Ya Allah Tutupkan aib aku dan amankan perasaanku...Kelaparan, kekurangan harta dan nyawa dan buah2an. Tapi Apa kata Allah( ni derita semua ni) Tapi Allah kata..." Wabashshiril soobirin.."Berikan Khabar Gembirakepada orang yang sabar. Padahal ini semua adalah himpunan derita, tapi dalam himpunan derita Allah suruh berikan khabar gembira,kepada siapa? Kepada orang yang sabar. Kemudian Allah describe siapa itu orang yang sabar? Allah bagi apperience orang yang sabar dulu sebelum pergi ke hati nuraninya dan akhirnya kita tahu apa yang diucapkan...Allah kata..."Orang2 yang apabila ditimpa musibah, ketakutan ,dihina , miskin, dimaki orang dianiaya orang dipukul orang dizalimi oleh orang lain..." Apabila di timpa musibah,mereka berkata,
Innalillahhiwainnailaihiroojiuun..
Kenapa kholu innalillahhiwainnailaihiroojiun...Kenapa penting? kerana manusia akan berkata habislah aku ,musnahlah aku, nayalah aku, tapi kalau manusia fikir hakikat kepada kehidupan...Kita tak ada apa2 disini sebenarnya...sementara sahaja... maka ...kita lafazkan innalillahhiwainnailaihiroojiuun...Tak apa kerana hakikat kehidupan bukan disini...hakikat kehidupan dari Allah azawjalla ...Kita ini asal kita ,tanah air asal kita syurga,' Kita bagaikan musafir...akan kembali tidak beberapa lama lagi... Tak apalah tak selesa pon kita akan kembali tak beberapa lama lagi...
Allah ajar kita ..Innalillah hiwainnailai hiroojiuun..."Kita datang dari pada Allah dan kepada nya kita akan kembali... So itu tidak adil dalam beberapa keadaan...Ada orang yang baik dia telah dizalimi...ada orang yg bekerja kuat dia tak dapat seperti bekerjanya yg sedikit...pendapatan ,berpuluh kali ganda orang yg susah...tidak kerana kerajinan kita melebihi dia...dan tidak juga kerana kebijaksanaan kita melebihi dia...ALLAH Jalawaaqla... telah mengaturkan kehidupan kepada sebahagian manusia untuk menguji kepada sebahagian yang lain. Sebab itu Quran menceritakan kepada Qarun kerana kesombongannya" aku diberi harta ini kerana kebijaksanaan ku" kerana kebolehanku...Allah rakamkan perkataan dia yang biadap ini...supaya ia tidak di ulangi oleh orang lain.
Maka kita sebut Innalillah hiwainnailaihiroojiuun." Dunia tidak pernah adil pada banyak keadaan...
Tapi apabila kita tahu kita akan balik, manusia berjuang 30 tahun, 40 tahun barangkali manusia mula senang, 50 tahun dia mula sakit, barangkali 20 hungga 30 tahun dia menikmati dunia...Apalah sangat di bandingkan dengan akhirat yang kekal abadi...
Islam tidak anti dunia...Tapi dia mengajar supaya manusia dapat bertahan dengan "' Inna lillahiwainnailaihiroojiuun."..jadi maksudnya apabila orang derita kita bagi kan khabar gembira, Tak apa kita akan balik kepada Allah. Tak pa, Allah ada...(Orang Melayu ungkap) nice word...
Allah boleh melakukan berbagai cara.
Allah bagikan dia kesihatan tapi Allah campakkan keresahan ke dalam hati sanubarinya yang tak berkesudahan...Allah yang melakukan apa yang dia mahu, kemudian Allah beritahu ini...orang yang ada perasaan ini
Ya Rabb daku Redhoo sebab aku akan balik padaMu...
Tak apa Allah ada. Allah boleh bagi kan dia sihat, dan Allah boleh melakukan ALLAH KATA MEREKA ITU SELAMAT DARIPADA TUHAN MEREKA DAN RAHMAT...MaasyaaAllah...Kita selawat kepada Nabi...Allah kata kau sabar...dunia ini kecik aja,dunia ini debu sahaja nak di bandingkan daripada cakarawala yang luas. tetapi jika Allah memberikan kepujian ...memberikan inayahNya kepada manusia...Allah jallawaaqla bukan untuk di bandingkan. tetapi bila Allah berikan perhatian yang khusus kepada hambanya yang soleh..APA NILAI RAHMAT ITU? yang nak dibandingkan dengan kehidupan yang ada.
...MaasyaAllahallah memberikan ucapan mulia kepada kita. Dunia ini debu sahaja. Apabila Allah memberikan ujian Allah letakkan jalan penyelesaiannya, .Allah jalla waaqla tidak ada yg lain untuk di bandingkan dengan segala nikmat itu. Ya Rabb syukur atas segalanya. Ya Rabb daku sedari bahawa sekejap sangat hidup ini kerana daku sedari telah sampai ke usia ini.
Ya Rabb aku bersyukur padaMu ya Rabb...Hijrah aku dulu adalah benar dan tepat. Rupa2nya Kau Yang Maha Tahu dan Maha Memberi PetunjukMu dalam melayari hidup yang singkat ini. Benarlah kataMU bahawa dunia ini tidak ada nilai, walaupon dengan sehelai sayap nyamok...MaasyaaAllah..aku kena petik balik apa yang Ustaz Basallamah ucapkan itu...MaasyaaAllah hidup ini memang terpaksa, malah memaksa kita membuka mata dan membuka hati...Memerhati kejadian Alam yang Maha berliku yang Allah jadikan. Syukur aku menjadi aku yang masih mempunyai pertimbangan akal. Yaa Rabbku...Astaghfirullah Ala Kullihal...
Kalau kita makan kita bersyukur. Hati2 dengan menghina orang lain..Jika kalian melihat aib, berdoalah "Hati2 dengan hukum Syamata (merendahkan orang lain)" Jangan pernah menghina.."Alhamdulullahhillazi ............ .....wanirqila" Segala puji bagi Allah yang menyelamatkan saya dari apa yang dicobanya kepada orang ini dan mendahulukan saya dari kelebihan yang banyak dari makhlok2 yang lain. Kita harus seperti itu jangan syamata...Kata Umar RA. Apa itu Syamata?
"Jangan syamata" Kata Umar Al Khattab. Aku khuatir kalau seorang wanita yang hamil berjalan di hadapan ku dan hatiku berkata2 kenapa ya perutnya seperti itu dan Allah menghukum membuat aku hamil seperti itu" sampai begitu mereka menjaganya, sambil melihat kelemah lembutanNya(Allah) "Ya Rabb Maha Lemah Lembutnya Dikau Rabbku..."
SS Dato Dr Asri-Selagi Kamu Mcm Itu Selagi Itulah Kamu Mcm Itu
Jaga amalan adab sedikit yg di buat biarlah berkekalan...Istiqamah...Allah tidak mengubah sesuatu kaum melainkan dia sendiri yg mengubahnya... Orang yg baik tak akan menjadi jahat...Allah akan memberi petunjuk kepada yg Dia kehendaki. Allah taala tak zalim kpd hamba2 nya. ...40 tahun berjihad untuk istiqamah...Allah tidak mengubah manusia secara miracle. "Mahasuci Tuhan yg menjalankan hambaNya." Kembara penting nabi...ialah Hijrah...Allah tidak menyediakan kenderaan kpd Nabi... Peristiwa israq dan mikraj adalah mukjizat. Sesiapa yang ingin mengubah kehidupannya ...dia mestilah mengubah dengan usahanya...