ...itulah kenangan ku.  Muridku dulu pandai sangat membersihkan kelas bila sampai ke kelas ...tengok jadual tugas yang ku buat.  Jalankan tugas.  MasyaaAllah kecil lagi dah pandai taat pada tugasan yg kuberi.  Rindu pulak aku pada mereka  Aku sayang mereka..   .Aku bila panggil muridku mesti aku letakkan perkataan sayang Mereka sayang padaku walaupon kena marah.  RINDUUUU...Kelasku pulak mesti ada kubuatkan bunga di sudut2 untuk sudut pemulihan dan Pengayaan.   Sebenarnya daku ada bakat seperti mak, pandai buat bunga kertas atau plastik sendiri.   Mak pulak masa sekolah banyak buat kursus ajar guru2 buat bunga samada dari kertas atau celup lilin. Cantik sgt mak buat.   Kelas mak penuh dgn bunga.  Itu yg aku ingat,

  Masa aku lima tahun mak bawaku pergi sekolah mak tapi, mak letak meja ku belakang kelas.  Aku dah pandai baca.  Aku buat maths mudah sebab kakak ku rajin ajarku dirumah.  Aku ajar anak murid mak.  Heran aku,  masa tu mak pergi ke sekolah Temelong naik basikal aja.  Mak pergi ke Sekolah  dengan Ustazah Masitah.   Laa.  Jauhnya ...MaaasyaaAllah.   Daku bawa kereta pergi tengok sekolah makpon daku rasa jauh.  Kuatnya semangat mak aku.  Moga mak dapat pahala mendidik anak2 bangsa.

Sekarang Guru Besar Sekolah itu adalah anak murid aku,  Kamarul Azira bt Kama.  Dia jugak murid kesayanganku.  Dia ceritakan pada Kakak bahawa aku adalah idola dia.  Dia suka aku ajar maths.. Sukanya aku dengar cerita tentang murid2ku.  Dzul pulak guru Agama balik dari mesir....masih sebut pasal aku ngajar maths mereka suka.   Bagus jugak kot aku ngajar maths zaman dulu.   Mungkin keberkesanan  kawan sepuluh yg ku ajar itu agaknya.   Tambahan pulak pada jari2 murid yang comel2 tu daku sentuh dan ajarkan bagaimana nak bukakan dan bagaimana nak tutupkan jari.  Rindunya aku...

Bila sampai masa bertahun mengajar  daku banyak menggunakan suara lantang makanya pita suaraku mula rosak.  Doktor nasihatkan aku jangan gunakan suara lantang.  Doktor bagi surat untuk kuberikan kepada guru Besar kerana bimbangkan pita suaraku bertambah rosak. Makany aku dapat mengajar di Kelas Pemulihan dengan murid yang sedikit bilangan nya.  Syukur.  Saidah masih ingat kelas pemulihan Mak Cik dia, macam bilik pengantin.   Murid suka sangat datang.  Ha ha.  Ada sinki.  Langsir yang kujahit ku pasang dua lapis...Putih di belakangnya dan kuletakkan langsir biru di hadapan.  Pelawat datang penuh kagum....Seronok sangat.  Meja murid pulak daku balut dengan tikar getah.  Staple kemas2.  Mantap...Pada sinkinya daku jahitkan skirting...pasang cantiik2...hhaha.  seronok. Guru2  rajin datang jika murid tiada. 

Mr Pariasami Nazir persekutuan menulis komen positif satu muka  surat setengah tentang  kelas pemulihanku dan buku2 muridku.   MaasyaaAllah.  Begitu juga masa PPD Grik  datang mereka  memujiku. Ha ha ha...Ini hanyalah tinggal kenangan.  Hihi Eni Eni ...Bila aku teingat satu2 cerita daku akan tulis ..taip taip taip....macam2 keluar dari otakku...benakku...Sebenarnya...benakku baru tepat.  Apa yg kita pikir keluar dari Qalbu kita. kan.. Hmmm...Itulah kenangan masa jadi guru.  

Tentang murid pemulihanku daku suka ajarkan apa2 yg baik untuk mereka.  Daku ajar fazilat selawat atas nabi bagus untuk mereka.  Bila berselawat kita akan dapat mengingati kembali sebarang yang kita lupa.   Oleh kerana besarnya fazilat selawat maka  daku, mulakan kelas dengan selawat terlebih dahulu tanpa gagal.   Akan  ku kumulakan kelas dengan bacaan selawat terlebih dahulu barulah diikuti dengan bacaan doa masuk kelas. Itulah  aku.  Dengan kerja2 ku sebagai guru.   Di kelas pemulihan juga akan daku hadiahkan setiap muridku satu tasbih kecil untuk mereka bawa pulang dan daku nasihatkan mereka agar berselawat banyak2.  Memang benar...jika kita berdoa akan terhijab doa kita jika tidak   BERSELAWAT ATAS NABI TERLEBIH DAHULU.   

Daku semasa memberi ceramah kepada murid sebelum di minggu2  peperiksaan ...akan ku ceritakan tentang Selawat atas Nabi dan peritiwa yang berlaku padaku.   Satu hari tu daku perti ke bank bertujuan untuk mengeluarkan wang dengan anakku Anis.  Tiba2 si anis minta..."mak anis nak tekan.! "  Di takdirkan tiada orang daku benarkan ...Anis yang tekan satu satu nombor yg ku sebut. Laa..Nombor pin ku sebut, salah....daku lupa.  Tak pernah2 lupa.....hihi...  MaasyaaAllah  kali kedua salah lagi.  Batalkan terus kerana kali ketiga pasti kad ku kena telan dek marahnya mesen auto teller tu...hihi..

 Balik dahulu. kataku.  Daku tertanya2 kenapa daku boleh lupa..Daku kata pada kawan ku ,.."Agaknya Kak  Ani ni kurang berselawat ni...Wan!  .  Ok terus daku berselawat.  Baru beberapa kali selawat sahaja ...daku dapat recall   kembali no PIN ku ..MaasyaaAllah.  itulah pengalaman yang sangat2 bermakna bagiku.  Start motosikal ku kembali ke bank dan ambil duit dengan jayanya.   MasyaaAllah.  Cerita ini membuat daku bawa di setiap motivasi singkatku kepada murid sehingga ada muridku bila keluar dari dewan peperiksaan berkata kepadaku...Cikgu bila saya lupa saya ingat cikgu kata selawat, maka saya selawat..."  Saya dapat ingat kembali cikgu.!."   Hihi...aku aku...penuh kenangan dengan Selawat di atas Nabiku.

Petang agaknya mesej dari Saidah ni... Daku terlepas pandang agaknya... 



Apa. Khabar..